BAB 25

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

KELOPAK mata Profesor Acta bergerak-gerak. Permandangan jelas kelihatan setelah dicelik mata buat beberapa kali. Dia memandang bingung keadaan sekeliling. Kelihatan seorang lelaki berbual dengan... apa itu? Power Rangers warna putihkah?

   "Oh, general bila sampai?"

   "Baru sahaja. Lagipun..."

   Seorang wanita bersut robot mendekatinya. Mata Profesor Acta terbuntang melihat gari yang dipegang oleh wanita itu. Secara automatik dia berubah posisi dari terbaring ke berdiri.

   "Uh?" Ali dan general Rama berpaling ke arah Profesor Acta yang sudah tersedar dari lenanya.

   Profesor Acta secara drastik mengangkat mesin masa yang kebetulan ada di hadapan mata. Dia menghalakan ke arah Ali tanpa teragak-agak.

   Teguk air liur jugalah rasanya. Masakan tidak, ada beberapa robot di belakang Ali dan general Rama. Silap langkah, dia juga diheret ke penjara.

   General Rama mendekati Profesor Acta. "Oh, nampaknya kamu sudah bangun."

   Profesor Acta segera mencelah. "Jangan dekat! Kalau tak, aku hantar kau ke masa lalu!" Tangannya terketar-ketar memegang mesin masanya. "Lepaskan aku! Dan, mana Reziana?"

   "Sia-sia sahajalah. Kita orang dah hantar dia ke penjara MATA dah pun." Penjelasan dari Niki itu membuatkan Profesor Acta mengetap gigi, bengang.

   "Kalau macam itu, aku tak ada pilihan lain!" Profesor Acta menarik picu. Tembakan dilepaskan ke arah general Rama.

   Ali berteriak, memberi amaran."Eh, jaga-jaga!" General Rama serta Ali dapat mengelak. Mujurlah... nanti terhantar ke zaman Hilter, gali kubur sendirilah jawabnya.

   "Kamu takkan langsung tak ingat saya?" soal general Rama. Nada suaranya juga tenang, tidak kedengaran tegang ataupun ada makna mengajak berlawan.

   Pegangan Profesor Acta menjadi longgar. Dahinya berkerut, cuba memahami bait pertanyaan general Rama. "Apa... apa maksud kau?"

   "Masa anak kau hampir lemas, aku ada datang nak selamatkan anak kau. Tapi tak sempat." General Rama menerangkan, sekaligus mengingatkan kembali Profesor Acta kepada peristiwa lalu.

   "Kau..." Profesor Acta mula memarahi dalam kesedihan. "Kenapa kau lambat sangat? Hidup aku hancur. Semuanya kerana Dato' Othman! Tak selamatkan anak aku! Ha, mana Dato' Othman?"

   Ali cuba memujuk penjenayah itu. "Profesor kena terima kenyataan yang..." Ali tidak semena-mena teringatkan Aliya. "... yang anak Profesor dah tak ada di dunia ini lagi."

   "Ah, kau orang semua tak faham perasaan aku." Profesor Acta mencengkam dadanya sambil sebelah tangannya masih mengangkat mesin masanya. "Rasa kehilangan! Jadi, biar aku buatkan semua yang berada di sini berasa sa..."

   "Kalau anak Profesor hidup lagi, dia akan gembira ke lihat ayah dia jadi macam ini?"

   Profesor Acta terkedu. "Ha?"

   Ali mengeluh. Haih... terpaksalah ulang balik. "Kalau anak Profesor hidup lagi, dia akan gembira ke lihat ayah dia jadi macam ini?"

    "Saya yakin yang anak Profesor bangga lihat Profesor berjaya masa dia hidup. Mungkin dia dah tunggu di sana untuk jemput Profesor pula." Ali menutur perlahan. "Tapi... ini Profesor buat lepas kematian dia?"

   Bergenang air mata Profesor Acta. Pegangannya serta-merta longgar. Suara anaknya tergiang-giang menyapa telinganya.

   "Papa! Hana nampak papa dekat televisyen! Hebatlah papa!"

   "Besar nanti, Hana nak jadi macam papa! Jadi bijak, tak buat jahat!"

   "HAHAHAHAHA, apa aku dah buat! HAHAHAHA...." Profesor Acta tergelak dengan bahunya yang terhinjut-hinjut. Nada suaranya mengendur. "Haha... hiks... apa aku dah buat?"

  "Fuuh, motivasi betul kau punya ayat." Sempat Niki mengusik Ali.

   "Erk, hehehe... banyak tengok cerita motivasi." Ali tersengih sendiri namun tidak lama setelah melihat Profesor Acta mula meraung. Yalah, macam kurang ajar pula duduk tersengih masa seorang bapa tengah menangis.

   General Rama memegang bahu Profesor Acta. "Kalau kamu nak tahu, kamu seorang yang kuat. Tetapi, membalas dendam bukanlah jawapannya."

   Perlahan sahaja nada suara Profesor Acta. "Aku minta maaf..."

   "Tak apa, saya maafkan." Teragak-agak general Rama meminta keizinan. "Saya tahu  ini bukan masa yang sesuai. Tapi, bagaimana nak pulangkan orang yang kamu tembak itu."

   Profesor Acta mencapai mesin masa yang terjatuh tadi. "Dekat sini ada sejarah yang saya tembak. Jadi, kita buka portal berdasarkan sejarah-sejarah ini."

   'Sejarah? Macam pembelajaran sejarah pula.' Ali berdesis di dalam hati. Mukanya ditayang riak menyampah, mungkin sedang membayangkan betapa bosannya sejarah.

   Profesor Acta menekan beberapa butang pada mesin itu. Data tahun kedua ditekan dan terbukalah portal berwarna biru di hadapan mereka. Begitu juga dengan portal yang ketiga.

   "Wah, portal mesin masa!" Ali tidak dapat menyorokkan air mukanya yang terlebih teruja. Pakai sahaja baju besi yang bergaya, perangai masih lagi kebudak-budakkan.

   "Tahun kedua itu mungkin empat orang yang saya tembak dan tahun ketiga itu... yang budak perempuan saya tembak." Profesor Acta mengujarkan kata satu persatu.

   "Baiklah. Ali, pergi bawa balik ejen Ganz dan geng saya dekat portal kedua. Saya akan bawa Alicia dari portal ketiga." General Rama mengarah ke arah Ali sebelum masuk ke dalam portal berwarna kuning itu.

   "Baik, general!" Ali dengan seronok melangkah masuk ke dalam portal. Terujalah juga... mana tahu dapat masuk zaman klasik Melayu Melaka ke.

   Yakin sangat Ali ini. Kalau masuk zaman Jepun sedang menembak memang lari tak cukup tanahlah.

   General Rama menoleh ke arag Niki yang menjaga Profesor Acta lalu masuk ke dalam portal itu. Cahaya senja yang menerangi permandangan mata dihalang dengan tangannya.

   'Mana pula Alicia ini?' getus general Rama di dalam hati. Dia menarik nafas lega tatkala terlihat Alicia berdiri kaku di sebelah rumah banglo milik seseorang.

  "Alicia, jom balik." General Rama menarik perlahan bahu Alicia, namun Alicia tidak berganjak walaupun sedikit pun.

   Cuma satu kata meniti bibir Alicia. Bukanlah kata putus tetapi satu perkataan yang menyentapkan jiwa.

   Alicia merenung sayu dua pasangan berserta seorang bayi perempuan itu. "Mama..."

   General Rama terarah pandangan sama dengan pandangan Alicia. Ya, kelihatan bayi Alicia sedang tergelak tawa bersama kedua ibu bapanya. Satu linangan air mata mula mengaliri pipi Alicia.

   General Rama memujuk, lembut. "Dah, jom balik."

  Alicia akur mengekori general Rama menuju ke portal. Menuju ke dunia realiti. Dan meninggalkan permandangan yang dia tak mungkin akan dia lihat lagi.

   "Alicia akan membesar menjadi budak yang baik, kan?" Suara wanita iaitu ibu Alicia menghentikan langkah Alicia. "Mama harap Alicia akan jadi orang yang istimewa di masa hadapan."

   Suara garau pula menyapa pendengaran telinga. "Alicia tak perlu jadi orang istimewa pun, dia sudah istimewa."

   Serentak dengan itu, air mata Alicia makin deras mengalir. Bukan datang dengan esakan, namun muncul dengan sebuah senyuman. Alicia mengelap air matanya. "Jom balik, papa."

   General Rama tersenyum memandang Alicia. "Ha, jom."

   Saat keluar daripada portal, kedengaran suara esakan ejen Ganz. Paling mahu ternganga apabila ejen Ganz lengkap berpakaian baju Melayu.

   "Sabar, ejen Ganz." Ali cuba menenangkan ejen Ganz.

   "Apa suruh aku diam! Aku hendak kahwin tadi, terpaksa lari kahwin sebab kau! Ah, budak ini! Geramlah aku!" Ejen Ganz yang tadi menengking garang kini menangis teresak-esak.

   Geng Mamak Maju iaitu Razman, Rahul, Rajesh pun terpaksalah pujuk ejen Ganz. Kesian dia... hendak berbini kena sedar akan realiti. Mesti bakal pengantin itu kena paksa kahwin dengan pengantin lain.

   Kedua-dua portal ditutup selepas mengenai had masa. Ali yang melihat mata sembap Alicia menyoal tanpa segan-silu. "Eh, Alicia. Kau nangis ke?"

      Alicia melayangkan tumbukan ke arah Ali tetapi tidak mengenai sasaran. Ali tersenyum mengejek. "Hahaha, tak kena! Aduh!" Kepala Ali terteleng ke tepi gara-gara tendangan Alicia.

   "Aduuh..." Ali yang ingin menggosok pipinya terhenti apabila menyedari dia memakai sut SATRIA. "Pakai sut pun sakit ke?"

   "Oh, Ali. Mama kamu dah selamat. Jangan risau. Tapi tak sedar lagilah," beritahu general Rama.

   Lega Ali mendengarnya. "Yakah? Alhamdulilah..."

   Comot membuka kelopak  matanya perlahan-lahan. Kucing itu mengangkat wajahnya seraya matanya mengimbas keadaan sekeliling. "Meow?"

   General Rama membetulkan kot bajunya. "Kamu pergilah ke Hospital Cyberjaya dahulu. Ejen Bakar ada di sana. Saya, Alicia, Niki dan ejen lain akan bawa ke Profesor Acta ke pusat M.A.T.A."

   Comot bangun dari menelentang di atas jalan tar. Telinganya bergerak-gerak. Eh, apa yang sudah terjadi? Sudah kalah ke semua penjenayah? Muka Profesor Acta pun macam dah pasrah sahaja itu.

  "Baik! Jom, Comot. Tukar pakaian dekat mesin air terdekat dulu." Ali yang terlihat Comot bangun segera mengajak Comot untuk menukar sut ejennya.

   "Erm? Meow." Walaupun tidak memahami apa yang terjadi, Comot ikutkan sahajalah. Bagus Comot ini. Memang kucing yang baik!

...

   Labu yang berada dalam posisi tidur menjadi segar bugar matanya melihat Comot dan Ali datang mendekati mereka. "Meow!' Segera dia langkahkan ke arah Comot dan gurau bersama.

  Bakar yang duduk di atas kerusi hospital itu tersengih memandang Ali. (Bakar sudah pakai baju kasual.) "Uncle dah dengar dari general. Hebatlah kau dapat kalahkan si ejen Ana itu. Memang kau hebat macam uncle!"

   "Hehehe... ini sebab SATRIAlah." Ali menunjukkan SATRIA mood berehat di tangannya sebelum menyimpan semula ke dalam poket. Nada suaranya mula mengendur. "Mama... dah sedar ke belum?"

   Riak wajah Bakar yang tadi teruja berubah risau. "Kejap lagi dia nak pindahkan dia dekat wad biasa. Jangan risaulah, pendarahan je. Lagipun mama kau kuat orangnya."

  "Eh, tetapi tiada yang perasan yang itu mama? Yalah, nanti takut-takut ada orang terkejut pula." Ali bertanya, meminta kepastian.

   "Erm, tak adalah sampai terkejut tahap sakit jantung." Bakar menjawab dalam tawa. "Orang yang rawat dia itu pun ejen M.A.T.A dan seorang ejen M.A.T.A sentiasa mengetahui setiap  maklumat-maklumat tertentu."

   "Oh..." Ali melabuhkan tempat duduknya di sebelah Bakar. Matanya memerhati Comot dan Labu yang sedang bermain bersama.

   'Semuanya dah berakhir,' gumam Ali di dalam hati. 'Tetapi... kalau dah berakhir.. takkanlah.'

   Ali berpaling laju ke arah Bakar. "Uncle, lepas ini... mama akan balik ke masa lalu dia ke?"

   Bakar terkedu mendengar soalan dari anak buahnya. Dengan pantas dia menukar riak wajahnya. "Ah, memanglah dia balik. Ini kan bukan masa dia. Tapi, bukan hari ini rasa. Esok rasanya."

   Ali menunduk dengan air mukanya yang tergamam. Kenapa esok? Dia belum puas bermanja dengan ibunya. Kalau Aliya pulang ke masa lalunya, dia akan kehilangan Aliya buat kali kedua.

   Ianya sungguh menyakitkan. Lebih-lebih esok hari jadi Aliya.

  Hari jadi mama.

   Ali mengangkat wajahnya. "Uncle, esok hari jadi mama, kan?"

   "Hari jadi mama?" Bakar lantas memeriksa aplikasi kalendar dalam telefonnya. Serta-merta dia menepuk dahi. "Ha'ahlah! Nasib kau ingatkan. Selama ini uncle selalu lupa hari jadi mama kau."

   Ali menayangkan riak wajah menyampah. Yalah, uncle...

   Ali menyambung bicaranya dengan nada teruja. "Jadi, jom beli kek!"




















✨✨✨

Tinggal 3 bab sahaja lagi. TvT


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top