Bab 9
Grace ketawa sambil memukul belakang badan Jamali. Jamali dengan muka terpaksanya menerima sahaja dengan redha. Orang ramai memerhati sahaja gelagat Grace. Grace tidak peduli apa yang orang fikir. Dia hanya fikirkan kegilaan kepalanya sahaja.
"Apa yang lucu sangat." tanya Jamali.
"Saya tengah sedih ni. Kalau saya sedih saya ketawa banyak-banyak supaya tak terasa sangat sedih." jawab Grace.
"Itu la awak. Nak sangat main macam tu, susah tahu nak kejar awak punya tempo. Sekarang kelayakan pun tak lepas." komen Jamali mengenai pertandingan yang Liyana baru sahaja masuk. Pening kepala Jamali apabila diatas pentas tersebut Grace tak serius langsung. Dia buat macam pentas tarian pula. Sudahnya mereka gagal.
"Tak apalah, janji kita terhibur atas pentas tu kan? Saya tak kisah sangat kalah atau menang asalkan sentiasa bersama awak." senyum Grace kepada Jamali. Pipi Jamali naik merah. Rasa segan pula dengar ayat itu keluar daripada mulut Grace.
"Jom lah Grace, kita habiskan masa sedih kita ni ke suatu tempat."
"Dimana?"
"Tempat selalu kita lepak." jawab Jamali.
"Baiklah! Ouch." Grace hilang keseimbangan, kakinya menapak tidak betul. Pergelangan kakinya terpelecok. "Jamali kaki saya terseliuh." rengek Grace.
Jamali mengeluh. "Marilah, naik belakang saya. Saya dukung awak." Jamali membongkokkan badan., Grace mula memaut tubuh Jamali.
"Jangan komen apa-apa pasal berat badan saya." Grace memberi amaran.
"Awak makan apa ni?"
Grace memukul bahu Jamali.
"Ouch. Awak pukul saya?"
"Saya dah cakap."
"Tapi saya tanya makan apa je."
"Dah diam, jalan cepat. Kuda jalan! Ketepi semua kuda nak lalu!"
Jamali terus mendukung Grace berjalan menyusuri kawasan kaki lima di kota London tersebut.
<><><>
Jamali termenung panjang sambil mengadap keluar tingkap. Sehingga burung masuk ke dalam rumah pun Jamali tak perasan. Sebenarnya dia rindu untuk pulang ke Malaysia. Tapi kat Malaysia tu ada orang yang dia tak ingin untuk jumpa malah kat sana ada macam-macam masalah. Runsing kepala sahaja.
Burung yang tadi masuk ke dalam bilik Jamali mula terbang dan hinggap diatas kepalanya. Jamali mengeluh, burung tersebut pun mengeluh. Sama-sama mengadu nasib.
"Shussh, shushh."
Burung itu terbang keluar. Jamali baru sedar dari mimpi siangnya. Pusing-pusing sahaja dia lihat Grace sedang mencekak pinggang.
"Burung hinggap kepala pun tak sedar. Nasib dia tak sempat nak berak je." ujar Grace dalam sinis.
"Awak dah tolong halau. Thanks." Jamali sambung lihat keluar tingkap.
"Sudah, jangan pandang keluar tingkap. Saya ada bawakan makanan untuk awak."
Laju kepala Jamali berpusing. Matanya bersinar-sinar. "Ya kah?"
Mereka makan bekalan yang dibawa Grace di dalam bilik. Sempat juga Grace menyuap mulut Jamali dengan makanan. Senang betul rasa Jamali makan makanan masakan Grace.
"Sebenarnya awak termenungkan apa?" tanya Grace.
"Rindu pulak dengan kampung halaman. Dah berapa tahun saya tak balik."
"Balik la, macam mana dengan mak ayah awak."
"Dah lama mereka tak ada."
"Oh maaf-maaf. Saya fikir.."
"Tak mengapa."
Suasana menjadi sunyi selepas itu. Mereka berdua saling berpandangan tanpa sebarang bicara keluar daripada mulut. Masing-masing terasa seperti kekok. Angin tiba-tiba tiup dengan kuat sehingga kain-kain langsir terangkat tinggi. Grace pegang rambutnya agar tidak sama terbang.
"Mesti awak rasa kesunyian kan, jauh beribu batu dari tempat asal awak." Grace berjalan menuju ke tingkap membetulkan kain langsir dengan mengikat dengan tali yang ada pada langsir tersebut. Dia buat begitu supaya langsir tersebut tidak terbang-terbang seperti tadi. Rimas pada pandangan matanya.
"Itulah, masalahnya dekat Malaysia sana tu ada orang yang saya tak berapa nak jumpa."
"Siapa?"
Jamali diam. Dia tak tahu perlu atau tak bercerita mengenainya. Ianya seorang perempuan, rakan masa kecilnya. Dulu perempuan itu la yang selalu menyokong dirinya. Satu hari perempuan tu luahkan perasaannya. Untuk Jamali dia tak menganggap lebih daripada seorang kawan. Akibat tidak mahu memberikan apa-apa harapan. Jamali bawa diri. Namun kesetiaan perempuan tu masih lagi percaya suatu hari nanti Jamali pasti akan bersama dengannya.
"Saya tetap tunggu awak sampai bila pun."
Kerana itulah Jamali takut nak balik Malaysia.
"Jamali?" panggil Grace bila lihat Jamali termenung panjang.
Jamali ketawa. "Tak ada apa-apa lah yang penting."
Grace mula duduk diatas katil Jamali. Dilihat sekeliling bilik Jamali yang kecil ini. Tak besar, hanya muat almari katil, meja tempat Jamali buat kerja, dan sebuah bilik air.
"Awak tahu, saya dari hari tu saya tunggu sesuatu dari awak." ujar Grace.
"Tunggu?" Jamali terpinga-pinga.
"Apa yang awak cakap di dewan musik hari tu. Depan kawan lama awak. Tak mahu ke awak jadikan ia rasmi? Saya penat nak tunggu awak tahu. Saya nak dengar dari mulut awak sendiri."
Jamali telan air liur. Tangannya mula keluar peluh. Dia mula berjalan mundar-mandir di dalam bilik tersebut. Buat-buat berfikir. Grace senyum melihat gelagat Jamali.
"Tak adalah, sebenarnya kan awak sure ke? Betul-betul sure nak dengan saya ni?" tanya Jamali.
Grace angguk.
"Tapi awak tu macam angel tahu."
"Dan awak, orang ramai panggil instrument of god. Apa bezanya?" jawab Grace.
"Err.. "
"Awak cuma perlu cakap je. Saya tunggu nih."
Jamali berhenti daripada mundar mandir. Dia lihat Grace dalam-dalam. Dia mengeluh, mengalah "Grace, awak betul. Saya memang nak kan awak."
Grace mula bangun. "Good. Now we're official." terus dia merapatkan bibirnya ke bibir Jamali. Jamali langsung tidak melawan. Cumbuan mereka semakin lama semakin intim.
Bagi Jamali ini lah pertama kali dia benar-benar rasa cinta pada seseorang. Semenjak dari pertama diorang berjumpa, memang Jamali dah la jatuh hati. Cumanya dia risau, dia cuma anak melayu di bumi yang asing. Apa kata orang bila tengok diorang berdua bersama? Bukankah nanti akan menimbulkan rasa tak senang dalam kalangan masyarakat kat sini. Ah, pedulikan. Buat masa sekarang, kerisauannya dah terhapus. Grace sudah berada dalam dakapannya. Pedulilah orang lain kata apa. Janji mereka berdua akan bahagia. Dia akan membahagiakan Grace.
e9�r'R��
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top