BAB 22

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

"UHUK! Uhuk!" Batukkan Aliya seiring dengan langkahnya beberapa kali ke belakang. Dia memegang dada serta perutnya serentak. Kuat betul dadanya ditumbuk tadi!

   Tidak mudah berputus asa, Aliya melemparkan gasing ke arah Reziana yang meluap-luap marah. Yalah, sudah hancurkan topeng muka dia kot. Tidak fasal-fasal terserlah beberapa jerawat di muka.

   Setiap balingan ditepis mudah oleh Reziana. Ejen Kombat dan ejen Tekno yang sama hebat berlawan... mesti saingannya sengit, bukan? Ada yang terkena Reziana dan ada yang berjaya ditepis olehnya.

   Dalam sedang membaling pedang seperti membaling bola pokemon, akhirnya tali gasing mengenai sasaran. I choose you, Reziana!

   Reziana tidak sempat meronta kerana telah ditarik ke belakang Aliya menggunakan tali gasing itu. Wah, ini sebab kita tidak boleh pandang rendah dekat perempuan seperti Aliya.

   Tetapi, kalau Ali. Tidak payah pandang rendah, budak itu memang pendek pun. Huhuhu, menangis Ali membaca ini..

   Gasing terlepas dari lilitan tali masih berpusing di belakang Reziana. Mesti gasing Aliya itu ada hubung kait dengan sejarah beyblade. Lama sangat mahu berhenti berpusing.

   Reziana mengeluarkan pedang dengan segera. Dia bangkit lalu menghunus pedang ke arah Aliya namun berjaya dihalang dengan mudah menggunakan gasingnya.

   Melihat Reziana yang terleka, Aliya mengeluarkan gasing baru yang sudah dililit dan menepis pedang dipegang Reziana.

   Reziana yang ingin mencapai pedangnya terhenti saat kedua gasing berhampiran pedangnya bertembung dengan lagi satu gasing milik Aliya. Membuatkan gasingnya terkena pemberat graviti.

   Aliya menarik leher baju Reziana tanpa memberi peluang untuk Reziana menoleh. Aliya berbisik, halus.  "Ana, baik kau hentikan sahaja semua ini."

   Sayup-sayup kedengaran suara Ali menjerit. "Jangan!"

   Reziana masih berdegil. "Jangan harap. Aku akan pastikan kau ma..."

   "Mama!"

   Aliya mengalihkan wajah ke arah Ali yang berlari ke arahnya. Dahinya berkerut. Mengapa Ali lari ke arahnya macam dalam drama TV3? Tidak semena-mena, dia ditembak oleh satu gelombang tembakan yang kuat.

   Aliya terasa gelombang kuat menolaknya sehingga badannya berlanggar kuat dengan kotak besi. Rasa sakit yang mencucuk-cucuk pinggangnya membuatkan dia mengetap bibir.

   Aliya menyentuh cecair di celah kelangkangnya. Menggigil tangannya dibasahi cecair itu. Matanya membulat, cuba menafikan. "Da... darah."

   "Ah..." Aliya cepat-cepat menyentuh pinggangnya yang semakin perit.

   "Kakak!"

   "Mama!" Ali mendekati ke arah Aliya. Dia memegang lengan ibunya. "Mama? Mama kena pergi hospital. Dah ada darah ini!"

   Di sudut berlainan, general Rama mengurut kepalanya. Baru lepas kawal kot, mustahil selepas kena kawal itu terus menari tarian lagu Blackpink. Kena heret ke hospital Bahagia kalau terjadi.

   Pandangan general Rama terarah ke arah Ali, Aliya dan Bakar. Dia tergamam melihat Aliya yang sedang kesakitan. Pantas dia mendekati ke arah mereka bertiga.

   General Rama menyoal, panik. "Apa, apa yang dah terjadi ini?"

  Ali menggesa dengan air mata yang bertangkung. "General, kita kena bawa mama ke hospital sekarang! Mama berdarah! Cepatlah general."

   Seorang wanita berambut ikat toncang menjengah minda General Rama. Keadaan wanita itu di tempat sempit dan penuh darah.

   "Cepat, Rama! Selamatkan Alicia! Cepat, sebelum kereta ini meletup!"

  "Sempat lagi kita hendak bawa ke hospital! Cepat!" General Rama memandang Bakar yang sudah menggendong Aliya gaya pengantin. Wajah Aliya berkerut-kerut menahan sakit.

   "Kalau nak guna papan saya pun, ambillah." Salah seorang ejen Tekno yang datang dari mana menyampuk. Sepapan papan peluncur diberikan. "Ada roket di belakang. Boleh lajukan pergerakkan."

   Reziana cuba mengambil alat pengawal minda yang tersarung pada kepala Profesor Acta dalam kesibukan yang ada. Dia tersentak apabila alat pengawal minda itu hancur gara-gara satu serangan.

   Iman merenung garang sambil menarik lebihan selendangnya. Di belakangnya ada beberapa ejen yang masih belum pengsan, berdiri tegas di belakangnya.

   Bakar dan general Rama sudah berada di atas papan peluncur. Comel pula general Rama duduk dekat belakang Bakar. Macam nak pergi bersiar-siar pun ada.

   Aliya bersuara. "Tungg... tunggu sekejap."

   "Mama... mama kena ce..." Mata Ali terarah ke arah sesuatu yang dihulurkan Aliya. "Ini bukan ke... IRIS?"

   "Bukan... ini SA... SATRIA. Bentuk dia memang... macam IRIS. Mama juga tambah sis... sistem overide dalam sistem SATRIA ini." Aliya menjelaskan walaupun dalam keperitan.

   "Walaupun apa pun terjadi, mama tetap bangga dengan Ali." Tutur kata Aliya mengedukan hati Ali. Serta-merta mindanya terawang ke peristiwa dahulu.

   "Kalau dia ada... mesti dia dah bangga tengok kau dah jadi ejen."

   Ali menggenggam SATRIA berbentuk bulatan. Rupanya memang seakan IRIS, cuma ada garisan putih pada bulatan itu. Matanya memandang Aliya yang sudah dibawa ke hospital.

   Ali menekan tengah-tengah bulatan SATRIA yang berlogo MATA itu. Satu cermin mata serupa dengan IRIS tersarung di wajah Ali.

   Moon mengetap bibir melihat Reziana sudah bersedia untuk berlawan. Dia menolak lembut Iman ke hadapan. "Kau orang pergi lawanlah."

   Khai menoleh ke arah Moon, tidak puas hati. "Eh? Kenapa pula?"

   "Tengok ini." Moon menepuk tangannya berkali-kali seakan menepuk nyamuk. "Hologram aku langsung tak keluar-keluar. Kalau aku lawan, sah-sahlah aku tum..."

   Tiba-tiba kedengaran suara Rudy memberi amaran. "Kau orang, hati-hati!"

   Iman sempat mengelak ke tepi namun Moon pula rebah ke tanah dirempuh oleh lima orang ejen sekaligus. "Kan aku dah kata..." Moon sempat bertutur perlahan sebelum memasuki alam mimpi semula.

   Mereka yang masih ada, eh ayat macam yang lain sudah meninggal dunia sahaja. Walhal masih pengsan kesan dikawal otak (juga ditolak kaki dengan Reziana).

  "Nampaknya... dia ini bukan calang-calang orangnnya." Bulat menggumam sendiri. Dia sudah bersedia dengan kiub bulat di tangannya.

   Iman membuat serangan pertama. Dia membaling tepat hujung selendangnya ke arah Reziana tetapi dihalang mudah dengan pedang miliknya.

   Begitu juga dengan serangan dari ejen kombat juga ejen tekno yang masih berdiri. Nampaknya memang Reziana tangkas berlawan dan mengelak! Maklumlah, dia pernah bertarung melawan lima belas robot!

   Khai dari jauh mengawal R.O mendekati bawah kaki Reziana yang sibuk berlawan. Sengaja R.O menghampiri kaki Reziana agar Reziana terpijak lalu terjatuh.

   Namun Reziana bukanlah ejen amatur tahap tadika, dia merupakan ejen Kombat yang berkhidmat beberapa tahun lamanya. Reziana melompat ketika robot R.O ingin menggelincirkan langkahnya.

   Rudy mengambil peluang tersebut lalu membaling gelang pengawal ke arah Reziana. Reziana ini susah nak mampus... eh, susah hendak dikalahkan.

   Sempat Reziana memasang pelindung melalui salah satu batu serembannya dan disepak robot R.O di jalan tar dan gol! Kena tepat pada Comot!

   "Meow!" Comot terundur ke belakang tatkala pipi berbulunya terkena robot R.O yang disepak Reziana. Kalau nak sepak pun, bawalah bola sepak, kak. Tak ada kerja sepak robot orang.

   "R.O!" Khai segera ke arah robotnya dengan cemas.

   Dengan pantas Reziana membuka kembali pelindungnya. Pergerakkan Reziana terlalu laju sampai ejen lain tiada kesempatan untuk menyerang. Reziana membaling pedangnya menebuk kiub Bulat dan mengambilnya kembali.

   "Ha?" Bulat sudah ternganga apabila kiubnya ditebuk. Ah, sudah! Rasa menyesal pula pergi ikut serta berlawan. Baik dia sertai Moon yang pengsan tadi.

      Sedang Reziana cuba mengelak serangan dari Iman dan Rudy, Labu mengambil peluang dengan menyerang Reziana dari atas kotak besi. Memang meronta sekejaplah Reziana kerana mukanya ditutupi dengan bulu-bulu Labu.

   Kalau pasang lagu K-Pop, mesti dengan pengemudi kapal menyertai Reziana meronta (menari) sebegitu.

   Reziana mengangkat Labu lalu membalingnya ke tepi. Mesti Labu tengah mengucap sekarang... yalah kalau kena baling ke kotak besi auto cedera parah buatnya.

   Karya dari atas kotak besi yang ingin menyelamatkan Labu terkedu melihat Labu disambut oleh seseorang. Malah, seseorang juga memakai gajet seperti IRIS!

   Mata Khai memandang ke arah sosok itu. "Kejap.. itu bukan ejen Aliya."

   Warna hologramnya masih sama iaitu warna biru. Walaupun begitu, bingkai 'IRIS'nya yang berbeza. Bawah bingkai itu berwarna putih dan atasnya berwarna merah.

   Ejen Karya membetulkan spek mata hitamnya. "Jadi itu ke... SATRIA?"

   Reziana mengetap gigi melihat Ali tersenyum dengan mengangkat Labu. Nampaknya Ali kini kembali dengan wajah baru, bukan dengan IRIS yang lama tetapi dengan SATRIA!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top