Bab 11
Elisa Sarah bersama Robert di sebuah cafe di Vienna. Penampilan Sarah di Vienna kelihatan lebih menunjuk-nunjuk berbanding dia berada di Malaysia. Ini kerana Sarah dah terbiasa dengan cara yang macam ni, dia merasakan diri dia lebih berkeyakinan untuk berada di negara orang. Malahan dekat Vienna banyak yang mengenali dirinya sebagai Diva Musik. Sebagai seorang diva, dia perlu nampak lebih bergaya dan mewah. Dari berpakaian jenama Chanel, Berbeg tangan jenama Fendi, berkaca mata Dior, Berkasutkan Prada. Semuanya mewah dan berjenama.
Robert gelak kecil. "Dari kecik sampai besar tak pernah nak berubah. Suka nak tunjuk glamor."
Sarah mencebik. "Ala uncle, dah nama oversea. Ini je pun masa nak pakai barang-barang mahal. Dekat Malaysia bukannya boleh pakai macam ni. Jadi bahan kutuk je." omelnya.
Robert tersenyum. Memang sejak dari dulu itu jelah alasan yang diguna pakai Sarah.
Sebenarnya ada juga betul kata Elisa Sarah. Kes tempoh hari, sewaktu mula-mula nama Elisa Sarah dijulang-julang. Semua orang memerhatikannya. Apa yang dipakai semuanya dilihat. Jika kelihatan mahal, merekalah yang akan jadi tukang mengira akaun. Mengira belanjawan si anak gadis itu.
Lepas itu mulalah heboh-heboh kata ia pembaziran. Tidak kurang juga yang jenis berperangai patriot, mereka mengutuk Sarah tidak prihatin terhadap jenama negaralah. Elisa Sarah terlalu mengagung orang baratlah. Macam-macam. Oleh sebab itu bila setiap kali Sarah berada di Malaysia, Elisa Sarah akan memakai pakaian yang sehabis simple. Semuanya demi menjaga hati peminatnya.
"Bagaimana dengan dia? Dia dapat sesuaikan diri tak? Dia okey?" tanya Sarah. Teringin benar dia untuk mengetahui perkembangan Adi.
"Hmm, Viston kata ada percapaian. Pergilah jumpa dia. Tanya dia sendiri." cadang Robert. Sarah mengeluh. Dia perhatikan orang lalu-lalang di luar cafe. Seketika kemudian dia meneguk secawan kopi panas miliknya.
"Saya tak pasti kalau dia menerima idea saya atau tidak. Saya rasa bersalah plak dengan diorang berdua." ujar Sarah. Jelas nampak kerisauan di mukanya.
Robert meletakkan duit dibawah cawan kopinya lalu bangun dari tempat duduk. Sarah mendongak.
"Eh, dah nak pergi dah?" tanya Sarah.
"Mari, kita jumpa dia." ajak Robert.
<><><><>
Ding!
Bunyi loceng rumah ditekan. Adi segera bangun dari katil menuju keluar ke pintu utama. Bila dia buka pintu terkejut besar Adi melihat Sarah berada didepannya. Sarah menumbuk perut Adi perlahan.
"Haa, macam mana adik akak?"
Adi sedikit terjungkit. Dia meraba perutnya yang sakit ditumbuk Elisa Sarah. "Eh, Kak Sarah. Macam mana ada dekat Vienna pula?"
"Masuk dalam dulu. Nanti kita cerita." ajak Robert yang berada disisi Sarah sejak dari tadi.
Adi menceritakan pengalamannya sepanjang dia berada di Negara Austria. Tempat-tempat yang dia lawati bersama Liyana. Lagak seperti kanak-kanak berusia 10 tahun. Tidak terlepas juga dia menceritakan pencapaiannya sepanjang dia berada di studio. Dipuji oleh Viston. Elisa Sarah tekun mendengar. Dia terhibur dengan cerita-cerita Adi.
"Jadi, apa pula akak buat dekat Vienna?" tanya Adi.
Elisa Sarah senyum, agak sinis. Dia memberitahu rancangan yang telah dirancangnya untuk Adi.
"Apa? Jap, pertandingan musik!?" Adi tercengang. Kenapa tiba-tiba Sarah baru memberitahunya. Dia belum cukup bersedia. Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.
"Ya! Seronokkan? Masih punya tempoh lagi untuk berlatih sebelum pertandingan tu bermula. Soal penyertaan tu jangan risau akak dah settle kan. Thanks kepada bapa Liyana, kamu tak perlu sertai ujian saringan." jelas Elisa Sarah.
"Bapa Liyana boleh buat begitu?"
"Why not. Dia merupakan sponsor terbesar pertandingan tersebut. Jangan sia-siakan peluang yang diberi ni." jawab Sarah.
"Tapi..Kak Sarah, saya masih hijau. Banyak benda yang saya kena belajar. Tak akanlah secara tiba-tiba saya dimasukkan sekali dalam pertandingan tu. Malulah saya nanti." ujar Adi. Sarah gelak besar.
"Siapa kata masih hijau? Kamu berguru dengan cikgu dah berapa tahun? Cumanya sekarang kamu nak gilap balik kebolehan kamu yang dah berkarat tu je. Jangan cuba-cuba nak menolak. Akak plan benda ni dah lama." ujar Sarah.
"Dah lama? Sejak bila akak plan?" tanya Adi.
Sarah sengih. "Semenjak daripada Akak berjumpa dengan Adi. Akak fikir bagus kalau Adi juga punya nama dalam industri musik kita nih. Akak tak mahu orang meragui kamu. Lagipun ini adalah jalan paling cepat untuk Adi naik."
Adi mengangguk. Licik jugak Kak Sarah ni. Kalau dahulu dia lebih banyak mendiamkan diri. Sekarang lihatlah, sudah jauh berubah.
"Nanti, akak bawa kamu ke Musicverein. Adi akan bertanding di dalam Golden Hall. Salah satu dewan musik yang paling berprestij dalam dunia ni. Dalam pertandingan tu ada tiga peringkat. Pada peringkat quater final, Adi akan bermain musik secara solo. Jika berjaya, maka Adi akan proceed ke semi final pula. Peringkat ini adalah chamber music. Adi kena pilih partner untuk bermain bersama."
"Partner?"
"Yalah, which is me going to have duet with you. Dengan adanya akak konfom-konfom tempat ke final dah secure. Tapi apapun semuanya bergantung pada kamu." Sarah ketawa.
Adi angguk kepala. "Eh maknanya akak pun masuk sekali?"
"Ya, then dua kumpulan yang terbaik akan dipilih untuk proceed ke peringkat final. Peringkat final sama je dengan peringkat pertama. Bermain secara solo. " ujar Sarah menerangkan serba-serbi mengenai pertandingan yang akan disertai mereka berdua kelak.
Adi tersenyum. Dia diam lama.
"Hey kenapa ni?" tanya Sarah.
"Entah lah kak, macam-macam bermain dalam kepala.Semua emosi saya rasa. Gembira, cemas, sebak. Iyalah kali pertama bermain di khalayak ramai. Dihadapan orang-orang asing pula tu."
"Kamu boleh buat."
Adi angguk. Elisa Sarah mengusap-usap kepala Adi.
"Erm..Saya nak tanya akak ni, Rauf tahu ke akak plan semua ni?" tanya Adi untuk mendapatkan kepastian. Dia ingin tahu kalau-kalau Rauf bersetuju dengan rancangan menaikkan namanya. Kalau lelaki itu juga terlibat dengan perancangan ni maka ia agak mengejutkan.
"Sikit. Akak ada telefon dia hari tu. Akak explain serba sikit tapi akak tak terangkan semua. Kalaulah dia tahu akak buat semua ini untuk kamu pasti dia marah. Haih. " Sarah mengeluh. "Kamu berdua ni sejak dari dulu memang tak boleh nak ngam."
"Ya, dia tu pelik-pelik. Benci betul." Adi berkerut marah. Hatinya sentiasa panas bila teringatkan musuh tradisinya itu. Entah apalah yang diberangnya tetapi setiap kali berjumpa memang dia akan berasa sakit hati. Mungkinkah disebabkan cemburu?
"Haha sudah-sudah. Esok akak akan singgah ke studio, nak tengok perubahan kamu. Akak dah lama tak bertemu dengan si Liyana tu."
"Jadi akak kenal dengan Liyana?"
"Tentulah. Ayah dia tu memang selalu tolong pemusik-pemusik negara kita. So dah berkenalan dengan ayahnya, berkenalan la sekali dengan anak dia kan? "
Adi angguk kepala sahaja.
<><><><>
Adi galak bermain alat musiknya. Kali ini dia bermain clarinet pula [Mozart -Clarinet Concerto In A Major K 622 Adagio] sambil dipertonton oleh Liyana, Viston dan juga Elisa Sarah. Mereka cuba menghayati bunyian yang didendangkan. Sarah menggayakan seperti dia sedang bermain piano. Jari jemarinya menyentuh-nyentuh udara. Gerak kepalanya dilenggok ke kiri dan ke kanan. Dalam kepalanya itu dia membayangkan bunyi piano yang mengiringi musik perlahan yang dimainkan oleh Adi.
"Memang betul la apa yang cikgu pernah cakap, kamu genius." puji Sarah.
Adi garu belakang kepala sambil tersengih kerang. "Genius apanya."
"Genius la bila kamu dapat main tanpa banyak celanya. Cikgu ada cerita, waktu dia mula-mula ajar kamu ni kan Adi, sekejap je kamu dapat tangkap lepas tu kamu dapat main kan sebiji dengan apa yang diajar."
"Betul ke Kak?" tanya Liyana dengan sedikit teruja.
"Betul, padahal umur dia baru je berapa tahun. Kecik comel lagi."
"4 tahun masa tu. Entah la, dah lama sangat tu. Sekarang mungkin tak sepower dulu." ujar Adi.
"Kamu sekarang umur baru masuk 21 tahun. Kamu tinggalkan rumah usia 15 tahun. Em lama jugak tu. Tapi kamu berlatih dengan cikgu lagi lama, 11 tahun. Kamu masih lagi boleh main, buktinya macam tadi lah. Tanya la Viston. Dia pun setuju."
Viston angkat tangan buat tanda bagus.
"Iya Adi, awak semakin lama semakin improve daripada hari pertama saya tengok awak dapat main dulu tu. Cumanya awak tu jangan la merendah diri sangat. Kan saya dah nasihat, jangan tengok kelemahan yang ada pada kita sebelum kita lihat kelebihan kita dahulu. Awak tahu sebab apa?" Liyana bergerak mendekati Adi lalu lehernya memanjang ke hadapan, matanya menjadi bulat besar menatap mata Adi. Adi sedikit berundur. Mula rasa berpeluh walaupun suhu di dalam bilik ini sejuk.
"Erk, sebab kalau kita tengok benda yang negatif dulu kita akan mengalah awal. Kalau kita tengok benda yang positif terlebih dahulu, kita akan peroleh semangat untuk overcome yang negatif." jawab Adi takut-takut.
"Pandai." senyum Liyana manis. Muka Adi merah kerana rasa segan.
"Wah wah. Untung Adi ni ada Liyana." ujar Sarah memperhangatkan suasana.
Muka Adi bertambah merah daripada tadi. Dia memusingkan badan. "Sudah lah nak sambung main clarinet ni balik. Pertandingan bulan depan je kan?"
Liyana, Sarah dan Viston ketawa.
"Eleh Viston, kau ni ketawa bukan faham pun. Dah la takda dialog daripada tadi." usik Liyana.
Viston sengih sahaja sambil mengusap kepalanya yang botak.
<><><>
Di dalam sebuah rumah, hiasan dalaman penuh dengan kemewahan. Seorang lelaki tua duduk di kawasan ruang tamu sambil menghisap curutnya. Di ruang tamu tersebut terdapat juga tiga orang lelaki muda yang turut berada disitu.
Lelaki tua itu melepaskan asap curut. Berkepul-kepul naik ke langit lalu hilang.
"Aku ini sudah tua. Namun rasa dendam aku tetap juga tak pernah hilang, walaupun orang yang aku berdendam tu dah pun mati, di tanam dalam kubur dah pun." Lelaki tua itu diam sebentar. Seolah-olah terkenangkan sesuatu. "Hmm aku dengar, anak muridnya yang lagi satu tu mula belajar berjinak untuk main musik balik."
"Ya. Saya dengar semuanya kerana amanat. " kata salah seorang daripada pemuda-pemuda yang berada disitu.
"Amanat? Pergi mati dengan amanat. Lelaki tu tamak. Semuanya dia mahu bolot, anak-anak dia semuanya tamak. Aku benci orang tua tu. Kenapa mesti tuhan bagi keistimewaan itu pada dia? Kenapa mesti dia?" Lelaki tua itu menepis cawan kaca yang berada diatas meja kopi jatuh kebawah. Cawan pecah berderai. Para pemuda sedikit pun tidak terkejut. "Aku mahukan sheet musik tu! Aku mahu malukan dia, burukkan nama dia. Biar satu dunia tahu siapa orang tua tu sebenar! Dia tak layak disanjung. Anak-anak dia, aku rasa patut kita pecah belah kan. Sepatutnya tempat dia, aku lah yang ada dekat tempat dia! Bukan dia! "
Lelaki tua itu terus memaki hamun, kesunyian dalam rumah itu dipecahkan dengan suaranya sahaja.
"Kau tahu untuk sampai ke peringkat ni aku kena bersusah payah. Hampir mati! Dia! Aku tengok dia hidupnya senang. Kenapa aku bukan di tempat dia?"
Lelaki tua itu teringatkan kisah masa kecilnya, bagaimana kesusahan yang dialaminya bila tak ada seorang ahli keluarganya yang menyokongnya. Bagaimana dia dibantai oleh bapanya kerana bercita-cita untuk main musik. Bapanya pernah mencampak dia ke laut, terkapai-kapai lah dia tidak tahu berenang. Mujur lah bapa saudaranya menyelamatkan dia. Ibunya pula asyik kata dia anak yang bodoh.
Nasibnya sedikit berubah bila dia selalu bermain dengan seorang anak cina. Robert. Dia banyak belajar dari Robert. Keluarga Robert juga senang dengannya kerana Robert dan dia masing-masing gemarkan musik. Mereka juga sangat pintar bermain musik. Sehinggalah mereka besar, Robert mengajak dia bersama belajar di kolej musik di luar negara. Disitu lah dia berjumpa dengan lelaki itu. Lelaki yang selalu menjadi batu penghalang dia. Lelaki yang selalu curi perhatian daripada orang lain. Kenapa bukan dia?
<><><>
Di rumah Viston, ruang makan tersedia terhidang makanan-makanan yang di masakkan oleh isterinya, Valerie. Bersama diatas meja tersebut ialah Liyana, Robert, Adi dan Sarah. Ianya sambutan khas sempena Sarah dan Adi menyertai pertandingan musik dalam beberapa hari sahaja lagi.
Adi tak banyak bercakap semenjak akhir-akhir ni. Masanya banyak dihabiskan untuk berlatih tanpa henti. Di meja makan ini, dia banyak diam sahaja, sambil itu dia perhatikan Sarah dan Liyana yang memang banyak mulut. Ada saja cerita mereka semenjak dari tadi.
Sekali sekala Liyana lihat Adi yang duduk disebelahnya. "Saya tahu awak nervous. Pertandingan semakin dekat, pressure pun makin meningkat. Tapi cuba ease kan sikit perasaan tu, jangan nak ketat sangat."
Adi ketawa dengar ucapan Liyana. "Yalah, saya tak pernah lalui benda-benda gini. Lagi pun first time saya naik atas pentas, main musik depan orang ramai."
"Adi jangan muntah plak atas pentas nanti ya." sampuk Sarah.
Adi senyum. Sedikit terhibur.
"Here's my advice, atas pentas tu. Dalam ramai-ramai orang di dalam dewan tu. Adi choose sorang. Adi focus pada dia. Adi cuma perlu fikir Adi perlu main untuk dia je." nasihat Sarah.
"Kalau camtu Adi cari Liyana la." ujar Adi.
Liyana ketawa. "Gatal plak nak cari saya. Pilih la Viston tu. Tengok kepala botak dia. Bersinar-sinar. Konfom lupa terus nak nervous."
Adi, Sarah dan Liyana ketawa besar. Viston lihat mereka. Terpinga-pinga bila mendengar nama dia disebut.
"No Viston, we're just teasing Adi." ujar Sarah.
Viston senyum-senyum kemudian dia sambung berbual dengan Robert.
"Orang kutuk dia pun still boleh senyum. Lawak betul kan?" kata Liyana.
Adisenyum-senyum. Sekurangnya tekanannya terasa dikurangkan. Terima kasih padamereka semua ini. Mereka sentiasa menguatkan dirinya. Entah bagaimana hendakbalas semua jasa mereka. Liyana turut tersenyum bila melihat Adi kembali ceria.Susah hati dia bila tengok Adi tidak bersemangat. depan dengan HrA
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top