BAB 9

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

"TIT. Tit. Tit. Tit. Tit."

   Bunyi kata laluan dimasukkan. Selang beberapa saat, pintu bilik automatik di mana Aliya berada terbuka. Ejen Dayang terkedu melihat Aliya yang sedang bersujud, solat Subuh. Serta-merta ditutup kembali pintu itu, tidak mahu diganggu. Bercakap selepas ini sahaja.

   Buat pertama kalinya, dua ketua teras membuat mesyuarat awal pagi di bilik misi Akademi M.A.T.A. Memandangkan tidaklah begitu banyak orang seawal 6:45 minit pagi ini, tidak salah untuk bermesyuarat di situ.

   Ejen Dayang melangkah masuk ke dalam bilik misi tersebut. Kelihatan Ejen Ganz duduk di atas kerusi, sedang memakan cendol. Pasti itu sarapan paginya. Tetapi, kongsilah sedikit.

   Ejen Dayang berdehem, cuba mengambil perhatian Ejen Ganz yang larit menikmati cendol. "Ehem! Seronok makan cendol?"

   "Eh, sampai pun kau." Ejen Ganz meletakkan cendolnya di bawah. Sisa-sisa kuah di tepi bibir dilap sedikit. Haih... lapar sangat ini.

   "Macam mana dengan IRIS Overide milik Aliya? Ada pencapaian?" Ejen Ganz berpeluk tubuh memandang Ejen Dayang. Siap minum air kotak Milo lagi. Banyak bekalan bawa, abang? Mahu pergi berkelah ke?

  Ejen Dayang melabuhkan punggungnya di salah satu kerusi. Sebatang pen pemacu dicucuk di bawah meja bulat tersebut. Keluar maklumat IRIS setakat ini.

   "Setakat ini semua berjalan dengan lancar. IRIS pun sudah merangkak sedikit demi sedikit ke bahagian yang kita agak takuti dan nanti-nantikan, Overide Mood." Muka Ejen Dayang serius sahaja semasa membincangkan hal ini. "Saya cuma risau..."

   Ejen Ganz cuba meneka ayat seterusnya. "Overide kali pertama ini tidak stabil?"

   Ejen Dayang mengangguk, perlahan. "Itulah yang saya risaukan."

   "Bagaimana dengan Ali? Patutkah kita bagi dia luangkan masa dengan Aliya?" tanya Ejen Ganz. Keningnya sengaja dijongketkan. "Aliya itu kan... ibu dia."

   Ejen Dayang mengetap bibir. "Saya yakin Aliya dapat latih Ali dengan baik." Ejen Dayang menaikkan gambar hologram IRIS ke atas. "Lagipun, Aliya sudah tahu Ali pengguna IRIS selepasnya. Jadi, senanglah mereka berdua berlatih bersama."

   "Tetapi, bukan ke Aliya tu tengah mengandung?" Ada nada tidak puas hati pada ejen Ganz tersebut.

    Sejak peristiwa Niki menyerang Dato' Othman, rasa percaya pada Ali sedikit menipis walaupun Ali yang menyelamatkan Dato' Othman pada kejadian itu.

   "Bukankah ada Overide Mood?" Ejen Dayang cuba meyakinkan Ejen Ganz dengan keputusannya. Woman always right!

   Ejen Ganz menghela nafas, berat. Kawan dia ini... sebab inilah malas mahu bekerja dengan perempuan! Selalu sahaja mahu menang! Terpaksalah ikutkan sahaja.

   Ejen Ganz mengeluh seketika. "Penjahat mesin masa itu pun kita tidak dapat kumpul maklumat tambahan walaupun sebutir debu. Macam... terlalu misteri. Yang aku dapat, Profesor Acta itu bekas pesakit sakit jiwa. Ada seorang isteri yang sudah meninggal, juga pesakit jiwa dan seorang anak yang mati lemas."

  Ejen Dayang tersedar sesuatu. "Jangan-jangan... Profesor Acta hendak selamatkan anaknya yang mati lemas. Sebab itulah dia ciptakan mesin masa."

   Ejen Ganz menepuk meja dengan kuat. "Betul juga kalau difikirkan balik."

   Ejen Dayang mengusap dagunya. "Hrm, lebih payah sebab kita tidak dapat langsung maklumat terperinci fasal Profesor Acta. Tempat tinggal dia pun sudah dikosongkan."

   "Tetapi kan..." Jari Ejen Ganz bermain pada skrin meja itu. Fail Projek Satria ditekannya. Muncul sut Satria di hadapan mereka berdua.

   Ejen Ganz menyambung katanya yang terhenti tadi. "Kita bukan ke ada projek Satria? Rasanya sekarang patut gunakan rancangan kau."

   Ejen Dayang terkedu memandang projek itu sebelum satu senyuman meniti di bibirnya. "Ya, memang saya nak teruskan projek ini. Tetapi saya kena tambahkan sesuatu pada projek ini."

   Ejen Ganz mengerutkan dahi. "Apa?"

...

   "Kenapa kau benci sangat dengan M.A.T.A, kak Rez?" soal Profesor Acta. Wajah kakaknya ditoleh.

   Rez ataupun Reziana hanya terdiam. Rambutnya yang terjuntai dibawa ke belakang. Matanya tidak lepas dari topeng bercorak geometri berwarna merah di tangannya.

   Keluhan dilepaskan sebelum menjawab. "Itu... kau tak perlu tahu."

   Profesor Acta yang dapat agak jawapan kakaknya cuma tergelak sinis. "Heh, aku tak tahu pula kau bela anjing. Kau tak takut kena samak, ke?"

   Reziana menyeringai ke arah Profesor Acta. "Siapa kata... dia anjing?"

   Reziana menoleh ke arah haiwan peliharaannya. "Rai, mari sini, aku hendak tukarkan kau."

   Rai berjalan menghampiri tuannya. Reziana menekan salah satu butang rahsia di kolar Rai. Hologram telah dimatikan. Serta-merta wajah anjing Rai itu bertukar menjadi seekor kucing.

   Terbeliak mata Profesor Acta melihatnya. "Kau biar betul. Aku dengar dia menyalak tadi!"

   "Memang. Rai ini kucing hutan. Tiada siapa yang mahu ambil dia sebab dia pelik. Bukan mengiau tetapi menyalak macam anjing. Jadi, aku ambil sahajalah kucing ini," jelas Reziana sambil membelai Rai yang sudah terpejam-pejam matanya.

   "Oh... kira baik jugalah kau ini." Profesor Acta memuji berbaur sindiran. Salah satu biskut Tiger diambil dari bungkusan plastik biskut itu.

   Reziana menjeling ke arah Profesor Acta. "Walaupun aku rasa kau menyindir aku, tetapi terima kasih." Tangannya dibawa ke dada semasa mengucapkan terima kasih.

   Reziana duduk bersilang kaki. Dia memandang ke arah ciptaan yang diusahakan Profesor Acta. "Bila kau nak siapkan mesin itu?"

   "Mungkin dalam dua hari lagi. Tenaga azuarium pun ada ini. Jadi... dua hari lagilah," ujar Profesor Acta.  Dia masih fokus terhadap ciptaannya.

   "Hmm... okay." Reziana membalas sepatah. Malas mahu berbalah dengan adiknya. Kotak penukar suara di atas meja dipandang sekilas.

   Reziana menggumam, perlahan. "M.A.T.A."

   "Woof..." Rai si kucing menggesel ke paha tuannya, mungkin ingin bermanja.

   Reziana tersenyum lalu membelai kucingnya. Mungkin dia lihat sedang mengusap kucingnya namun dalam fikirannya sibuk memikirkan untuk melihat bangunan M.A.T.A jatuh di hadapan matanya.

   Reziana berbisik penuh dendam di dalam hati. "Tunggulah nanti, M.A.T.A. Aku akan musnahkan seluruhnya sehingga tidak tertinggal walaupun sedebu pun. Terutama kau dan anak kau, Aliya!"

...

   "Nah, mama. Baru jumpa." Ali menghulurkan plastik kecil sebesar kuku yang mengandungi sebiji cip.

   Kerap sekali dia ke Akademi M.A.T.A sejak ibunya dari masa lalu datang ke masa hadapan. Yalah, siapa tidak teruja tatkala arwah ibu mereka kini kembali di pangkuan mereka? Terutamanya anak piatu macam Ali.

   Aliya menyambut huluran itu. "Oh, terima kasih. Terlupa mama tentangnya. Mana jumpa?"

   "Dekat belakang bingkai gambar," jawab Ali.

   Memang sampai tiga hari dia mencari, dalam kotak itu semata-mata. Rupa-rupanya di sebalik bingkai gambar Aliya memegang ketiak Ali ketika Ali masih baru ingin berjalan. Fuh... buat penat sahaja.

   "Meow." Comot yang sudah sembuh, berdiri di sebelah Ali.

   "Mama, kenapa mama suruh datang dewan latihan ini?" Ali bertanya sambil memandang sekeliling. Selalu jumpa di bilik teras Tekno sahaja.

   "Ha, itulah Ali tak tahu." Aliya mula bercerita. "Nak tahu tak, masa mula-mula mama masuk dalam akademi M.A.T.A, mama kena lawan dengan dua puluh robot, tau."

   Riak muka Ali menjadi teruja. "Wah, dua puluh robot? Banyaknya! Mama menang ke?"

   Aliya dengan bangga menyatakan. "Mestilah menang! Waktu itu mama tak ada IRIS pun, mama boleh sahaja lawan semua itu."

   "Cun! Sekejap..." Ali seakan-akan tersedar sesuatu. "Jangan kata saya kena lawan dua puluh robot tanpa IRIS?"

   "Hahaha, tak adalah sampai dua puluh. Banyak sangat tu. Mama pun sampai hampir terluka sebab lawan begitu." Aliya mengeluarkan tabletnya. "Hrm, apa kata... lapan." Aliya menaikkan nombor sehingga menjadi lapan pada tabletnya.

   Ali menjenguk ke tablet Aliya. "Lapan drone? Mama nak lawan sekali ke? Mama kan mengandung."

   Aliya menaikkan keningnya. "Siapa kata mama lawan sekali? Mama naik atas dululah. Kesian Labu dekat atas seorang diri."

   "Ha?" Ali hanya memerhati emaknya keluar dari medan latihan dan naik ke atas tingkat atas medan dewan. Boleh dilihat Aliya melambai dari atas. Nakal Aliya ini. Sanggup tinggal anak seorang diri di bawah.

   "Meow." Comot menyedarkan tuannya dari mengelamun, menyuruhnya agar sentiasa bersedia.

   "Baiklah Ali dan Comot..." Aliya mula mengira. "Tiga..."

   Ali bersuara panik. "Sekarang ke?"

   "Dua... Tiga."

   Persekitaran Ali mula bertukar menjadi medan pertempuran. Dinding pula dihiasi dengan aura biru muda. Ali meneguk air liur melihat lapan robot mula keluar daripada lantai.

   "Meow." Comot berdiri di belakang Ali, memandang keempat-empat robot sebesar manusia berwarna putih.

   Di hadapan Ali pula, muncul pula empat robot di hadapannya. Aliya yang berada di atas tersentak melihat alatan di tangan Ali. Itu bukankah... gasingnya?

  Salah satu robot di hadapan Comot sudah mengangkat tangannya separas dada. Robot itu mengumpul tenaga sebelum menembak Ali daripada belakang.

   "PIU!"

   Aliya menghayunkan gasingnya seratus lapan puluh darjah. Kelima-lima robot itu sudah berlubang dadanya. Terus rebah kelima robot itu ke lantai.

   "Aduh..." Aliya mengaduh perlahan. Belakang badannya digosok. Sakit dirasa kerana terkena tembakan daya tadi.

   Ejen Djin menaikkan angka robot di tabletnya. "Tambah lagi lima."

   Dayang membantah sekeras-kerasnya. "Kamu sudah gila? Kita sudah bagi dia lawan dengan lima belas robot... sekarang kamu nak tambah lagi lima?"

   "Saya setuju. Tambah lagi lima." Ejen Ganz turut setuju dengan cadangan Ejen Djin. "Biar si pencuri  itu buktikan yang dia boleh masuk ke dalam M.A.T.A."

   Aliya berdecit kuat apabila lima drone pula muncul daripada lantai. Mereka hendak masukkan dia dalam M.A.T.A, ataupun hendak membunuhnya?

   Aliya berlari ke arah salah satu robot dan menyepak muka robot itu. Dia berpusing ke belakang lalu menyerang dua robot sekaligus dengan gasing.

   "Piu!"

   "Ah!"

   Ali membaling dua gasing ke arah tiga robot tersebut sambil berlari, mengelakkan diri dari serangan. Tidak sampai satu saat, Ali menghantar serangan gasing tersebut.

   Dua gasing itu bertembung dan membentuk medan magnet sekeliling tiga robot itu. Tiga robot itu jatuh disebabkan ditarik graviti oleh medan magnet itu.

   Ejen Dayang mengusap dagunya. "Boleh tahan."

   "Huh... huh." Termengah-mengah Aliya menstabilkan nafasnya. Matanya tidak lepas memandang tiga robot yang ditarik ke graviti itu.

  Robot yang keenam belas tidak melepaskan peluang. Melihat Aliya yang sedang terleka, terus diisi tenaga pelurunya sebelum belakang Aliya disasarkan.

   "Hiyargh!" Ali melibas robot itu dengan gasing. Terputus kepala robot itu dari jasadnya. Marilah kita menghamparkan tikar dan membuka Yasin bersama-sama.

   Comot memunculkan diri di salah satu robot. Comot berjaya membuat robot itu hilang kawalan sehingga tertembak kawan robotnya yang lain. Kini, tinggal lagi tiga robot di hadapan mata.

   Ali menghentakkan gasingnya ke lantai. Serta-merta kedua gasing itu melantun sesama sendiri. Tidak dapat dijangka, kedua gasing itu menembusi dada robot dalam sekelip mata!

   "Huh... huh." Ali sudah kepenatan. Jantungnya juga sudah berdenyut laju kerana berlawan dengan lapan buah robot sekaligus!

   "PAP!"

   Ali memaling ke belakang. Robot itu memegang lengan Ali lalu mencampakkan Ali ke tepi. Tenanglah, robot! Ini mesti baru selepas putus cinta ini.

   "Ali!" Aliya menyeru nama anaknya.

   "Meow!" Comot yang berada di lantai melompat dan mencengkam dada robot itu. Namun ianya bagaikan sia-sia sahaja. Terus ditepis kucing itu di dadanya.

   Robot itu bersedia menembak Ali di penjuru dinding itu. Tiba-tiba, Ali memegang tangan robot yang cuba menembaknya. "Heh, dapat pun."

   Tali itu melilit tangan robot itu. Tanpa disangka, sebuah gasing berpusing pantas mengikut tangan robot itu dan menembus laju leher robot itu. Sama macam kawan dia tadi, terputus kepala. Kesian betul.

   "Meow..." Labu yang berada di atas terlopong melihat perlawanan itu. Begitu juga dengan Aliya.

   Ali berpaling ke atas. "Mama!"

   "Tengok!" Aliya menjulang tangan robot yang terputus ke atas. "Saya tewaskan 20 robot! Hanya menggunakan gasing sahaja!"

   Keempat-empat ketua teras memandang antara satu sama lain. Tumpuan mereka adalah sama, iaitu pada Aliya yang sudah berpeluh lebat itu.

   Aliya tersenyum sambil tercungap-cungp menarik nafas. Tangan robot itu masih dijulang. "Huh... huh..."

   "Bagus!" Senyuman mula terukir pada wajah Aliya. "Macam inilah anak mama!"

   Ali hanya tersengih.
  





Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top