BAB 4
SKRIN komputer riba, aku tatap penuh asyik. Jari jemari runcingku ligat menekan papan kekunci. Sedikit pun aku tidak berkalih dan tetap fokus pada kerja. Hari pertama sebagai pembantu peribadi Raif, agak sibuk jugalah memandangkan aku pembantu peribadinya yang pertama. Banyak hal yang perlu aku uruskan. Urusan penjadualan, urusan mesyuarat Raif, urusan kertas cadangan dan banyak lagi lah! Tapi tak apa. Aku suka kesibukan ini.
"Hai, Zaira." Tanpa sedar, aku disapa seseorang. Lekas, aku angkat wajah memandang empunya tuan.
Lah, aku ingatkan seorang je rupanya.... er empat orang sekali gus. Ada dua orang wanita melayu, seorang lelaki cina dan seorang lelaki melayu. Yang tegur aku tadi orang melayu. Aku sempat berkenalan dengan mereka. Dini, Yana, William dan Akhbar. Yang mulakan perbualan dengan aku, itulah Akhbar.
"Er hai." Aku senyum janggal. Tidak selesa apabila empat pasang mata sekali gus pandang aku macam kucing mintak whiskers.
"Jom. Join kita orang lunch. Nak?" Akhbar tidak lekang beramah mesra.
"Er..."
Aku mencari alasan. Tanganku naik mengusap topi sudu di atas kepala. Bukan aku tak nak keluar makan dengan mereka. Sebolehnya aku memang tak mahu orang cop aku ni sombong. Tetapi tadi... aku sempat dengar mereka berbincang mahu makan di restoran mahal. Dalam purse aku ada Rm15 je. Mana cukup nak makan kat bandar KL ni.
"Alaa come on la you. Kita celebrate your first day." Kali ini, Dini pula membuka suara. Nadanya jelas seakan merayu.
Aku semakin dilanda kegelisahan. Tak sampai hati nak tolak tapi nak ikut pun aku tak ada duit.
"Aku... er sorry. Saya busy..." Akhirnya aku jumpa juga alasan yang agak munasabah.
Tapi itu lah. Sebelum ni aku hanya berkawan dengan Raif seorang je. Itu yang payah sikit nak gunakan bahasa lembut dengan orang lain selain daripada abang aku. Malah, dengan Kak Janna si jiran sebelah yang syok kat abang aku itu pun aku guna bahasa aku kau je dengan dia.
Lagipun, dia tua setahun je daripada aku. Anak orang kaya sebenarnya dia tu. Cuma dia yang nak hidup bermandiri. Zarul pulak jual mahal. Kononnya anti dengan orang kayangan. Hampeh! Si Raif tu dia layan aje. Sampai kat Kak janna, bajet beku pulak dia. Ingat aku tak tahu ke yang dia tu selalu skodeng Kak Janna jemur kain.
"Kalau ya pun you busy, jangan sampai tak makan." Kalau tadi Dini, kini Yana pula menambah bicara. Semua dah bercakap kecuali William si cina tu je yang diam. Dia hanya senyum sambil memandang aku tanpa kalihan. Ah, now aku kena cari jawapan untuk lepaskan diri. Iyalah, susah jugak main dengan workmates yang jenis memaksa ni. Bukan nak marah cuma kita ni bukan orang berharta macam dia orang.
"Sorry but..." Kata-kataku termati di situ. Aku garu kening. Cari alasan yang tak timbul-timbul.
"Don't make an excuse anymore, pretty. We just wanna be friend with you."
Aku terdiam. Setelah beberapa detik mendiamkan diri, akhirnya aku dengar juga suara William. Nadanya bersahaja dan bibirnya terhias dengan segaris senyum. Entah mengapa, mendengar suaranya yang agak mengancam itu membuatkan suaraku tersekat di balik kerongkong. Aku tidak bisa membalas walhal dengan sebutir kata pun. Aku seakan terpana sendirian.
"Cara you diam tu macam you setuju. Do you, pretty?" William bertanya lagi. Aku garu belakang leher yang tidak gatal. Agak janggal rasanya bila dia panggil aku macam tu.
"Er saya..."
"She's with me. Zai lunch dengan saya."
Tanpa sempat aku membalas kata dengan William, satu suara milik lelaki kedengaran menyampuk dari kejauhan. Aku hembus nafas lega. Kenal sangat dengan suara itu. Kalau dah panggil aku dengan nama Zai tu, tentunya tuan badan bernama Raif Aryan.
Semerta itu, terus aku mengalih pandang ke arah Raif yang sedang berjalan ke mari. Muka dia nampak macam geram je dengan pekerja-pekerja dia yang asyik memaksa aku. Dan aku tahu, Raif pasti sedar bahawa aku tak punya idea untuk menolak ajakan mereka walhal aku seboleh-bolehnya memang tak nak join dia orang.
"Tadi kau dah janji nak lunch dengan aku, kan? Asal tak bagitahu je dia orang?" Raif sudah sampai di meja aku.
Aku ketap gigi dari dalam. Itu je ke alasan selamat yang Raif ada untuk cover aku? Karang orang syak yang bukan-bukan pasal aku kan naya.
Tidak menunggu lagi, aku terus keluar dari meja. Bahu Raif aku tarik sedikit untuk menyamai ketinggiannya dengan aku yang hanya separa leher dia. Kini, telinga Raif pula menjadi mangsa aku tumpahkan kata.
"Bila masa pulak aku janji macam tu. Tak ada alasan yang lagi cun ke bro?" bisikku perlahan.
Raif tak mahu kalah. Dia tarik kepala aku. Seperti yang aku buat tadi, kini bibirnya pula didekatkan dengan telinga aku.
"Aku tengah tolong kau ni, kawan. Bersyukur la sikit." Raif balas perlahan. Berbisik!
Tanpa aku sedari, kemesraan dan tingkah aku dan Raif itu menjadi tontonan pekerja-pekerja yang lain. Mereka memandang aku dan Raif dengan wajah tidak percaya. Aku sempat pandang mereka. Aku nampak Dini, Yana dan Akhbar berbisik sesama mereka. William pula menayangkan senyuman sinis.
"Amboi bos. Lain macam je layan PA. Panggil dia pun Zai je. Macam dah kenal lama." Suara Dini telah menyedarkan aku dan Raif. Rasa malu mula bertandang menyelimuti setiap urat dan nadi aku.
"No wonder lah. Zaira is his first personal assistant. Right, boss?" William tidak ketinggalan menyinis. Aku nampak dia dan Raif sedang berbalas pandang, saling menjeling.
"Dia kawan saya. Kawan rapat." Raif hulur kata. Bernada keras! Barangkali tidak mahu ada yang salah anggap tentang keakraban kami berdua.
Namun, lumrahnya seorang manusia memang tidak dapat lari daripada pemikiran yang boleh dikatakan negatif. Lihat sahaja stigma mereka. Semua tunjuk gaya pandang yang serong. Seolah-olah kami berdua punya hubungan terlarang.
"Kawan rapat yang macam mana tu bos? Kita orang pun pekerja bos jugak tapi tak ada lah sampai bos boleh mengaku yang kita orang ni kawan rapat ehem, ehem, bos."
Haa kan aku dah kata. Ada jugak yang bermulut laser. Tak sangka si Yana ni nampak je ayu tapi mulut kalah pendebat Antarabangsa. Lumrah manusia memang macam ni, kan? Haish masalah dunia betul lah. Karang ada yang mati aku cekik baru tahu.
"Yes, kami rapat. Tapi maaf, bukan rapat ehem-ehem macam yang Yana cakap tu." Aku cuba bersabar. Masih bisa mengawal amarah.
"Come on lah Zaira. Kita orang faham sangat dunia KL ni. It's okay, KL normal dengan hubungan macam ni." Amboi, minah Yana ni memang tak tahu senyap kan. Fuh! Zai, sabar dulu.
"Hubungan apa yang awak maksudkan tu?" Nada aku masih lembut. Sangat lembut!
"Hubungan majikan dan pembantu peribadi. Tambah pulak bos kita ni bujang, handsome, kaya. Takkan you tak faham lagi kot hubungan apa yang I maksudkan. Bos sendiri pun senyap. Maknanya... betul lah, kan?"
"Shut your mouth!" Suaraku naik satu oktaf. Mata, tajam menikam Yana. Seluruh tubuhku menggigil, meradang hebat.
"Mindset elok sikit tak boleh ke? Saya dengan Raif kawan rapat since kolej lagi. Bukan tu je, family Raif pun kenal saya. Abang saya tak ketinggalan berkawan dengan Raif. Next time, please clean your dirty mindset on me and your boss. We're just friends."
Dek tidak boleh bersabar, akhirnya keluar juga kata-kata berbisa yang dari tadi lagi aku tahan. Apa? Dia orang ingat mulut dia orang aje ke takda insurans? Ingat aku berlembut tadi aku lemah sangat? Hell no! Ini zai lah. Tak ada maknanya aku nak kasi orang pandang serong kat aku.
Sejenak, aku merasakan suasana hening. Semua terkedu pandang aku. Muka semua nampak sentap dengan mulut aku yang berdouble lancang tadi. Raif pula relax je. Dah biasa. Ada jugak sekali dua dia jeling sinis kat William. Haish malas kesah la aku dengan si dua ekor ni. Agaknya angin dia orang tak baik sejak azali lagi kot.
"Zai... dah lah. Jom keluar." Raif matikan suasana sepi. Digantikan dengan suaranya yang boleh tahan macho.
Aku akur. Malas melayan hati yang panas. Karang bergusti pulak aku kat sini dengan Yana.
Lantas, aku kemas sedikit barang yang bersepah. Tote bag yang Abang Zarul hadiahkan untuk aku, aku sangkut pada bahu. Helaan nafas yang berat, aku lepaskan perlahan. Hari pertama bekerja, aku dah bawa masalah. Tapi tak apa. Boleh jugak buat bekal bersembang aku dengan Zarul petang nanti.
"Sorry for my rude. I've an anger issues. Once it goes too far, I can't stand it." Aku tundukkan sedikit kepala kepada empat orang pekerja kesayangan Raif. Kemudian, aku tarik lengan Raif dan beredar keluar dari Gallery miliknya. Kasi nampak aura kawan bos besar sikit. Ehek!
Aku ni tak ada lah bodoh sombong sangat. Aku sedar aku pun salah. Kata-kata aku tu too much jugak. Jadi, aku rendahkan ego dan minta maaf dengan mereka. Urusan permohonan maaf aku diterima atau tak, itu belakang cerita. Yang penting aku dah ucap sorry. Abang Zarul pernah pesan kat aku, tak rugi minta maaf dengan orang. Tak membazir pun air liur. Biarlah orang nak mengata belakang atau nak look down kat kita, janji mereka tak pandang kita ni lemah. Even kita newbie sekalipun. Ergh!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top