BAB 23

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

KHAI terlopong melihat SATRIA yang dipakai Ali. Ditunjukkan simbol 'terbaik' kepada Ali. "Fuuh, cun gila kau Ali!"

   Ali tersengih dan menggosok lehernya. Sempat lagi budak ini tersenyum macam orang gila. "Hehehe... yakah? Biasa-biasa je..."

   Iman perasan kelibat Reziana yang ingin menyerang Ali segera menjerit. "Ali! Belakang awak!"

   "Huh?" Ali mengelak ke tepi. SATRIAnya nampaknya memang hampir serupa dengan IRIS, atau merupakan projek IRIS yang sudah siap. Arahan yang diberikan juga sama dengan IRIS dahulu.

   "Huh, cepat perlawanan ini habis. Cepatlah Dato' Othman itu mampus." Reziana bertutur sinis memandang Ali yang beriak serius. Risau kadang-kadang. Mana tahu Ali rasa rendah diri sebab ketinggian Reziana itu.

   Reziana mengeluarkan pedangnya serentak dengan Ali yang melilit pantas gasingnya. Ali  menghentakkan gasingnya ke tanah. Kedua gasingnya melantun sesama sendiri, tidak terkena pada rakannya yang lain tetapi disasarkan kepada Reziana.

   Reziana memasang pelindung namun tidaklah seperti disangka. Sebiji gasing telah masuk ke dalam pelindung Reziana sebelum pelindung itu sempat tertutup sepenuhnya! Gasing itu melantun sehingga ke dada Reziana.

   "Uhuk! Uhuk!" Pelindung Reziana terbuka drastik. Reziana menggantikan pelindung itu dengan memicit lagi satu batu seremban menjadikannya sebilah pedang.

   Iman menyerang Reziana yang terduduk dengan hujung selendangnya. Nasib baik buat Reziana kerana dia sempat melompat dan mengelak darinya. Sudahlah jadi anak dara tua, tidak mungkin mahu bercalar muka pula.

   Si Bulat itu pula mengisi masa dengan bermain osom dengan Moon yang tengah pengsan. Macam mana? Dia kawal tangan Moonlah. Banyak kali dia menang bermain.

   Yalah, dia punya kiub bulat terpenting rosak. Kalau masuk berlawan buka silat nanti terpaksa buat majlis tahlil, buka yasin pula.

   Rudy mensasarkan kedua gelang pengawalnya ke arah tangan Reziana. Malangnya, Reziana laju mengelak daripada tangannya digari oleh Rudy. Meskipun begitu, 'kurma' (karma) itu sentiasa ada. Kakinya ditangkap dengan lilitan gasing Ali.

   Tindakannya untuk memotong tali Ali terhenti tatkala Ali terlebih dahulu menariknya ke belakang menggunakan tali gasingnya sehingga terhempas Reziana ke tanah. Kuatnya tali itu. Menyesal ejek dia pendek.

   Ejen Karya yang selama ini berada di atas kotak besi turun ke bawah untuk menidurkan Reziana menggunakan hinopsisnya kanta matanya. Kurang asam punya ejen Inviso.

   Mu ingat ini drama Hindustan ke hero muncul saat-saat akhir. Sudahlah tidak tolong. Uhuk!

   Reziana segera bangun namun ditahan dengan gelang yang dihantar oleh Rudy. Pergerakkan menjadi terhenti dan terbatas. Reziana mengetap gigi melihat ejen Karya menghampirinya.

   Ali menekan sisi SATRIA, memeriksa sesuatu. Paparan di permandangan matanya menunjukkan bahawa kemas kini Overide bersisa 80 peratus. "Ala... aku baru nak guna Overide ini."

   Tiba-tiba SATRIA menunjukkan simbol segi tiga berwarna merah, memberitahu ada serangan dari tepi. Ali secara drastik mengelak ke tepi apabila satu libasan hampir mengenai dadanya.

   Ali menoleh laju ke tepi. "Eh, Iman! Hati-hatilah sedikit." Kelihatan Iman menarik semula selendangnya setelah menyerang Ali. Yang membuatkan Ali hairan, tiada sebarang kata maaf meniti bibir Iman.

   "Argh!" Khai terseret ke belakang kerana serangan dari Karya. Ali yang melihat laju berlari ke arah Khai.

   "Khai, kau okey tak?" Ali menggoncangkan tubuh Khai.

    Di sebalik Ali terdapat Comot,  juga R.O. Comot sudah pengsan gara-gara kena 'tendang' manakala Labu pula menemani Aliya.

   Khai cuba bangun walaupun terasa perit di dadanya gara-gara serangan ejen Karya. "Aku... okey."

   Rudy menjadi bingung memandang Karya yang tidak semena-mena menyerang Khai. "Kenapa ejen Karya... ah." Pandangnya kaku saat terpaling ke arah Reziana.

   "Eh!" Ali dan Khai mengelak serentak apabila Iman membuat lagi serangan. Sampai berlubang kotak besi yang disandarkan Khai gara-gara besi tajam pada hujung selendang Iman.

   "Iman, kau kenapa?" Khai berasa pelik dengan perangai Iman yang berubah drastik tiba-tiba. Pupil mata Iman juga jadi mengecil. Wajahnya kaku seperti dikawal.

   Ali mengesan Iman melalui SATRIAnya. "Eh, ini kesan hinopsis dengan ejen Karya. Tapi... tak mungkinlah." Perlahan-lahan Ali menoleh ke arah Reziana.

   Ali memandang tidak percaya ke arah Rudy yang membuka gelang pada tangan dan kaki Reziana. Alat seperti penembak pengesan suhu  jatuh ke tanah itu laju Reziana simpan ke dalam poketnya.

  "Apa dah jadi ini? Kenapa dia orang macam kena kawal masa mula-mula dulu?" soal Khai, panik. "Bukan topeng itu mama kau dah hancurkan ke?"

   Ali menjelaskan tanpa memandang Khai. "Memanglah. Tapi nampaknya ada mesin macam fotokopi... ah, yang salin fungsi data lensa mata ejen Karya!"

   Reziana memetik jari dan serta-merta Iman, Rudy dan Karya membuka langkah ke hadapan bagi menyerang mereka. Sudahlah setiap langkah seakan zombie mengejar mangsa!

  "Aaaa!" Ali dan Khai berteriak panik. Ali sudah lompat ke atas dengan aero bootsnya.

   Khai pula kalut mengawal R.O lari bersamanya. Kurang asam boi punya Ali. Boleh pula dia lompat sampai ke atas kotak besi. Hujung selendang Iman yang hampir mengenai Khai terhalang dengan pelindung yang dicipta Bulat.

   Air muka Khai berubah ceria melihat Bulat. Bulat memang penyelamatlah! "Bulat! Eh... bukan kau punya kiub itu rosak ke?"

   "Itulah. Kiub aku tinggal 3 sahaja. Tak cukup nak lawan dia orang." Bulat menunjukkan tiga kiub yang berada di sisi pinggangnya. "Kalau aku lawan... nanti tidak fasal-fasal..." Bulat membuat isyarat 'menggelar leher' di lehernya.

   Khai memandang ke arah Ali yang berlawan dengan ejen Karya. "Ali! Kau tak boleh ke matikan alat Reziana macam kau buat dekat Niki dahulu!"

   "Kau ini... janganlah cakap kuat-kuat." Ali sempat menepuk dahi sebelum membalas serangan pedang Karya. "Lagipun mod Overide ini kena tunggu lagi beberapa minit! Sekarang 40 peratus!"

   Reziana tersenyum sinis mendengarnya. Mod overide, ya? Ali pun dua kali lima juga. Suruh orang lain jangan jerit kuat-kuat. Dia pun laung benda itu dengan lantang.

   Pelindung Bulat tamat pada masanya. Secara automatik pelindung itu terbuka dengan sendiri. Iman yang dikawal mengambil peluang seperti diarahkan Reziana melalui hinopsis.

   Khai melompat ke belakang tatkala serangan cuba dikenakan ke atasnya. Bulat yang sudah siap menyusun kedudukan pada kiub menekan salah satu butang dan meletakkan kiub itu di belakang Iman. Membuatkan Iman berhenti pergerakkannya.

   "Ktang!" Pedang ejen Karya tercampak ke tepi. Melihat ejen Karya cuba mengambilnya, Ali mengambil peluang dengan mendekati Reziana yang leka melihat perlawanan Khai, Bulat dan Rudy.

   Ali membaling tali gasingnya ke belakang poket Reziana. Mendapat alat yang diingini, Ali menarik dengan laju tali tersebut. Tetapi ianya tidak mudah seperti dijangka, tali gasingnya terpotong dek hujung kad tajam dari ejen Karya.

   "Kau ingat aku ini amatur macam mak kau ke, ha?" Reziana melibas pedangnya ke angin. Langkahnya diorak pantas menuju ke arah Ali yang terpinga-pinga.

   Melihat dua serangan dari arah berbeza iaitu dari ejen Karya dan Reziana, Ali naik ke langit menggunakan daya Aero Boots. Ali melilit gasingnya dengan tali baru dan mencampakkan gasing itu ke arah Reziana.

   Gasing itu tidak mengenai Reziana namun terkena tepat pada dada Karya. Merumitkan keadaan, gasing itu terpantul bukan ke arah Reziana bahkan ke arah kotak besi dan seterusnya.

   Reziana mengukir senyuman sinis. "Aku dah kata..."

   "Jangan cakap banyak!" Ali mengawal gasing itu menggunakan sarung tangan yang dibawanya. Gasing itu yang terpantul pantas ke arah Reziana yang alpa.

   Reziana yang hampir jatuh itu digolekkan oleh R.O. Siku Reziana tergeser ke jalan tar menerbitkan luka serta darah pada sikunya. Ali turun mendekati Reziana.  "Kau dah kalah, ejen Ana."

      Reziana berbicara, perlahan. "Aku tak kalah... Aku tak kalah selagi mak kau dan kau tak dibunuh oleh aku!" Reziana mengeluarkan laju alat fotokopinya, menyalin data mengawal R.O dari IPAD Khai.

   Ali segera menahan tangan Reziana walau bagaimana pun ianya terlambat. Khai tergaru kepala apabila IPADnya termati sendiri. "Kenapa dengan IPAD aku ini?"

   R.O dikawal Reziana menggunakan sarung tangannya menuju ke arah Bulat yang membawa kiub bulatnya. Senjata gajet memakan tuan.

   Kiub yang sepatutnya menghentikan pergerakkan Reziana terkena pada Bulat sendiri akibat dia terjatuh ke bawah gara-gara R.O yang dikawal Reziana.

   "Khai!" Ali membeliakkan matanya melihat Khai jatuh tersembam disebabkan terpijak R.O lalu tergelincir. Semuanya berlaku terlalu pantas.

   Reziana lantas bangun dan mengundur pantas ke belakang. Ali mengerang kesakitan kerana belakang badannya bertembung kuat dengan kotak besi. "Argh!"

   Situasi beralih ke arah Aliya yang sedang bernafas melalui sistem pernafasan. Ramai doktor dan jururawat mengelilingi Aliya bagi menghentikan pendarahan yang dialaminya.

   Kaki dan tangan Ali berubah pucat. Ali juga telah menayangkan riak lemah, menandakan dia sudah penat sangat. Overide mod masih lagi tersisa banyak untuk dikemas kini oleh SATRIA.

   Reziana memegang erat leher Ali. "Budak menyusahkan macam kau ini... tak layak untuk hidup!" Tangannya lagi satu mengeluarkan pedang. "Sekarang, mati!"

   "BAM!"

   Terlepas Ali daripada pegangan Reziana. Batukkan selangan nafas keluar daripada Ali. Reziana perlahan-lahan berpaling ke belakang. "Si... apa kau ni?"

   Seseorang itu tidak menjawab. Seseorang itu terus menolak Reziana ke tepi tanpa Reziana dapat meneka pun. Nasib baik Reziana sempat membrekkan kakinya daripada terjatuh terus ke dalam sungai.

   "Maafkan aku sebab datang lambat, Ali." Sebuah huluran tangan menyapa pandangan mata Ali.

   Ali perlahan-lahan mengangkat wajahnya. "Uhuk! Uhuk! Ni... ki?"

   Ali menyambut huluran Niki. Niki sudah bersarung dalam sut robotnya, iaitu sut yang pernah disarung semasa melawan Ali.

   Ali memandang wajah Niki, bingung. "Macam mana... Niki?"

  "Ejen Dayang bagi dekat aku benda ini. Suruh tolong kau." Niki menerangkan bagaimana dia mendapat sarung robotnya semula.

   "Ejen Dayang?" Kepala Ali bergerak ke kiri dan ke kanan, mencari ejen Dayang. "Mana ejen Dayang?"

   "Ejen Dayang cedera parah dekat kaki. Jadi, dia tak ikut ser..."

   Suara Reziana menghentikan perbualan Niki dan Ali. "Hoi! Hoi! Hoi! Hentikanlah drama kau orang tu! Nak mati pun bercakap lagi?"

   Ali memusingkan tubuhnya ke arah Reziana yang sudah bersiap-sedia dengan pedangnya. "Baiklah, Niki. Jom kita kalahkan ejen Reziana!"














✨✨✨

Mu ini Reziana. Bila nak mampus, woi! *Urut pelipis mata*

AliYa sudah hampir penghujung! Tinggal beberapa bab yang aku perlu karang lagi. Ada satu perlawanan lagi! Terima kasih sebab masih membaca!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top