25 // AmisyaAdriana

"Biarkan dia berehat. Dia mungkin terlalu penat dan tertekan." lelaki berkot putih itu berjalan menghampiri.

"Dia sakit apa? Sebelum ni tak pernah jadi macam tu pun." Rafiqi menyoal kepada Doktor Muiz. Lelaki berkot putih didepannya.

"Jom ke bilik aku dulu. Sebelah ni je." ajak lelaki yang bergelar Doktor Muiz. Salah seorang pekerja bawahan Ratu. Doktor peribadi lebih tepatnya.

"Ini ke Amisya?" soal Doktor Muiz. Daun pintu ditolak.

"Ha ah." jawab Fezruz ringkas.

Doktor muda itu mempelawa kami semua untuk duduk. Rafiqi dan Fezruz melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan doktor itu.

Amisya dan Remy duduk bersebelahan di atas katil yang disediakan di dalam bilik rawatan itu.

"Dia mungkin terlalu tertekan." ulang doktor muda itu sekali lagi.

"Boleh aku tanya sesuatu." soal doktor itu.

"Sejak bila kau nak tanya, kau minta izin dulu?" Fezruz menyampuk.

Perut lelaki itu disiku.

"Tanyalah." Rafiqi memeberi peluang untuk Doktor itu berkata.

"Dia ada ambil apa-apa ubat?" tanya doktor itu kembali. Helaian kertas rekod perubatan Mifzal diselak perlahan-lahan.

"Tak perasan pulak. Rasanya tak." balas Rafiqi. Sejak Amili meninggal, lelaki itu duduk di rumah sewanya.

"Dia ada ambil apa-apa pil ke?" soal doktor itu sendiri.

"Aku rasa aku pernah nampak. Dia telan dekat empat biji sekali gus. Aku tanya dia, dia jawab dia tak sihat, nak makan ubat. Jadi aku abaikan jelah." jelas Fezruz. Doktor itu ditenung lama sebelum dia mengalihkan pandangan ke arah Rafiqi.

"Okay. Noted that. Sekarang kita kena tahu, dia ambil pil apa. Boleh tolong siasatkan?" pinta doktor itu.

"Boleh." jawab Remy dan Fezruz serentak.

"Jadi, Aisyah-" Doktor lelaki itu memandang Amisya.

"Amisya." dia membetulkan namanya. Ringkas.

"My bad. Cik Amisya, ada rasa sakit dekat  mana-mana?" soal doktor itu.

"Tak sakit sangat. Tapi kalau banyak berjalan, terasa jugak sakitnya." Amisya mengosok belakang badannya perlahan.

"Selalu sakit tu dekat bahagian mana? Lutut? Belakang?" soal Doktor itu. Dia membuka langkah menghampiri Amisya.

"Belakang. Nak tidur pun susah. Sakit tu kadang-kadang mencucuk." jelas Amisya. Wajah doktor berwajah campuran itu direnung.

Berbalas pandangan sebelum...

"Ehem. Tercekik biji nangka." sampuk Fezruz yang sedang melihat aksi tenung-merenung antara Amisya dan Doktor Muiz.

"Erkk." Amisya memalingkan wajahnya ke arah lain. Wajahnya sudah mula membahang.

"Aku hensem sangat. Tulaa sampai memerah pipi dia." usik doktor itu.

Maka bermulalah sesi ejek-mengejek di antara mereka. Tapi ada seorang yang di anak tirikan dalam perbualan mereka, Remy disebelah Amisya itu hanya diam dan tidak menyampuk.

Hatinya panas. Sepanas Malaysia.

***

Sedari tadi, lelaki itu mengikuti langkahnya ke mana sahaja. Sejak dari kakinya melangkah keluar dari bilik wad hinggalah ke taman hospital.

"Nak apa?" soal Amisya. Wajah Remy dipandang tidak berminat.

"Aku minta maaf." balas lelaki itu. Wajah didongak memandang wajah gadis di hadapannya.

"Sebab?" soal Amisya. senada.

"Haritu..." tidak sempat lelaki itu membuka mulut, pantas Amisya memotongnya.

"Aku dah maafkan kau." suasana jeda untuk beberapa saat.

Pandangan mata terarah kepada kumpulan kanak-kanak yang sedang berlari dan bermain di taman permainan. Sungguh bahagia. Tidak perlu risau dan berfikir apa yang perlu mereka hadap pada esok harinya.

"Kau dah maafkan aku?"

"Ha." intonasi masih sama. Wajah lelaki itu langsung tidak dipandang.

"Tapi, kenapa kau macam marahkan aku lagi."

"I will forgive, but i will not forget."

"Isya aku, aku betul-betul salah masatu. Aku tak patut ikut perasaan aku. Aku minta maaf. Aku sanggup melutut Isya. Aku taknak kehilangan kau." sling bang Mickey Mouse merah gadis itu terus ditarik.

"Remy, please. Jauhkan diri kau dari aku." pinta Amisya.

"Isya aku minta maaf." sekali lagi lelaki itu meminta maaf. Wajah itu ditatap sekilas, mendung. Seakan mahu menangis.

"Isya nak balik." namun Amisya tetap Amisya. Ada egonya.

"Aku boleh hantarkan." pelawa lelaki itu.

"Tak perlu." dia menjawab ringkas.

Telefon diambil dan nombor seseorang didail.

"Assalamualaikum, pakcik dekat mana? Isya tak nampak pun?"

"Ada.  Kejap tunggu situ. Dekat tamankan?"

"Ha ahh."

"Okay dah nampak."

"Isya aku minta maaf." jemari mereka bertaut. Tangan halus milik gadis itu dibawa ke bibir pucatnya. Dikucup sekilas.

"Isya dah maafkan. Tapi tolonglah, isya tak selesa la macam ni." terus tangan Remy ditolak kasar. Wajah itu dijeling sekilas sebelum kelibat kereta Rafiqi muncul di depan mata.

Pin! Pin!

***

Kereta yang berada di hadapan di ikut rapat. Sesekali mata dikerling memandang cermin sisi kereta.

"Fendi, kau tak kisahkan kalau aku rosakkan kereta kau." soal Remy. Affendi di sebelag dikerling sekilas.

"Kau nak mati ke?" soalnya sarkastik. Mata Affendi masih tertumpu pada telefon pintarnya.

"Malam ni aku ada date. Kau pepandai balik sendiri." kata lelaki itu lagi. Remy mengeluh lemah.

"Bolehlaa. Kau tunggu dengan aku. Aku cuma nak pujuk dia. Tak lama pun."

"Apa kau cakap? Tak lama. Kau fikir balik apa yang kau dah buat dekat dia? Kau ingat senang ke nak pujuk."

"Bruh, perempuan ni, sekuat mana pun dia, dia tetap perempuan. Kita sebagai lelaki, kena la protect perempuan, jaga dia bukan rosakkan dia."

"Aku tahu la aku salah. Aku nak minta maaf. Tapi dia macam tak maafkan aku."

"Perempuan kalau kau pujuk dia lama-lama. Nanti cairlah. Asalkan kau kena pandai buat ayat, kau keluarkanlah skill buaya tembaga kau tu."

"Kau buaya. Bukan aku. Hanat."

"Hekeleh. Orang bagi pinjam kereta pun dah besar rahmat dah. Kutuk-kutuk pulak."

"Iyalah. Sayang kau ketat-ketat. Muahh."

"Astagaa. Aku geli woi."

"And pasai semalam. Mifzal macam mana? Dah okay."

"Dia kemurungan. And dia pernah cuba bunuh diri."

"Kesian dia. Tapikan, Amili..."

"Stop. Tak perlu kau nak tanya aku banyak-banyak kali."

***

Kringg!

Loceng sekokah memekik kuat membuatkan para pelajar bersorak gembira.

Entah apa-apa.

Amisya dengan buku notanya bergerak masuk semula ke kelas. Tamat sudah program motivasi khas untuk pelajar yang bakal menduduki spm pada tahun ini.

Banyak gelagat manusia yang boleh dilihat tadi. Ada yang tidur berdengkur, ada yang fokus dari mula dari sampailah ending, ada juga yang membuat kenduri terutamanya pelajar di barisan paling belakang.

Kerusi ditarik ke belakang kemudian dia duduk di kerusi kayu itu. Meja kosong di sebelahnya ditoleh lambat-lambat. Meja Amili. Dia rindukan lelaki itu.

Kerusi sebelah kanannya pula ditarik. Mifzal yang masih mamai itu meletakkan kepala di atas meja.

"Kau tak tidur ke semalam?" soal Amisya. Dilihat lelaki itu dari atas hingga ke bawah.

"Aku...aku siapkan homework aa." balas Mifzal malas-malas. Dia masih meletakkan kepala di atas meja. Tangan dijadikan bantal.

"Kau teringatkan Mili ke?" soal Amisya lagi.

Mifzal mengangkat muka. Wajah Amisya direnung sedalamnya.

"A...asal?"

"Kau tengok k-drama?"

"Hu...huh?"

"Korean drama. Tengok tak?" jelas Mifzal. Wajah Amisya yang masih loading itu sedikit sebanyak membuatkan dia tergelak.

"Te...tengok."

"Sejak bila kau gagap." sindir Mifzal. Awning tudung Amisya ditarik.

"Gilaa!" laju tangannya naik ke kapala Mifzal.

"Kau la gila. Apa main kepala."

"Sekarang kau tengok cerita apa?" soal Mifzal. Amisya yang sedang membetulkan tudung itu direnung bagai mahu tembus.

"Tak malu, tengok anak dara orang lama-lama." marah Amisya.

"Aku tanya ni." soal Mifzal lagi sekali.

"Kau dah tengok Hwarang. Lepastu, TONT?" soal Amisya. Jari masih ligat bermain di muncung tudungnya.

"Apa? Tont? Apatu?"

"Taled Of Nine Taled." jawab Amisya ringkas.

"Siapa berlakon?"

"Suami aku. Lee Dong-Wook." jelas Amisya. Dia masih tidak berminat untuk memandang lelaki di sebelahnya itu.

"Ouh pakcik tua tu." selamba badaka air sahaja lelaki itu membalas dan mendapat jelingan maut dari Amisya.

"Tua pun still cute okay." Amisya membela suami-nya.

"Eii. Orang tua pun nak ke?"

"Biasalah." balas Amisya. Meniru lagu yang viral di tiktok baru-baru ini.

"Gumawo." [ terima kasih. ] ucap Mifzal. Dia sudah bangun dan mengemas mejanya yang berselerak dengan alatan tulis.

"Wea?" [ apa? ] soal Amisya hairan. Pelik tiba-tiba berterima kasih.

"For everything." balas Mifzal ringkas.

"No biggie."

"Kau kawan aku, aku tak nak kawan aku sedih." sambung Amisya lagi. Dia menyembunyikan senyumannya dalam diam.

"Aww nak nanges." Mifzal mengelap air mata palsunya. Suasana kelas bagaikan pasar malam itu langsung tidak menggangu mereka dari berbual berdua.

***

Suasana tegang ini langsung tidak membuatkan dia takut. Bahkan dia hanya bersiul sambil bernyanyi-nyanyi. Kaki diangkat ke atas sofa.

"Balik rumah." suara itu memecahkan suasana. Diselangi tangisan yang maha hebat.

"Masa kau halau aku, ada kau fikir?" dia membalas. Pedas.

"Mama minta maaf. Is, balik tau. Mama rindu." perempuan separuh usia itu mencapai jemari kasar anaknya.

Namun ditepis kasar jemari tua itu.

"Aku takkan balik selagi, jantan keparat tu tak berambus dari rumah."

"Is, tu papa."

"Nope. Bukan papa Is. Dia binatang."

"Language."

"So?"

"Mama minta maaf. Marilah kita balik. Kita kan keluarga. Takkan Is dah lupa."

"Sejak kau halau aku keluar aku dah bertekad, kau bukan lagi mak aku. Mak aku dah mampus."

"Iskandar!"

"Apo?" dia tertawa sendiri.

"Jangan sampai mama tarik semua elaun Is."

"Silakan. Aku tak kisah."

"Sampai hati Is buang mama."

"Cuba fikir balik. Siapa yang buang siapa?"

"Remy, sudah. Naik atas." akhirnya wanita itu mencelah. Tidak betah melihat perang mulut antara anak-beranak di hadapannya.

"Iskandar."

Remaja lelaki itu berlalu pergi.

"Mama akan pastikan Is menyesal buat mama macam ni."

"Aku tak kisah. Sialkan."

"Remy. Bahasa." tegur Ratu.

"Upss. Typo. Silakan."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top