BAB 5

AKU masuk ke dalam perut kereta dengan muka yang masam mencuka. Langsung tiada reaksi manis yang terpampang di wajah. Aku masih bad mood mengenangkan peristiwa di mana aku dijadikan bahan sinis rakan-rakan sekerja, hanya kerana aku rapat dengan Raif. Malah, kedinginan aku dengan mereka berpanjangan sehingga tamat waktu pejabat. Ah lantak pi lah. Aku dah biasa dah hidup sendiri tanpa kawan. Asal Raif seorang yang berteman dengan aku. Aku tak kisah.

"Masam je muka. Today isn't a good day I guess."  Bagaikan tahu aku dilanda hari yang buruk, Zarul pantas menebak. Kakinya laju menekal pedal minyak.  Lalu, kereta yang dinaiki kami meluncur membelah jalan.

"Officemates tak makan saman. Tangan Yaya ni gatal je nak lempang orang. Kalau tak fikirkan first day, memang dah lama muka dia orang tu makan kasut Yaya." Aku tarik seatbelt. Kasar. Dengusan nafas tak henti-henti keluar.  Masih terngiang kata-kata sinis mereka tadi pada halwa pendengaran aku.

"Pahal? Kau buat orang ke orang buat kau ni? Yaya... you have to be good on your first day.  You went there to work and not to start an arguement.  Remember?"  Zarul dah mula dengan pesanan nenek moyang dia.  Pagi tadi bukan main pesan dekat aku kalau orang kacau aku bagitahu dia. Sekarang ni dia pulak macam nak salahkan aku ni asal? 

"I have tried to be good. But they are exaggerating. I'm just defending myself. Abang tak faham Yaya. You know nothing," balasku.  Nada berbunyi agak kasar.

"I know everything. Raif dah cerita pada abang. Abang tahu kau tak salah. Budak-budak office kau je yang tuduh melulu.  Lagipun abang kenal kau. Abang tahu siapa adik abang."

Alamak! Aku dah bingung.  Tadi Zarul macam tak nak backup aku.  Sekarang, dia menyebelahi aku pula. Abang aku ni betul ke tak sebenarnya?

"But this is what we called life. You have to face all of your problem. And to face it, you need a key... sabar.  Kau perlu sabar, Yaya." Zarul sambung lagi.

Aku diam seketika. Ayat Zarul, aku cuba hadam baik-baik. Nampak macam dia pun tengah tahan marah dengan officemates aku. Tetapi dalam masa yang sama, dia ajar aku cara untuk bersabar.  Haish Zarul, Zarul. Kenapa dia sentiasa mahukan yang terbaik untuk aku? Sedangkan dia tak pernah fikirkan tentang diri dia. Walau untuk sekali, dia tak pernah!

Seketika, aku mendengus nafas. Telinga terasa panas. Sinisnya kata-kata Yana tadi menghukum pendengaran. Masih terngiang-ngiang di balik koklea membuatkan darah aku mendidih kembali. Aku pandang Zarul. Tajam stigma menikamnya. Nafas berang, tersalut di emosi.

"Dia orang tuduh Yaya ada hubungan sulit dengan Raif. Abang nak Yaya diam? Huh, no! Yaya takkan diam. Sebab dia orang seolah-olah memperlekehkan maruah Yaya."

Diam.

Tiada balasan. Zarul fokus kepada pemanduan. Aku nampak rahangnya bergerak-gerak. Kendatipun begitu, matanya tetap tertumpu kepada jalan raya di hadapan.

"Yaya tak kisah kalau dia orang nak bercakap hanya tentang Yaya. Yaya tak kisah walaupun orang nak cakap Yaya sombong. Yaya tak pernah kisah abang. Biar orang nak mengata Yaya. Yaya miskin? Silakan kalau nak bercakap pasal tu. Tapi jangan sesekali usik pasal Yaya dan Raif. Yaya tak suka. Maruah Yaya dipermainkan. Itu tak adil."

Sekali lagi, aku pandang Zarul. Muka dia ketat. Matanya berubah merah. Namun seperti tadi, dia tidak berkalih. Mata masih melekat memandang lurus jalan raya.

"Walaupun Yaya macam ni, Yaya masih ada perasaan. Biarlah orang nak kata Yaya perangai macam jantan, Yaya tomboi... biarlah. Yaya boleh sabar. Tapi tolong jangan pertikaikan tentang persahabatan Yaya dan Raif. Itu bukan alasan untuk orang perlekehkan Yaya."

Bisu. Zarul senyap. Diam. Tidak mengeluarkan sebarang suara. Tetapi aku tetap tidak lelah bercakap.

"Abang... Yaya dah penat memendam. Kali ini, biarlah Yaya luahkan semuanya. Yaya nak abang tahu sesuatu. Yaya tak kisah apa pun. Tapi tolong jangan kaitkan hubungan Yaya dan Raif. Yaya rapat dengan Raif, sebab dia satu-satunya sahabat Yaya. Semua tempat yang Yaya pergi, tak ada seorang pun yang boleh stay sebagai kawan Yaya bila dia orang tahu macam mana keadaan Yaya. Kecuali Raif. Hanya Raif yang sanggup berkawan dengan Yaya sampai hari ni."

Traffic light. Lampu hijau bertukar kuning. kuning bertukar merah. Zarul memperlahankan kereta. Sampai masa, dia pijak break di kaki. Sebelah tangannya juga memainkan peranan untuk menukar gear sebagai langkah keselamatan.

Sejurus kereta dihentikan, Zarul terus pandang aku. Dia tatap mata aku sedalam-dalamnya. Tajam sungguh stigmanya. Sehinggakan aku sedikit gugup ingin bertentang mata dengan abang aku sendiri.

"You have fallen in love." Sepotong ayat keluar dari bibir Zarul. Mendatar.

Aku terkedu. Lidah tiba-tiba jadi kelu. Hati rasa perit. Nafas kian sesak. Air liur yang aku telan bagaikan berpasir. Segalanya mula menjadi kelat, tawar dan tiada rasa.

"Actually, you and Raif can't be friends. Sebab bila lelaki dan perempuan itu berkawan, salah seorang daripadanya akan jatuh cinta," sambung Zarul lagi.

Aku terbungkam. Masih bisu. Kepala tiba-tiba tertunduk sendirian. Mata aku pejam buat beberapa saat. Entah kenapa, gelora jiwa tiba-tiba terasa bagaikan berombak laju.

"In this case, you are the loser. You're in love with him. Meanwhile, he's your friend."

Aku angkat wajah. Keberanian aku kumpul sebanyak mungkin. Aku pandang Zarul. Beranikan diri bertentang mata dengannya.

"Nonsense." Keras suara aku kedengaran.

"What a nonsense? That's all true."

Lampu merah kembali bertukar hijau. Zarul menyungging senyuman sinis bersama keluhan yang juga sinis. Pandangannya kembali difokuskan terhadap jalan raya. Kakinya juga turut menekan pedal minyak.

"Abang silap. Yaya tak pernah anggap Raif lebih daripada kawan. Abang sendiri tahu kan yang kami kawan sejak dalam kampus lagi. It is impossible."

"Not impossible! I can see it from your eyes." Zarul balas lagi.

"It's up to you. Yaya penat."

Aku mengalah. Ya memang aku penat. Bahkan sangat penat. Penat dengan perasaan sendiri. Perasaan yang telah jatuh ke tempat yang salah. Perasaan yang melekat di ruang kalbu tanpa aku sedar. Perasaan yang tak mampu aku tepis.

Ya, abang betul. Perempuan dan lelaki memang tidak boleh berteman. Buktinya, aku sendiri telah tewas. Bersahabat dengan Raif adalah perkara yang paling bodoh pernah aku buat. Tetapi, untuk memutuskan tali persahabatan kami... sungguh aku tidak mampu. Bahkan untuk membuang perasaan yang terlalu kuat untuknya, juga aku tidak dapat lakukannya. Aku telah jatuh cinta kepada sahabat aku sendiri. Layanannya, keprihatinannya, sifat baiknya... menghumban aku ke dalam lembah cinta.

"Forget him, Yaya. Abang tak nak adik abang terluka. If one day you get the pain, I can't promise to not kill your friend."

Aku pasrah. Mulutku tiada daya mahu membahas. Akhirnya, aku ambil keputusan untuk buang pandangan ke luar tingkap.

Sejujurnya, memang itu yang aku mahu. Lupakan Raif, perkara yang memang aku pinta. Namun, ia tidak mudah. Aku tak bisa lupakan dia. Aku tak kuat jika ia terjadi. Raif sahabat pertama aku. Dan dia juga, cinta pertama aku. Raif Aryan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top