Bab 3
"Fuck!! Shit!! Taik!! Bodoh! Bodoh! Bodoh!! Celaka la kau sampai mati!" Ismail marah pada Adi bila dia dengar Adi tolak permintaan arwah Latiff Saari. Banyak kali juga dikusutkan rambutnya. "Kau tahu tak kau dah lepaskan satu-satu peluang kau untuk jadi femes? Kau tahu tak kau dah lepaskan peluang aku nak berlagak depan kawan aku yang lain? Cam mana aku nak cakap, wey bro aku ada member femes tahu? Nama dia Adi Zikri. Kenal sapa dia? Dia tu pemusik paling handal. Anak murid arwah Datuk Latiff Saari. Macam mana woi. " bebel Ismail.
"Kau teruskan lah imaginasi kau tu, aku nak tidur." Adi tarik selimut.
"Ini tak boleh jadi. Kau tak kesian kat aku ke wey?" Ismail peluk-peluk Adi dari belakang.
"Dah kenapa kau ni? Woi. Kau nak kena terajang dengan aku ke apa ni? Peluk apa ni celaka!?"
Ismail pusing tubuh dia membelakangi Adi. "Bergurau sikit tak boleh. Kalah orang perempuan. Tapi serius wei. Kau tak patut tolak. Kau tengok life kau sekarang. Ada kau rasa senang? Hari-hari kau balik kau merungut makan tak sedap. Tv tak ada. Awek kau tu, bukan dia tinggalkan kau pasal dia tu jadi lesbian balik ke apa. Dia tinggal kau sebab kau nothing. Kau la yang selalu mintak dia belanja kau. Macam aku tak tahu."
"Kau tahu?" tanya Adi perlahan. Dia rasa malu.
"Aku tahulah. Kau mana boleh tipu aku. Aku nak kau fikir balik masak-masak benda ni. Untuk kesenangan kau. Masa depan kau nih."
"Nanti la aku pikir-pikir kan. Aku mengantuk tahu. Penat baru balik dari Ipoh." Adi pejamkan matanya.
Malam itu dia bermimpi.
Bermimpi mengenai bagaimana dia memulakan kembali kariernya untuk jadi pemusik. Di dalam sebuah dewan musik yang dipenuhi audience yang ramai. Dia menaiki pentas bersama clarinetnya. Semua bersorak namanya.
"Adi! Adi!" sorak audience.
Sedikit pun tiada rasa gugup dalam diri dia. Tersenyum lebar dia dengan pakaian suit modern hitam, bangga dia boleh berada diatas pentas tersebut dan apabila dia mula meletakkan bibirnya pada bibir clarinet semuanya bertukar. Seluruh pandangannya menjadi merah semerahnya. Audience tadi bertukar muka yang menakutkan.
Jeritan namanya tidak lagi kedengaran. Sebaliknya digantikan dengan kutukan dan makian.
Kemudian dia rasakan seperti dia ditarik ke dalam kegelapan. Jantungnya berdegup laju. Dia berpeluh-peluh. Cemas.
"Kau bodoh Adi. Alat musik musnah kan kau. Kau nak main lagi? Hidup kau jadi macam ni sebab kau pilih untuk main musik bodoh tuh. Kau tak boleh bersama dengan Maisarah sebab kau pilih main alat musik. Kali ni kalau kau pilih lagi untuk main alat musik, hidup kau akan jadi lebih teruk! Lagi teruk Adi! Hahaha" ketawa satu suara garau.
"Adi!! Adi!!" jerit suara cikgunya bergema-gema.
Di dalam mimpi itu dia lihat dirinya sedang mengemas barang-barang. Tergesa-gesa untuk meninggalkan rumah itu. Buat apa nak tinggal lagi kat dalam ruman ini. Buat apa nak terus-terus berasa sakit hati.
"Adi, aku tak tahan lagi Adi. Kenapa aku pilih untuk tinggal dalam rumah ni? Kenapa masa tu aku tertarik dengan musik. Kenapa kau tak halang aku masa tu Adi? Masa di rumah anak yatim." ujar Adi usia 15 tahun itu.
Adi yang berdiri tidak jauh dari situ, terdiam sahaja tak mampu kata apa-apa.
"Selamat tinggal cikgu. Adi nak cari kehidupan Adi sendiri."
Cikgunya masuk ke dalam bilik. Lihat Adi berusia 15 tahun sudah tiada. Dia pandang wajah Adi. "Kau terseksa sebab aku kan? Kenapa kau nak balik semula ke rumah aku? Kau pergi matilah." cikgunya menghampirinya cuba mencekik dia.
Adi bangun dengan pucat lesi. Tengah malam itu dia duduk termenung sahaja. Mimpi seumpama itu telah dia hadapi semenjak bertahun-tahun, bertambah parah bila Maisarah tinggalkan dia. Trauma terhadap musik. Itulah yang dihadapinya.
<><><>
Adi memarkirkan motornya di kaki bukit, lantas kakinya terus melangkah mendaki ke puncak bukit yang tidak berapa tinggi. Inilah lokasi kegemarannya. Disini jugalah dia bertemu cinta pertamanya, dan disini jugalah cintanya itu berakhir. Cinta antara dua darjat? Tidak sangka kisah cinta cliche itu terjadi pada dirinya. Tetapi ini lah kehidupan. Perkara yang berlaku pada orang lain boleh berlaku pada diri kita.
"Pandai kamu pilih tempat nak melepak yek." tegur satu suara.
"Uik Kak Sarah? Macam mana Akak tahu plak saya ada kat sini?" Adi agak terkejut dengan kehadiran Sarah. Sarah datang dengan pakaian baju maxi bermotifkan flora. Baju itu turut digandingkan bersama dengan cardigan berwarna biru gelap menampak gaya kasual dan elegan. Di atas kepalanya tersisip kemas kaca mata hitam. Penampilan Sarah sangat berbeza dengan sewaktu mereka kecil dulu. Sarah yang dulu agak selekeh. Tapi macam tak sesuai nak bandingkan dulu-dulu dengan sekarang. Sarah sekarang adalah pemusik terkenal. Sudah tentu dia perlu berpakaian seperti ini. Sesuai dengan statusnya.
"Akak ikut kamu dari rumah. Jadi Adi memang datang sini selalu ke?"
Adi menghalakan pandangannya pada sekolah yang berada tidak jauh dari situ. Dari atas bukit ini memang boleh nampak apa yang berlaku di dalam sekolah tersebut.
"Selalu la jugak. Kalau nak tahu sini bukan tempat saya saja-saja nak lepak. Sini banyak pengalaman pahit manis tahu. Saya jumpa cinta pertama saya kat sini lah."
"Betul ni? Jadi bagaimana orang yang berjaya tawan hati Adi ni? Boleh akak kenal dengan dia?"
"Taklah dia tak ada lagi dah"
"Huh?."
Adi senyum pahit. "Jangan pikir ke lain, Ibu bapa dia tak suka saya lepas tu bawak dia lari pergi luar negara."
Sarah berasa serba salah pulak. Sepatutnya dia tak tanya soalan macam tu. Dah tentulah luka lama Adi terbukak balik. "Maaf. Akak ingat Adi sedang bahagia. Maaf ye kalau melukakan Adi."
Adi geleng sedikit kepalanya. "Tak apa. Sebenarnya kalau nak bercerita pasal dia. Saya sanggup bercerita selama berhari-hari tanpa henti. Pengalaman dan memori dengan dia adalah paling indah yang pernah berlaku dalam hidup saya selepas memori saya bersama akak, Rauf dan cikgu." senyum Adi.
"Er, okey. Ceritalah. Akak nak dengar ni."
"Nama dia Maisarah. Gadis genit cantik. Wajah putih seolah-olah terlahir daripada anak orang barat. Saya berjumpa dengan dia buat pertama kali disinilah. Ketika tu saya sedang bersandar di pokok besar tu." Adi menunjukkan sebatang pokok tidak jauh daripada mereka. "..dan main seruling. Kadang-kadang harmonika. Hobi saya selepas berkerja. Saya suka tengok budak-budak bersekolah, melepas rindu pada sekolah. Suatu hari saya ditegur oleh seorang gadis."
"Maisarah." Sarah memotong cerita dengan sengaja.
"Ya Maisarah. Pertama kali bersua muka dengan dia, saya ingat saya bertemu dengan seorang bidadari. Cantik sangat kak. Tiptop meletop."
"Dia tegur kenapa? Suruh Adi berhenti bermain kat sini ye?" Sarah cuba berseloroh. Adi ketawa sedikit.
"Tak, sebaliknya. Dia suruh saya mainkan di hadapan dia. Dia suka dengar alunan musik yang dimainkan oleh saya. Sebagai ganjaran dia ajar saya subjek pelajarannya di sekolah. Sebab sebelum itu saya beritahu dia yang saya tak sekolah. Selepas itu bermula kisah cinta kami. Tapi kami tidak melebih-lebih. Hubungan kami hanya di bukit ini sahaja dan sebenarnya lebih kepada teman tapi mesra berbanding sepasang kekasih. Itu pun sudah cukup bagi saya dan dia."
"Wah sweet." senyum Sarah.
"Dan akhirnya kantoi dengan bapa dia. Dia bagi amaran keras untuk jangan lagi berjumpa dengan Maisarah. Siap kutuk dan menghina saya. Katanya musik inilah menjahanam kan anaknya. Malah jika anak dia terus bersama saya, anaknya akan hidup terseksa. Pada hari terakhir pertemuan saya dengan dia. Barulah masing-masing menyatakan perasaan cinta. Tapi akhirnya kami terpisah jauh. Dia dibawa pergi keluar negara. Tinggallah saya disini dengan hati yang remuk. Mulai hari itu, saya tak lagi sentuh alat musik. Kalaupun saya main alat musik. Semacam sesuatu yang hitam dan jahat menyuruh saya berhenti. Mungkin kesan trauma. Kerana musik, sudah dua kali hidup saya musnah."cerita Adi dengan sayu.
"Akak rasa macam nak menangis pula. Sekarang Adi buat akak rasa serba salah lagi. Sebenarnya kehadiran akak untuk pujuk Adi join kitorang. Tapi lepas dengar cerita daripada Adi. Akak rasa akak patut mengalah." nadanya seperti sudah berputus asa. Mungkin ditakdirkan bahawa Adi melalui jalannya sendiri. Mungkin inilah yang paling terbaik untuk Adi dan semua orang.
"Maafkan saya kak. Saya betul-betul tak mampu."
"Akak faham Adi. Tapi kalau kamu bertukar fikiran. Datanglah ke Ipoh. Kami sentiasa menantikan Adi. Kami tunggu anak murid paling hebat cikgu kembali ke persada dan menggegarkan dunia." Sarah mengukir senyum.
Serentak dengan senyuman yang diukirkan oleh Sarah, tiba-tiba angin kuat menyinggah, rambut Sarah yang panjang itu mula terangkat, ada sebahagian darinya menyilang pada wajahnya. Daun-daun berterbangan ke langit. Burung-burung juga turut beramai-ramai mengepak terbang. Sarah menyelitkan rambutnya kebelakang.
"Mungkin inilah angin perubahan yang menanti kamu Adi." senyuman Sarah tidak menghilang.
Bulu-bulu roma Adi terangkat tegak. Jantung berdegup laju. Adrenalin mengalir deras. Masa dirasakan berhenti. Kata-kata Sarah itu seolah-olah menggerakkan kembali gear kehidupannya yang sudah lama berhenti . Senyuman Sarah ketika ini telah mengingatkan dia kepada hari pertama gurunya mengambil dia sebagai anak murid. Seolah-olah alam sudah berkata. Masanya sudah tiba untuk kamu kembali lagi. Adi Zikri pemusik genius.
Gear kehidupan itu berputar kembali. Ligat-seligatnya.
be/�rv'��
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top