15 // AmisyaAdriana
Mata terbuka sedikit akibat bunyi yang agak bising di luar biliknya. I mean bilik tumpangan rumah Rafiqi. Dia duduk menegak di atas katil. Selimut ditolak dengan kaki ketepi.
Tangan naik mengosok kasar. Bulu mata kedua-dua belah mata jugak ditarik. Mengilangkan tahi matanya. Benda biasakan?
Jam dipandang sekilas .
3.45
"Aaaa dah terlepas zohor." terus kabut dia berlari masuk ke dalam bilik air dan membersihkan diri. Tidak perlu membawa tuala masuk, kerana dalamnya sudah ada tuala yang disediakan oleh dirinya sediri selepas subuh tadi.
Selesai membasuh muka dan berkumur beberapa kali. Dia mula mengambil wudhu. Dia sudah lewat.
Terus berlari tubuh itu ke arah kain telekungnya dan sejadah dihampar mengikut arah kiblat.
Selesai solat, dia perlu bersiap untuk tetamu yang akan bertandang sebentar lagi.
Baju kurung berwarna merah menjadi pilihan. Baju dipakai dan dia mula berpusing-pusing di depan cermin besar di hadapannya. Papan seterika ditarik keluar dari wardrobe yang disediakan di dalam bilik itu.
Wardrobe itu kosong tanpa sebarang pakaian, hanya ada kelengkapan tidur dan seterika itu mungkin. Ehee
Beg yang dibawa dari rumah dibawa keluar dari bawah katil. Tudung berwarna kelabu ditarik keluar. Seterika di atas katil ditenung lama.
Button on ditekan sebelum keluar wap-wap panas dari rongga-rongga seterika wap itu. Tudung dihampar di atas katil dan dia mula menggerakkan seterika wap itu ke seluruh kawasan tudung yang renyuk itu.
Selesai menghilangkan segala kedutan di tudung dia biarkan tudung di situ dan bergerak ke meja solek. Dia perlu kelihatan segar untuk berhadapan dengan tetamu Bonda. Mahu menjaga air muka Bondanya itu.
Tok! Tok!
"Siapa?" soal Amisya. Jeli veselline di dalam beg makeupnya dibawa keluar dan dicalit di bulu mata agar lebih melentik.
"Raf ni." balas seseorang dari luar.
"Ouh. Masuklah." ajak Amisya. Pintu dibuka dan Rafiqi masuk dengan baju kemeja berwarna merah yang lengan bajunya disingsing hingga ke siku.
'Astagaa hensem ciot' monolog Amisya sendiri. Mata dilarikan supaya tidak ditangkap mengushar jejaka itu lebih lama.
Mascara dipakai dengan berhati-hati kemudian liptint dioles sedikit di mulut. Agar tidak pucat. Bedak asas solekan juga dikenakan tapi nipis sahaja, sekadar mengurangkan penampakan cik j di mukanya.
Cik j memang jahat.
Rafiqi yang duduk diam memerhati amisya melalui ekor matanya. Dia berpura-pura membelek telefon supaya jenayahnya tidak ditangkap oleh Amisya. Tak bersolek pun cantik. Adiknya selalu cantik walaupun muka baru bangun tidur.
Amisya menoleh memandang Rafiqi yang duduk di atas katil yang sedang membelek telefon bimbit. Dan matanya mula menoleh ke arah tudungnya.
'Shit!'
"Pakcikkk jahat!"
"Weaa?" soal Rafiqi tidak mengerti.
"Pakcik duduk atas tudung isya. Habis kedut." marah Amisya. Dia mula menapak ke arah tudungnya yang telah dicabul.
"Aaaa sampai hatiii. Nak kena serika balik nii." bibir mula memuncung sedepa.
Aish.
"Ouh sorry. Raf keluar dulu." terus telefon digemgam sebaik mungkin dan dia berlari keluar.
Gang!
Pintu kayu itu tertutup rapat.
"Erghhh astagaa geram betull. Selamat hensem. Kalau tak dah kama blender sekali dengan sambal belacan Amili." marah Amisha. Terpaksalah dia menggosok tudung itu sekali lagi.
"Sungguh kejam kau putera hensem." dia bercakap sendiri sambil tangan ligat membuat kerjanya.
***
4.30 petang
Amili mengetuk beberapa kali pintu bilik tuan baharunya.
"Pakcik baik jauhkan diri dari Isya sebelum Isya gigit. aaaaa tahu tak tudung ni tak jadi. Bengkok-bengkok gelembung sana gelembung sini. Eiiii geram." rungut dia sendiri. Amili di depan pintu menggaru kepala.
"Lady. Ni saya, Amili. Bukan pakcik." Amili memeperkenalkan dirinya.
Amisya termalu sendiri.
"Boleh saya buka pintu ni?" soal Amili lagi.
"Erkk aa boleh. Boleh. Tapi biarkan pintu terbuka. Taknak ada apa-apa fitnah." balas Amisya. Dia duduk sopan di depan cermin solek besar gedabak itu.
Amili masuk kemudian menunduk hormat kepada Amisya. Amisya hanya diam. Dia tidak suka orang menunduk kepadanya. Seakan dia tuhan. Hanya tuhan mereka layak tundukkan kepala.
"Kenapa?" soal Amisya apabila sedari Amili hanya memerhati perlakuannya.
"Nothing. Tapi mascara lady comot." Amili sedaya-upaya menahan tawanya dari meletus.
"Laa yaka. Mana ada." nafi Amisya padahal dia sudah nampak. Tengah kelopak matanya ada sedikit sisa mascara yang melekat.
"Meh sini saya tolong buatkan."
Sehelai tisu basah di dalam beg make-up Amisya ditarik. Tangannya sedikit menggeletar.
Saat jarinya berlapikkan tisu basah itu mendarat di kelopak mata yang tercomot itu bersentuhan, dia cepat-cepat menyapu lembut sisa itu. Tisu itu dibaling ke dalam tong sampah di tepi katil.
"Yeayy masuk." sorak Amili sendiri. Amisya memandangnya pelik.
***
Kaki dihalakan ke arah bilik yang ditunjukkan. Bunga ros merah di pegang seeratnya. Dia mahu memberikan sendiri bunga itu kepada tuan punya badan.
"Meh sini saya tolong buatkan."
Dia segera menoleh ke arah bunyi dari dalam bilik itu. Kepala terhendap-hendap memerhati satu pasangan yang sedang bermesra di dalam bilik.
Bunga ros di tangan digengam kuat. Saat jari lelaki itu mula menyentuh kelopak mata pemilik hatinya, dia mula tidak senang duduk.
Persetankan semua ini.
Dia terus berlari mendapatkan mamanya semula. Tidak betah dia berlama memerhati adegan yang menggores sekeping hatinya.
***
"Tadaa tudung lady pun dah okay. Cantik." puji Amili. Tudung aku dibelek lama.
Saat mata Amisya bertentang dengan mata hitam pekat lelaki itu terus dia memalingkan mukanya ke arah lain.
"Terima kasih mili." kata Amisha. Dia melihat pantulan mukanya di hadapan cermin.
Tudungnya menjadi, terbentuk elok dan labuh hingga ke bawah dadanya. Semuanya berkat Amiki yang membetulkan tudungnya.
"Lady serika main-mainkan tulaa tak jadi. Kembung dan macam katak kodok." dia memulakan mukadimahnya. Tudung Amisya ditarik sedikit ke depan.
"Heii. Kenapa singkatkan tudung tu. Labuhka. Sikit. Tutup, kesian ayah lady tanggung dosa." mulut tu tak henti-henti menbebel dari tadi. Lebihan tudung ditarik dan dipinkan di bahu. Menutup dada.
"Heip. Jangan disentuh tudung tu. Dah elok. Lady sentuh saya ketuk tangan lady dengan handphone saya." dia mengangkat telefon bimbitnya dan membuat gaya mengetuk tangan. Amisya masih degil menyentuh tudungnya yang sudah disiap dibentuk.
"Haish. Dah masuk kali ketiga saya larang, dia still... Eiii berikan aku kesabaran tuhan. Jangan disentuh tudung tu. Dah elok dah. Nanti herot jangan meroyan sorang-sorang pulak." marah Amili. Mulut membebel tak henti-henti dari tadi.
Amisya tersenyum sendiri. Sekurang-kurangnya masih ada yang sudi berbual dengannya.
"Terima kasih mili. Terima kasih sangat-sangat." kata Amisya. Dia berdiri dan bergerak pula ke cermin yang lebih besar. Tubuhnya dipusing.
Ting!
Tetamu dah sampai. Mohon segera turun.
Suara itu membuatkan Amisya terkejut takut. Pantas dia berlari berdiri di belakang Amili. Walaupun ketinggian Amili hanya separas telinganya.
***
Kaki menapak menuruni tangga. Tetamu yang berada di ruang tamu dipandang sekilas.
'Macam kenal. Tapi siapa eah?' monolognya sendiri.
Kaki dilajukan apabila matanya bertembung dengan mata coklat milik Bonda. Sampai di ruang tamu, dia tidak terus duduk malah dia bergerak ke arah tetamunya.
Dia ingat apa yang dikatakan oleh Amili di atas tadi.
"Sampai sana jangan terus duduk. Salam, cium tangan dia dulu. And tunduk dekat Ratu."
Tangan dihulur ke arah wanita yang agak berusia sebelum tangan itu lambat-lambat menyambutnya. Dia memusingkan badannya perlahan menghadap Bonda dan menunduk hormat sebelum Bonda mengisyratkan supaya dia bangun.
"Mana si Iskandar? Kamu jumpa dia tadi?" soal Bonda kepada Amisya. Sofa ditepinya ditepuk.
"Takpun." dia menggeleng kepala.
"Duduk sopan. Kaki jangan silang. And jangan tenung dia lama-lama. Senyum, dia tanya baru jawab. Jangan mencelah masa Ratu tengah berbual walaupun Lady tahu apa yang diborakkan." pesanan itu teringiang-ngiang di cuping telinganya.
Dia duduk di tepi Bonda sebelum menghadiahkan senyuman kepada wanita di depannya. Kemudian kelibat Rafiqi muncul di sebalik dapur.
"Sorry ke laman belakang tadi."
"Bonda." Rafiqi menunukkan badannya.
"Mana Is?"
"Dia dalam tandas." balas Rafiqi ringkas.
Suasana agak kekok.
"Dah lama tak datang sini. Kau pun not bad. Sejak ada laki baru jaga makin cantik." bonda mula membuka mulut.
"Tetap tak boleh lawan kau. Kau cantik lagi. Tengok kedut dekat muka pun tak banyak lagi. Tengok muka aku, eish banyak kedut." wanita itu membalas.
"Mengadalah kau." balas Bonda pula. Masing-masing ketawa. Aku memandang Rafiqi kemudian kami berbalas pandangan.
"Haa Raf. Makin segak. Takkan takdak anak dara melekat lagi?" soal Wanita itu.
"Ahahhahaa. Dah ada Aunty Marrie. Tunggu masa nak petik ja." balas Rafiqi. Mata memandang Amisya yang sedang bermain dengan kukunya sendiri.
Amisya yang mendengar itu mula memerah mukanya. Diakah?
"Bertuahnya perempuan tu." usik Datin Marrie.
"Ahahahaha." balas Rafiqi dengan gelak yang tidak seberapa ikhlas itu.
'Its that me?' Amisya berfikir sendiri.
"Eah ni siapa pulak?" soal Datin Marrie. Dia memandang Amisya. Seperti pernah tengok raut wajah ni.
"Saya Amisya. Boleh panggil Isya je." balas Amisya lambat-lambat. Dia masih setia merenung kukunya yang berlaga sesama sendiri.
"Ouh Amisya." balas Datin Marrie dan merenung wajah itu lama.
'Jadi kaulah yang buat anak aku jadi macam ni. Kau siap. Tapi takkanlah dia bakal isteri si Rafiqi tu. Ish tak boleh jadi ni. Mesti betina tu bukan calang-calang orang. Ratu takkan senang-senang lepas anak terunanya itu kalau dekat orang sembarangan'
"Kau kenal?" soal Bonda. Wajah Amisya dan Datin Marrie dipandng bersilih-ganti.
"Kawan Iskandar. Teman istimewa." balas si Datin. Gelas air di atas meja diragut dn diteguk pelan-pelan.
"Mana si Iskandar sorang ni. Tengah tunggu dia. Dia pulak berlama dalam tandas." rungut Datin Marrie. Sengaja mengubah topik.
Amisya masih berfikit siapakan Iskandar yang disebut-sebut dari tadi.
"Sorry ma. Lambat. Sorry aunty." kata satu suara dari belakang Amisya.
Suara itu...
Lelaki berbaju kemeja kuning cair itu menunduk hormat di depan Bonda. Kemudian dia duduk bersebelahan dengan Datin Marrie.
'Patutla. Mama Remy rupanya. Patut pernah nampak.' monolog Amisya sendiri. Dia senyum kepada Remy dan lelaki itu menghiraukan senyumannya.
"Eah Iskandar. Perkenalkan ni anak- erm i mean anak angkat aunty. Amisya nama dia. Dah lama sangat nak ada anak perempuan tu yang ambil anak angkat." bibir digigit lembut.
'Maafkan Bonda sayang. Bonda terpaksa menipu.' monolog Bonda. Dia terseyum kepada Anaknya itu.
Amisya terdiam di tempatnya. Kaki mula berpeluh.
'Terima kasih Bonda. Walaupun tak setuju, tapi Bonda still dengar cakap Raf.' lelaki kemeja merah itu mengeluh perlahan. Wajah Bondanya ditenung dan terseyum apabila raut itu bertembung dengan matanya. Terselit rasa kesal di lubuk hatinya.
"Ouh anak angkat. Bila ambil tak story pun." soal Datin Marrie seraya memandang wajah Amisya yang sudah tidak senang duduk.
"Amili help me!" dia mula menjerit sendiri.
"Dah-
Ting ting ting ting
Burung terbang tinggi
Membelah awan biru
Si burung gagah membelah awan
Bunyi ringtone telefon Amisya bergema di ruang itu. Alamak dia lupa silent!
Nama pemanggil dilihat sebelum dia memandang Bondanya meminta izin.
" siapa tu?" soal Bonda. Telefonnya ditunjukkan ke arah Bonda.
"Boleh Isya angkat." soal Amisya takut-takut.
"Sure. Pergilah. Dekat dapur pun boleh. Alahaii risau pulak orang culik anak dia lama-lama. ahahahhaa." kata Bonda membuatkan Amisya msnarik nafas lega.
Amisya tersenyum dan meminta izin untuk berlalu pergi.
"Jangan lama sangat. Cakap ada tetamu." kata Bonda agak tegas dan Amisya menngangguk pantas.
Dia berlalu ke dapur. Telefon dirapatkan di dadanya. Berdebar tak tentu hala.
Nombor ayahnya didial sebelum talian bersambung.
"Assalamualaikum ayah."
"Waalikumsalam anak ayah yang cantik. Buat apa tu? " soal ayah di talian.
"Sebenarnya ada tetamu ayah. Ehehhe gelabah Isya angkat telefon tadi." jelas Amisya. Kerusi ditarik kebelakang sedikit sebelum dia duduk di situ.
Seorang perempuan mendekatinya.
"Lady nak air?" soalnya agak perlahan. Tidak mahu menggangu mungkin.
"Takpa. Isya baru minum tadi dekat ruang tamu." jelas Amisya.
"Siapa tu Isya?" soal ayah.
"Pembantu rumah tadi. Dia tanya nak air apa?" balas Amisya. Jelas. Walapun dia tahu ayahnya mendengar perbualan ringkas mereka tadi.
"Okay la. ayah malam nanti call balik boleh. Amisya tak boleh lama. Nanti tak sopan pulak." kata Amisha.
"Ahh lupa pula. Okay. Malam nanti jangan lupa call pulak tahu. Ayah tunggu anak ayah yang cantik ni call." kata ayah dan mematikan panggilan.
Belum sempat di membalas ayahnya sudah menamatkan panggilan. Hadehh.
"Pakwe kau ke? Amboi baru sehari berpisah siap call bagai." perli Remy.
"Eahh mana ada. Tu ayah la." balas Amisya.
"Hek eleh. Tipu ja kerja kau."
"Bila masa Isya tipu Remy?" soal Amisya. Bila masanya dia menipu lelaki di hadapannya ini.
Telefon dibuka, log pemanggil ditunjukkan ke arah Remy. Remy beriak biasa.
"Sedangkan special girl friend aku pun aku save Farhan, inikan pulak kau. Setakat save ayah, entah-entah lelaki mana pun tak tahu." Remy mula menuduh bukan-bukan. Kerusi di hadapan amisha ditarik dan dia duduk berhadapan dengan si Amisya.
"Tuduh bukan-bukan." Amisya sudah malas melahan lelaki itu. Walaupun lelaki itu menyelamatkan dia hampir dua kali, tapi dia tidak lupa bagaimana lelaki itu membulinya. Teruk.
Amisya berura-ura mahu pergi sebelum tangannya ditarik menyebabkan dia terundur ke belakang.
"Sejak bila kau berubah eah. Sejak jadi kaya? Sejak tidur dalam emas. Dulu tak macam ni pun. And sejak bila kau dah pandai simpan jantan!" tengkingnya agak kuat. Tangannya masih memegang tangan Amisha kuat.
"Kalau Isya berubah sekalipun, tiada kaitan dengan Is.kan.dar. okayy. Lepaslah." Amisya menarik tangannya. Malangnya semakin kemas gengaman tangan lelaki itu.
"Kau kenapa? Sejak bila kau berubah?" soal Remy sekali lagi.
"Kalau Isya berubah sekalipun. Kenapa? Salah. Memang Isya hidup untuk dibuli sampai separuh mati. Huh?" dia mula merengus kasar. Tubuh Amisya ditarik merapat ke dinding.
Dia menyekat pergerakan Amisya menggunakan lengannya. Amisua sudah terkepung dengan badan lelaki tegap itu. Sudahla dia tersandar di dinding.
"Lepaslah. Tolong. Lepas." air matanya sudah mula menitik. Badannya sudah sepenuhnya berlaga dengan badan Remy.
Air mata kian lebat.
"Maafkan aku. Boleh?" soal Remy. Dia menghimpit badan Amisya yang mencuba melarikan diri.
Amisya sudah tersedu-sedu menangis.
"Lepas." rintihnya. Remy menggeleng.
"Maafkan aku dulu."
"Babi kau. Apa yang kau dah buat!" jerit satu suara. Tubuh Remy kemudia ditarik menjauhi Amisya. Pipi Remy ditumbuk berkali-kali.
***
Tubuh Amisya merekot di dalam pelukan Rafiqi. Tangisannya masih tidak reda. Malah dia makin takut bila semua mata terarah kepadanya.
"Terima kasih Mifzal. Kalau kau tak selamatkan Amisya. Aku tak tahu apa yang jantan ni akan buat." Bonda berterima kasih kepada Mifzal dan lelaki itu berlalu pergi.
"Apa yang kau dah buat!" marah Bonda. Mata cerlung memandang Remy.
Remy pula setia memandang lantai. Salah dia jugak, terlalu mengikut perasaan. Last makan diri.
"Is minta maaf. Is tak sengaja." kata Remy dengan perlahan.
"Kau! Kau cakap tak sengaja? Kau tahu tak apa kau buat. Bodoh punya anak!" Datin Marrie mula membuka suara hendak memaki anaknya. Pipi anaknya ditampar kuat.
"Raf bawak Isya naik atas. Bagi dia rehat. Suruh dia mandi dulu and teman dia. Jangan tinggalkan di seorang diri. " tegas kata itu memberi arahan.
Sebaik sahaja badan Amisya diangkat, terus tubuh itu terkulai layu.
"Isya!!" jerit bonda.
Semuanya gelap. Gelap. Tenggelam dalam dunianya sendiri.
Dia-- dia sudah tidak suci. Dia telah dinodai. Bagaimana dia mahu berhadapan dengan semua orang. Bagaimana jika ayahnya tahu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top