BAB 26
AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.
"MAMA, keluarlah. Ali dah sampai ini!" beritahu Ali di sebalik talian.
"Ya, ya. Mama tengah bersiaplah ini." Aliya menguntum senyuman mendengar suara anaknya. Tangannya sibuk mengemas barang ke dalam beg yang dihadiahkan ejen Dayang.
"Okeylah! Ali tunggu, tau! Bye, mama!" Setelah itu, talian diputuskan.
Riak wajah Aliya menjadi sayu saat tangannya mencapai pencetak biru SATRIA. Serta-merta mindanya teringat akan Ali. Sungguh... dia tidak sanggup mahu berpisah dengan anaknya walaupun sekarang dia tengah mengandungkannya.
Labu yang melihat Aliya seperti bermuram durja lantas naik ke atas meja. Wajah comelnya ditayangkan. "Meow?"
Aliya tergelak kecil dengan muka polos milik Labu. Dia mengusap kepala Labu sebelum memasukkan pencetak biru IRIS ke dalam begnya. Sengaja dia tinggalkan pencetak biru SATRIA di sini.
"Inilah masanya..." Aliya bertutur, perlahan sambil mencengkam permukaan begnya. Dia menoleh ke arah Labu dengan satu senyuman. "Labu, doakan aku tak nangis, ya? Aku tak naklah Ali sedih sebab aku menangis."
"Meow!" Labu menyahut, seakan memahami.
Aliya kemudian menggalas begnya. Perutnya diusap, lembut. "Kita jumpa Ali dekat masa depan sekejap, ya?"
Pintu gelonsor dibuka. Lampu ditutup lalu Aliya dan Labu meninggalkan bilik itu. Bilik yang terakhir Aliya melawat pada tahun itu. Pasti rasa perit kerana tapak kaki Aliya tak akan berbunyi lagi di bilik itu selepas ini.
Aliya mengetap bibir. Walaupun dia tidak mahu meninggalkan zaman ini, dia tetap kena buat juga. Masuk sahaja ke dalam lorong koridor itu, lampu terus terpadam. Eh, abang mana pula main suis JNB ini?
Lampu kemudian berkelip-kelip seperti keadaan di kelab di disco.
"Hoi, janganlah main lampu! Tutup sahajalah sekali!"
"Oh, sorry..."
Aliya mengerutkan dahinya. Suara dua budak lelaki? Yalah kalau sudah garau macam itu tidak mungkin suara Mas Idayu.
Selang beberapa saat, cahaya lilin menyala di ruang utama M.A.T.A. Serentak dengan itu, suara nyanyian ala-ala opera tak jadi mula kedengaran. "Selamat hari jadi... selamat hari jadi. Selamat hari jadi ejen Aliya."
Lampu dibuka. Terpapar beberapa orang ejen juga ejen Dayang yang berkerusi roda. Ada juga Niki dalam baju banduannya berdiri di sebelah ejen Geetha.
Mata Aliya terarah ke arah Ali yang sedang memegang keknya dengan mata berkaca. Hari ini... hari jadi diakah?
"Selamat hari jadi!" Nyanyian itu berakhir dengan tepukan daripada semua orang.
Aliya membaca setiap bait kata pada bentangan kain yang digantung itu. "Selamat hari jadi... Aliya." Satu senyuman dilahirkan.
"Siapa buat semua ini?" Aliya bertanya dalam nada terharu. Yalah, kalau sambut hari jadi... siapa tidak suka, bukan? Monyet di hutan pun suka. Itu pun kalau dia orang ingat hari jadi dia orang.
Bakar menunduk agar ketinggian separas Ali. "Siapa lagi kalau bukan budak Ali ini, ha!" Bakar merangkul leher Ali yang tersengih.
"Mama, tiuplah kek ini!" Ali menayangkan kek satu tingkat berkrim vanilla dan coklat di atas pinggan yang dipegangnya.
Labu menghampiri Comot di sebelahnya. Dengan kucing itu sekali ternganga melihat kek itu. Macam sedap sahaja. Dengan ada strawberi ada dekat situ. Fuuh, meleleh air liur.
Yang penting, strawberi itu aku punya.
"Fuuh..." Cahaya lilin itu tertolak ke tepi sebelum lenyap sendiri. 'Pap pap pap' keluar dari bunyi lagaan dua tangan masing-masing. Aliya yang menunduk meniup kek kembali ke posisi berdirinya semula.
"Wah, sedapnya! Aku nak makan dululah!" Bulat sudah bersiap sedia dengan pinggan. Dia terlebih dahulu menyentuh permukaan kek itu dengan sudu.
Ali segera melarikan keknya. "Eh, kau ini. Biarlah mama aku potong kek dahulu."
Wajah Bulat menjadi monyok serta-merta. Alicia hanya menggeleng melihat situasi itu. Chris menegur Bulat. "Hok ak loh, mu ni. Sabo gak. Kek tu dok unggarnyo. (Ala, kau ini. Sabarlah. Tak lari ke mana pun kek itu.)"
Aliya memotong kek mengikut piawai yang dijangka. Satu potongan kek dibawa ke satu pinggan dan dipotong lagi satu kek tetapi dibawa ke pinggan yang berlainan.
" Uish, banyaknya. Akak nak gemuk ke?" Soalan Bakar itu mendapat jelingan dari para ejen gadis. Bakar meneguk air liur dan memandang ke arah lain.
Mungkin sebab inilah dia kekal bujang. Huhuhu... kena beli buku pickupline teragunglah selepas ini atau mereput sahajalah jadi bujang lapok.
Aliya menggeleng, kecil. "Tak, tadi untuk Ali. Yang ini untuk saya. Ha, kau orang potonglah sendiri."
"Eh, mana aci macam ini." Moon menyuarakan rasa tidak puas hati. Dia malas sebenarnya hendak potongkan kek.
"Ah, kalau tak nak... aku potong dululah!" Bulat laju mengangkat pisau plastik di sebelah piring. Kalut ejen muda juga ejen Bakar melarang.
"Eh, jangan! Kau potong tak adil nanti!"
"Entah, Bulat. Bagi sahajalah saya buatkan."
Ali menarik tangan ejen Bakar yang hampir memotong satu perempat kek itu. Besar sangat itu! "Eh, uncle! Jangan potong besar sangat."
"Entah, ejen Bakar ini." Jet berpeluk tubuh memandang ejen Bakar. Dasar pelahap makanan. Dua kali lima sahaja dengan si Bulat itu.
Bakar menyeringai ke arah mereka. "Hehehe, maaflah. Laparlah."
Aliya tergamam melihat senyuman pada wajah Ali ketika bersama mereka. Dia juga turut mengukir segaris melengkung di wajahnya. Rasanya... tidak perlulah dia risau untuk tinggalkan Ali.
"Mama... nak balik bila?" Sayu sahaja nada suara Ali bertanya walaupun dia sedang menyuap kek ke dalam mulutnya. Aliya yang disebelahnya dikalih.
Aliya yang berura-ura ingin menyuap kek ke dalam mulutnya. "Mama balik lepas makan kek ini rasanya."
Ali terkedu melihat ibunya masih tersenyum tenang. Tidak terserlit rasa sedihkah dalam diri ibunya. "Mama..." Belum sempat Ali ingin bertanya, namanya diseru oleh Moon.
"Ali, aku ambil kek ini lagi satu, boleh?"
"Eh, mana boleh..." Ali memandang ke arah Aliya. Melihat Aliya seakan memberi keizinan, Ali menuju ke arah kawan-kawannya. Walaupun terasa berat untuk melangkah.
Aliya menyambung suapan keknya yang tergelanda. Sesekali dia memandang ke arah Ali yang berseronok dengan teman-temannya. Dia tersentak tatkala bahunya dipegang Bakar.
Aliya menoleh ke belakang. "Eh, Bakar?"
"Ejen Dayang panggil di luar. Rasanya..." Bakar menunduk namun dia cuba mengangkat wajahnya walaupun terasa perit. "Sekarang masa untuk pergi."
"Oh." Aliya mengalihkan pandangannya ke arah Ali sebelum pandangan itu berbalik ke arah Bakar semula. Dia mengangguk dengan satu senyuman. "Baiklah, jom pergi."
"Eh?" Ali kembali ke tempat duduknya. Riak hairan jelas nampak di wajahnya apabila Aliya hilang dari tempatnya. Ada pun Comot tengah melelapkan mata.
Melihat Ali yang tengah keresahana, Alicia terus menerangkan. "Kalau kau cari ejen Aliya, tadi aku nampak dia dengan ejen Bakar keluar tadi."
Ali membeliakkan matanya. Wajah Alicka dipandang berkali-kali, tidak percaya. "Keluar? Seriuslah!"
Alicia bercekak pinggang. "Tak ada kerja aku nak tipu kau..." Bicara Alicia terhenti apabila Ali tidak sengaja berlari melanggar bahu Alicia. Alicia memerhati Ali yang berlari sambil menepis-nepis 'kotoran' di bahunya.
"Takkanlah..." Ali bersungguh-sungguh berlari menuju ke pintu utama. Dia menggenggam sekeping kertas di dalam poket sut ejennya. "Mama pergi tanpa ucap selamat tinggal?"
"Mama!"
"Erm, saya nak pergi panggil Alilah... memandangkan semua dah sedia." Aliya meminta diri setelah portal siap dibuka. Pergerakannya terhenti tatkala namanya dilaungkan oleh seseorang.
"Mama!"
"Ali..." Aliya terkelu melihat Ali di hadapannya. Anaknya itu termengah-mengah mengambil nafas, mungkin penat sebab berlari kuat sangat.
"Mama... mama nak pergi dah ke?" Bergetar nada suara Ali bertanya. "Mama kata... mama nak pergi lepas makan. Tapi, apa ini, mama. Mama belum habis lagi makan, mama dah nak pergi."
"Mama tak boleh ke pergi malam ini... ke esok ke. Lusa?" Wajah Aliya dipandang Ali penuh berharap. Dia sudah kehilangan emaknya buat kali pertama, tidak mungkin dia akan menerima bahawa emaknya tidak mungkin lagi muncul di hadapan mata.
"Ali..." Suara Aliya perlahan, seperti memujuk. Aliya duduk melutut seraya tangannya membelai rambut Ali. "Tak boleh, sayang. Mama kena balik."
"Ali tak sanggup hilang mama lagi." Dengan tulus Ali menjawab. Dia tidak segan mengatakan itu pada ibunya memandangkan ini kali terakhir dia bakal bercakap dengan mamanya.
"Mama tak pernah hilang, sayang. Mama sentiasa ada di hati Ali." Senyuman itu masih belum pudar dari bibir Aliya.
Air mata Ali bergenang mendengar kata-kata Aliya. Namun dia cuba tahan di hadapan ibunya. Tangannya menggigil mencapai surat dari dalam poketnya. "Sebelum mama pergi, boleh mama baca."
Aliya tidak terkata apa melihat riak wajah Ali menahan tangis. Dia menyambut huluran daripada Ali itu. Dia membuka lipatan kertas itu perlahan-lahan.
Ali sayang mama.
Ali selalu harap, mama akan hidup semula. Tapi semua itu mustahil. Sebab itulah Ali bersyukur jumpa mama, walaupun seketika.
Jaga diri, mama!
- Ali (sebelah tandatangan Ali ada tapak tangan Comot.)
"Ali..."
"Bye, ma..." Ali tidak menjadi menyambung ayatnya tatkala Aliya memeluk tubuhnya. Bukan Ali yang menangis terlebih dahulu, tetapi air mata Aliya dahulu menitik di baju ejennya.
"Bukan setakat Ali sahaja, mama pun hendak duduk bersama lagi dengan keluarga mama." Aliya meluahkan segala-galanya. "Bila mama dapat tahu yang mama tak akan dapat tengok Ali besar macam ini, mama rasa sedih sangat."
Labu yang melihat air mata tuannya mendongak sayu ke arah Aliya. Begitu juga dengan ejen Dayang di belakang.
Aliya meleraikan pelukannya. "Yang buatkan mama tenang untuk pergi, bila mama tengok ramai orang sayangkan Ali. Lagi-lagi bila Ali membesar hebat jadi ejen macam mama."
"Buatkan mama tak sabar untuk besarkan Ali." Aliya mengusap air mata yang mengaliri wajah anaknya. Aliya mula menyanyi kecil. "Senyumlah... wahai sayangku. Mama... ada di hatimu selalu. Pabila mama pergi..."
Ali tersenyum dengan air mata mengalir tatkala Aliya bangun dari duduk melutut.
"Kuatkan diri..."
"Ali!"
"Akak, maaf lambat! Tercirit-birit pula..." Bakar memperlahankan nada suaranya semasa menyebut alasan itu. Malulah kalau orang tahu dia buat proses terlebih kumuh dalam bilik air.
"Bye, ejen Aliya! Walaupun kita orang jumpa ejen kejap je. Ejen Aliya memang hebatlah!" Moon memuji Aliya tanpa segan-silu. Eh, mestilah. Moon, bukan?
"Aliya, aku minta maaf." Niki menunduk semasa memohon maaf. Entah berapa kali dia hendak meminta maaf. Mungkin sampai rasa bersalah terhapus dari dalam jiwa.
"Tak apa, Niki. Aku dah maafkan dah pun."
Sesi berpelukan bermula sebelum Aliya masuk ke dalam portal. Dengan ejen Leon dan ejen Karya tidaklah. Para lelaki duduk tercongok di belakang perempuan (kecuali Ali dan Bakar) yang buat sesi berpisah.
"Ali. Bagi ini dekat papa, ya?" Aliya memberikan sepucuk surat kepada Ali. Ali mengangguk dengan mata yang sudah sembap.
"Meow!" Comot dengan comel melambai-lambai ke arah Labu yang hampir masuk ke dalam portal. Labu pun lambai kembali dengan sebelah tapak kaki.
Ya Tuhan, comelnya!
"Bye, ejen Aliya!"
Aliya melambai ke arah mereka perlahan. Matanya memandang ke arah Ali sebelum melambai dengan penuh senyuman.
"Bye, mama!"
Aliya memasuki ke dalam portal bersama Labu. Perginya mereka berdua, kembalinya mereka ke masa silam. Namun, bukan di realiti ini. Melangkahnya mereka ke dalam portal itu, tiada siapa dapat bertemu mereka berdua di dunia lagi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top