BAB 7

MATA terbuntang. Dada terkejut. Jiwa terpana. Wow? What a surprise? Siapa pulak yang nak bermesra dengan aku ni? Baru je masuk office, mata dihidangkan dengan jambangan bunga mawar atas meja. Nampak gaya bunga tu macam mahal. Siapa pula yang sanggup berhabis duit untuk bunga ni?

Wait! Macam mana kalau bunga tu bukan untuk aku? Ye lah mana tahu ada perempuan yang gatal nak bagi kat Raif. Aku yang kena pass kan. Atau ada yang tersalah meja. Kan, kan? Tak boleh jadi. Hm bunga mahal gitu mesti ada kad, kan? Ye la takkan low class pulak. Why not aku yang rasmi kad tu dulu? Jeng jeng jeng.. hehe!

Zaira,
such a pretty name,
pretty like this flower,
enjoy your day enjoy your work

Oh My God! Seriously? Bunga ni untuk aku? Omomo siapa la yang sweet sangat ni. Hehe nak cerita kat Raif la. Maybe dia tahu siapa yang kasi aku bunga. Kan?

Kaki terus dihayun laju ke bilik Raif. Setelah tiga kali ketukan, baru aku dapat panggilan masuk dari Raif. Lantas, selaju angin aku dah ada depan meja Raif. Tersenyum ala-ala comel bersama bunga di tangan.

"Morning bos," sapaku pada Raif.

Raif menjungkit kening. Terkelip hairan dengan tingkahku. Sempat dia menongkat dagu pandang aku. Terhenti terus semua kerjanya.

"Apa kau nak ni budak? Tersengih-sengih ni nak apa?" soal Raif. Langsung tak terhias rasa marah di hatinya walaupun aku datang membawa gangguan.

Aku diam. Masih tersipu-sipu. Tayang senyum bangga kat dia.

"Aku tak ada hal luar kan hari ni?" Raif tanya lagi. Dah serabut agaknya tengok muka aku yang gedik ni kot.

"Tak ada. Eh kau tak perasan ke apa aku bawak ni?" Soalan Raif aku tak jawab. Sebaliknya aku hulur kembali pertanyaan buatnya. Sempat aku angkat kening kepada Raif. Nampak dia berkerut sedikit saat matanya menyapa bunga di tangan aku.

"Flower bouquet? Asal? Kau nak kasi aku?"

Amboi mamat ni. Kejadah apa aku nak kasi dia. Aku ni dah lah berbunga-bunga dapat bunga. Sesenang tok nenek dia je cakap aku nak bagi bunga ni dekat dia. Memang tidok ler bang!

"Bunga ni ada orang kasi kat aku. Gila ke aku nak pass kat kau. Ni haa siap dengan kad comel lagi untuk aku."

Mendengarkan itu, Raif terus bediri. Tak sampai sesaat dah ada sebelah aku. Cekap betul dia buat kerja, sedar tak sedar kad yang terselit di jambangan bunga ini sudah ada di tangannya.

Jelas pada penglihatanku, mulut Raif terkumat-kamit membaca isi kad tersebut. Rahangnya nampak bergerak selaras ke atas dan ke bawah. Tampak bengis wajahnya.

"Siapa bagi kau bunga ni?" Mata Raif kelihatan merah menyala. Soalannya berbaur serius.

Aku jongket bahu sebelah. "Kau tanya aku? Mana la aku tahu. Dalam kad tu ada nama aku je. Pengirim dia tak ada. Kau sendiri baca, kan?"

"Dah tu asal tunjuk bunga ni kat aku? Eh Zai kau ni memang sengaja nak sakitkan hati aku ke macam mana ni?"

Alamak mamat ni! Asal jadi biul pulak? Tiba-tiba nak marah aku ni apahal? Bikin panas wa punya hati ni bhai.

"Yang kau nak marah ni asal? Takkan tunjuk bunga ni pun kau sakit hati. Aku ni cuma nak tanya kau siapa kasi bunga ni kat aku. Itu aje."

"So jelas kau memang sengaja kan? Sengaja kau tanya aku sebab kau nak sakitkan hati aku."

"Ya Allah, Raif Aryan! Apa benda kau ni? Aku tanya
je sebab aku expect kau tahu siapa bagi bunga ni kat aku. Iya la dah kau datang kerja memang awal kan? Sebab tu lah aku tanya. Kau tu pulak nak sentap tak tentu pasal. Nak sakit hati pebenda entah." Sengaja aku bebel panjang berjela sebab aku geram dengan Raif. Nak emo pun agak-agak la.

Tak aku sedari, Raif bisu sekejap. Kemarahan yang bertamu tadi masih tersisa walaupun lebih terkawal berbanding tadi. Rambutnya yang sedia menyerlahkan kekacakan pada wajahnya itu diraup berkali-kali.

"Zai... sorry." Raif menghulurkan pintaan berbaur ampun. Agak gagap suaranya kedengaran.

Aku jeling tajam. Geram dengan dia. Sengaja aku buat tak tahu. Biar angin hanyutkan terus maaf dia tu. Aku pun ada rasa marah jugak. Bukan dia je.

"Zai... aku betul-betul minta maaf. Aku tak sengaja. Tapi... boleh tak kalau kau buang bunga tu?" Raif teragak-agak bertanya.

Sebaik sahaja keluar perkataan 'buang bunga' datriapda mulut Raif, aku terus angkat kepala pandang dia. Mataku semakin bulat menghunus retina mata Raif.

"Kau betul-betul cari pasal dengan aku kan? Memang sengaja naikkan angin aku. Macam ni la bro, kalau kau tak ikhlas nak mintak maaf baik kau simpan je maaf kau tu. Aku malas nak layan kau punya sifat budak-budak ni."

"Eh Zai. Bukan macam tu. Aku..."

"Dahlah Raif, aku penat. Ni kalau kau marah kat bunga ni, kau ambik." Aku campak bunga atas meja Raif. Memang hilang terus hormat aku ni sebagai pekerja kepada seorang majikan. "It's up to you nak maki bunga tu ke, nak judge ke nak buang ke haa itu kau punya pasal," sambungku lagi.

"Zai jangan la macam ni. Kita kawan kan?" Raif cuba pegang bahu aku. Tetapi aku lebih cepat menepis.

"Stop it, Raif. Kita kawan kat luar. Kat sini aku kuli kau. Sorry for not respect you here. I'll go back to my work. After this, tak payah nak fikir pasal perasaan aku lagi. Aku ni orang bawah kau je. Tempat kau nak lepaskan marah."

"Zai, aku..."

"Saya keluar dulu Encik Raif. Tarik nafas banyak-banyak dan tenangkan diri Encik Raif tu ya?"

Tak sempat Raif berbicara, aku terlebih dahulu mencantas. Bahkan tak tunggu lama, terus aku keluar dari bilik Raif dengan muka cemberut. Ops correction. Bilik BOS aku.





SEBAIK sahaja duduk di atas kerusi, aku terus hadap komputer. Dengan muka yang masih masam, aku buat kerja dalam keadaan merajuk. Mulut tak henti-henti mengutuk Raif.

"Aku tak faham kenapa dia mentioned dia sakit hati tu dua kali? Perlu ke sakit hati? Dia bukan suka aku pun. Kita cuma kawan je." Aku bermonolog sendiri. Bunyi papan kekunci agak kuat kedengaran selaras dengan amukan dalam hati aku ni.

"Dasar kawan sombong. Suka-suki je dia marah aku." Aku bebel lagi. Selagi tak puas hati selagi tu aku tak nak stop bercakap.

"Apa dia ingat dia tu hebat sangat? Dia..." Tak sempat aku habiskan kata, ada suara lain yang menyampuk.

"Siapa yang hebat?"

"Opocot mak kau!"

Akibat terkejut, mulutku melatah sendiri. Yang tak nak berhenti bercakap tadi terpaksa kena stop juga. Bibir yang gatal melatah ini, aku tampar lembut. Jatuh standard aku. Malu!

"Sorry, sorry. I tak sengaja." Suara asing itu kedengaran lagi.

Lantas, aku angkat muka melihat empunya diri. Spontan, keningku terangkat sedikit. Dahi juga berkerut aneh.

"William?" ucapku perlahan.

Ya William. Rakan sekerja aku yang dah cari gaduh dengan aku semalam. Semuanya sebab mereka salah anggap tentang hubungan aku dan Raif.

"Sorry ganggu you. I nampak you keluar dari bilik kawan you tu dengan muka masam. I datang la sini. Saja nak ceriakan you. Ini mesti kawan you tu marah you kan?"

Ah panas! Hati aku menjadi panas. Entah kenapa telinga ini rasa sakit je dengar William sebut perkataan 'kawan' itu. Aku masih terasa kerana hal semalam. Hal yang mencerminkan maruah aku bagai berada di bawah duli manusia.

"William please. Don't start it." Aku cuba memberi amaran kepada William.

Serentak itu, wajah William berubah. Nampak macam cemas dan serba salah.

"No no. I tak maksudkan macam tu pun, Zaira. Actually I nak minta maaf dengan you."

William pandang aku. Aku juga pandang dia. Mata kami bertembung. Pandangan kami berlaga. Dan stigma aku ini cuba melihat keikhlasan dia.

"I bukan nak perli you. I'm sorry if you think so. I faham persahabatan you dengan bos. And I once had a friendship macam you dengan bos jugak. I know I have no right to judge you before. Zaira... I tahu you perempuan yang baik. You bukan macam perempuan lain. And I mengaku ayat I semalam was too rude. I'm sorry Zaira. I'm truly sorry."

Alamak! Mamat cina ni buat aku rasa macam serba salah jugak. Sampai tak sedar aku pandang dia tak berkelip. Ya, memang nampak dia ikhlas dalam pintaan maaf itu. Jadi aku rasa inilah masa untuk perdamaian.

"William kau... ehem, ehem." Dehemen kecil aku keluarkan akibat tersasul bahasa. Di tempat kerja ni rasanya agak tak patut kalau aku gunakan bahasa kau dan aku itu dengan rakan sekerja. Nampak kurang sopan.

"Awak tak salah pun. Saya yang terlalu childish sampai ambil hati. Jangan risau la. Saya dah maafkan awak. Saya tak simpan apa pun dalam hati." Aku senyum segaris.

"But I still rasa serba salah dengan you."

"Nah it's okay. As long as awak dah minta maaf, itu dah cukup memadai untuk saya. Perdamaian itu kan indah?" Aku berseloroh di hujung ayat. William hamburkan tawa kecil.

"Thank you, pretty. Finally I dah dapat ketenangan lepas dengar you maafkan I." William kenyit mata.
Mengusik.

Aku senyum saja.

"So, can we be friends?" William bersuara lagi. Bertanya.

Aku angguk. "Yeah sure. Of course we can."

"Oh sebelum I lupa. Do you get something today?" tanya William lagi.

Aku perah kepala sekejap. Serta-merta teringat akan bunga yang aku tinggal di dalam bilik Raif. "Awak maksudkan bunga tu?"

William senyum lebar. Kepalanya dianggukkan berkali-kali. "That's mean you dah dapat la kan bunga tu?" tebak William.

"Jadi bunga tu dari awak?" Aku menekup mulut. Terkejut dan tak sangka. Iyalah, William semalam nampak macam tak banyak cakap. Nampak beku dan dingin. Tup tup hari ini dia bagi aku bunga. Mana tak melatah mak oi!

"Yeah. Kenapa? You tak suka?"

"Eh tak. Saya suka je. Saya minta Raif simpan bunga tu dulu. Nanti habis waktu kerja saya ambil balik. Lagipun meja saya kecil. Susah kalau nak letak kat sini." Aku kasi jawapan maut. Entah apa la jadi kat bunga dalam bilik tu. Agaknya dah selamat masuk tong sampah tak?

William tersenyum nipis. Nampak muka dia tu macam percaya je aku kelentong.

"Thank you again, Zaira. I balik tempat I dulu tau," pamit William.

Aku hanya angguk dan senyum saja. Melihat susuk tubuhnya yang semakin menjauh, terus diri ini rasa lega. Tak sangka mamat yang nampak sombong semalam hari ini boleh jadi terbanyak cakap pulak. Lebih mesra dari Akhbar semalam. Haih!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top