20. Pergi Bumi dan Masalah?!

Chapter Sebelumnya...

Amato dan Maskmana yang kebetulan lewat di depan kamar Double T pun heran karena tidak biasanya kamar tersebut terpakai. Saat melihat ke dalam, senyuman mereka mengembang.

"Diorang nampak bahagia e?" tanya Maskmana saat melihat mereka tertidur pulas setelah pulang dari Planet Mini Sirkus.

"Kau benar, aku berharap boleh nampak senyuman diorang lagi lama." balas Amato memandang kedua anaknya yang tidur di ranjang yang sama sembari berpelukan.

"Ada masanya, Amato. Akan ada masanya."

Back...

Beberapa minggu pun berlalu dan mereka mulai merasakan ada hal yang ganjal. Seperti tenang sebelum badai besar datang. Sudah hampir 4 bulan keadaan sangat tenang, bahkan terlampau tenang.

Para Laksamana kini sedang mengadakan rapat serius bahkan sampai di hadiri oleh petinggi Tapops dan Tempur-A. Beberapa kapten tim kuat juga ikut hadir termasuk BoBoiBoy dan Kaizo.

"Baik, saya rasa korang semua tahu masalah yang kita hadapi masa ni." kata Petinggi1 mengawali pertemuan.

Wajah Ailsa dari saat melihat Para Petinggi itu masuk ke dalam ruang rapat sudah masam jika tidak di peringatkan oleh Amato agar tetap menjaga kesopanan.

'Malas betul nak jumpa diorang. Kalau aku boleh pilih, aku baik kat bilik main kad uno dengan Rosa je daripada kat sini.' gerutunya dalam hati.

"Ya Tuan, sudah hampir 4 bulan keadaan benar-benar tenang." jawab Tarung dan Ailsa hanya mengulirkan mata malas.

'Dia ni tak berubah.' batin Maskmana saat melihat tingkah Ailsa yang memang tidak menyukai Para Petinggi sedari pertama bertemu.

BoBoiBoy sendiri juga sebenarnya tidak suka tetapi demi menjaga nama baik, dia mau tidak mau harus bersikap semestinya.

"Macam mana keadaan penduduk Planet Thousand? Sebagai Ratu kau kena pastikan diorang selamat bukan? Laksamana Ailsa?" kata Petinggi2 menatap tajam Ailsa yang bermain dengan pen tab.

"Semuanya selamat tiada yang cedera atau korban jiwa, tapi Planet Thousand kehilangan sumber tenaga sebabkan tiada siapapun kat sana." jawab Ailsa tanpa menghiraukan tatapan tajam dari Petinggi2.

"Sumber tenaga Planet Thousand tu apa?" tanya petinggi1 dan sebenarnya ingin dibalas kasar oleh Ailsa, tetapi dia tetap harus menjaga sikapnya.

'Sabar Ail. Bila kau dah keluar dari Tapops, boleh kau siksa tu Petinggi. Sabar.' batin Ailsa yang berusaha membuat dirinya sabar dan menjaga sikap.

'Sabar nak, kau kena sabar dengan Petinggi tu. Ayah pun rasa nak tembak diorang dengan Mechablaster.' pikir Amato saat melihat urat kesal di tangan Ailsa yang tidak ada di atas meja.

"Seluruh penghuni planet tu, lagi-lagi ras Han yang kuasa dia boleh jadi sumber tak terbatas Planet Thousand. Sekarang ni, Planet tu dalam ambang kehancuran dan sudah tidak memungkinkan untuk di huni." jawab Amato menggantikan Ailsa yang masih menahan kesal.

"Lepas tu, diorang kena pergi mana?" tanya Petinggi3 menarik sebatang cerutu dari wadahnya kemudian menyalakannya.

"Ada tiga pilihan yang sudah saya cadangkan untuk diorang, pertama ialah berkhidmat pada Tapops atau Tempur-A yang telah selamatkan diorang, kedua ialah menetap kat Planet Quabaq, dan yang ketiga ialah...diorang pindah ke Planet Bumi." balas Ailsa menunjukkan angka satu, dua dan tiga menggunakan jarinya.

"Tak kan la berbahaya Laksamana? Macam mana kalau alien jahat kesan diorang? Bumi pun akan kena dampaknya." tanya BoBoiBoy saat mendengar pilihan ketiga Ailsa.

"Selama kita boleh lindungi galaksi, maka Bumi akan tetap aman. Tugas kita ialah lindungi power shpera dan galaksi, jangan lupakan tugas utama kita." jawab Ailsa yang mulai tenang saat suara BoBoiBoy masuk ke telinganya.

"Saya setuju dengan Laksamana Ailsa dan saya yakin bila Laksamana Bella masih ada kat sini, dia akan katakan perkara yang sama." sambung Maskmana.

"Baiklah, masalah penduduk tu dah tamat dan kini masalah utama kita. Ada sesiapa yang tahu kat mana Reck dan Shen berada?" kata Petinggi1 dengan wajah yang lebih serius daripada sebelumnya.

"Terakhir diorang nampak di sektor 4-I15A, lagi tepatnya kat Planet Tekno." lapor Koko Ci menunjukkan sebuah hologram satu planet di sektor 4-I15A.

"Itu bukan ke sektor jagaan anda, Laksamana Ailsa? Apakah anda tahu?" tanya Petinggi3 menatap sinis Ailsa yang diam-diam bermain permainan online di tabnya.

'Adoi, budak ni. Sempat lagi nak main gim.' pasrah Amato saat tahu apa yang anak sulungnya lakukan di tab-nya.

"Macam mana saya nak tahu bila hampir semua alat komunikasi dimatikan? Nasib baik saya boleh tengok kat tablet saya dan...sayang sekali, tiada jejak diorang kat sana." balas Ailsa yang benar-benar ingin mematahkan sesuatu.

"Agaknya macam pengalih perhatian, agar kita tak tahu rancangan diorang kali ni." sambung Kaizo memegang bahu Ailsa di sebelahnya, berusaha untuk menenangkan dia.

"Saya rasa macam tu, tetapi ada sinyal aneh kat sektor B-801Y." kata Tarung memasang pose berpikir.

"Sektor jagaan saya, saya tak dapat maklumat apapun dari Tapops-U. Qually tiada hubungi saya selepas penyerangan tempo hari." kata BoBoiBoy dengan segala keramahannya walau dibalas sinis dan tajam oleh Petinggi.

'Ohh macam tu korang pandang adik aku e? Jaga korang.' batin Ailsa yang mulai kehilangan kesabaran jika Kaizo tidak mengenggam tangan Ailsa.

"Kitorang pun tak dapat nak akses kat Bumi atau planet kat sektor kamu tu." disaat semua hening untuk beberapa saat, alarm peringatan berbunyi dan jam kuasa milik BoBoiBoy menampilkan satu pesan.

"BoBoiBoy! Ada dua alien datang kat bumi dan rosakkan sistem kat sini! Maaf saya tak boleh lindungi A-*bzzzttt"

"Qually! Jawab! Qually! Komender, Laksamana, Tuan sekalian, saya dan pasukan saya boleh izin balik Bumi untuk pastikan semuanya?" kata BoBoiBoy saat sambungan itu terputus.

"Saya pun nak pergi, firasat saya macam ada benda tak betul dan-"kalimat Ailsa terpotong oleh Petinggi1 yang langsung di balas ketus.

"Kat sana bukan ke ada pasukan keamanan yang dah Tapops hantarkan? Korang pasti nak kabur dari mesyuarat ni bukan?" kata Petinggi1 dengan nada sarkas dan ketus.

"Tuan, bukannya saya nak kabur dari mesyuarat ni. Saya dah kata bila tugas kita ialah lindungi galaksi dan ini merupakan satu tugas saya sebagai Laksamana Tapops." balas Ailsa yang berusaha untuk sabar.

"Tapi kitorang dah hantarkan bagian keamanan kat sektor tu dan tiada sembarang alasan untuk kabur dari mesyuarat ni." kata Petinggi2 yang langsung menaikkan nada bicaranya.

"Tiada laporan masuk pasal apapun, jangan sangka saya ni polos dan mudah kena tipu macam Mama saya. Saya tahu semua apa yang korang buat selama ni dan—" kalimat Ailsa terpotong oleh masuknya seseorang ke ruang rapat.

"Ketua! Maaf dah kacau mesyuarat ni tetapi Bumi dalam bahaya! Sinyal sektor 4-I15A menangkap sesuatu yang asing kat sektor B-801Y." lapor Maira yang nampak kalang kabut seperti baru saja dikejar sesuatu.

"Status?" tanya Ailsa mengambil pedangnya yang ia letakkan di sebelahnya kemudian memakai sarung tangan hitam dan jubahnya.

"Darurat merah." Ailsa membersihkan kacamatanya sebelum di pakai lagi dan berjalan keluar dari ruangan.

"Maaf bila Tuan semua nak halang saya pergi Bumi, saya akan tetap pergi. Bila Tuan nak keluarkan saya dari Tapops, saya tak kesah sebab Bumi lagi penting dari urusan saya kat Tapops sebab keluarga saya ada kat sana. BoBoiBoy, Ayah, jom." kata Ailsa tanpa menoleh ke belakang.

"Maaf, tapi apa yang Laksamana Ailsa cakap benar. Kitorang permisi Tuan sekalian." Amato diikuti oleh BoBoiBoy, Maskmana dan Kaizo keluar dari ruangan itu.

Tunggu...Maskmana dan Kaizo?

Ya, mereka juga lebih setuju dengan apa yang Ailsa katakan. Memang mereka bukan dari Bumi, tetapi bagi mereka Bumi adalah tempat berharga.

"Tunggu! Arghh kenapa dengan diorang tu, Tarung?! Koko Ci?!" kata Petinggi1 berusaha menghentikan mereka walau percuma.

"Biar je la, diorang nak sangat keluar Tapops dan Tempur-A kan? Tinggal hapus je data diorang dan pangkat diorang. Apa susah nya?" kata Petinggi2 yang seolah tidak peduli.

"Aku setuju, ramai lagi orang berbakat kat galaksi ni. Kehilangan diorang bukan la masalah besar." dukung Petinggi3 yang bahkan menghisap cerutu miliknya dengan santai.

"Cabut pasukan diorang dari data Tapops dan Tempur-A. Kita sambungkan mesyuarat ni." Tarung, Koko Ci dan beberapa anggota yang hadir hanya bisa menatap satu sama lain dan melaksanakan perintah petinggi.

Kembali ke Ailsa dan yang lainnya, mereka kini sedang bersiap menuju ke Bumi bersama barang bawaan mereka semua. Ailsa tahu jika mereka akan diusir dari Tapops dan Tempur-A jadi dia meminta mereka mengambil semua barang-barang yang milik mereka.

"Kau dah agak ni terjadi ke?" tanya Maskmana yang kini ada di pesawat angkasa Ailsa, menunggu yang lainnya.

"Jujur, aku dah tak tahan lagi nak ada kat bawah diorang tu. Dahla tak fikir pasal Bumi, asik-asik duit dan kepopuleran je. Baik macam ni daripada terus-menerus kat bawah kendali atasan." jawab Ailsa memeriksa keadaan pesawat angkasanya dan tak lama timnya masuk bersama Amato dan Kaizo, tentu barang-barang mereka ada di ruang khusus barang-barang.

"Apa pasukan BoBoiBoy dah sedia?" tanya Ailsa tanpa menoleh ke timnya yang langsung memposisikan diri ke tempat mereka masing-masing.

"Akak, kita dah sedia. Lepas tu macam mana kapal angkasa milik Mama?" ucap BoBoiBoy dari alat komunikasi pesawat angkasa.

"Biar Ayah dan Maskmana yang bawa, korang tetap kat kapal angkasa masing-masing." Amato dan Maskmana pergi ke pesawat angkasa milik Bella yang ada tak jauh dari sana.

Para petinggi beserta orang-orang yang mengikuti rapat itu mengamati dari cctv hanger utama, ada yang biasa saja, ada yang sedih, ada yang kesal, ada yang diam saja.

"Apa tak masalah kita keluarkan diorang Tuan?" tanya Koko Ci memastikan keputusan Para Petinggi.

"Kehilangan diorang tak macam kehilangan Laksamana Bella, kita masih boleh cari orang yang lagi pantas untuk duduki posisi kosong tu semua." jawab Petinggi1 saat melihat ketiga pesawat angkasa itu mulai pergi meninggalkan markas.

'Diorang pasti akan sesal dah sia-sia kan anggota macam diorang.' batin Koko Ci dan Tarung saat saling bertatapan.

Di posisi Ailsa dan yang lainnya, mereka menggunakan kecepatan penuh tanpa menggunakan teleportasi karena tenaga yang tidak mencukupi.

"BoBoiBoy, dah boleh hubungi Bumi?" tanya Ailsa yang sibuk mencari kabar di Bumi.

"Masih tak dapat, macam ada sesuatu yang halang." jawab BoBoiBoy dari seberang monitor. Ailsa terduduk lelah di kursinya hingga dia mendengar suara seseorang di kepalanya.

'Ail, kau tahu kan apa yang dah jadi?'

'Tuan Aira?! Hmmm ya, agaknya. Saya tak pasti tapi firasat saya ni tak pernah salah.'

'Kau betul-betul anak keturunan ku e, kau nak aku tolong tak?'

'Eh? Tak masalah ke? Lepas tu macam mana?'

'Kau nak tahu kan kuasa sebenar dari Batu Kristal Bintang tu?'

'Siapa juga yang tak nak tahu, mestilah nak!'

'Kau suruh adik kau cantumkan 6 batu dan batu terakhir kau yang cantumkan.'

'Tu je kan?'

'Nanti kau tengok la sendiri.'

"Ilsa! Ailsa Han binti Amato!" Ailsa tersadar dan dia menatap ke semua mata yang mengarah pada dirinya.

"Kau kenapa ni? Dah kena panggil berkali-kali tak jawab?" tanya Maira yang ada di sebelah Ailsa dengan tatapan ingin menangis.

"Erghh aku oke je, tak payah nak risau." jawab Ailsa berusaha menenangkan mereka.

"Tapi kau betul-betul oke ke sayang? Ada yang sakit lagi ke?" tanya Amato dari monitor.

"Oke Ayah, tak payah risau dan baik kita guna teleportal je e. Ail takut bila kita terlambat sampai Bumi." balas Ailsa yang akan berdiri tetapi di tahan oleh Kaizo.

"Kau duduk diam-diam, biar Ochobot je yang buka teleportal. Kau sedia Ochobot?" kata Kaizo menatap monitor dimana BoBoiBoy dan Ochobot berada.

"Sedia Kapten Kaizo." jawab Ochobot yang ada di depan BoBoiBoy.

"Eh tak masalah ke? Bila kita kena lari macam mana?" tanya Ailsa.

"Itu boleh kita pikirkan nanti, sekarang penduduk Bumi lagi penting. Kau boleh buka teleportal sekarang Ochobot." balas Maskmana yang sedari tadi diam memperhatikan.

"Kuasa Teleportasi." portal teleportasi Ochobot muncul tak jauh di depan mereka dan dengan cepat mereka memasuki portal hingga sampai di bumi.

Alarm darurat berbunyi nyaring di tiga pesawat angkasa tersebut dan nampak keadaan Bumi yang tidak baik-baik saja.

"Apa yang dah jadi ni?!" tanya Rosa begitu melihat keadaan di Bumi yang sudah tidak seperti dulu. Orang-orang asli Bumi perlahan berdiri dan mendekat ke monitor untuk melihat lebih dekat keadaan Bumi sekarang.

Penindasan hampir ada di mana-mana, keadaan Bumi bukanlah seperti yang mereka kenal terakhir kali hingga satu monitor menangkap satu gambar yang membuat mereka terkejut bukan main.

Amato sampai jatuh terduduk, BoBoiBoy lemas dengan nafas tidak beraturan, Yaya langsung menangis dalam diam, Ying berbalik arah agar tidak melihat monitor, Gopal berjongkok dengan kepala di antara kakinya.

Ailsa sendiri masih berdiri, menatap terkejut dengan apa yang monitor tampilkan. Maira yang melihat Ailsa di sebelahnya tidak bereaksi apapun seketika terkejut karena aura kekuatannya keluar.

Kaizo juga ikut melihat Ailsa saat aura kekuatannya keluar dan Ailsa menggenggam erat tangannya.

"Akak.../Ilsa..." gumam keduanya dan Ailsa tiba-tiba menghilang dari pesawat angkasanya bersama Kaizo yang tangannya di gengam erat.

"Akak!/Ail!, Kaizo!/Abang!" seru mereka semua saat melihat Ailsa bersama Kaizo muncul di gambaran monitor, berhadapan dengan musuh mereka.

"Superhero kita dah sampai."

"Lepaskan penduduk Bumi sekarang...

Reck, Shen."

𝙽𝚎𝚡𝚝...

23/07/2022

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top