BAB 9

MATA yang terasa berat, aku buka perlahan-lahan. Kepala rasa pening. Hanyut! Sebaik sahaja mataku diizinkan melihat, terus kornea mata menyapa ruangan tempat di mana aku berada sekarang ini. Terbaring kaku di atas katil. Bersama wayar oksigen panjang di hidung.

Hospital! Ya, aku yakin.

Selajur itu, tanganku mendapat rangsangan kuat. Rasa digenggam kemas oleh seseorang. Terus, aku palingkan wajah memandang empunya tuan. Rasa sayu mula terbit saat terpandang wajah itu.

"Abang..." Perlahan aku menyebut nama itu. Panggilan hormat buat abangku, Zarul.

"Alhamdulillah, adik abang dah sedar." Zarul senyum gembira. Dahi aku dicium sayang.

Dari hujung bilik, aku nampak susuk tubuh Raif sedang bersandar elok di atas sofa. Sekali gus memerhatikan tingkah aku dan Zarul. Ah I know! Aku sekarang berada di sebuah wad. Tentu Raif yang bawa.

"Abang kenapa nampak lesu ni. Abang dah makan?" soalku, perlahan.

Ya, memang jelas. Roman muka Zarul nampak penat bercampur risau. Sempat aku perasan, di bawah tubir matanya tersisa air. Masih sembab dan basah. Jelas! Kornea mata itu baru sahaja menumpahkan mutiara jernih. 

Damn! Abang menangis sebab aku.

Only if you know, Yaya happy hidup dengan abang. You love me like really hard, abang Zarul. Untuk kali yang ke seratus Yaya cakap... abang nadi Yaya. Pengganti ibu dan ayah Yaya.

"Yaya nak air?"  Tak jawab soalan aku, Zarul sebaliknya menyoal kembali.

Aku angguk. Dan Zarul hulurkan segelas air kepada aku. Dia nampak tenang aje tengok aku minum air.

"Zai..."

Lembut dan perlahan, aku dengar satu suara menyapa. Aku dan Zarul lekas memandang. Nampak batang tubuh Raif perlahan-lahan mendekati katil.

"Ayol belum makan sejak dia dengar kau warded."

Aku pandang Raif. Kemudian aku pandang Zarul pula. Lama! Serta-merta timbul rasa geram kepadanya.

"Tak payah pandang abang macam tu. Kejap lagi abang makan la." Zarul pantas bersuara bila nampak pandangan maut aku.

"Kau pun tak boleh zip ke mulut tu, Raif? Bukannya aku nak berlapar terus. Dah, kau pergi panggil doktor. Adik aku dah sedar," sambung Zarul lagi. Kali ini dia tujukan kata kepada Raif pula.

Raif tak menjawab. Hanya tawa kecil keluar daripada mulutnya sebelum dia menurut kata Zarul. Sempat dia senyum nipis kepada aku. Nampak wajahnya penuh kelegaan.

Huh, Raif... kenapa kau baik sangat dengan aku? Aku warded ni pun aku dah pasti. Kau yang tanggung kos rawatan ini, kan? Ya Allah, macam mana aku nak hapuskan rasa cinta ini kalau dia selalu mengambil berat akan keadaanku?





"MENURUT laporan kesihatan, Cik Zaira sebenarnya menghidap penyakit kanser hati stage 2."

Gulp!

Berita yang dahsyat. Berita yang telah memberi tamparan kepada kami bertiga. Sungguh, berita yang baru disampaikan oleh doktor tadi benar-benar merunsingkan aku, Raif dan Zarul. Tak sangka, di usia semuda ini, aku telah menghidap penyakit kanser hati di tahap 2. Ya Allah, sungguh aku sendiri tidak sangka bahawa semua ini akan terjadi.

"Saya tak percaya. Adik saya takkan dapat penyakit tu. Tolong jangan tipu saya. Tolong, doktor..."

Tanpa sedar, Zarul bersuara di tengah-tengah suasana. Seluruh badannya berpeluh. Malah, suaranya juga bergetar.

"Encik, bersabar ya. Stage 2 belum berada di tahap yang membimbangkan. Kita boleh buat operation. Cik Zaira ada peluang untuk sembuh." Doktor tersebut cuba menenangkan Zarul.

Aku dan Raif mula berpandangan sendiri. Kenapa Zarul nampak resah? Apa kaitan penyakit aku dengan perubahan diri Zarul? Aduh, kenapa aku rasa Zarul ni macam sorokkan sesuatu daripada aku?

"Bila adik saya boleh keluar?" soal Zarul, mendatar. Dia nampak seperti masih belum berpuas hati. Namun, dia cuba kawal emosinya.

"Sorry, Encik. Buat masa sekarang, Cik Zaira belum bebas daripada pemantauan pihak hospital. Kami masih tak dapat nak tetapkan tarikh untuk dia discharge."

Zarul mengeluh perlahan. Dia pandang doktor itu dengan nafas yang turun naik. Matanya juga nampak marak dengan api.

"Okay, if that what you say. But still... I can't believe this." Usai berkata begitu, Zarul terus keluar meninggalkan wad aku.

Entah mengapa, aku perasan akan perubahan air mukanya. Malahan, tubir matanya juga seakan ditakungi air. Aku cukup kenal abang aku. Dia mungkin sedang marah, sekali gus sedih. Sumpah! Aku tak tahu apa yang abang sembunyikan daripada aku sekarang ini.

"Saya mohon maaf bagi pihak kawan saya, doktor. Zaira satu-satunya adik yang membesar dalam jagaan dia daripada kecil. Dia terlampau sayangkan adik dia. Itu yang buatkan dia tak boleh terima tu." Suara Raif yang mencelah, telah menyedarkan aku dari lamunan.

Aku pandang Raif. Tak sangka dia sanggup menghulurkan kata maaf untuk membersihkan nama Zarul.

"It's okay. Saya faham. If I was in his shoes, I might do the same," balas doktor tersebut.

Aku menarik nafas kelegaan. Nasib baik doktor itu memahami dan tidak melatah.

"Thank you, doctor," ucap Raif.

"No problem. Saya keluar dulu. Dua jam lagi, nurse akan buat injection pada Cik Zaira. So, get ready ya. Rehat-rehat dulu," pesan doktor tersebut.

Aku ekori langkah doktor sehingga hilang dari pandangan dengan ekor mata. Kemudian, aku pandang pula kepada Raif. Lirikan mata aku meminta dia menghampiri. Dan Raif akur. Perlahan, dia duduk di atas kerusi sebelah katil. Menggantikan tempat Zarul barusan tadi.

"Aku rasa abang ada hide sesuatu daripada aku," ujarku perlahan.

Raif diam sekejap. Dia pandang aku. Lama!

"Ayol stres tu. Kau tahukan Ayol tu sayangkan kau lebih daripada nyawa dia sendiri. Dia risaukan kau. Kau satu-satunya keluarga dia."

"Aku tahu. Tapi aku kenal abang aku. Dia macam nak nafikan sesuatu. Tak pernah tau dia bertindak luar akal macam tadi sampai bergaduh dengan doktor. Kau tak syak apa-apa ke kat dia?"

"Zai, stop. Tak payah fikir bukan-bukan. Kau rehat dulu. Ayol tu terlebih caring pasal kau je." Raif cuba tenangkan aku. Dia tarik kerusi di sebelah katil lalu labuhkan duduknya.

"Kau ni kan... kalau pasal abang je kau mesti fikir positif. Ke kau sama je macam abang aku? Kau orang sepakat nak sorokkan rahsia daripada aku?"

"Ya Allah, Zai. Jauh sangat kau fikir ni. Cuba bertenang dulu. Aku tak tahu apa-apa la. Dan pasal Zarul tu, kau tahukan macam mana dia sayang kau? Dia takut hilang kau. Itu yang jadi macam tu."

"Huh!" Aku mendengus nafas. Berat bunyinya. Jarum yang tercucuk di tangan aku pandang. Nampak jelas darah pekat masuk ke dalam tubuh aku melalui wayar. Entahlah! Tiba-tiba je otak ni rasa serabut.

"Zai... kau rehat dulu, okay?" Raif cuba memujuk. Dia senyum manis. Tampan!

Sejenak, aku pandang Raif. Mata yang sarat dengan beribu persoalan, aku pejamkan buat beberapa detik. Kemudian, aku kembali pandang Raif. Segala hal tentang Zarul, aku usir jauh-jauh. Mungkin ada betulnya, aku perlu tenangkan diri aku dahulu.

"Raif..." Nama Raif, aku seru lembut.

Raif angkat keningnya sebelah. "Ya?"

"Janji teman aku?" soalku lembut.

"Sampai bila-bila pun aku janji. Asalkan kau tak overthinking lagi."

Aku senyum. Kepala aku anggukkan sedikit. Aku bahagia dengan Raif. Sungguh, aku tidak berbohong. Hati aku terikat suka dengan sahabat aku sendiri. Walaupun aku tahu, rasa ini hanya bertepuk sebelah tangan. Kami juga bagaikan enggang dengan pipit. Malahan, mummy Raif sendiri tidak sukakan aku. Namun, cinta yang hadir tak dapat aku kawal.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top