BAB 1

KEBAYA putih yang tersarung pada tubuhku, aku tilik lagi dan lagi. Sumpah, lain gila gaya aku hari ini. Aku sebenarnya tak biasa berpakaian seperti ini namun apakan daya... aku terpaksa demi hari pertama bekerja di Gallery Art yang terkenal dekat Malaysia. Mesti kau orang fikir aku nervous kan? Eh tak ada masa aku nak nervous bagai. Setakat bos dekat sana tu, aku tak hairan langsung lah. Nak suruh aku terajang pun boleh.

Okay aku tak borak kosong tau. Bos besar Gallery Art tu... kawan baik aku sendiri. Anak karyawan tersohor. Nampak tak betapa tak sedar dirinya aku, berkawan dengan anak orang kaya?

Tok! Tok! Tok!

"Yaya... Lambat lagi ke? Nak pukul 9 dah ni!" Suara orang di luar bilik aku kedengaran menjerit. Nama aku bukan Yaya. Tapi aku tak tahu kenapa dia suka panggil aku dengan nama itu. Mungkin itu nama manja yang dia bagi pada aku kot.

Dia... abang aku. Aku tinggal dengan dia dari kecil lagi. Nak cakap soal mak bapak aku, tak payahlah. Sebab aku sendiri pun tak tahu. Abang pun tak pernah cerita. Tapi aku tahu, lambat-laun rahsia yang abang simpan tu akan terbongkar jugak.

Wait... before terlupa, nama aku Zaira Humaira. Tapi orang panggil aku Zaira, kecuali abang aku sahaja yang panggil aku Yaya. Nak lagi ringkas, panggil saja Zai. Macam lelaki nama ringkas tu tapi suka hati akulah. Aku suka nama tu. Sebab orang pertama yang panggil aku dengan nama Zai adalah kawan baik aku sendiri. Siapa lagi kalau bukan Raif Aryan.

"Yaya, cepat lah!" Jerit lagi. Huh, kalau aku ada sakit jantung ni rasanya dah lama arwah.

"Ya bang. Yaya dah siap." Aku menyahut. Aku juga bahasakan diri aku Yaya. Tapi hanya dengan abang aku je. Selama aku hidup, abang tak pernah izinkan aku menyebut nama aku sebagai Zaira. Walhal namanya sendiri pun dia tak bagi kawan-kawan dia dan orang lain panggil nama sebenar dia.

Malas membuang masa lagi, tanganku laju mencapai topi kesayangan yang berada di atas meja. Ini kesayangan aku, tak boleh tertinggal. Kalau tak, nyawa aku boleh terputus dari jasad. Aku ada banyak topi sudu, tapi kalau satu antara banyak tu hilang, aku mungkin boleh mati. Okay aku dah mengarut sampai ke dunia fantasy barbie dah ni.

Lantas, aku berlari sepantas kilat mendekati pintu. Tombol pintu aku pulas. Serta-merta kornea mata aku menyapa tubuh seorang Zarul yang berdiri tercegat menunggu aku.

Ya, nama dia Zarul. Itulah abang aku yang menjerit, melalak tadi. Itulah dia, Zarul. Muka macam tar malah jauh sekali nak gambarkan perkataan handsome pada wajah kurang vitamin itu. Jangan ada yang jatuh hati dengan seketul abang Zarul ni. Aku bagi amaran keras! Dan lagi satu, panggil dia Ayol sebab dia benci nama Zarul.

"Cantiknya adik abang hari ni. Tapi lagi cantik kalau..." Zarul menggantungkan ayatnya di situ. Senyuman jahatnya mula terbit. Aku tahu apa dia nak buat. Jadi, untuk mencegah kejahatan dia itu lebih baik aku sorokkan tangan aku ke belakang cepat-cepat.

Namun seketika aku terasa tangan yang aku sorokkan itu kosong. Aku cuba lihat. Dan aku betul-betul sorokkan tangan aku yang sebenar-benarnya. Habis? Mana topi sudu aku?

"Abanggggg!" Aku mengangkat muka. Zarul sudah tidak ada di hadapan aku. Malah dia berlari-lari sambil membawa barang kesayangan aku itu.

"Abang! Itu nyawa Yaya. Bagi balik cap Yayaaaa!" Jeritan aku bergema. Seluas yang mungkin mulut aku ternganga.

Aku pantas berlari mengejar Zarul. Ruang tamu sempit rumah kami habis kecoh dek kerana aksi kejar mengejar antara kami. Sudahlah aku pakai baju kebaya siap dengan pakej kain sekali. Rumah pula sempit. Maklumlah, kami ini golongan sederhana. Nampak saja rumah batu tapi bila aku keluar bilik, terus sahaja mata menyinggah ruang tamu.

Tapi aku bersyukur. Walaupun abang Zarul hanya kuli orang di sebuah restoran biasa, tetapi dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang abang. Aku tidak kisah dengan keadaan kemiskinan kami. Kerana aku sudah mendapat kemewahan kasih sayang yang abang Zarul sajikan untuk aku. Dialah ibu aku, dialah ayah aku. Aku sayang abang Zarul.

Tapi jangan ingat sayang aku ini, aku akan lepaskan dia begitu sahaja. Hell No! Selagi tidak dapat topi sudu aku, selagi itulah aku akan terus mengejar si Zarul yang sewel ini. Sebab itulah aku dah halang kau orang dari jatuh cinta dengan Zarul yang langsung tiada rupa.

"Kau pakai kebaya dah tu. Mana sesuai pakai dengan topi alah ni." Zarul berhenti di hadapan aku. Dia mengangkat topi aku yang berada di tangannya setinggi yang mungkin. Mak aihh, aku sudahlah pendek. Mana sampai nak ambil topi tu.

"Tak lengkap hidup Yaya kalau tak ada cap tu. Abang bagilah balik. Please..." Aku melompat-lompat cuba mencapai topi sudu aku. Tetapi masih tidak berhasil. Zarul pula dari tadi lagi menjelir lidah dan membuat muka buruknya kepada aku. Sakitnya hati akuuuu!

"Kau kan banyak topi macam ni. Kalau abang jadi kau, abang masuk je bilik tu ambil topi yang baru. Bukannya susah pun."

"Hey, abang cakap senang lah. Kalau salah satu topi Yaya tu hilang, Yaya boleh mati tahu tak!"

"Kau ambiklah topi lain. Topi ni bagi abang pinjam. Abang tengok cantik pulak cap ni. Bau kedai lagi. Kau baru beli ek?"

Aku mengetap gigiku. Sedap je mulut dia nak pinjam topi sudu baru aku.

"Abang kalau nak pinjam cap lain boleh tapi bukan cap tu. Cap yang abang pegang tu Yaya tak pakai lagi. Yaya sayang nak bagi abang pinjam sebab cap tu Raif yang beli sebagai tanda Yaya berjaya kerja dekat gallery dia." Agak bergetar nada suara aku. Geram dengan sikap si Zarul ni.

Aku juga dapat lihat mata Zarul membulat besar saat aku menyatakan topi sudu itu dibeli oleh Raif. Aku tidak tahu kenapa Zarul memandang aku dengan riak terkejut. Nak kata dia tak kenal siapa si Raif Aryan? Memang tidaklah sebab dia dan Raif pun selalu juga bertegur sapa. Dia pun dah tahu hubungan persahabatan aku dan Raif yang terjalin sejak zaman kolej lagi.

"Ra... Raif?" Perlahan-lahan Zarul menyoal. Aku mengangguk laju. Aku pun pelik dengan tingkah Zarul yang berubah aneh tiba-tiba ini.

Zarul melirik ke arah jam sebelum memandang aku kembali. Dia mengemam bibirnya. Okay, jadi aku tahu apa yang Zarul rasa dan aku pun tengah berdebar sekarang ni. Aku tak nak pandang jam dekat dinding tu sebab aku tahu yang.....

"Dah pukul 9 lebih dah ni. Ab... Abang minta maaf, Yaya." Zarul bersuara.

Debaran yang aku rasa tadi beransur pergi saat melihat wajah bersalah Zarul. Topi sudu aku dia campakkan perlahan dan menyebabkan ia terbang lalu mendarat ke atas tangan aku dengan selamat. Namun begitu aku masih berpura-pura cuak. Kelakar pula melihat wajah Zarul yang bercampur dengan pelbagai perasaan.

"Yaya keluar dulu. Abang nak tutup lampu." Suara Zarul agak panik.

Aku akur dengan arahan Zarul. Aku cuba menahan tawaku agar tidak terhambur di sini. Takut nanti wajah cemas Zarul bertukar menjadi pak singa. Kan naya nanti diriku yang cantik lagikan comel ini.

"Hmm... footwear mana agaknya yang sesuai dengan aku ek?" Aku bergumam sendirian sambil meneliti alas kakiku satu persatu. Biarpun hanya lima pasang kasut buruk aku di situ, tetapi aku still bingung nak pilih yang mana satu. Takkan nak pakai selipar jepun kot.

"Abang! Nak pakai kasut mana ni, bang!" Aku menjerit kuat. Hanya itu jalan penyelesaian aku. Maklumlah, aku ni adik abang sikit. Apa-apa hal, Zarul lah yang uruskan.

Biarpun Zarul sudah menghampiri aku namun aku masih lagi terjerit-jerit memanggil namanya. Kalau boleh aku nak suruh jiran-jiran aku pun dengar jeritan tak berapa merdu dari aku. Aku tak kisah kalau dia orang mencemuh asalkan aku bahagia. Well zaman sekarang kan trend koyak. Aku pun nak bagi jiran aku koyak jugak dengan ketidakhirauan aku. Okay, I'm just kidding. Don't take it serious.

Pim!

Aku mengurut dadaku. Cuba menenangkan jantung yang sedang berdegup kencang. Aliran darah aku juga pasti sedang mengalir dengan deras seperti ombak membalik pantai. Zarul di sebelah, aku pandang dengan wajah menjengkelkan. Boleh pula dia pergi hempas selipar cantik yang entah siapa punya ini di hadapan aku.

"Siapa punya selipar ni, bang? Cantiknya. Abang rembat perempuan mana punya selipar ni?" Aku menyoal Zarul. Punyalah lembut suara aku menyoal, tapi dia boleh lekuk kepala aku ni. Nasib baik aku dah sarung cap aku atas kepala elok-elok. Tak adalah sakit sangat. Namun sakit di hati ini, tiada siapa boleh ubatkan. Cehhh, mengayat pulak Zaira comel ni. Well, angkat bakul sendiri itu adalah aku, Zaira Humaira.

"Apa punya bengap sangat otak kau ni, Yaya? Sandal ni abang beli untuk kau semalam. Apa kau tengok muka abang ni macam muka pecah selipar ke?" Nampak muka Zarul sedikit berang. Tak apa, aku tak takut pun. Muka tu dah lah tak kacak. Buat macam tu makin hodoh pula jadinya.

"Cakaplah abang beli. Ini tidak, main hempas je atas lantai. Terkejut tahu tak?" Aku menyeringai abangku kembali.

"Amboi nak salahkan abang pulak ye. Kau tu yang termenung panjang sampaikan abang halakan sandal pada muka kau pun kau buat tak perasan. Sampai hati kau buat abang macam ni. Abang ni rela berpanas terik, berhujan batu, demi carikan kau selipar. Abang ni..."

"Haa stop stop stop! Tak payah nak buat ayat simpati plus dengan muka tak handsome abang tu lah." Aku cepat-cepat mencantas percakapan melalut abang aku itu. Sebelum drama sangat Zarul bermula, lebih baik kita halang. Takutnya drama sangat itu jadi fenomena nombor satu Malaysia pula dek kerana mulut Zarul makan kaki aku.

"Hey baik kau diam, Yaya. Perempuan-perempuan dekat restoran tempat abang kerja semua cakap abang handsome tau..." Zarul nampaknya berubah masam, berubah geram. Aku tahu Zarul itu memang sensitif soal wajahnya. Yelah aku mengaku aku tipu. Abang aku memang ada rupa. Kadang-kadang nampak macam mat salleh pun ada. Tapi, dah namanya adik-beradik. Tentunya aku tak akan mengaku yang abang aku itu kacak sampai bila-bila.

"Tengoklah. Kau termenung lagi. Abang cakap sikit termenung, cakap sikit termenung." Zarul bersuara lagi. Kepala aku ditunjalnya.

"Hesy, Yaya bukannya termenung. Yaya cuma fikir macam mana nak sedarkan perempuan-perempuan yang puji abang tu..."

"Huh? Maksud Yaya?"

"Maksudnya... mana-mana perempuan yang puji abang tu sebenarnya dia orang perlu sedarkan diri dia orang yang dia orang tu buta. Takkan muka tembok macam abang ni dia orang boleh puji. Geli lah."

Padan muka Zarul. Sekarang aku dah bagi balasan dia tunjal kepala aku tadi. Nak berlawan dengan mulut lancang aku, memang taklah aku nak biar dia menang. Sekarang satu sama. Lepas ni aku kasi dia kosong. Kiranya markah ditolak lah. Lagipun... Perempuan kan selalu betul. Tak gitu?

"Yaya! Kau cakap sekali lagi aku tak hantar kau kerja!" Bergema jeritan Zarul. Aku tersenyum sinis. Tak hantar aku kerja konon. Sekarang kita tengok, aku ke dia yang gelabah teruk.

Jam di pergelangan tangan Zarul aku tilik sedikit. Aku pura-pura berwajah cemas saat memandang Zarul. Melihatkan itu, Zarul turut berubah cemas. Malah berganda-ganda lagi cemas dari aku. Zarul ni nampak je macam ini tapi dia sangat sayangkan aku. Kalau aku gembira, dia turut gembira, kalau aku sakit, dia akan sedih dan mungkin lagi sakit dari aku. Dan kalau ada lelaki cuba permainkan hati aku... Huh aku pasti, abang Zarul tak akan lepaskan dia. Silap-silap, hidup-hidup lelaki tu abang tanam nanti.

"Yaya!" Zarul menjerit memanggil aku. Tapi yang peliknya, tiada pula bayang dia dekat tepi aku ni. Makanya, mata aku perlu bekerja melilau cari dia. Setelah sasaran di kenal pasti, aku jumpa abang aku. Dia dah ada dalam kereta. Aikk? Cepat pulak si Zarul ni lesap dalam kereta.

"Cepat naik. Kau dah lambat ni. Nak pukul 10 dah!" Laung Zarul lagi.

Aku tersenyum sendiri. Seperti Zarul, aku juga sepantas kilat masuk ke dalam perut kereta. Jujur, aku rasa sangat bertuah dapat abang macam Zarul. Walaupun hanya naik kereta axia yang dah buruk, tapi aku tetap juga gembira. Nak tahu kenapa? Sebab kasih sayang yang aku dapat dari abang tidak pernah kurang. Terima kasih, abang. Zaira sayang abang sampai bila-bila!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top