Bab 5
Merentasi benua, di satu kawasan di kota London lain pula kisahnya.
Jamali berseorangan di dalam dewan musik. Dia tak pulang awal sebagaimana rakan-rakan seokestranya yang lain. Dia gemar untuk menghabiskan masa di dalam dewan ini. Jamali menggesek violinnya. Dia bermain secara rawak. Kadang-kadang sengaja dia mencampur adukkan musical klasik dalam satu nada musik. Macam kali ini, Paganini dan Bach dia mainkan secara seiring. Ramai juga rakan sepermusik mengutuknya. Ada yang cakap dia merosakkan seni. Namun hanya ada seorang je yang menyokongnya iaitu Maestronya, David. Maestro David seorang yang baik hati, berjiwa lembut.
Permainan musik terhenti tatkala dia mendengar seseorang juga berada di dalam dewan tersebut. Dia mencari dan menoleh-noleh. Tiba-tiba pandangannya tertacap pada seorang wanita berambut perang, ramping tubuhnya dan bergaun putih. Masing-masing melihat sesama sendiri. Jamali tak tahu kenapalah dia begitu terpaku dengan kehadiran gadis ini. Masa seakan terhenti ketika itu. Gadis ini memberikan senyuman lalu terus berjalan keluar. Jamali hanya memerhati. Siapa kah dia? Jamali terus berkerut muka.
"Betul , saya masa tu terpaku dengan kecantikan raut wajah dia. Nampak sungguh pure dan innocent. Suci waduh. Memang ada ciri-ciri yang saya suka. Saya harap la sangat kalau-kalau dia muncul lagi selepas ni." cerita Jamali kepada maestronya.
"Jangan berangan lebih Mali. Takut-takut kau kempunan bila tahu dia dah pun berpunya." nasihat David, sebuah nasihat yang langsung tidak berunsur pemberi semangat. Jamali senyum-senyum je. Dia pasti wanita tersebut masih belum dipunyai oleh sesiapa. Dia pasti.
<><><><>
Suatu petang, Jamali bersiar-siar sekitar pasar Borough di kota London. Sebuah pasar segar yang menjual pelbagai makanan antaranya seperti roti dan keju buatan tangan. Namun apa yang ingin dinikmati olehnya adalah minuman kopi. Terdapat sebuah kafe yang menjadi kegemarannya apabila berada di pasar ini.
Dalam asyik berfikir tentang destinasi hendak ditujunya. Jamali berhenti. Dia terlihat gadis itu lagi. Betul-betul dibawah deretan payung-payung berwarna warni yang digantung di laluan jalan. Gadis tersebut kelihatan berbual dengan seorang lelaki yang agak berusia bersama seorang lagi wanita lain.
Dia berdiri lama disitu sehingga gadis tersebut perasan dengan kehadirannya. Gadis tersebut berbual sambil mengerling lalu senyum sambil menyisip rambut. Jantung Jamali bergerak dengan lebih laju. Jadi? Apa tindakan seterusnya? Apa yang patut dia buat sekarang nih? Jamali tak cukup berani untuk pergi ke arah gadis tuh lalu menganggu perbualan mereka. Pasti akan jadi lebih awkward. Lagipun kemungkinan hanya dia seorang sahaja yang rasa gilanya perasaan berdebar ini. Tapi kenapa gadis tersebut senyum-senyum menjelingnya pulak?
Jamali terus-terusan berfikir sehinggalah, Jamali menetapkan diri untuk beredar sahaja. Jamali terus berpusing badan. Mungkin peluang pada lain kali fikir Jamali.
"Kenapa awak berdiri je kat situ?"
Jamali membuntangkan mata. Gadis ini datang menegurnya! Jantung Jamali kembali mengepam darah dengan lebih laju. Sehingga Jamali sendiri mampu mendengar dengan kedua cuping telinganya. Jamali berpusing badan lagi sambil senyum. Seorang wanita berdiri melihatnya dengan muka aneh. Senyuman Jamali dikendurkan. Dia ini bukan gadis itu. Ini gadis lain. Alangkah kecewanya. Dia melihat kawasan gadis tadi berdiri. Sudah tiada. Jamali mengeluh berat. Kecewa. Setelah mengeluh. Terus Jamali berjalan pergi..
<><><><>
Jamali seperti biasa masih lagi berada di dalam dewan musik, dia gemar menghabiskan masa untuk berada disini berbanding pergi ke tempat lain. Malahan kali ini dia lebih bersemangat untuk kekal berada di dalam dewan oleh kerana rasa kedorongan yang kuat untuk bertemu gadis bermata biru yang dijumpainya kelmarin.
"Saya dengar awak terkenal"
Nampaknya tidak sia-sia sahaja dia untuk kekal berada di dalam dewan ini. Hari ini gadis itu muncul lagi malah lebih memeranjatkan dia menegur Jamali. Jamali senyum meleret. Inilah gadis yang membuat dirinya angau.
"Tak jugak, tetapi bakal di seluruh dunia." balas Jamali selamba. Tampak sahaja begitu tetapi dalam dirinya dirasakan seperti ada orang mabuk mengangkat secawan beer ke langit dan menjerit 'hari ini adalah hari yang paling bahagia!!! selepas itu menari-nari tarian orang portugis.
Gadis itu tergelak kecil. Mulutnya dilindungi tangannya menyembunyikan gigi yang tersimpul. Jamali menatap wajah gadis itu. Sangat manis. Jantung kembali berdebar.
"Saya dah lama nak tanya ini. Boleh tak kalau awak ajarkan saya bermain alat musik? Saya baru je punyai sebuah piano. Awak jadi guru saya? Boleh la. Boleh eh?"
Jamali berfikir lama. Jadi guru? Maknanya peluang untuk bersama terbuka. Tapi kenapa dalam banyak-banyak orang, perempuan ni memilih diri dia plak?
Selepas lama berfikir, dia akhirnya bersetuju. Gadis itu menghulurkan tangan untuk berjabat, Jamali menyambut tangan gadis tersebut.
"Jamali."
"Grace..Grace Marcia."
Kedua mereka saling tersenyum. Inilah pengenalan pertama mereka. Malah daripada pengenalan pertama ini sahaja, telah membuatkan Jamali melompat-lompat dengan riang apabila tiba dirumah. Diambilnya violin di atas katilnya lalu dimainkan dengan senang hati.
Ini pasti mimpi fikir Jamali. Jamali akhirnya tertidur dibuai mimpi yang indah.
<><><>
Jamali tiba di rumah Grace Marcia. Sangat besar, ianya hampir menyamai besar sebuah rumah agam. Ruang halaman luar yang begitu luas sehingga boleh memuatkan lima biji kenderaan. Jamali sudah meneguk air liur nya. Seorang gardener nampak Jamali sedang terpinga-pinga, terus dia datang menegur.
"Hello, boleh saya bantu?" tanya gardener tersebut.
"Em...Saya..erm Jamali..guru musik." Jamali membalas dengan suara terputus-putus, mukanya juga agak pucat. Grace berlari kearah Jamali. Dia memaut lengan Jamali. Jamali sedikit terkejut. Gardener tersebut senyum lalu dia berlalu pergi setelah tuan rumah sendiri yang menyambut kehadiran Jamali.
"Lambat la." adu Grace.
"Maaf..saya ambil masa cari rumah awak. Payah lah dekat ceruk-ceruk." balas Jamali. Badannya melentok kurang selesa dengan pautan Grace. Cuba juga dia untuk melepaskan diri namun Grace sudah pegang dengan terlalu erat. Lalu Grace memimpin dirinya memasuki ke dalam rumah.
Diluar sahaja sudah tersergam cantik, dalamannya pasti la lebih indah lagi. Mengetengahkan konsep southwestern menampakkan ciri-ciri natural pada seluruh interiornya. Setiap satu perabot yang berada didalam rumah itu kelihatan sungguh mewah. Jamali berasa sedikit janggal berada dirumah tersebut
"Kenapa?" tanya Grace.
Jamali mengeleng kepala.
"Jadi kat mana pianonya? Dari tadi saya jenguk-jenguk. Tak nampak pun."
Grace menjengil mata, seakan tidak berpuas hati dengan pertanyaan tersebut. Jamali sudah serba salah. Dia bertanya lagi. "Eh saya ada silap cakap ke ni?"
Grace memuncungkan bibirnya. "Yela, itu je kan tujuan awak datang ke sini kan?"
"Dah tentula. Tak mungkin saya datang kemari kalau bukan kerana niat untuk mengajar awak bermain piano." balas Jamali.
Grace diam sahaja. Mukanya mencuka. Lalu dia berjalan menuju ke arah piano yang berkedudukan agak tersorok dari ruang tamu yang besar. Grace duduk diatas kerusi berhadapan dengan piano. Dia membuka fall yang menutupi keyboard. Dia meletakkan kaki pada panel lalu jari-jemari mula bermain piano. Jamali sedikit terkejut. Grace berhenti bermain lalu dia mengalih pandangan ke muka Jamali yang terpinga-pinga.
"Awak bermain dengan baik."
"Awak tahu, saya cipta alasan semata hendak awak datang ke rumah saya." Grace berterus-terang.
"Hah? Saya tak faham."
Grace bangun lalu merapati Jamali. Terus laju bibirnya melekap pada bibir Jamali. Jamali boleh rasa betapa lembutnya bibir Grace saat bibir mereka saling bertemu. Haruman rambut Grace juga dapat dihidu secara dekat. Sangat wangi.
Seketika kemudian apabila Jamali betul-betul sedar dengan apa yang berlaku terus dia menjarakkan kan badannya sedikit ke belakang. Wajahnya sudah naik merah sepenuhnya. Tingkahnya pula tiba-tiba pula menjadi kekok. Sekejap pandang ke atas, sekejap pandang ke bawah. Tapi yang pasti dia tak berani melihat secara tepat pada mata Grace. Kepalanya digaru beberapa kali.
Dia menjadi hairan dengan sikap Grace yang sangat berani. Dia juga keliru, kenapa Grace mencium dirinya. Grace senyum sahaja.
"Awak tak suka?"tanya Grace.
"Kenapa?"
"Sebab saya suka awak."
"Ta..tapi kita baru jumpa semalam."
"Betul tetapi saya dah lama perhati kan awak. Saya jatuh hati dengan awak." luah Grace.
Jamali terdiam tidak tahu hendak kata apa. Di hadapannya adalah seorang wanita berkulit putih berambut merah bermatakan biru. Dan seorang kristian. Haritu dia sendiri yang terkejar wanita ini. Tapi sekarang kenapa dia..
" Tapi mana boleh awak simply-simply suka dekat saya.. "
Grace ketawa kecil. "Habis selama ini yang awak tercari-cari, terjenguk-jenguk saya tu bukan maksud awak dah jatuh hati dengan saya juga?"
Muka Jamali bertukar merah. Dia menjadi gelabah. Grace pegang salah satu tangan Jamali. Ditenung dengan matanya yang bersinar cantik. Seolah ingin menyakinkan. "Untuk jatuh cinta memang perlukan alasan ke?" tanya Grace. Benar, untuk jatuh cinta tak perlukan alasan.
Balik sahaja ke rumah. Satu malam itu memang Jamali tidak dapat langsung nak melelapkan mata dia. Wajah Grace macam ada dimana-mana. Dalam teko, dekat siling, atas lantai, dekat tab mandi. Semua Grace, Grace dan Grace.
"Wuaaaa apahal semua ni? Kenapa kau muncul kat mana-mana!? Malu la aku nak mandi macam ni!!" jerit Jamali bila dia terbayang Grace juga berada dalam bilik air tersebut. Grace bayangan ketawa, mungkin ketawa tengok anu Jamali yang kecil bersaiz asia. Wuaaaa!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top