Bab 21


Punca Rauf hilang ingatan sebenarnya bukanlah disebabkan kemalangan dia dengan Pak Asmawi tetapi semasa dia berada di Pulau Pinang dia telah diculik oleh seorang lelaki yang bernama Arjun dan diseksa dengan teruk. Pukulan terakhir oleh Arjun telah menyebabkan Rauf terus hilang ingatan. Kemudiannya Arjun menyerahkan urusan menjaga Rauf kepada Pak Asmawi. Sebenarnya Arjun dan Pak Asmawi, mereka ini adalah salah seorang konco-konco Datuk Suhaimi.

Pak Asmawi dah lama tidak terlibat dengan Datuk Suhaimi secara aktif. Dia dihantar ke Pulau Pangkor pun untuk memerhatikan Melor dan anaknya. Pak Asmawi sendiri sudah tidak mahu terlibat dengan aktiviti jahat sebenarnya. Baginya masa lampau biarlah berlalu. Kehadiran Arjun menyerahkan Rauf menyebabkan dia jadi serba salah dan resah. Dia tahu sampai bila-bila pun Datuk Suhaimi tak akan lepaskannya. Oleh itu dia terpaksa menjaga Rauf. Tetapi dia sangat berharap Rauf dapat ingatannya balik.

Melihatkan Rauf rapat dengan Fatin menyebabkan dia rasa lega. Baginya ini mungkin telah ditakdirkan. Dia yakin Rauf dapat membela nasib arwah Jamali, malah melepaskan Fatin daripada kebencian lamanya terhadap orang kampung. Dia membiarkan saja Rauf dan Fatin rapat berdua.

Baru ini dia dapat panggilan daripada Arjun. Datuk Suhaimi mengarahkan supaya Rauf dibunuh untuk menutup rahsia.

"Kenapa sampai dibunuh? Tak cukup ke dulu Arwah Jamali dibunuh?" tanya Pak Asmawi dalam telefon.

"Arwah Jamali tu sebabkan kesilapan orang-orang lama dia. Yang ni kesilapan aku. Aku seksa dia, pukul dia. Lepas tu aku guna nama Datuk. Aku silap, sepatutnya aku kena ugut dia je. Nih kalau aku tak bunuh dia, aku yang akan dibunuh." cemas nada Arjun.

"Kalau macam tu, aku tak nak ada kaitan apa-apa. Kalau nak bunuh dia tunggu aku keluar dari pulau ni dulu."

"Pak, tak ada cara lain ke nak lari dari Datuk?"

Pak Asmawi diam lama. Kemudian baru dia bercakap balik. "Tak ada. Kau kena buat apa yang perlu kau buat. Kalau tak, mungkin satu keluarga kau akan nahas."

<><><>

Fatin macam tidak percaya orang yang dikenalinya sebagai Ashraff itu berubah menjadi orang lain. Dia agak terkejut bila dia dapat tahu Ashraff yang selama ini dia kenal rupanya Rauf Arman yang terkenal. Fatin memerhatikan Rauf makan semangkuk dua, menunggu Rauf bercakap. Selepas meneguk air dan terbelahak. Dia senyum melihat Fatin. "Sedap masakan orang Pangkor ni. Lagi-lagi laksa mee nih."

Fatin diam. Melihat tajam muka Rauf.

"Cakap lah sesuatu." pinta Rauf. Fatin ingin mengambil kertas dan pennya tetapi dihalang. "Tak payah kertas dengan pen tu dah. Cakap ikut mulut. Aku tahu kau boleh bersuara." kata Rauf agak kasar.

Fatin mendengus. Bencinya. Lebih bagus sewaktu dia hilang ingatan. Sopan baik, tak macam ni kelihatan angkuh dan jengkel.

"Awak ingat lagi tak waktu awak jadi Ashraff?" nak tak nak dia bersuara juga.

Rauf diam lama, matanya merenung jauh ke dalam pandangan Fatin. Kemudian dia ketawa kecil. " Aku ingat. " sambungnya.

"Tapi awak berubah." ujar Fatin agak kecewa.

Rauf senyum.

"Maaf. Watak Ashraff yang kau kenal tak melekat lama dengan aku. Tapi aku boleh cuba kalau kau mahu."

Fatin geleng kepala. Rasa sedih lah juga. Sebenarnya dia dah mula jatuh hati dengan Ashraff.

"Kau tahu apa yang aku fikir bila aku jadi Ashraff, selalu bersama dengan kau. Aku belajar jadi orang yang lebih baik. Kau pun banyak tolong membentuk aku. Kalau personaliti kita macam alat musik. Aku nak kata sifat aku yang sebenar umpama violin, punya pitch yang lantang, sering berdegar-degar dan kau pulak macam viola, range bunyi kau kecil je. Walaupun membisu tetapi karekter kau strong. Kau mampu bersaing dengan aku." terang Rauf panjang lebar.

Fatin ketawa. "Pandai la pula awak samakan personaliti dengan alat musik. Saya rasa saya tak macam tu."

"Fatin, pertemuan aku dengan kau ni macam takdir. Doa kau termakbul mungkin. Aku tahu kau nak sangat nasib arwah ayah kau dituntut bela kan? Aku boleh tolong."

Air muka Fatin bertukar. "Betul ke?"

"Orang yang hantar aku ke sini datang dari orang yang sama pernah bunuh ayah kau. Datuk Suhaimi. Aku tak tahu kenapa dia benci sangat cikgu aku. Sudahnya orang lain yang jadi mangsa."

"Tapi awak akan dalam bahaya."

"Mungkin. Takpe kau jangan fikir banyak. Tu semua aku yang kena fikir. Eh kau mainkan la aku lagu. Aku suka dengar kau main viola."

Fatin cepat-cepat ambil violanya. Segera dia menggesek violanya, manakala Rauf terhibur mendengarnya. Kakinya yang bersila tadi diluruskan ke hadapan sambil berbuai-buai. Mata dipejam rapat menghayati alunan musik yang keluar. Ini lah viola, berbeza dengan dengan violin. Zaman sekarang tidak ramai yang bermain viola berbanding violin. Jika kau mahu tahu, untuk masuk sekolah musik dengan mudah kau perlu menunjukkan bakat kau bermain kedua alat musik ini.

"Violin tu rupanya sama seperti biola ni kan? Jadi apa beza keduanya?" tanya Fatin. Dia sudah berhenti bermain violanya.

"Jangan salah sebut Fatin, violin orang kita sebut biola. Viola plak takda nama melayu, dia tetap viola. Bezanya viola menggunakan alto clef dan violin treble clef. Jadi sebab itu viola bunyinya rendah. Violin pula lebih tinggi. Personally saya suka viola, kerana dia lembut. Tetapi sebabkan dia adalah alto clef maka dia dipinggirkan. Tak macam violin, dia boleh co-op dengan alat musik lain. Dalam section ochestra, pemain viola kelihatan seperti pelengkap saja."

"Laa kesiannya."

"Tapi, pemain viola ni tak banyak pesaing. Sebabkan bilangan pemain viola yang sedikit maka lebih mudah untuk mendapat tempat dalam ochestra."

"Wah huhu, kiranya saya ni rare la ye dapat main viola." mata Fatin galak bersinar-sinar apabila dia mengetahui bahawa pemain viola sebegitu istimewa.

Rauf ketawa, dia teringat akan jenaka-jenaka menjatuhkan viola yang didengarnya dahulu. Contohnya, apakah definisi gentleman yang sempurna? Dia memilih tidak bermain viola. Apa beza bawang dengan viola, tak ada siapa kisah viola kena cincang. Bermacam-macam. Kebanyakan violist tak menyenanginya. Tetapi itula dia nasib violist. Ironinya kisah jenaka violist ni seakan dengan nasib bapa Fatin. sehingga ke akhir hayatnya dia dipinggirkan oleh orang kampung.

"Assalamualaikum!"

Fatin dan Rauf saling berpandangan. Fatin menuju ke pintu. "Waalaikumussalam, Eh Abang Chopin."

"Hei hei dah besar kau ya." Rauf mendengar suara seorang lelaki yang agak garau daripada luar. Fatin ni dah mula berubah dia tidak perlu lagi berlakon bisu. Rauf bangun dan berjalan ke pintu. Apabila dia sampai ke muka pintu. Dia terkejut besar.

"Rauf!" Sarah separuh menjerit melihat Rauf. Bagai tak percaya apa yang dia lihat.

<><><><><>

Chopin, Sarah dan Rauf semua berada di dalam rumah Pak Asmawi. Siang tadi mereka sudah bersembang banyak di rumah Makcik Melor, sekarang ini tinggal untuk membungkus semua maklumat.

"Walaupun Pak Asmawi orang Datuk Suhaimi tapi baik jugak dia jaga kau. " kata Sarah.

"Ya, aku fikir nak jadikan dia saksi untuk tangkap Datuk Suhaimi. Tapi semalam dia hilang. Dia tinggalkan nota suruh aku jaga diri." cerita Rauf.

"Mungkin la dia taknak terlibat apa-apa lagi." duga Sarah.

"Betul gak tuh. Baiklah, masih ada cara lain. Apapun aku nak fokuskan usaha aku untuk bawak Datuk Suhaimi ke muka pengadilan. " ujar Rauf.

"Kau tahu masa kau hilang ingatan. Kitorang buat sidang media untuk cover kehilangan kau. Aku taknak orang luar panik. Benda ni akan jadi kecoh kalau mereka tahu. Kau tahu jela wartawan luar camna kan? Mereka sanggup buat saja."

Rauf hanya ketawa. Dia ada dengar dari Imran.

Chopin mendiamkan diri. Ada sesuatu yang menganggu fikirannya. Adakah Jamali yang diceritakan ayahnya tu adalah orang yang sama dengan Jamali suami Makcik Melor? Masa dia berada di rumah tu, dia sempat mengorek cerita. Kata Makcik Melor, suaminya tak pernah ke belajar ke luar negara. Ayahnya mereka cerita ke? Atau?

"Wei, kau diam je ni kenapa?" Sarah menolak badan Chopin. Chopin sengih.

"Jom Sarah, kita balik dulu." ajak Chopin terus dia bangun dan keluar dari rumah.

Sarah dan Rauf saling berpandangan. Sarah ikut Chopin dari belakang. Terkejar-kejar dia mengikut langkah Chopin yang laju.

"Kau ni kenapa pelik betul semenjak datang rumah Makcik Melor?" tanya Sarah.

"Aku pernah cerita pasal Jamali kan?"

"Haa ye, suami Makcik Melor. Kenapa?"

"Aku rasa ayah aku tak cerita pasal Jamali tuh."

"Abih siapa plak dah?"

"Aku rasa..ayah aku cerita pasal diri dia sendiri."

"Hah??"


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top