BAB 18
AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.
SARUNG tangan disarungkan pada tangan kiri dan kanan Reziana sendiri. Kesian... bujang, tiada suami mahu sarungkan untuk dia. Belum sempat Reziana ingin menaikkan hoodienya, hoodienya terturun kerana angin hasil pergerakan sesuatu.
Reziana menoleh ke kirinya. Dia memandang kosong gasing yang masih berpusing sebelum memaling ke arah kanannya. "Aku dah agak."
"Huh... huh..." Aliya merenung tajam Reziana sambil memegang talinya, bersiap-sedia untuk melawan bekas ejen M.A.T.A itu.
"Meow!" Eh, di sebelah Aliya juga ada Labu! Labu menayang muka garangnya serta kuku tajamnya semua dilakukan.
Mereka bertiga dalam posisi bersedia sehinggalah Aliya bersuara terlebih dahulu. "Mana? Mana I.R.I.S aku?"
"Heh..." Reziana memakai topeng dan alat penukar suaranya. Suara dua alam mula dikeluarkan. "Aku tahu kau akan datang dengan bantuan."
"Kalau kau nak ini." Reziana mengeluarkan I.R.I.S di poketnya. "Marilah ambil!"
"Ergh!" Aliya menghentakkan dua gasingnya. Dua gasing itu memantulkan diri dari dinding rumah dan pokok-pokok, menuju ke arah satu gasing di belakang Reziana yang masih berpusing.
Saat tiga gasing itu hampir bertembung, Reziana segera mengeluarkan batu seremban berwarna biru dan memicitnya. Keluar pedang besar dari kain batu seremban itu.
Dengan mudah, Reziana melibas ketiga gasing itu. Mata Aliya terbuntang melihat ketiga-tiga gasingnya terbelah dua.
"Takkan kau tak kenal bekas ejen M.A.T.A macam aku ini?" Reziana memegang erat pedangnya. "Setakat ejen picisan macam kau, senang sahaja untuk aku tewaskan!
"Huh, jangan banyak cakaplah!" Aliya mengeluarkan lagi satu gasing.
Dalam hati, wanita itu berdecit kuat. Sudahlah dia tidak boleh terlalu lasak sangat. Gasingnya juga hanya tinggal empat sahaja lagi.
Reziana menekankan hujung kakinya. "Baiklah kalau macam itu, aku akan buat kau kehilangan nyawa di sini." Reziana berlari dengan laju ke arah Aliya dengan niat ingin melibas Aliya.
Skrin beralih ke arah Acta yang terundur ke belakang. Pasti kerana dirempuh oleh Bakar. Acta cuba menstabilkan nafasnya buat seketika sebelum mara ke hadapan untuk menumbuk Bakar.
Tumbukan bertalu-talu dihadiahkan buat Bakar. Mungkin itu hadiah hari lahir. Bakar menahan tumbukan itu dengan perisai di lengannya sehingga terundur beberapa langkah ke belakang.
Walaupun badan Acta kurus kering, jangan ingat dia langsung tidak sekuat Badang. Bukan Badang warna hijau yang rugikan pawagam itu.
Melihat Acta yang lelah menumbuk, Bakar pantas menumbuk Acta namun tidak berjaya apabila Acta berjaya menunduk. Acta bangun kembali dan cuba menendang dada Bakar.
Tetapi, itu merupakan perbuatan yang sia-sia, bro. Bakar sempat memegang kaki Acta dan menterbalikkan lelaki itu ke belakang. Dapatlah jadi burung puyuh walaupun sesaat.
Wajah Acta tersembam ke tanah. Pasti bengkak teruk ini.
Situasi Acta sama macam Reziana. Reziana cuba melepaskan diri dari tarikan graviti yang memerangkap diri. Pedangnya juga sudah tercampak jauh dari kedudukannya.
Aliya menghampiri Reziana seraya bertutur, perlahan. "Hentikan perbuatan kau, Ana. Semua ini sia-sia sahaja."
Labu menghidu-hidu di sekeliling Reziana, mencari IRIS yang disorokkan Reziana. Harap-harap tidak pengsanlah lepas bau wanita itu. Memang pergh... bau dia!
"Sia-sia?" Reziana mengulang, sinis. Hatinya sudah beku dan tertutup untuk menerima nasihat Aliya.
"Aku akan hentikan semua ini..." Reziana sengaja menghentikan ayatnya. Merasakan poketnya diusik seseorang, Reziana mengeluarkan satu lagi batu seremban yang berfungsi sebagai pedang secara sorok.
"BILA AKU DAH BUNUH KAU, ALIYA!" Reziana memberontak dalam pergerakan. Hologram pemberat graviti itu berkecai kerana potongan pedang Reziana.
Labu yang berjaya menarik IRIS membelakangkan langkah dengan laju. Sayangnya, IRIS itu jatuh, tidak sempat diambil Labu.
Aliya cuba untuk mencapai IRIS tersebut namun terpaksa menunduk disebabkan Reziana hampir memenggal kepalanya dengan pedang. Dia menarik nafas lega kerana tidak menjadi penanggal.
Reziana baru sahaja ingin mengutip IRIS menggunakan kakinya, mukanya diterkam Labu yang muncul entah dari mana. Itulah... nak kutip barang, jangan guna kaki. Pakai tangan.
Reziana berundur ke belakang sambil tangannya kalut melarikan Labu dari permandangannya. Aliya mengambil kesempatan dengan mengambil semula IRISnya.
Aliya menekan butang pada IRIS. Secara automatik, IRIS kembali melindungi pada matanya.
Reziana mencampakkan Labu ke sebelah. "Aku takkan biarkan!"
Aliya melayangkan gasingnya tanpa sebarang suara. Gasing itu hampir mengenai leher Reziana tetapi Reziana cepat mengelak. Reziana mengukir senyum mengejek. "Heh, tak kena!"
"Bila masa aku nak sasarkan pada kau?" Aliya juga turut tersenyum.
Riak wajah Reziana berubah bingung. Gasing yang berlanggar dengan pokok kembali ke arah Reziana, bukan pada Reziana tetapi pada gasing miliknya.
Gasing dan pedang itu tercampak jauh. Reziana yang ingin mengambilnya terhenti melihat dua gasing bertembung dengan gasing di sebelah pedangnya, membuatkan pedang itu tertarik ke pusat graviti.
Aliya kini menyerang tanpa belas, meskipun sebenarnya dia mahu menamatkan terus perlawanan ini demi keselamatan Ali di kandungannya.
Aliya melibas gasing ke arah Reziana. Reziana dengan cemas menekan salah satu batu seremban serta membentuk glob pelindung di sekelilingnya. Malah, Labu pun tidak boleh mencederakan glob itu walaupun dengan mencakar.
Aliya yang ingin menyerang lagi terhenti tatkala satu kayu panjang dilemparkan ke arahnya. Aliya berdecit kuat semasa mengelak. Anak Hulk mana campak blok kayu ini?
"Huh! Huh! Kakak! Keluar! Naik helikopter!" Acta melaung kepada Reziana. Bersungguh-sungguh Acta berlari ke sebelah rumah di mana tempat dia menyimpan helikopternya.
"Baik." Reziana mematikan pelindung bolanya. Dia segera mengikuti Acta yang lari jauh ke hadapan.
"Huh... huh... jangan... huh... lari..." Bakar termengah-mengah menghentikan lariannya di sebelah Aliya. "Kalau... kafau tak turun berat ni... tak tahulah..."
Aliya memegang perutnya dan berkata. "Kita... kita kena halang Reziana dan Profesor tu!"
"Sabar, kak... huh... Bakar... lari banyak sangat... hari ni..." Bakar meminta Aliya untuk menunggunya mengisi tenaga. Rasanya boleh isi nama untuk jadi atlet balapan ini.
"Tetapi..." Bicara Aliya terhenti apabila sekeliling mereka menjadi berangin. Tidak mungkin ada Collossal Titan di sini. Kelihatan sebuah helikopter naik ke atas udara.
Aliya, Bakar dan Labu terlopong melihat helikopter sudah terbang, meninggalkan mereka bertiga. Helikopter itu memutarkan bilah kipasnya, terbang menuju ke tempat yang diketahui semua.
Iaitu... rumah Dato' Othman.
Aliya berdesis kuat. "Tak guna!"
...
Bola-bola robot memgelingi Ali, Khai dan Roza. Bola-bola tersebut menghantar sut secara hologram pada tubuh mereka. Serta-merta mereka bertiga berpakaian seperti ejen.
Sedang Ali, Khai dan Roza membetulkan gaya pemakaian mereka.... yalah, seorang pakai spek mata semula, dua orang lagi betulkan gaya rambut. Alicia yang melekat di siling seperti cicak juga sudah berpakaian seperti ejen.
"Macam mana mama aku kena culik?" Ali cuba mengumpul maklumat dari dua kawannya.
"Entah... yang aku tahu daripada ejen Leon, yang ada penceroboh datang ke sini. Dan culik mama kau." Khai menjelaskan apa yang dia ketahui.
"Lepas itu, suruh kita orang panggil kau," terang Roza sambil menggilap senapang miliknya. Masa berjalan inilah tempat sesuai untuk dia mengelap senapangnya.
"Ejen Dayang dengan ejen Geetha pula dikejarkan ke hospital. Nampaknya musuh kita kali ini bukan biasa-biasa." Roza meletakkan senapang di bawah ketiaknya. Bungkusan gula-gula getah dibuka.
Rahang Ali terbuka luas. "Ejen Geetha dengan ejen Dayang... dekat hospital?"
"Itulah fasal. Sampai berdarah teruk ejen Dayang. Terkejut juga bila kita orang tahu." Khai menjawab soalan Ali.
"Macam mana..." Ali masih tidak percaya dengan apa yang terjadi. "Patutlah Alicia halang aku datang sini."
"Uhuk!" Alicia terbatuk kecil tatkala Ali menyebut namanya. Kurang ajar betul budak pendek! Dia cuma jalankan tugas sahaja.
Khai yang terdengar bunyi batuk Alicia bertanya. "Kau ada dengar tak bunyi itu?"
Ali mendiamkan diri, cuba mendengar bunyi yang dikatakan Khai. Ali akhirnya menggeleng. "Tak ada pula."
Khai mengerutkan dahi. "Tapi seriuslah aku dengar bunyi tadi..."
"Kau tak korek telingalah itu. Entah-entah bunyi tahi telinga keras yang bergolek dalam telinga kau." Roza membalas, sarkistik.
Khai dan Ali automatik memegang telinga. Ada ke tahi telinga keras bergolek, seram pula mereka berdua dengar.
"Nasib aku dah korek telinga semalam." Sempat Ali mengumam kecil. Betul ke budak ini yang tewaskan Niki?
"Sudah, kita dah sampai depan bilik mesyuarat." Khai bersuara, meminta mereka bersedia.
Mereka bertiga masuk ke dalam bilik mesyuarat itu termasuk Alicia yang di atas siling. Alicia boleh menggantikan 'spiderwoman' rasanya. Malah, rasanya spiderman juga turut menangis melihat aksi ini.
"Sampai pun kamu." Ejen Karya memandang tiga ejen muda yang baru masuk ke bilik mesyuarat.
"Ejen Karya, macam mana dengan mak saya? Macam mana penceroboh itu masuk..." Bertalu-talu soalan Ali berikan. Ali menyambung soalannya ketika melihat ketiadaan ejen Bakar. "Mana ejen Bakar?"
Ejen Leon cuba menenangkan Ali. "Sabar, Ali. Tanya pun, tidak akan menyelesaikan masalah."
General Rama di sebelah ejen Karya memberikan penerangan. "Pagi tadi, M.A.T.A telah diceroboh oleh bekas ejen M.A.T.A. Kami mengesyaki, dia ada hubungkait dengan kehilangan azurium dan juga Profesor Acta."
"Mereka telah menculik Aliya berserta IRIS menggunakan helikopter kerajaan yang dicuri. Jadi..." General Rama tergamam melihat Alicia yang berada di siling.
Alicia terkedu melihat mata general Rama berhenti ke arahnya. Malah, wajah general juga terkejut amat. Papa sudah tahukah dia berada di sini?
"Kenapa general berdiri macam patung manequin?" Ali berbisik perlahan. Khai sekadar menjongket bahu.
General Rama mengabaikan Alicia lalu menyambung. "Jadi, kami pasti Dato' Othman akan diculik sebentar lagi. Ejen-ejen lain sudah berkumpul dan kamu juga diperlukan dalam misi ini."
Ejen Leon mencelah. "Dan prioriti utama kita ialah Dato' Othman. Lindungi Dato' Othman tak kira macam mana pun! Ejen Ganz akan mengambil mesin masa dari Profesor Acta."
"Sekarang kita akan bergerak. Dan... Ali, rasanya kamu perlu bersiap-sedia. Mungkin ada sesuatu perkara akan berlaku sekejap sahaja lagi." Ejen Karya memesan pada Ali dengan penuh tersirat.
Ali meneguk air liur. "Perkara?"
"Baiklah, kita akan bergerak segera." General Rama tegas memberikan arahan. "Bertindak segera!"
"Baik, general!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top