Bab 20


Imran berlari pulang dengan wajah hampa. Ashraff menggeleng kepalanya. Dia kembali duduk diatas tangga kayu rumah Fatin. Mengurut dagu beberapa kali. Fatin mengetuk bahu Ashraff dengan bownya. Ashraff toleh sambil senyum nakal. Seolah-olah dia sudah punya idea untuk membantu Imran. Fatin menulis sesuatu diatas kertas kemudian diangkat tinggi.

"Kenapa awak tengok saya camtu?" berkerut wajahnya.

"Saya fikir saya kena tolong Imran. Tapi kan dengan syaratnya awak kena tolong saya." ujar Ashraff.

Fatin garu kepala. "Eh cam mana?"

Ashraff angkat tangan dan jari telunjuknya mengarah ke arah Fatin. "Awak bagi saya main viola tuh."

"Mana boleh. Ini viola peninggalan ayah saya."

"Tapi ini je caranya."

"Kenapa awak nak tolong dia? Kan awak sendiri cakap ayah dia mungkin ada duit untuk bayar hutang minggu depan?"

"Saya cakap camtu untuk sedapkan dia je. Fatin, awak tak nampak ke dia tu macam awak?"

Fatin membesarkan matanya. Keningnya berkerut. Dia tak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Ashraff.

"Saya maksudkan awak pada masa dulu. Saya taknak dia jadi macam awak, hilang kepercayaan pada orang lain. Benci semua orang. Sebab tu saya kena tolong dia dan saya ada cara untuk tolong dia. Apa yang saya perlu sekarang ialah kepercayaan awak dekat saya."

Fatin menghulurkan violanya. Matanya sebak. Kalau lah masa tu ada orang macam Ashraff. Kenapa? Nasib dia tak sama macam Imran? Ashraff meletakkan tangannya ke atas kepala Fatin. Dia memberikan senyuman.

"Saya janji saya takkan rosakkan viola arwah ayah awak. Sekarang, apa yang perlu saya buat ialah menyeru semangat lama saya."

Fatin menumbuk bahu Ashraff kemudian dia tulis dengan laju diatas kertas, kemudian dia angkat kertasnya. "Kalau awak main kasar macam haritu, selamanya saya takkan kasi awak main tahu >:("

Ashraff memberi tabik. Segera dia ambil viola dari Fatin. Bersedia untuk memainkannya. Dia menarik nafas lalu menghembuskannya. Viola diperkemaskan dibahunya. Memegang viola sahaja telah membuatkan dia rasa seperti penuh nostalgia.

Bownya diletakkan diatas string viola. Dia tak terus menggesek sebaliknya dia menunggu semangat, sama macam hari tu. Automatik dia pandai main. Detik demi detik berlalu. Dah berapa kali dia tarik dan hembus nafas. Perasaan yang macam hari tu masih lagi tak muncul. Ada sesuatu yang tak kena fikir Ashraff. Fatin senyum sinis. Seolah-olah perli dirinya.

"Saya nak fokus ni." ujar Ashraff kemudian dia pejamkan mata. Beberapa saat selepas itu dia buka balik matanya. "Kenapa ni eh?"

"Marilah, bagi saya mainkan lagu dulu." tulis Fatin. Viola itu diserahkan kepada Fatin kembali. Ashraff terus meminta diri. Sampai sahaja dirumah terkejut Ashraff bila dia melihat Pak Asmawi sedang membersihkan violin.

"Eh? Eh?"

Pak Asmawi tersenyum. "Mari sini. Ada benda aku nak bagitahu hang ni." Pak Asmawi mengajak Ashraff duduk disebelahnya. Ashraff segera duduk.

"Aku tengok hang banyak pergi rumah si Melor tuh sebab nak dengaq Fatin main viola. Ni aku bawak keluaq violin lama aku. Tapi bila hang dapat balik ingatan hang, satu je aku mintak. Jangan salahkan aku."

Ashraff tidak faham apa yang Pak Asmawi cuba cakap.

"Er kenapa?" tanya Ashraff.

"Hang akan faham. Aku mainkan sebuah lagu daripada Fritz Kreisler. Aku suka dia, vitruoso yang sopan, baik, merendah diri dan gentleman. Personaliti dia itu yang mempengaruhi musiknya. Meskipun dia idola aku, tetapi hakikatnya sifat dia aku sendiri tak dapat ikut. Aku orang tua kutuk."

Pak Asmawi terus memainkan violin. [ Liebesleid -Fritz Kreisler.] Ashraff terus mendengar. Alangkah rasa lain macam berdebarnya hati dia bila dia mendengar mainan violin dari Pak Asmawi. Kakinya digoyang-goyang. Dadanya berdegup-degup, dirasakan adrenalin sedang mengalir deras ke seluruh tubuhnya. Jiwanya sedang meronta-ronta. Dia pejam mata, cuba menghayati mainan violin Pak Asmawi sehingga tamat. Argh, bagai tak mampu nak tahan. Badannya dihenjut-henjut.

Setelah sahaja Pak Asmawi habis bermain, Ashraff tidak sabar lagi terus dia merampas laju lalu menggesek Violin. Lagu yang sama tetapi agresif. Ashraff kini sudah masuk dalam keadaan trance. Pak Asmawi terkejut melihat dia seperti itu. Seperti seseorang sedang dirasuk.

Ashraff mendapati dia berada di sebuah rumah yang asing. Dia berjalan di sekeliling rumah itu. Bauan di rumah ini meninggalkan satu perasaan nostalgia kepadanya. Seolah-olah sesuatu telah lama kosong dari dalam hatinya, dia berjalan masuk ke ruang tamu dan melihat seseorang sedang bermain Violin di tengah rumah. Lelaki, umurnya seperti berusia lewat 40-an.

"Rauf mari sini, dekat dengan cikgu. Cikgu nak ajar kamu mengenai bow stroke." panggil lelaki tersebut sambil melihat kearahnya. Ashraff menjadi keliru dan serba salah.

"Erk." Ashraff mula berjalan mendekati lelaki itu.

"Baik!" kedengaran seorang budak lelaki berkaca mata berlari menembusi dirinya lalu menuju kearah lelaki tersebut. Barulah Ashraff sedar lelaki itu tidak nampak dia.

"Okey baiklah, tengok cikgu pegang bow ni, ibu jari kasi bengkok seperti ni bila pegang okey? Jangan lurus macam ni. Ini memudahkan flexiblity bila bermain. Tarik jari-jari seperti ini. Teknik ini dipanggil sebagai colle. Tengok ni jari bongsu dekat mana." Lelaki itu menerangkan cara-cara memegang bow dengan betul.

Budak yang bernama Rauf mencubanya, dan kelihatan dia sangat gembira mempelajari teknik baru daripada lelaki tersebut.

Ashraff hanya melihat daripada jauh dan secara tak semena-mena dia mengalirkan air matanya. Terasa rindu bertaut. Segera dia mengangkat kaca mata dan mengesat air matanya. Dan tiba-tiba tangannya seperti disentuh. Dia lihat kebawah, budak yang bernama Rauf ini sedang mengengam tangannya dan melihat dia dengan senyum.

"Rauf, dah tiba masanya kamu pulang." ujar lelaki yang dipanggil cikgu itu.

Ashraff melihat kehadapan, lelaki itu tersenyum dan melihatnya.

Ashraff tersedar, dia berhenti bermain. Pak Asmawi yang sejak tadi terpempan dengan mainan musik Ashraff mula berundur sedikit. Dia tahu Ashraff bukan Ashraff lagi. Dia dah dapat identitinya semula. Dia sekarang adalah Rauf.

Rauf cepat-cepat menggapai kolar baju Pak Asmawi dengan muka berang. Kemudian dia teringat kata-kata Pak Asmawi sebelum ini. Perlahan-lahan dia lepaskan.

"Mana mamat tuh?" marah Rauf.

"Dia tak ada kat sini lagi. Aku rasa kalau dia dapat tahu kau dapat balik ingatan kau. Dia mungkin datang ke sini dan bunuh kau." jawab Pak Asmawi. Mukanya pucat.

Rauf menaikkan kaca matanya ke atas dahi, lalu dia mengurut batang hidungnya. "Celaka!" jerit Rauf. "Aku taknak siapa-siapa tahu aku dapat ingatan aku balik. Kalau kau dapat berita celaka tu datang sini balik. Kau cepat-cepat bagitau aku. Minggu ni aku ada hal perlu diselesaikan dulu."

"Apa dia?"

"Aku kena tolong sorang budak ni. Cadangan aku nak main musik kat chalet-chalet hotel kat sini. Upahnya tu aku bagi budak tu."

"Kalau macam tu, lagi cepat la dia tahu kau dapat ingatan kau."

Rauf menelan air liur. "Tak pa, biar kan. Aku fikir lagi bagus macam tu. Biar dia datang. Aku dah jadi berdendam dengan celaka tuh. Cumanya satu je aku mintak tolong, orang lain jangan bagitahu." Dalam fikiran Rauf, dia sebenarnya mahu merahsiakan dulu dari pengetahuan Fatin.

Pak Asmawi angguk kepalanya.

Esoknya, Rauf mengubah penampilannya. Rambutnya yang panjang dipotong pendek. Supaya nampak lebih kemas. Violin milik Pak Asmawi itu dibawanya pergi ke ke chalet-chalet. Malangnya mereka tak berkenan dengan idea Rauf untuk mainkan musik di chalet mereka. Sehinggalah Pak Asmawi cadangkan Rauf untuk naik boat pergi Pangkor Laut. Sebuah private island yang berdekatan dengan Pulau Pangkor, ia menempatkan chalet 5 bintang.

"Sana menteri-menteri, artis luaq negara pernah mai." ujar Pak Asmawi.

Untuk ke sana biasanya boat akan berulang alik dari Pasir Bogak membawa pekerja-pekerja chalet berkenaan. Rauf menumpang boat itu ke sana. Sampai di sana, mereka menerima idea Rauf malah mereka berasa senang hati bila seorang pemusik yang terkenal ingin main musik dengan upah yang murah.

"Kenapa hang buat macam tu?" tanya Pak Asmawi bila Rauf menggunakan nama sendiri untuk main di chalet Pangkor Laut.

"Kalau aku cakap aku ni Ashraff ke siapa ke, mana diorang nak setuju bagi aku main sana. Alah, jangan risau lah Pak, sana pulau persendirian. Mana la diorang tahu siapa-siapa je main kat sana. Yang tahu identiti aku sekarang ni Pak dan mat celaka tuh je."

Pak Asmawi menggangguk kepala.

Seminggu itu langsung Rauf tak berjumpa dengan Fatin, dia juga dapat tahu Imran mencari dia. Sampai satu malam, keadaan cuaca yang berangin, hujan mula turun. Imran berlari melutut merayu dekat kakinya. Imran tak tahu Rauf sudah berhasil mendapatkan upah untuk membayar hutang bapaknya. Tetapi Rauf diamkan, dia sendiri ingin bertemu dengan ibu bapa Imran. Rauf sifatnya tak macam Ashraff, dia lebih dingin dengan orang. Dia membiarkan saja Imran menangis di dalam hujan. Imran menjerit sekuat hatinya.

"Apa hina ke kami orang miskin? Sampai nak mintak tolong pun tak boleh? Memang orang miskin ni tak ada pilihan ke?"

Pada saat Imran melutut dan menjerit kepada Rauf, Rauf membayangkan kelakuannya masa kecil. Apa yang pernah dia buat kepada Adi Zikri pada masa dulu.

"Anak pungut! Anak Pungut!" caci Rauf pada masa itu. Adi menggengam tangannya, sakit hati mendengar kata-kata itu. Rauf segera ambil flute milik Adi lalu dipatah dua. "Anak pungut macam kau mana boleh main alat musik. Kau elok main sampah."

Adi menjerit, meluru kearah Rauf, cuba menumbuknya. Tetapi Rauf lebih pandai berlawan, tubuh Adi dikunci olehnya. Menangis-menangis Adi menahan kesakitan.

"Kau sedar kau tu bawah tapak kaki aku je. Orang miskin macam kau kena selamanya jilat kaki orang kaya." bisik Rauf.

Adi mengetap gigi rapat. "Kau tengok nanti, mana ada orang selamanya kat bawah. Aku akan tunjukkan kau. Aku jadi lebih bagus dari kau. Kau jadi saksi perubahan aku."

<><><>

"Orang miskin memang tak ada pilihan, satu-satunya pilihan mereka ialah berubah." Rauf terus berjalan membiarkan Imran disitu.

��r����

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top