BAB 8

AKU pandang Raif dengan muka yang masam. Taman permainan ini rasa suram bila teringatkan sikap Raif. Suka hati dia aje terjah rumah aku tadi. Aku baru ingat nak rehat memandangkan hari ni adalah hari minggu. Abang Zarul pun sama, boleh dia paksa aku ikut Raif. Dia dengan Raif, kalau bertemu memang kerja nak memaksa je.

"Kau marah aku lagi, Zai?" soal Raif. Bahu aku cuba disentuh tetapi aku lebih pantas mengelak.

"Asal? Muka aku ni nampak macam tengah marah kau ke?" Aku bertanya sinis.

"Zai..." Raif menyeru panjang nama aku. Roman mukanya berbaur kusut.

"Apa?" Aku balas kasar. Geram tahu tak!

"Sorry okay..."

"Sorry, sorry! Sorry apanya?" Lantang aku membalas.

"Pasal hari tu la. Kat gallery." Raif pandang tepat ke dalam anak mata aku. Aku melarikan anak mata ke arah lain.

"Hal kat tempat kerja tak payah la bawa kat luar. Lagi pun aku ni kan kuli je. Bukan level bos macam kau," sindirku. Sengaja nak bagi dia tahu yang aku ni masih terasa hati.

"Zai... dah la merajuk. Aku... aku minta maaf, okay. Aku tahu bouquet tu dari William. Dia bagi sebagai tanda dia minta maaf kat kau, kan?"

Kata-kata Raif itu buat aku terdiam sejenak. There is something fishy here. Raif ni stalker eh?

"Eh kejap. Macam mana kau tahu? Kau stalk aku eh?" Aku pincingkan mata kepada Raif.

"Tak ada maknanya aku nak stalk kau. Aku cuma nak ikhlaskan maaf aku hari tu kat kau. Dah kau kan kata aku minta maaf tak ikhlas. Aku keluar la nak jumpa kau lepas kena marah kaw kaw dengan mak singa ni. Then, waktu aku keluar, aku tengok William dah ada kat meja kau. Jadi sempat la aku terdengar dia minta maaf dengan kau. Siap panggil pretty bagai."

Aku tarik nafas dalam-dalam. Panjang lebar Raif bercerita. Tapi tetap tak ada rasa puas hati dalam jiwa aku. Rasa nak hempuk je kepala dia tu.

"Tak sekarang ni kau nak perli aku ke apa? Nak cari gaduh lagi?" soalku. Geram!

Raif sengih kerang busuk. Bahu aku ditepuk sekali dua.

"Relax, ar. Aku gurau je. Nak fun-fun dengan kau."

"Fun-fun kepala hotak engkau!"

Raif tergelak kecil. Hidung aku dicuitnya. Aku tahu yang dia dah rasa kehadiran Zaira Humaira yang sempoi dah kembali.

"So, here I got your apologize right?" Raif angkat kening. Dia duduk di atas kerusi batu.

"Who said?" Aku soal balik. Tak nak kalah. Tapi dalam nada mengusik.

"Okay kalau macam tu aku tak nak hantar kau balik." Sinis nada suara Raif berbunyi.

Aku mencebik bibir. Memang dia aje nak menang dalam semua hal.

"Ugut aku?"

"Itu je cara yang ada." Mudah jawapan Raif.

Aku jeling. Raif memang suka memaksa.

"Hm, baiklah bos. Aku maafkan kau. Tapi kau boleh janji apa dengan aku?" Akhirnya aku mengalah. Malas nak gaduh panjang-panjang.

Raif senyum. Dia tarik aku duduk sebelahnya.

"I'll pick up you tonight," ujarnya.

"Untuk?"

"Dinner kat rumah aku. Daddy asyik tanya je pasal kau."

"Huh? No. That's not a right deal."

Kalau tadi aku galak mengusik dan tersenyum. Namun kini wajahku mengendur layu. Aku tunduk sahaja menikam tanah.

"I give you a promise, Zai. Just assume dinner kali ni macam kita celebrate starting kau dalam dunia pekerjaan." Raif ketawa dengan bicaranya sendiri. Sekadar menceriakan aku.

Namun, aku kekal bereaksi lemah. Masih tak angkat kepala. Berperang dengan dunia sendiri.

"Kau gila Raif. Habis mummy kau macam mana?" soalku lirih. Perlahan.

Memahami akan maksud pertanyaanku, Raif pantas paut bahu aku. Dia seolah-olah memberikan semangat buat aku.

"Jangan risau. Tahu la aku handle mummy aku tu nanti," pujuknya.

"Tapi Raif. Datin Mona tak suka aku. Tak pernah, Raif."

"Zaira... trust me. Please..."

"Tapi mummy kau..."

"Zai, aku ada. Always dengan kau. Okay?"

Raif usap kepala aku. Aku pandang dia. Kami masing-masing menzahirkan ribuan kata di dalam hati tanpa ada yang memahaminya.






"KERJA dengan Raif ke sekarang?"  Suara sombong milik Datin Mona, menjengah sinis di telinga aku.  Sedikit sebanyak aku rasa tak selesa. Selera rasa macam nak terbang pergi walaupun hidangan mewah makan malam di rumah Raif ini mampu mengecurkan liur orang yang melihat.

"Haah, saya kerja dengan Raif.  PA dia." Nak tak nak, aku balas jugak.  Raif di sebelahku, dah mula pandang mummy dia dengan pandangan yang tak senang. 

"Jangan ingat sebab you kawan anak I, senang-senang macam tu je you boleh dapat kerja.  Setakat mana je kelulusan you tu? Pointer you, berapa?"  Haa si Datin dah start dah. Kalau dia dah mula macam ni, maknanya ada aje kerjanya nak sindir aku lepas ni.

"Mona... Zai tengah makan tu. Boleh tak stop soal dia macam-macam?" Dato' Zahid, si daddy Raif itu mula mencelah. Aku tahu, walaupun dia hanya ayah tiri Raif, namun Dato' Zahid itu sangat penyayang. Malahan, dengan aku sendiri pun dia layan macam anak.

"I bukan apa, abang. I takut si Zai ni ambil kesempatan dengan anak I. Gallery Raif tu, nampak je kecik. Tapi tetap perlukan pekerja yang berkualiti. Bukan yang berkelulusan cikai-cikai." Datin Mona sambung lagi. Perli!

"Mona! Kenapa nak pandang rendah dekat orang lain ni?"

"I tak pandang rendah. I cuma cakap benda yang betul. Sebab biasanya orang miskin ni tak ada pelajaran. Tak mampu." Semudah itu sahaja Datin Mona berkata-kata. Langsung tak fikir perasaan aku.

Sekonyong-konyongnya, aku mula memaksa makanan masuk ke dalam saluran esofagus aku walaupun tekak ni rasa macam nak tercekik. Sumpah! Tergamak Datin Mona itu berkata sedemikian. Dia ingat aku apa? Aku juga manusia yang ada hati dan perasaan!

Tanpa sedar, Raif mula menghempas sudu di dalam
pinggan. Nafasnya turun naik. Matanya tajam menikam Datin Mona.

"Mummy! Kalau terus nak judge Zai, I think better you diam. For your information, she's the best student. And she's even got 4 flat in every sem. Zai always dapat anugerah dekan mummy. Everyone known her as a smart one in our uni. Even Raif sendiri pun tak boleh jadi bijak macam dia."

Raif bersuara. Seisi rumah terdiam. Suasana berubah sepi. Aku betul-betul tak sangka yang Raif akan pertahankan aku. Sebelum ni, dia tak pernah cakap begitu dengan Datin Mona. Mungkin kerana dia terlampau geram.

Perlahan, aku tolehkan wajah memandang Raif. Mukanya nampak ketat. Serius! Seolah-olah dia berkata bahawa dia telah mengotakan janjinya petang tadi.

Kemudian, aku pandang Datin Mona pula. Wajah penuh solekan itu nampak tergamam. Ibaratkan terkejut dengan apa yang lahir daripada bibir Raif. Seakan dia tak percaya dengan kebolehanku yang telah Raif bocorkan.

"Wow! Serious la Zaira selalu score 4 flat. Uncle betul-betul amazed dengan Zai. Uncle bangga sangat dengan pencapaian anak perempuan uncle ni." Dato' Zahid mencelah di tengah kesepian.

Aku tersenyum nipis. Rasa malu bila dia anggap aku ni macam anak dia. Plus, rasa terharu juga.

"Abang ni melebih pulak. You all makan la. I dah kenyang." Datin Mona tiba-tiba tak puas hati. Dia bangun dan meninggalkan meja makan dengan begitu sahaja. Barangkali, cemburu bila Dato' Zahid puji aku.

"Abaikan je, Zaira. Jangan ambil hati. Makan je apa yang ada. Jangan segan."

Aku tahu, Dato' Zahid perasan yang tekak aku ni dah tak mampu nak telan makanan. Sebab tu dia cakap begitu.

"Ya, Zai. Daddy yang ajak kau makan. Bukan mummy." Raif di sebelah turut bersuara.

Aku senyum lagi. Rasa tangan kekar Raif menepuk perlahan bahu aku. Seolah memujuk.

Sesaat, dua saat...

Kepalaku tiba-tiba rasa sakit. Berdenyut-denyut. Entah kenapa, aku rasa macam nak keluarkan semula apa yang aku makan. Seolah-olah enzim pepsinida yang berada di dalam perutku tidak bekerja untuk mencernakan makanan. Segala bolus rasa seperti mahu dikeluarkan semula sahaja.

"Zaira... kenapa ni? Okay tak?" Menyedari akan perubahan wajahku, Dato' Zahid lekas bertanya.

Aku tak menjawab. Hanya anggukan lemah bersama senyuman nipis sahaja yang mengganti jawapan.

"Pucat sangat muka tu. Raif, tolong tengokkan Zai. Daddy rasa dia tak okay." Dato' Zahid bersuara cemas.

"Tak. Zai okay. Jangan risau." Perlahan, aku bangun dari kerusi. Kepala ni dah rasa sakit sangat.

"Zai nak basuh muka kejap." Sebelum orang bertanya, lebih baik aku memberitahu awal-awal.

Tangan kekar Raif, rasa lembut menjamah kulit lenganku. Aku tahu dia nak tolong aku. Tapi aku tepis. Kepalaku digelengkan tanda aku bisa berjalan sendiri. Sempat aku tangkap suaranya memanggil lembut nama aku. Tapi aku tulikan telinga. Sengaja buat-buat tak dengar.

Tanpa siapa yang tahu, setiap kali kaki ini menghayunkan langkah, pandanganku seakan berpinar. Semakin lama semakin berbalam-balam. Malahan, kudratku juga hilang. Sehinggalah aku rasa dunia ini gelap gelita. Mata tertutup dengan sendirinya. Dan akhirnya tubuh terus bertemu lantai.

Aku... rebah di situ!

"Ya Allah, Zaira!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top