BAB 24
AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.
"SHUUU..." Sebuah gelang melintas laju hampir mengenai tangan Ali. Ali segera melompat ke atas kotak besi lalu mata terarah ke satu sudut. Lah... si landak (Rudy) itu belum dikalahkan rupanya!
"Ten! Ten! Ten!" SATRIA memberi amaran bahawa terdapat serangan daripada belakang.
Reziana yang ingin membidas Ali dengan pedang tersentak apabila Ali mengelak daripada serangan itu. Ali mengeluarkan gasingnya dan melempar ke arah Reziana.
"Ergh!" Dengan mudah, Reziana menepis dengan pedangnya. Namun, laju Ali membalas balik dengan mengeluarkan satu lagi gasing.
Reziana mendarat dengan selamat dari kotak besi yang tinggi itu. Dia menstabilkan nafasnya. Rasalah juga penat sebab berlawan terlalu lama. Reziana pun manusia.
"Hiyargh!" Suara Ali menarik perhatian Reziana. Sebuah gasing meluncur laju ke arahnya.
Niki terundur beberapa langkah ke belakang ketika cuba mengelak dari dipakaikan gelang oleh Rudy. Kesian Rudy... sudahlah singlet. Eh maksud saya, 'single'. Tiada teman wanita untuk sarungkan gelang.
Reziana mengesat darah yang mengalir keluar dari mulutnya. Dalam keadaan terdesak, Reziana memicit salah satu batu seremban yang mengeluarkan asap kepuk-kepuk berwarna kelabu kelam.
"Eh, ini bukan asap tidur. Tetapi asap biasa." Ali menggumam sendirian. Kalau betullah ini asap tidur, sudah pasti dia sudah ambil bantal dan tertidur sudah.
Ali berdecit semasa memeriksa baki mod overide. "Tinggal lagi tiga puluh peratus."
Sebilah pedang dibaling menyebabkan beberapa helai rambut terpotong. Ali cepat-cepat mengimbas ke mana Reziana. Segi tiga berwarna merah berkelip-kelip pada paparan secara tiba-tiba.
Reziana di belakang Ali menumbuk pipi Ali. Kesian Ali. Sudahlah sering ditumbuk Alicia, dengan Reziana pun kena tumbuk juga. Samalah nasib dengan pak cik saudara si Bakar itu.
"Aduuuh... apalah nasib aku. Selalu kena tumbuk je." Ali mengeluh sendiri seraya tangannya. Namun sesi meratap itu tidak lama tatkala Reziana cuba menyepak kepalanya.
"Kenapa Reziana langsung tak guna pedangnya?" Ali bertanya di sebalik kekabusan. Rasa pelik dengan setiap serangan Reziana. "Jangan-jangan..."
"Ten! Ten! Ten!"
Ali mengelak mengikut refleksi yang diberitahu SATRIA. Nasib tidak baik buat Ali kerana tangannya sudah 'digari' dengan gelang seseorang.
Ali merengek kuat sambil dia diheret ke hadapan di atas daya gelang itu. . "Haaa... seriuslah!"
Asap kian menghilang namun tidak pada senyuman Reziana. Mendengar keluhan Ali cukup membuat dia rasa kurang beban. Dia mula menyerang Niki yang masih ternganga di dalam asap.
Niki membuka langkah bersiap-sedia. Mana pula si berdebah ini? Main sorok-sorok pula di dalam kebukan asap ini. Tanpa disangka, wajah Niki ditutup dengan tapak tangan seseorang. Dia terheret ke belakang seiring dengan daya tolakan yang dirasakan dari hadapan.
Berasa bengang dirinya diperlakukan sebegitu, Niki terus menembak seseorang di hadapannya menggunakan tembakan dari sut robotnya. Reziana yang perasan cahaya dari dada Niki terus melompat melepasi Niki.
Reziana memacakkan pedangnya di celah ruang besi sut robot Niki lalu menendang belakang Niki sekuat hati. Niki terjatuh ke hadapan dan beberapa langkah ke belakang tatkala tembakan dilepaskan.
Asap sudah hilang dan Reziana berada berdiri di atas tubuh Niki. Niki tergamam tidak terkata melihat senyum sinis pada wajah Reziana. Paling menyakitkan hati, tempat mengeluarkan tembakan itu ditebuk oleh Reziana!
"Kau bila nak mati, ha?" Niki menengking Reziana. Dia cuba bangun namun lengannya kembali dipijak oleh Reziana.
Ali yang berada di sisi Rudy membuntangkan mata apabila mendapat isyarat Reziana akan menggunakan hinopsis ejen Karya. Segera dia berteriak. "Niii, kiii! Jangan pandang mata dia!"
"Tch." Reziana menoleh ke arah Ali dan berdesis kecil. Namun, dia tidak sedar dia melakukan kesilapan besar.
Terleka sekejap di hadapan Niki...
Niki menarik lutut ke dada. Dia menendang sekuat hati kemaluan Reziana sehingga senak wanita itu dibuatnya.
... merupakan salah satu kesilapan besar.
"Kau ini kan..." Reziana yang masih berasa perit dan bengang dalam masa yang sama lantas menyerang Niki secara melulu. Itulah, tidak fokus sangat masa belajar. Eh, apa kena mengena?
Ali melihat Reziana dan Niki kini serius berlawan memalingkan wajah ke arah Rudy yang kaku. "Rudy, lepaskan akulah. Kita kan dah jadi kawaaan."
Rudy menayangkan wajah kosong. Mesti dalam sisi otak Rudy yang masih belum dikawal berdetik berkata, 'kepala otak engkau kita kawan'.
"Ergh! Ergh!" Ali meronta melepaskan diri dari gelang yang kini mengikat dua tangannya. Matanya bersinar melihat kiraan pada paparan SATRIA.
'90 peratus! Cuun, sikit sahaja lagi!' Ali berbisik di dalam hati berserta satu senyuman.
"Ktang!" Bunyi pedang dan sut robot besi berlaga bergema di perlabuhan itu. Kalau abang pegemudi kapal tengok ini mahu pusing bot patah balik.
Huish, seram wey. Dengan beberapa orang pengsan terdampar dekat perlabuhan. Tidak mungkin angkat telefon mahu rakam pula.
Niki melayangkan penumbuk ke arah Reziana membuatkan Reziana terpaksa mengambil beberapa langkah ke belakang. Reziana mengerang marah. Dia perlu segera tamatkan perlawanan ini dan hapuskan segala keturunan Aliya!
Reziana melayangkan pedang ke arah kepala Niki namun cepat Niki melompat ke belakang. Reziana melahirkan senyum sinis. Seperti yang dijangka.
Pedang itu dibaling sekuat hati. Sasaran ialah dada Niki dan hampar tikar, beli kain kafan jika berjaya disasarkan. Pupil mata Reziana bergetar melihat pedangnya ditepis oleh sesuatu.
"Apakah..." Reziana menoleh perlahan-lahan ke sebelahnya. "Itu..."
Niki tersenyum gembira. "Ali!"
Ali berdiri dalam sut yang baru. Kepalanya disarungkan dengan tanjak besi berwarna biru. Iris mata Ali juga bertukar menjadi biru. Sut dalam bercahaya berwarna biru muda. Cuma sut robot itu berwarna putih dan ada garis merah.
Ali terbang menuju ke arah Reziana secara laju pergerakkannya. Reziana yang tiada senjata hanya ternganga kerana kelajuan Ali seperti internet yang dipasang Wifi!
Ali menarik kaki Reziana menggunakan tali gasingnya dan dilambungkan ke atas. Ali ini... mu ingat Reziana itu burung ke mahu terbangkan dia ke atas. Mati anak dara tua orang itu.
Reziana mengeluarkan lagi satu batu serembannya. Dia menyangkutkan pedangnya ke atas kotak besi. Sempat dia menghela nafas lega kerana tidak jatuh ke tanah.
Reziana terpana melihat satu cahaya datang dari tangan Ali. Cahaya keimanan ke itu? Tetapi Iman jadi patung sekarang. Melihat tembakan keluar dari tangan Ali, Reziana segera mengelak.
Mengelak itu bukan dapat mendarat gaya Spiderman, kesudahnya kena tumbuk dengan Niki sampai tercabut satu batang gigi. Memang tiada siapa hendak mahukan kau, Reziana.
Reziana mengangkat alat fotokopinya, mahu menyalin data daripada sut robot Niki. Reziana menatap alat itu tidak percaya kerana alat itu sudah kehilangan kuasa.
Ali turun ke bawah secara perlahan. Dia mengujarkan kata, perlahan. "Sia-sia sahaja usaha kau. Aku dah matikan alat itu guna overide mood."
Reziana tarik muka terancam. Sekarang dia tiada senjata, tiada apa... apa yang perlu di lakukan? Dia menjerit kegeraman. "TAK GUNA!"
"Erk..." Terundur sekejap Ali ke belakang. Terperanjat jugalah sebenarnya. Tiba-tiba sahaja menjerit macam Tarzan versi wanita di hutan. Gorilla nampak pun tak mengaku keluarga.
Reziana mengambil mesin masa yang kebetulan sebelah adiknya yang melayari alam mimpi. Dia menghalakan mesin masa itu ke arah Niki dan Ali. "Jangan dekat! Kalau tak aku hantar kau orang ke masa lalu!"
Ali bergerak laju ke hadapan, menolak Reziana menggunakan dua belah tangannya. Semuanya berlaku dalam beberapa saat. "Ah!" Reziana menjerit kesakitan tatkala tubuhnya berlanggar dengan kotak besi.
Cahaya-cahaya yang keluar dari bawah tapak kakinya mati sendiri. Ali tersenyum memandang kemenangan yang dia kecapi apabila Reziana pengsan juga akhirnya. Dadanya turun naik ke atas dan ke bawah.
"Huh... huh... dah selesai pun."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top