Bab 3
"MULAI hari ni, kau PA aku. Noktah!"
Aku terkejut. Mataku membulat luas. Aku pandang si kawan sengal merangkap bos aku sekarang ni dengan riak wajah yang tidak percaya. Raif... ya dia Raif Aryan. Tapi otak dia O.K ke K.O sekarang ni?
"Eh bos biar betul?" Aku hulurkan pertanyaan bersama nada yang cukup tersentak.
Raif pandang aku. Bibirnya menyenget sebelah. Huh, senyum sinis. Banyak lagak kau ya kawan. Nasib baik aku tengah behave sebab aku kuli kau sekarang ni. Kalau kat luar, memang aku pijak kau lumat-lumat.
"Tak payah nak bos-bos sangat dengan aku. Bajet nak berformal sakan la kau ni." Raif tekan perutnya. Terbahak-bahak dia ketawakan aku. Cis! Sumpah sakit hati.
"Masa study dulu, aku ingat pesan lecturer. Dalam kerja, kena professional. Walaupun kita dah kenal someone kat tempat kerja kita, but work is work. Luar dari kerja, lantak pi lah nak sembang barai bagai. As long as, kita professional dalam kerja kita. Baru orang tak benci." Tenang aku membalas. Walhal organ dalamanku ini dah panas lain macam.
Raif jeling. Bebola matanya diputarkan ke atas. "Huh, kau makan lah pesanan tu sampai bila-bila Zai. Kerja dengan aku, be cool be steady. Just to make sure your emotion and mental... always be awake."
Aku mengeluh lemah. Dia bos, dia ada banyak harta. Jadi dia cakap tu senang je. Aku yang makan gaji ni pulak sakit otak nak cerna ayat mudah dia.
"Brader... kita berdua satu uni. Course kita ambik sama. Apa yang kita belajar, apa yang kita tahu, semua sama, Raif. Yang bezanya, kau lagi tua dari aku. Kau keluar dari dunia study lebih awal dari aku. Dan kau pilih untuk untuk pindah ke dunia seni. Jadi aku rasa, kau lebih makan garam tentang liku hidup ni berbanding aku. Bukan apa weh, aku cuma nak control persepsi orang. Tak nak la orang pandang aku lain. And aku pun tak nak jugak kau serabut dengan aku. Lama-lama nanti you will hate me, boy."
Akhirnya formalisms yang aku kawal, hancur berkecai jugak. Tak ada lagi bos-bos, yang ada cuma brader, aku dan kau. Memang itu gaya percakapan kami sebelum ni.
"Never!"
Sebaik sahaja aku menghabiskan ayat, Raif segera mencelah. Tangannya spontan naik menghentak meja. Serius panahan matanya menikam tunak mataku.
"Selagi muka kau yang aku hadap, aku takkan pernah jemu, takkan pernah rasa serabut. You better keep this words, kawan yang benci kawan... itu namanya sampah, Zai." Raif tenung je muka aku ni. Tajam!
Aku pegang sudu cap yang terletak kemas di atas kepala. Rahangku bergerak-gerak ke atas dan ke bawah. Sumpah, aku rasa macam tak tentu hala sekarang ni. Aku nak bersuara, tapi tak tahu nak cakap apa. Aku nak minta maaf, tapi sejak aku kawan dengan Raif, aku tak pernah pinta kemaafan dari dia. Biasanya kalau kami gaduh pun, just gaduh barai je. Sedar tak sedar, dah berbaik. Jadi sekarang, otak aku tak boleh berfungsi.
"Kau... er betul ke nak ambik aku jadi PA kau?" Tak ada modal nak bersuara, ini aje yang aku tanya. Lagipun aku memang nak confirmkan keputusan Raif. Bimbang dia temberang aku, naya aku nanti kena fake hope.
Raif tongkat dagu. Mata tak berkalih tenung aku. Sumpah! Pandangan Raif, itu kelemahan aku. Walaupun kami dah bertahun kawan, tetapi setiap kali retina mata Raif menikam anak mataku, jantung aku jadi berdebar lain macam. Aku tak tahu kenapa. Juga tak tahu apa maksud perasaan ini. Kadangkala, ia melemahkan aku. Membuatkan sekeping hati gadis kasar seperti aku bertukar nada rasa.
"Aku serious Zai. Kau tak tahu kan aku tak suka main-main dalam hal macam ni? Kau kenal aku kan, Zai?"
Aku meliarkan mata ke arah lain. Raif sengaja menduga aku tanpa berkalih pandang walhal seinci pun. Jika aku punya kekuatan tentu aku akan katakan pada dia bahawa panahan matanya itu mengundang debunga dap dip dup di dalam hati aku.
"Macam mana kalau staff kau yang lain tahu aku guna cable besar? Cable kau pulak tu. Dah la aku apply jawatan lain, yang dapatnya jawatan lain. Ish tak boleh la Raif. Aku tak boleh." Aku geleng kepala. Suara aku keras menolak.
Raif melepaskan keluhan. Dia bangun dari kerusi. Berjalan menghampiri aku lalu merenung aku buat sekian kalinya. Sepenuh hati dia tatap wajah aku menyebabkan pipiku panas lain macam. Dia tenung, dia tatap, dia pandang... lagi dan lagi dia lakukan semua itu tepat ke dalam anak mata aku.
Sekasar mana pun aku ni, aku tetap seorang gadis. Aku perempuan yang punya perasaan. Perempuan yang diciptakan dengan sekeping hati yang mudah tersentuh. Dan perempuan yang dihiasi dengan belahan jiwa yang lembut.
"Kita study course administrative secretariat, Zai. PA pun termasuk dalam pengajian kita jugak. Even kau mintak admin, tapi dah rezeki kau jadi PA aku... takkan kau nak tolak, kan?" Raif senyum segaris. Aku terdiam seribu bahasa. Tiada daya mahu membalas dek renungan aneh dia.
"Zai... aku kawan kau. Aku nak tolong kau dengan Ayol. Aku nak kau ubah nasib hidup kau. Aku nak tengok Ayol bangga ada adik macam kau. Sampai bila kau nak hidup susah, Zai? Sampai bila kau nak harapkan titik peluh Ayol? Zaira... dah tiba masanya untuk kau balas budi dan pengorbanan Ayol untuk kau selama ni."
Lidah aku tiba-tiba kelu. Ya, aku tahu Raif dan Zarul juga berkawan. Boleh dikatakan agak rapat tetapi tidak lah serapat hubungan persahabatan kami. Mereka berdua kenal juga kerana aku.
Akan tetapi, yang buatkan aku terbungkam sekarang ini adalah diri Raif, sikapnya dan segala-gala tentang dia hari ini berubah hampir seratus peratus dari kebiasaan. Dia nampak tegas, nampak sedikit aura leader. Apa yang dia cakap, aku seolah-olah tak boleh nak bantah. Padahal selama ini aku dah biasa dengan dia.
"What are you thinking about? Find a way to turn down a job offer from me? Are you ready to live miserably? You already know what this city is like, right? Without job, kau tak mampu bertahan hidup. Takkan nak harapkan Ayol lagi? Tak kesian kat abang kau?"
Fuh!
Panas, panas! Kaw kaw Raif bidas aku. Kan aku dah cakap, dia strict dan punya aura yang lain daripada biasa. Setiap soalannya itu buat aku tersepit. Memang sah, aku tidak punya pilihan lain lagi selain bersetuju jadi PA dia. Lagipun memang benar apa yang dia kata. Sampai bila aku nak harapkan titik peluh abang Zarul, kan? Sampai bila nak jadi adik manja dia?
Tetapi... akankah hubungan persahabatan kami akan berubah atau kekal seperti biasa setelah aku bersetuju menerima tawaran jawatan daripada Raif?
"How about... our friendship? I won't our friendship to be destroyed by accepting this position." Akhirnya, aku luah jujur.
Raif tersenyum sinis. Dengan selamba, dia lompat sedikit dan duduk di atas meja sementara aku di atas kerusi. Senang cerita, dia dah tunjuk taraf sebenar kami. Dia berada tinggi di atas dan aku masih terkapai-kapai di bawah.
Tika ini, aku mula overthinking macam-macam. Aku takut kalau andaian aku ni betul. Aku tak mahu persahabatan kami retak. Aku dah tak ada kawan selain daripada Raif Aryan. Kerana hanya dia yang sudi menerima aku sebagai sahabatnya tanpa mengira bagaimana hidup aku.
"It's impossible to destroy, Zaira. We are still close friends. And we will be even closer when you become my personal assistant because we will have more time together. Let me tell you something. I've never had a PA. You're the first, Zai." Raif berkata lagi. Tidak lepas mata dia memandang aku sedari tadi lagi. Inhale, exhale. Aku lakukannya berulang kali.
"Kenapa kau buat semua ni untuk aku? You put me in your personal position without asking me first. And I have no reason or choice to disagree. Kenapa Raif?" Kali ini, segala suara kasar dan gaya jantan aku hilang begitu sahaja. Yang ada hanyalah pandangan mata redup dari seorang gadis.
Raif senyum nipis. Cap di kepala aku dia cabut pantas membuatkan rambutku terurai jatuh. Dia pegang cap itu. Matanya tidak lagi tenung aku. Tetapi sebaliknya, dia jatuhkan seluruh stigmanya pada topi sudu tersebut.
"Because I like you Zaira..."
Aku terkedu, terpana, terbungkam. Mataku membulat luas memandang Raif. Dada terasa sesak. Nafas bagaikan terhenti seketika. Wajah kacak milik Raif, aku pandang sekilas sebelum melarikan anak mata ke arah lain.
Sejenak, Raif hapuskan senyuman nipis di bibirnya dan digantikan dengan senyuman sinis. Air mukanya yang redup dan manis tadi turut bertukar seperti biasa. Renungan penuh aura, serta-merta terhapus. Sejurusnya, Raif menggenggam cap aku semakin kuat. Diusapnya permukaan cap itu berkali-kali. Lantas, dia menghela nafas.
"I like you when you wear this cap. I assume kau suka hadiah aku. Apreciate it, Zai," sambung Raif lagi.
Dum!
Aku tersenyum kelat. Air liurku terasa pahit. Berpasir. Hatiku terasa pedih. Jiwaku ngilu. Sanubariku sakit. Ya, aku yang melebih-lebih. Raif hanya suka bila melihat aku memakai hadiah daripadanya. Dan bukannya dia suka aku. Hanya aku yang syok sendiri.
"Ehem." Aku berdehem sedikit. Membuang segala perasaan sakit dan nyeri.
"Mana tempat aku? Aku rasa, dah lewat sangat dah ni. Where I can take my position?" Aku soal Raif. Mengangkat kening memandangnya. Berpura-pura seperti tiada perasaan.
"Oh lupa. Kat depan bilik aku, kalau kau perasan ada meja dengan kerusi. Haa situ tempat kau. Sorry kalau kau tak selesa. Maklumlah, ni bukan office besar. Just syarikat seni berskala kecil je." Raif selamba membalas. Sedikit pun dia tidak punya apa-apa rasa dengan kata-katanya yang telah mengundang kecewa aku.
"Okay, thank you." Tidak tunggu lama, aku terus angkat kaki. Cap aku yang Raif pegang aku rampas laju daripadanya. Aku atur langkah untuk keluar. Tidak betah berlama lagi. Namun, baru sahaja aku hendak memulas tombol pintu, Raif menggamit aku kembali.
"Zai..."
Aku hentikan langkah. Kepala aku pusing memandang Raif. Aku angkat kening belah kanan. Sumpah, aku tak boleh keluarkan suara. Ia tersekat di balik kerongkongan.
"Cantik pakai kebaya," puji Raif.
Aku hanya tersenyum hambar. Tangan aku angkat gaya satisfied dengan gurauan member. Lantas, aku sarungkan cap di atas kepala dan mengusung langkah laju, keluar dari bilik Raif.
Sejurus menutup pintu, aku terus memegang dada. Senak, sakit, sebak. Semuanya bercampur menjadi satu. Aku tahu ini semua salah aku. Ya, memang betul. Aku telah membuat silap dengan memendam cinta terhadap sahabat baik aku sendiri. Aku bodoh kerana jatuh hati kepada Raif dalam diam.
Sakit yang aku rasakan tidak boleh disembunyikan lagi. Peritnya hati tidak bisa disangkal. Bertahun aku memendam perasaan ini. Sungguh sukar untuk melepaskan setiap nafas yang bersalut cinta daripada hati. Sangat payah untuk aku buang segala rasa cinta terhadap sahabat aku sendiri.
Biarlah aku yang memendam rasa. Biarlah cinta ini terus menjadi rahsia. Aku tidak mahu perasaan yang aku tanam selama ini, akan rosakkan persahabatan aku dan Raif. Jadi, aku terima segala luka, aku terima segala derita. Tetapi untuk lupakan cinta aku terhadap Raif, aku tak cukup kuat untuk melakukannya. Dan aku akan terus mencintai Raif selagi mana perasaan ini hidup di dalam sanubari. Always love you, Raif Aryan! With or without you know... I always love you.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top