BAB 21
AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.
GIGI diketap kuat Reziana. Dia mengeluarkan sebiji batu seremban lalu menukarkan kepada pedang. "Kau... bila kau nak mati, ha!"
Reziana meluru ke arah Aliya dengan pedangnya yang dihayun. Namun, tidak sempat dia melibas Aliya, kakinya telah ditarik oleh tali yang hampir menjatuhkan dia.
Reziana memusingkan tubuh badannya dan berundur beberapa langkah ke tepi. Wajah yang cuba merebahkannya tadi dipandang sinis. "Heh, anak dengan mak... sama sahaja."
Profesor Acta yang keluar dari helikopter sebentar tadi segera masuk kembali ke dalam helikopter. Lantaklah kakak dia itu. Saat ditoleh ke belakang, Dato' Othman sudah menghilang!
Ah, sudah. Tidak mungkin Dato' Othman melompat seperti pocong untuk melarikan diri. Masakan tidak, kaki dan tangan lelaki tua itu telah diikat.
Profesor Acta berdesis, perlahan. "Mana pula dia lari... eh?" Pandangannya terarah ke luar tingkap helikopter.
Dapat dia lihat Bakar menggendong Dato' Othman dari belakang. Siap tunjuk simbol 'peace' lagi. Fikir ini acara merentas desakah?
Profesor Acta menggenggam penumbuknya. "Ejen gemuk itu lagi!" Mesin masa berada di belakangnya dihidupkan. Nampaknya, ada 'mangsa masa' baru lagaknya.
Reziana menepis balingan gasing itu dengan pedang miliknya. Dia mengetap bibirnya. Tidak patut dia pandang rendah dengan duo 'Ali' dan Aliya' ini. Memang kuat dan tidak boleh disangkal!
Aliya mengeluarkan tali berserta dengan gasingnya. Ali pula sudah bersiap sedia dengan gasing dengan tangannya. Kiranya ini team beyblade burstlah.
Reziana tiada pilihan lain. Melainkan memanggil semua pasukannya datang ke sini. Dia menekan satu butang khas pada sisi topengnya.
Ejen-ejen yang dirasuk Reziana berhenti menyerang ejen Tekno. Ada yang siap mengira perlawanan gusti juga turut berhenti mengira.
Semuanya kembali ke arah Reziana. Bukan pergi dekat Reziana, pergi dekat Reziana buat apa. Tidak dapat duit pun. Namun, membuat serangan terhadap Ali dan Aliya.
"Alamak!" Ali terbeliak mata melihat semua ejen kini menyerang mereka berdua. Kurang ajar punya Reziana. Panggil geng pula dia!
Aliya menarik Ali dekat dengannya lalu memasang pelidung. Sebuah glob pelindung mengelilingi Ali dan Aliya. Ejen-ejen lain seperti menjadi zombie dengan memukul dan menyerang glob pelindung Aliya.
"Takkan kena kawal sampai macam ini?" Ali memandang sekeliling dengan pandangan tidak percaya.
Kalau kena kawal otak sekalipun, muka tolonglah elok sedikit. Ini muka macam bangun tidur selama sepuluh jam sahaja.
Aliya mengesan melalui IRISnya. "Ah, rasanya ianya datang dari topeng itu. Topeng itu pun macam disambung dengan sesuatu."
Ali berpaling ke arah Aliya. "Sesuatu?"
Aliya mengangguk. "Ya, sesuatu macam..." Aliya terus mengimbas dari mana punca segala pengawal. "Dari dalam poket seluar Ana."
"Ha? Poket seluar?" Ali turut memandang ke arah sama dengan pandangan Aliya. Mesti Reziana pelik... apa fasal dia orang pandang seluar dia? Zip terbuka ke?
Tetapi kalau zip seluar dia terbuka pun, tidak inginlah aku nak pandang. Lembu tengok pun tutup mata guna ekor.
Ali mengeluarkan talinya. "Jadi, apa tunggu lagi? Kita kena ambillah barang daripada Reziana tu sebelum banyak lagi dia akan rasuk!"
Aliya menolak tangan Ali yang memegang tali ke bawah, perlahan. "Sabar, Ali. Kita tak boleh serang melulu. Lagi-lagi, 'orang' di luar ini akan serang kita jika kita sera..."
"Aaa!" Suara Bakar mengalihkan perhatian mereka. Kelihatan Bakar menggendong Dato' Othman di belakang sambil dikejar oleh Profesor Acta.
"Jangan lari!" Profesor Acta mengejar Bakar dengan mesin masa yang dikejarnya. Eloklah, tiga orang itu main permainan lawan Ultraman, dua orang lagi main 'police and thieves one to jaga'.
Namun, yalah. Sudahlah Profesor Acta angkut pistol ala mesin masa. Nanti kalau kena tembak, tidak fasal-fasal menghadap British. Tidak ke naya?
"Haih..." Reziana berdecit melihat iklan itu. Dia menekan sisi topengnya, memberi isyarat kepada ejen yang dikawalnya untuk menyerang Bakar.
"Eh, mana aci satu lawan ramai orang!" Bakar sampai terundur kakinya menahan serangan galak ejen yang dirasuk.
"Uncle!" Ali berura-ura hendak keluar daripada perlindungan untuk menyelamatkan pak ciknya. Naya kena penyek nanti.
Aliya menahan bahu anaknya. "Ali! Eh?" Aliya tersentak melihat senyuman sinis Reziana secara tiba-tiba. Apa maksud di sebalik senyuman itu.
Kalau nak belanja maggi, cakap sahajalah.
"Tit."
Langkah Ali untuk menyelamatkan Bakar terhenti. Ali membeku seketika sebelum menyoal, perlahan. "Bunyi apa tu, mama?"
"Tit."
Aliya berbisik perlahan. "Bunyi bom."
"Tit."
Muncul sebuah robot berbentuk hamster keluar dari lubang yang dikoreknya. Belakang hamster itu juga berdetik selama 6 saat, menandakan 6 saat lagi, bom akan meletup.
"Keluar!" Aliya pantas mengheret Ali keluar dari pelindung itu. Pelindung itu terus ditutup sendiri setelah dua beranak itu keluar.
Selang beberapa saat, robot hamster di dalam itu meletup sendiri. Mujur letupan itu cuma berlaku di dalam pelindung itu.
Seorang ejen lelaki berdiri di belakang Reziana bersama panel kawalan, pasti itu tuannya.
"Ergh!" Bakar meronta ke kiri dan ke kanan tatkala para ejen melompat ke arahnya. Inilah dikatakan 'rebutan orang ramai'. Sayangnya, semua itu bukan peminat Bakar.
"Bakar!" Aliya yang ingin menyelamatkan Bakar, dihalang Ali.
"Tak apa, mama. Ali ada. Ali boleh tolong uncle!" Ali terus dengan gasing di tangan ke arah Bakar yang dikerumuni para 'army'. "Uncle!"
Aliya tersenyum memandang Ali yang cuba menyelamatkan Bakar. Dia memusing laju ke arah Reziana. Reziana masih lagi merenung sinis kawan lamanya itu.
Reziana berpeluk tubuh. "Jadi, apa kau nak buat sekarang?"
Aliya tidak menjawab sebaliknya menyentuh sisi IRISnya, IRIS Aliya menjadi cahaya berwarna biru. Reziana yang sudah bersedia, mengarahkan para ejen melalui isyarat untuk menyerang Aliya.
Ejen-ejen lain mara ke arah Aliya, bersama dengan setiap gajet masing-masing. Serangan mereka dihalang oleh sebuah robot tinggi satu meter di atas Aliya.
Rupa-rupanya, robot yang melindungi Aliya telah dikawal Aliya melalui overide Mood! Skrin robot itu bercahaya berwarna biru sama dengan IRIS kepunyaan Aliya.
Sementara itu, Iman melayangkan hujung selendang melilit tubuh Dato' Othman. Ali segera melemparkan gasing mengenai kain selendang Iman.
Iman menarik laju selendang meratapinya. Nampaknya, bersungguh-sungguh mereka yang dikawal ini untuk mengambil Dato' Othman kembali!
"Iman, ini kita oranglah! Berhentilah serang!" Khai merayu dari atas kotak besi.
"Dia orang kena kawal, Khai! Hiargh!" Ali melompat melepasi salah satu ejen Kombat yang cuba menyerangnya.
Comot mematikan mod halimunannya di hadapan ejen Kombat. Mungkin ejen kucing itu 'jatuh' semasa Ali melompat tadi. Comot segera menerkam wajah ejen kombat itu.
Kasihan betul ejen itu. Sudahlah kena kawal, kena cakar dengan kucing betina yang cantik pula itu. Uhuk! Apa fasal ayat dia lain macam?
Robot berlari ke arah Reziana mengikut arahan IRIS. Bergegar sekeliling akibat hentakan robot itu. Beberapa ejen cuba mencederakan robot itu namun berjaya ditepis dengan mudah.
Seorang ejen Inviso cuba melibas Aliya dari belakang tercampak pedangnya disebabkan tembakan tangan gergasi dari robot itu. Tangan itu terbang kembali tersarung ke robot itu selepad beberapa saat.
Reziana menepuk tangannya lalu keluar empat hologram seperti dirinya. 'Lima' Reziana mengelilingi robot tersebut.
Reziana melahirkan senyuman mengejek. Fikirnya robot itu tidak akan mengesannya. Robot itu menumbuk satu persatu Reziana yang ada, tetapi tiada satu yang asli.
Setiap kali satu hologram dihancurkan, Reziana akan membentuk satu hologram yang baharu. Satu Reziana cuba mencederakan leher robot itu tetapi diendahkan robot itu.
Malah, robot itu menyepak drastik Reziana yang kelima di kanan. Ternyata, ianya asli! Tendangan itu sangat kuat sehingga Reziana terseret jauh ke belakang.
Melihat Reziana seperti tidak penting lagi... kesian. Robot itu kembali ke arah Aliya yang sibuk diserang oleh para ejen yang masih lagi dirasuk oleh ponti'Ana'k
Ali membaling gasingnya menggunakan tali ke arah Profesor Acta yang setia memegang mesin masa. Ali tersentak apabila gasingnya dipegang begitu mudah oleh seseorang.
'Profesor Acta' itu menukarkan tubuhnya menjadi Rudy. Kalau masa itu Ali boleh ketuk kepala dia, memang sudah diketuk! Lupa pula Rudy ada sekali!
Ali meneguk air liur. "Alamak!"
Rudy mencampakkan Ali ke arah Profesor Acta yang sebenar menggunakan tali gasing milik Ali. Mari bersangka baik, mungkin Rudy mahu tunjukkan mana satu Profesor Acta yang sebenar.
Profesor Acta menghalakan pistol mesin masanya ke arah Ali. Bang, bagilah dia bangun dahulu, bang.
Masa ditetapkan selama 15 tahun yang lalu. "Ada kata terakhir, budak?"
"Meow!" Suara kucing mengerang garang memeranjatkan Profesor Acta. Labu di belakang Profesor Acta melompat tinggi ke tengkuk Profesor Acta sehingga terlepas mesin masa dari tangannya.
"Aduh!" Ali mengangkat kepalanya. Kepalanya digosok perlahan. Huhuhu, rasa sakit kepala. Sudahlah logam benda itu. "Aduuuh..."
Seorang ejen lelaki melempar tali skipping ke arah Labu yang mengganggu Profesor Acta. Comot yang perasan hal itu, menyerang ejen lelaki itu.
Mesti ejen lelaki itu mimpi ada hantu duduk bertenggek dekat muka dia. Tanda pagar, justice for ejen ini.
"Mama, uncle, dah dapat!" Ali mengangkat mesin masa berbentuk ghost buster ke dadanya.
Dia terbuntang mata melihat Reziana menebuk lubang ke arah dada robot yang dikawal Aliya menggunakan pedangnya.
"Mama! Eh..." Ali mengelak serangan dari ejen Mika yang menyerang melulu, terpaksa dia lawan orang yang menyerangnya terlebih dahulu.
Sebaik sahaja robot itu jatuh, Reziana ingat Aliya yang akan menyerangnya dari hadapan. Tidak siapa menyangka Aliya akan membuat serangan dari belakang!
Aliya memegang topeng Reziana dari belakang lalu menarik ke bawah dengan kasar. Topeng itu diambil dan dihancurkan dengan memijaknya.
"Kurang ajar!" Suara Reziana dan Profesor Acta bergema serentak di perlabuhan itu.
Profesor Acta mengambil Labu dari lehernya dan menyepak tanpa sebarang belas. Labu disambut oleh R.O yang berjalan disebelahnya.
Ini kalau pencinta kucing lihat, nescaya anda akan dengar lagu apabila Titan bertukar menyerang Profesor Acta.
Ali yang berura-ura ingin menghentakkan gasing ke tanah terhenti ketika semua ejen yang dikawal berhenti menyerang. Ada yang bingung dan ada juga tergaru kepala.
"Aduh! Aduh! Moon, sakit!" Bakar mengaduh sakit tatkala Moon masih menggigit tangannya. Kalau ketam dia mencubit, si Moon pula menggigit.
Moon melepaskan gigitannya. "Eh? Kenapa aku gigit ejen Bakar... maksud saya, maaf!"
Ali berpaling ke belakang. Matanya membulat melihat Profesor Acta mencapai tangan robot yang terputus. Profesor Acta menghalakan tangan robot itu ke arah Aliya.
"Jangan!" laung Ali seraya kakinya pantas menuju ke arah Aliya dan Reziana.
Aliya yang mengangkat leher baju Reziana terkedu apabila namanya dipanggil. Tiba-tiba, dia ditembak oleh satu gelombang tembakan yang kuat.
Disebabkan tembakan itu, Aliya terlempar ke jauh ke kotak besi. Membuat jantung Ali ingin terbang saat dia ternampak cecair merah pada Aliya.
"Tak guna!" Ali menjerit sekuat hati dengan air mata yang bergenang. Dia menghentakkan gasingnya.
Gasing itu terpelanting. Semuanya berlaku secara pantas. Gasing itu terpantul dan mengenai tengkuk Profesor Acta. Profesor Acta serta-merta melayari alam mimpi.
"Kakak!" Bakar berlari di belakang Ali.
Reziana berpeluk tubuh memandang Bakar dan Ali menuju ke arah Aliya. Posisi itu tidak lama apabila dia diserang beberapa ejen Tekno. Dia mula mengeluarkan pedangnya.
"Mama!"
✨✨✨
Tarik nafas, mohon bertendang.
Buku ini mahu habis!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top