BAB 19
AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.
"NO! Amani tak nak abang ikutkan sangat... kau faham tak? Kakak tu ada duit!"
"Kita tak akan miskinlah kalau bagi dia duit! Kita banyak duit lagi. Kenapa busuk hati sangat?"
"Busuk hati? Abang cakap a..."
Dato Othman terus menukar siaran televisyen itu kepada siaran berita. Sempat lelaki tua itu mengomel kecil. "Apa punya dramalah... Cinta Sekali Lagi konon. Amani pun kurang ajar gila."
Dato' Othman menghirup sedikit teh yang masih suam. Walaupun Dato' Othman seorang dato bandar di sini, dia bukan selalu tengok siaran politik, namun siaran drama cinta!
Fuuh, sejahat-jahat dia pun, ada taman berbunga juga dalam hati!
Tiba-tiba, kedengaran bunyi tembakan serta rempuhan dari luar. Dato' Othman menoleh ke arah tingkap dengan panik sebelum memerhati ke arah kopinya. Ianya bergegar.
"Ah! Masa-masa inilah nak datang." Dato' Othman menarik keluar tongkat yang digunakan untuk berjalan.
Yalah, tidak mungkin mahu mengesot pula. Nanti Profesor Acta tidak jadi mahu menculik kerana ingatkan itu hantu suster ngesot.
"Pengawal! Cepat!" Dato' Othman sudah berdiri dengan dua tongkat di bawah ketiaknya. Mesti tongkat itu akan terhakis sebab asid bau dari ketiak Dato' Othman.
"Ya, Dato'!" Salah seorang pengawal menghampiri Dato' Othman.
"Kita ke bawah pengkalan sekarang! Nampaknya... mereka telah sampai." Pengawal iti tersentak mendengar arahan Dato' Othman. Seawal ini?
"Baiklah, mari pergi!" Pengawal itu bergerak terlebih dahulu ke bahagian dapur
"Hoi! Hoi! Hoi!" Dato' Othman memberi isyarat bahawa dia tidak boleh berjalan seperti biasa.
Kurang ajar punya pengawal. Lari dahulu daripada dia. Mentang-mentanglah kaki dia patah. Tunggulah... dia pecat pengawal itu nanti.
"Ali... walau bagaimana pun, jangan serang dahulu e... Ana ataupun Profesor Acta semasa mereka merempuh masuk rumah Dato' Othman." Ejen Leon memberitahu Ali.
Mereka sedang bersiap-siap untuk turun padang, berlawan dengan 'Profesor pencipta mesin masa'. Mustahil bersiap dengan senjata mahu pergi membeli-belah pula.
Riak muka Ali berubah bingung. "Eh? Kenapa... baiklah..." Ali akur pada akhirnya. Kalau melawan, dia juga dapat binasa akhirnya.
General Rama menjelaskan satu persatu pelan ketika mereka menyemak kelengkapan. "Baiklah, macam kita tahu... Profesor Acta dan Ana akan menyerang Dato' Othman dahulu."
"Di rumah Dato' Othman ada sebuah pekangan bawah tanah, yang melindungi semua tak kira apa pun bencana. Mungkin kita boleh lengahkan mereka berdua sebelum kita menangkap mereka."
Khai mencelah dengan satu soalan. "Tapi, kalau rancangan ini... tak berjaya?"
General Rama menjawab. "Tak apa, sebab kita ada pelan Teras."
Khai dan Ali saling berpandangan. "Keras?"
"Huh..." Dato' Othman merenung resah ke arah pengawal yang memasukkan kata laluan. Dia mengherdik pengawal itu, garang. "Kenapa lambat sangat, macam mana kalau..."
"DUM!"
Lampu bulat di penjuru dinding berkelip beberapa kali macam lampu dsiko. Tidak semena-mena, siling itu pecah seperti dirempuh sesuatu.
Terpapar Reziana dan Profesor Acta bersama beberapa robot dan orang gaji Dato' Othman.
"Kamu..." Bicara Dato' Othman terhenti saat pengawal di sebelahnya pengsan kerana tembakan salah satu robot.
"Tak penat ke lari macam ini, Dato'? Kami yang mengejar ini pun penat." Profesor Acta membetulkan mesin masanya yang diletakkan di belakangnya.
"Hrgh..." Dato' Othman berundur dengan gerakan tongkatnya. Kalau lari pun, tidak sempat ini. Nanti jatuh, buat malu sahaja.
"Diam!" Reziana menendang dada Dato' Othman, membuat lelaki itu terjatuh. Kesian lelaki itu. Tidak sempat kata apa-apa, sudah disuruh senyap.
Dato' Othman memandang sekeliling. Jamnya berkelip-kelip dengan logo MATA. Sekelilingnya juga sudah dikepung dengan robot dan orang sendiri. Mana ejen-ejennya? Lembap betul
"Sekarang... baik kau mati dari kau sibuk matikan orang lain!"
"Tekno, sekarang!
Profesor Acta yang ingin memijak muka Dato Othman terhenti tatkala kakinya dililit dengan tali.
Reziana segera mengeluarkan batu seremban dan mengubahnya menjadi pedang. Tali yang melilit kaki adiknya itu dipotong dengan mudah. Dia ke tepi beberapa langkah.
"Aku kenal tali ini... ini tali gasing." Reziana berdecit kuat. "Mustahil... macam mana kau sampai sini dengan cepat, Aliy..."
"Bukan Aliya. Tapi Ali." Ali berdiri di atas bangunan yang masih tidak pecah. Entah mana silap Ali, kaki kirinya terpijak di alam awangan.
"Eh! Eh! Eh!" Ali hampir terjatuh ditarik ke belakang oleh Bulat. Masa-masa begini mahu jatuh lagi. Nasib tak jatuh ke hati saya... eh?
"Ergh..." Menyedari tiada peluang untuk bebaskan diri melalui udara, dua beradik penjenayah itu keluar dari bilik stor menuju ke helikopter diletakkan.
Bersama Dato' Othman serta beberapa orang yang dikawal. Dato' Othman tidak kena kawallah. Otak dia sudah biul sedikit selepas pengsan.
"Hey, jangan bawa lari Dato' Othman!" Ali berteriak menghalang. Wahai Ali, kalau penjahat suruh berhenti... manalah dia nak berhenti.
Reziana mengetap gigi memandang ejen Tekno berdiri mengempung mereka. Dato' Othman yang berada di cempungannya dipegang kemas. Wah, kuat juga Reziana rupanya.
"Kau dah tak ada jalan untuk keluar lagi. Menyerah sahajalah!" Salah seorang ejen wanita tekno bersuara.
"Haha..." Reziana terus tergelak terbahak-bahak macam orang gila. "Hahahahahaha!"
Orang di sekeliling sudah garu kepala. Si Profesor Acta pun turut menggosok kepala. Rasanya Reziana ini sudah salah tempat. Tempat asal dia ialah Hospital bahagian mental layaknya.
"Tak semudah itu!" Seiring dengan suara Reziana, sebutir batu seremban ditekan. Keluar asap yang menenggelamkan bayang-bayang mereka.
"Ergh..." Ramai orang pengsan disebabkan terhidu gas tersebut. Hanya beberapa orang yang masih bertahan. Ada yang sudah rebah.
"Peningnya..." Ali terhuyung-hayang bergerak. Tanpa sedar, dia telah memaut pada belakang seseorang.
"Pak!" Satu tamparan terkena muka Ali. Terkejut Ali sampai terundur ke belakang. 'Benda' yang terjatuh tadi diambil. Oh... topeng pelitup muka nampaknya.
Ingatkan Alicia tampar tadi.
"Pakai mask tu. Aku rasa... ini gas tidur." Khai berpesan dengan segera. Yalah, nanti pengsan pula budak ini.
"Oh, okey." Ali yang melihat Khai sudah memakai topeng muka, lantas memakai topeng muka miliknya.
"Cepat! Kita kena pergi ke posisi masing-masing!" Suara seorang lelaki melaungkan peringatan di sebalik asap berwarna kelam ini.
"Harap-harap semuanya berjalan macam dirancanglah..." Ali menggumam sendiri. Dia bersedia dengan gasingnya untuk ke posisi seterusnya.
Suara General Rama bergema di dalam minda Ali. "Kalau Profesor Acta dan Ana melarikan diri, Neuro, Inviso dan Tekno akan bersiap-sedia. Mereka mungkin lari ke perlabuhan, tempat sama yang Profesor Acta melarikan Dato' Othman."
"Inviso akan memasang perangkap."
"Kau rasa kita dah selamat ke?" Reziana menyoal kepada adiknya. Terhegeh-hegeh dia berlari dengan Dato' Othman di belakang.
"Tak ada..." Profesor Acta sempat menoleh ke belakang. Lagipun, dia sempat mentelepotasikan mereka berdua ke pusat perlabuhan seminit awal. Sekarang hanya tinggal empat belas azuarium lagi.
"Kita tak boleh cuai sangat..." Reziana menutur, perlahan. Matanya terbuntang apabila terasa kakinya seperti terjunam ke dalam lubang. Walhal ini jalan tar!
"Berjaya!" Salah seorang ejen bersorak riang.
Rupa-rupanya, ada robot bulat kecil tersembunyi setiap penjuru jalan tar yang sengaja dilubangkan itu. Robot kecil itu mempamerkan hologram yang menampakkan jalan tar itu bertutup.
"Tch, aku dah agak. Semua ini rancangan MATA!" Reziana menghela nafas, kasar.
"Dan Ganz akan cuba mengambil mesin masa dari Profesor Acta."
Ganz menyerang hendap mereka dari belakang dengan general Rama dan geng Mamak Maju. Satu kumpulan macam Hindustan! Mana kereta terbang?
Reziana merasa udara di belakangnya sedikit berbeza, dia membuka tali yang mengikatnya dengan Dato' Othman. Tanpa disangka, dia membaling Dato' Othman ke belakangnya.
Dato' Othman yang terlempar macam burung puyuh merempuh general Rama. Paling mengejutkan, geng Mamak Maju dan ejen Ganz dihantar ke masa lampau oleh Profesor Acta!
"Ha..." Ejen-ejen Inviso dan Neuro dan Kombat terkedu melihatnya. Sudahlah bilangan mereka hanya 'belas-belas' sahaja.
"Ish!" Moon menepuk tangannya yang mengeluarkan tiga hologramnya. Moon melompat masuk ke dalam lubang di mana Reziana dan Profesor Acta berada.
Reziana sudah menghalakan tangan ke arah Moon dengan satu senyuman sinis. Sepantas internet 4G, fungsi teknologi Moon dimuat turun.
"Eh? Eh?" Moon menjadi panik apabila hologramnya hilang. Kelibatnya juga hilang di situ kerana telah dihantar ke masa lampau.
Sumpah... memang silap besar agensi ini mengurungnya di sini.
"General... macam mana ini?" Ejen-ejen lain sudah kebuntuan. Kalau mereka bergerak, pasti akan menerima nasib macam ejen yang dihantar ke masa lampau tadi.
Sementara itu, Profesor Acta sempat menekan salah satu butang di dalam poketnya. Macam... alat kawalan jauh.
General Rama mengalihkan Dato' Othman dari menghempap pehanya. Dia juga kekeringan idea. "Kita..."
Terbeliak mata general Rama melihat Alicia mendekati lubang itu. "Alicia!"
"Ah..." Alicia terhenti pergerakkannya. Batu kecil itu memasuki ke dalam lubang tar itu, menyedarkan Reziana juga Profesor Acta.
"Tiii..." Profesor Acta menekan picu, bersiap-sedia untuk menembak Alicia.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top