30 // AmisyaAdriana
Mata terpejam rapat, suasana yang dingin sedikit sebanyak membuatkan bulu romanya menegak. Keadaan sekelilingnya gelap.
Dahi mula merembeskan peluh. Tangan mula meraba sekeliling. Mencari sesuatu.
"Shh, jangan bergerak kalau tak nak peluru ni tembus kepala kau."
Atmosfera terasa begitu sesak. Oksigen disedut rakus.
"Shh, aku cakap diam!"
"AHAHAHAHA. Isya kau terlalu lemah."
"Kau fikir semua orang senggup berjuang untuk kau."
"Tak. Aku tak lemah. Aku-aku kuat." dia bercakap sendiri. Memberi kekuatan buat diri sendiri.
"Mak kau mati sebab kau!"
"Kau puncanya! Kau patut mati, bukan saleha!"
"Diamm!" tangan naik menekup telinga. Tidak betah mendegar suara sumbang itu lama-lama.
"Diam! Pergi jauh dari sini!" kaki memendang-nendang cadar katil.
"Kau takkan boleh jauh dari aku."
"Aku adalah bayang-bayang kau."
Pintu bilik diketuk bertalu, dia tersentak. Lantas selimut ditarik hingga menutupi keseluruhan badannya.
"Shh diam. Kalau kau bergerak, kau mati."
"Sama macam kawan kau, si Amili mati."
"Diam!" dia masih menjerit.
"Diam!" bonda yang membuka pintu terkejut dan terus berlari mendapatkan gadis itu.
Trauma.
"Arghhh!" rambut habis ditariknya.
"Isya! Ohh god Isya." tangan kasar wanita itu menarik gadis ke dalam pangkuannya.
"Raf! Raf!" suara wanita memenuhi ruangan bilik itu
"Ibu...ibu Isya minta maaf." dirinya masih merancau tidak tentu fasal.
"Isya." terus tubuh itu didakap seeratnya. Kasihan terhadap anak gadisnya.
"Shh, bonda ada sayang."
"Tengok abang Raf pun ada dekat sini. Kami semua jaga Isya." bisik wanita itu. Dicium pipi anak gadisnya sekilas.
"Raf, panggil doktor. Cepat!" anak terunanya ditolak ke tepi.
"Kau anak pungut la perempuan!"
Suara-suara sumbang manusia terus-terusan bermain di kotak fikiran.
"Kau tu menumpang kasih!"
Lagi.
"Kau tak layak hidup!"
"Budak busuk! Budak longkang!"
"Mak kau buang sebab kau cacat. Kau tengok la rupa kau sekarang. Hodoh."
Apa salah gadis berusia enam tahun kehilangan ibu bapa dan tempat tinggal. Dia malah tidak tahu apa-apa.
"AHAHAHHHA AMISYA BURUK! HODOH."
"Isya buka mata sayang." suara ini. Suara yang mendamaikan.
"Pedulikan apa kata orang."
"Teruskan berjalan walaupun tiada siapa sukakan kita."
"Bangun sayang. Hadap, jangan lari."
"Buka mata, Allah -kan ada."
"Isya, ayah sayang Isya." suara ayahnya. Suara yang selalu basah dengan zikir dan berdoa tentangnya.
"Isya anak ayah sampai bila-bila."
"Isya bukan anak kutip. Isya anak ayah."
"Kau tu bodoh! Bangsat keturunan orang jahat!" suara lain pula muncul menganggu benaknya. Rambut sudah habis kusut-masai. Rupanya sudah tidak seperti selalunya.
"Kalau mak kaki jantan, memang sah-sah anak pun kaki jantan."
"Kau tu hodoh, pakai apa pun hodoh."
"Kau dengan sampah takdak beza. Dua-dua sama. Untuk dipijak dan disepak."
"AHAHAHHAHAHA."
"AHAHAHAHHAAH."
"KETAWAKAN DIA AHAHAHAHAHAA."
"Isya buka mata sayang, bonda ada. Bonda ada." belakang anaknya diusap lembut.
Mata dicelikkan perlahan-lahan. Persekitaran sekeliling membuatkan dia berganjak kebelakang. Suasana di kawasan yang lapang dan dipenuhi dengan rumput yang menghijau.
Aman. Tenteram.
Tiada lagi suara-suara aneh.
Ladang bunga ini hampir dua kali ganda besar rumahnya. Kuntuman bunga di sebelahnya dicabut hingga ke akar. Kelopak bunga dicabut satu-persatu.
"Ya Allah, hadirkanlah perasaan tenang ini buat selamanya." mata tertutup rapat sebaik sahaja udara segar memenuhi rongga hidung.
Dia tidur terlentang beralaskan tanah dan berbumbungkan langit yang berwarna ungu-kenunguan.
Langit cantik, pelangi yang setia membelah awan.
Bunyi derapan kaki membuatkan dia berpaling.
"Siapa?" soalnya. Dari samar-samar kelihatan seorang jejaka yang sedang berjalan menghampiri.
"Hai." sapa jejaka itu. Di renung lama lelaki itu sebelum semua salur darahnya membeku. Dia kenal lelaki ini.
"Amili?"
"Yah. Macam mana keadaan dah okay?" soal jejaka itu. Berbaju melayu putih. Muka seakan terpancar cahaya putih keemasan.
"Isya takut. Semua jahat." jelasnya. Walaupun masih takut degan lelaki itu namun dia abaikan sahaja. Lelaki itu pernah menjadi sahabatnya.
"Tak semua jahat dengan kita. Sabar okay." pujuk lelaki itu. Pandangan mereka berbalas.
"Tapi semua tak suka Isya." luah gadis itu sebak. Ditahan tangisnya di hadapan lelaki itu.
"Isya. Listens here. Tak semua sukakan kita dan tak semua bencikan kita. Buat apa hidup kalau terlalu pedulikan kata-kata orang."
"Amili, aku rindu kau. Aku nak dengar gelak kau." rumput dicabut satu-persatu.
"Kita di dunia yang berbeza. Belum sampai waktu kau untuk terus stay dekat sini." lelaki itu berkata sesuatu yang aneh.
"Mili, jom ikut aku balik." ajak gadis berani. Dia meamndang lelaki itu.
"Maaf. Aku tak boleh." balas lelaki itu.
"Kenapa?" soal Amisya.
"Jalan cerita aku dah tamat. Dah habis dah pun. Ahahhahaha." sekadar tersenyum tipis dan memalingkan wajahnya ke depan semula.
"Kau tahukan Mifzal rindu sangat dekat kau."
"Aku tahu. Tapi dia dah dapat terima."
"Dia kuat, kau kena kuat macam dia." jelas lelaki itu lagi.
"Isya tak boleh." gadis itu menggelengkan kepalanya laju.
"Isya boleh. Tak ada benda yang dalam dunianya ni mustahil. Just trust the process." lelaki itu mengambil dedaun yang telah dicabut dan drdaun itu dimainkan di pipi pau gadis itu.
Terasa bagaikan hujan yang melanda di kawasan mukanya. Tangan naik menepis air-air yang mengenai wajah. Aneh.
Padang rumput hijau tadi menghilang. Kornea mata menangkap persekitaran yang pernah dilihatnya.
Diperhati ruangan bilik, lama. Wajah diraup. Sisa air tadi dilihat di tapak tangan dan dia melihat Rafiqi di muka pintu.
"Amili!" baru dia tersedar bahawa lelaki itu sudah tiada di depan matanya. Terus dia membuka langkah ke arah balkoni dan menjenguk dari situ.
Nama lelaki itu dilaung berkali-kali namun tiada sahutan dari lelaki itu.
"Isya?" suara lain yang menyaut.
"Pakcik."
"Jap, nanti Bonda datang."
"Kenapa Isya dekat sini? Mana ayah?"
"Dekat sini lebih selamat. Kami semua akan lindungi Isya."
"Tapi sampai bila?!"
"Isya kenapa? Ada sesuatu kacau yang ganggu Isya?"
"Sam-sampai bila semua nak lindungi Isya. Sebelum ni tak pernah macam ni. Sebelum ni Isya bahagia dengan ayah. Tapi kenapa? Sejak pakcik muncul, macam bawak bala dalam hidup Isya?"
"Isya, language!" tempelak wanita berusia itu. Dia menarik lengan Amisya supaya duduk di atas katil bersebelahannya.
"Isya anak Bonda. Bonda akan lindungi Isya."
"Kalau semua mati macam Amili? Siapa yang akan jaga Isya?!"
"Isya kenapa ni? Dah putus asa dengan rahmat Allah!"
"Mengucap. Kesian Bonda. Berjaga sepanjang malam jaga Isya, macam ni Isya balas?"
"Raf , enough."
"Kau jangan nak melampau."
"Raf, Bonda cakap sudah. Keluar dulu."
Terus pintu kayu jati itu dihempas kasar. Terhinjut bahu gadis itu. Air mata mula bertakung.
"Bon-bonda Isya minta maaf." sebak dia menuturkan kalimat yang besar maknanya itu.
" takpe sayang. Sayang tak sihat." rambut anaknya dielus dan dahi gadis itu dikucup lama. Nyawanya. Separuh jiwanya.
"Bonda faham." kata wanita itu lagi. Badan kurus gadis itu dipeluk rapat.
"Mari sini." Bonda menepuk-nepuk pehanya. Menyuruh gadis itu meletakkan kepalanya di situ.
Terus Amisya menyembamkan wajahnya di bahu Bonda. Tangisannya mula pecah. Teresak-esak dia menangis melepaskan segala masalah.
"Nangis. Nanti dah lepas semua yang terpendam tu, okay la." belakang badan Amisya diusap. Ke atas dan ke bawah. Diselang-selikan dengan ciuman di dahi.
Runtuh hati seorang ibu apabila melihat anaknya menangis sebegitu rupa di dalam dakapan. Dia gagal, gagal menjadi seorang ibu yang baik kepada anak-anaknya.
"Sayang anak Bonda." esakan sudah lagi tidak didengari. Tahulah bahawa anak gadisnya itu sudah tertidur.
Diletakkan dengan berhati-hati gadis itu di atas katil. Selimut ditarik hingga ke atas dada. Dia juga turut merebahkan badan di sebelah gadis itu.
***
Telefon bimbit ditenung bagai mahu tembus. Fikirannya berserabut. Sedari tadi, dia berulang alik dari balkoni ke katil, dari katil ke balkoni.
Kring!
Panggilan masuk membuatkan dia gelabah mengangkat telefon berjenama Samsung itu. Dipekupkan telefon itu di telinga sebelum dia menyapa di pihak sebelah sana.
"Hello."
"Aku dah settlekan budak tu." jelasnya.
"Payment aku bila nak dapat?" soal lelaki itu. Dia terseyum puas apabila dapat tahu bayaran atas kerjanya sudah dimasukkan ke dalam nombor banknya.
"Hah? Kau dekat mana ni? Kenapa suara macam dekat ja?"soal lelaki itu.
"Hai." sapa satu suara. Tidak sempat jejak itu berpusing, bunyi tembakan bergema di seluruh bilik.
Bang!
Bang!
Bang!
"Ka-kau." jejaka itu jatuh menyembah lantai.
"Ye saya? Kenapa?"
"Kau siapa? Mana Jeo?"
"Kau patut mati. Orang macam kau tak patut hidup pun dalam dunia ni. Menyusahkan."
"Kau, kau gila!" lelaki itu menarik kaki putih melepak gadis yang berada di depannya.
"Kau baru tahu?" soalnya sinis.
"Arghh." bekas tembakan itu dipijak dengan tumit kasut tingginya.
"Kau tak patut cari fasal dengan family aku."
"Faham?"
"Say tata."
Bang!
Bang!
Bang!
***
Pintu bilik air dibuka. Tuala yang melilit pinggang dirapikan.
Londeh habis jatuh sahamnya.
Kaki terus melangkah ke arah birai katil. Telefon bimbit dibuka. Aplikasi TikTok diterjah.
Semua mesej dari peminatnya dibalas. Akaun miliknya sudah mencecah enam juta sukaan. Dia mana reti gelek, dia hanya membuat posting tentang kerjanya dan juga tentang nota-nota pembelajaran.
Biasalah, cita-cita nak menjadi sorang guru tidak kesampaian. Tapi sekurang-kurangnya dia menyampaikan ilmu yang bermanfaat dan bukanya bergelek.
Sebab itulah sukaannya banyak. Hampir semua pengikutnya mengikuti kerana mahu menstalk dirinya yang dikatakan goodlooking itu dan hensem with brain. Uwu.
Panggilan masuk secara tiba-tiba membuatkan telefon bimbit itu hampir terlepas dari tangan.
"Anjayy." carutnya sendiri.
Dia duduk bersila di atas katil. Tualanya diperkemas dan dia menarik duvet dan menutup lututnya.
Panggilan video diangkat. Majikannya a.k.a sahabat dunia nerakanya.
"Assala-"
"Yoww sahabat musibat!" cantas Remy laju separa menjerit.. Rakannya yang sedang mencari port untuk meletakkan telefok itu terkejut.
"Kalau ya pun, jawab la salam aku dulu."
"Eheh, maap bang jago." dia menunduk dan ketawa terbahak-bahak.
"Ada ada call? Rindukah kamu terhadap tuan hamba?" dia mengelap air mata palsunya.
"Kalau kau muntah paku malam ni, jangan tanya siapa yang buat."
"Hek eleh. Dosa besar tahu. Tak diampunkan. Masuk la kau dalam neraka jahanam!"
"Okay fine gila."
"Ada apa ni? Aku sibuk la."
"Sibuk la sangat. Bukan kau baru scroll TikTok ka?"
"Eh, mana tahu?"
"Kau baru je balad komen aku. Ha malam ni buka puasa sini. Bonda ajak semua."
"Sapa lagi ada? Eh jap, Isya ada sana kan?" Remy teruja sendiri. Gadis idamannya ada di sana.
"Aku on!" belum sempat Rafiqi membuka mulut, laju sahaja Remy membalas.
Dia punya teruja lain maciam.
"Ada Fez, Mifzal, ayah Isya pun pergi jugak. Semualah senang. Malas aku nak senaraikan satu-satu." jawab Rafiqi.
"Dah pergi pakai baju, dah macam video call dengan pakwe gayanya."
"Aku bukan gay okay. Tapi kalau kau nak,... Aku boleh ja haa."
"Bodoh. Batal puasa kau baru tahu."
"Eheh ahh baby."
"Celaka. Sudahlah kau."
Terus panggilan video itu tamat. Remy ketawa menekan perut di atas katil. Dua bangun dari duduknya dan terus melompat turun dari katil. Tanpa dia sedar, ikatan tualanya sudah melonggar.
Dan..
"Astagaa mata suci uncle." pintu dihempas kasar dan dia terkejut dengan apa yang dilihatnya.
Woi aku puasa.
"Arghh!" bantal terus diambil dan dibaling ke arah Tuan Jeffri.
"Astagaa. Astagaa. Pakai tuala tu cepat."
Tuala yang jatuh di atas lantai terus dipakai segera. Maruahya tercalar kuasa enam.
"A-ada apa? Kenapa tak ketuk pintu dulu."
"Kemas baju, tidur rumah Ratu."
"Uncle join sekali ke?"
"Taklah. Hampa ja aih."
"Ouh. Okay. Dah keluar." halau Remy. Tidak sanggup dia berlama.
Pintu ditutup sekerat sebelum dia menahan tangan dari tertutup sepenuhnya.
"Jangam bagitahu sesiapa. Malu." terus dia menutup rapat muka pintu.
Dia terus meluru ke arah almari dan memakai seluar. Dahi dihentuk ke arah dinding beberapa kali.
"Haih, budak-budak muda sekarang."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top