BAB 17
AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.
"CIP! Cip!" Burung berbulu biru memijak tepi sarangnya. Cacing yang menggeliat meminta melepaskan diri disuapkan ke dalam paruh anaknya yang bising berkicauan.
"LABU! Tunggulah!"
Teriakan kuat itu mengejutkan si anak burung yang sedang menelan kuat. Termuntah kembali cacing ke atas sarang. Cacing itu punyalah seronok dapat lepaskan diri tetapi kena makan balik juga akhirnya.
"Huh... huh... Labu nak suruh aku bersenam ke ajak aku lari sampai dekat perlabuhan ini?" Bakar bermonolog sendiri.
Namun, tidaklah bercakap sendirian terlalu lama. Labu lagi penting! Melihat Labu membelok ke kawasan perumahan lama, segera dia turutkan langkah kucing itu.
"Labu, kita nak pergi mana ini?" Bakar setia mengekori Labu. Matanya terhias dengan pemandangan rumah-rumah lama. "Ini... bukan ke taman perumahan lama, yang akan dirobohkan tahun depan?"
"Meow!" Labu memusing arah ke sebelah kiri, masuk ke dalam lorong perumahan lama yang paling hujung. Berhadapan dengan tasik.
Nasib tidak ada ikan lumba-lumba melompat dalam tasik itu, kalau tidak bukan setakat Labu dengan Bakar terkejut, Profesor Acta duduk depan rumah pun terkejut.
"Kenapa kau bawa aku pergi sini?" Bakar menyoal kucing itu yang lincah berlari. Ini kalau tidak turun berat satu kilogram, tidak tahu mahu kata apa.
"Meow." Labu menunjukkan rantai kunci yang digigitnya kepada Bakar.
"Oh... kau nak bagi aku rumah baru ke? Tetapi ini rumah lama..." Labu menarik muka menyampah. Bengap punya adik tuan.
"Hey, Labu. Tunggu!" Bakar mengejar Labu yang sudah masuk ke dalam halaman salah satu rumah.
Lagi membuatkan Bakar merasa aneh, kelihatan sebuah helikopter besar diletakkan di sebelah halaman rumah. "Ini... helikopter yang dicuri tu."
"Meow." Labu memanggil Bakar yang masih berdiri kaku. Lambat betul abang ini.
"Kau... kau nak cari Aliya, kan?" Bakar akhirnya dapat meneka punca dia berjoging sampai ke sini.
"Meow!" Labu mengiau tanda betul. "Meow." Labu terus menghidu permukaan tanah, menghidu bau-bau Reziana yang sudah tidak mandi sehari.
Labu berlari perlahan sambil menghidu. Dengan hidung tajam Labu, mereka dibawa ke rumah kecil di belakang halaman rumah itu. Atau dalam bahasa kampungnya, bilik stor.
Bakar memerhati sekitar bilik stor itu melalui celah-celah tingkap berjeriji yang terbuka. Matanya terbeliak luas melihat Aliya digari dan dibaringkan di atas katil.
"Kakak..."
Aliya menggerakkan kepalanya ke bahu. Sakit tengkuk cuba menoleh. Sudahlah digari atas katil, dipanggil nama tidak menyahut. Inilah terjadi bila para penjahat tidak mengorek telinga selama sebulan.
"Eh, Bakar. Selamatkan akak!" Aliya gembira melihat adiknya di hadapan mata. "Tapi... IRIS itu ada dengan Reziana."
Bakar mengerutkan dahi. "Reziana, siapa itu?"
"Tak ada masa. Cepat, kita kena halang mereka dari serang Dato' Othman." Aliya mengarah Bakar dengan panik.
"Oh, baiklah." Bakar memulas tombol pintu. Alamak, terkunci pula. Terpaksa kuasa rempuhan no jina jutsu digunakan.
Labu memanjat tepi tingkap sementara Bakar sibuk merempuh pintu. Mata kucingnya mengecam satu lubang cahaya di atas katil Aliya. Didongakkan wajahnya ke atas. Pasti ada bumbung berlubang di situ!
Labu turun daripada situ dan pergi ke sisi kanan bilik stor. Kotak-kotak yang kebetulan disusun di situ dipanjat sampai kakinya menjejak atas bumbung. Memang dia sudah agak!
Bakar menolak pintu sekuat hati dengan badannya. Dia berundur ke belakang melihat rekahan di pintu itu. Beriya-riya dia rempuh, rasa mahu main tolak dengan dinding bangunan sahaja!
"Dapat tak?" soal Aliya.
"Kejap... eh, Labu?" Bakar terkedu melihat Labu terlebih dahulu mendarat masuk ke dalam rumah.
Kelibat Labu hilang, mungkin menuju ke pintu. Kedengaran bunyi tombol pintu dipulas beberapa kali sebelum pintu itu terbuka dengan Labu tergantung memaut tombol pintu. Comelnya!
"Akak!" Bakar menghampiri Aliya yang digari di atas katil. Ha, memang tidak lepaslah kalau macam ini.
Bakar menarik-narik gari yang mengikat Aliya, namun gari besi, bukan? Tariklah macam mana pun, tidak akan terbuka melainkan kunci.
Labu berjalan mendekati mereka berdua. Gari-gari itu juga ditarik kuat dengan menggunakan giginya. Sia-sia sahajalah, Labu. Buat patah gigi sahaja.
"Kejap." Bakar mencapai pin yang di bawah katil. Jarum pin itu dicucuk ke dalam lubang kunci segala gari itu.
Aliya hanya mengerling ke arah Bakar yang sibuk membuka gari. "Bakar... akak rasa memang tak..."
"Ding!" Bunyi rantai besi jatuh ke lantai.
Bakar tersengih memandang kakaknya. "Ala, Bakar kan pernah buka diari akak masa kecil-kecil dulu. Mestilah boleh punya."
Aliya menjengil ke arah Bakar. "Sebab itulah akak dah tak tulis diari."
Aliya tersedar sesuatu. "Yalah, gasing." Aliya bangun dari katil dan hampir terjatuh. Nasib Bakar ada menahannya, kalau tidak habis kandungannya.
Yalah, duduk seharian atas katil. Reziana itu bukan baik hati sangat hendak urut minyak gamat dekat kaki. Tidak fasal-fasal kaki Aliya kebas tatkala bangun.
"Akak okey..." Aliya berjalan dengan tangan yang memegang dinding. Rasa macam ada batu duduk dekat bawah kaki. Kaki kebas, bukan?
Laci di penjuru dinding itu dirapati. Aliya menarik satu demi satu daripada tiga laci itu. Semuanya kosong! Sampai ke laci terakhir, cuma laci itu yang berkunci.
"Hehehe." Bakar dengan bangganya menunjukkan jarum pin yang dijumpainya.
Bakar memasukkan jarum pin ke dalam lubang kunci itu. Labu yang tadi di sebelah katil berjalan ke arah mereka. Selang beberapa saat, laci itu terbuka.
Aliya menarik laju laci itu. Benarlah! Ada beberapa alat perlawanannya. Gasing itu digantung pada tali di pinggangnya. (Aliya masih dalam baju ejennya.)
"Aku dengar... kau lapar." Suara lelaki mendekati pintu menyentakkan hati penghuni bilik stor itu. Serta-merta Aliya dan Bakar memalingkan wajah ke pintu.
"Jadi, aku bawakan bubur. Ibu mengandung elok... eh?" Profesor Acta yang muncul di muka pintu bersama bubur tergamam melihat Aliya yang sudah terlepas.
Mereka berempat (termasuk Labu) bertatapan mata seperti drama Hindustan. Nasib tiada jurukamera, kalau tidak pasti ada bahagian 'zoom in, zoom out'.
Aliya mengeluarkan gasingnya lalu menghentak dengan segera. Keluar cahaya terang, membuat pemandangan mata mereka silau dengan cahaya.
"Cepat! Lari!" Aliya bersuara cemas.
"Hei, tunggu!" Profesor Acta cuba masuk ke dalam, sayangnya dia dilanggar oleh Bakar. Jatuhlah kuah bubur yang dibuatnya ke atas lantai.
Mesti lepas selesai semua perkara ini, Profesor Acta terus menangis.
Melihat pintu yang seakan ingin ditutup, Profesor Acta cuba menyekat dengan tangannya. Rasa seperti ada benda menghalang pintu ini, Bakar cuba menarik lagi kuat.
"Argh, sakitlah!" Profesor Acta melaung kuat. Sudahlah bubur jatuh, tangan pula tersepit. Jangan ambil garfu dan cucuk mata sudahlah. Nanti jadi abang Acta Selamat pula.
"Eh?" Terkejut dengan suara itu membuatkan Bakar berhenti menarik pintu.
Profesor Acta yang melihat peluang di hadapan mata, terus tidak mensia-siakan peluang tersebut. Perut Bakar serta-merta ditendang menyebabkan Bakar senak dan terundur jauh.
Profesor Acta melarikan tangan yang menghalang matanya tadi. Macam dalam drama pula. Tangannya digenggam gaya ingin berlawan.
"Aku takkan biarkan orang macam kau halang aku. Aku akan hapuskan Dato' Othman!"
...
"Duk!"
"Alamak, jatuhlah pula." Ali mengangkat buku dan memasukkan kembali ke dalam rak.
Disebabkan tiada cikgu, budak kelas 1 Mandevilla terpaksa dibawa ke perpustakaan. Cikgu Matematik datang. Cikgu Bahasa Inggeris yang tidak hadir sebab cuti mengandung.
Ha, yang Ali cari itu bukan buku rujukan. Dia tengah cari komik!
'Lepas balik sekolah ini, aku nak pergi sahajalah. Entah-entah, ada benda yang berlaku dekat mama sampai dia sorokkan dari aku.' Ali berdesis di dalam hati. Dasar tidak makan saman.
"Buku Detektif Jebat..." Ali menggumam sendirian seraya membelek-belek setiap komik pada rak itu. Pergerakan matanya terhenti pada komik berjudul siri lima belas itu. "Ha, ini pun dia!"
Selesai mendapat buku yang dimiliki, Ali menoleh ke tepi. Alangkah terkejut budak Ali itu melihat pengawas perpustakaan di situ. "Argh!"
"Shh!" Pengawas itu meletakkan jari di bibirnya. Dia membetulkan spek matanya sebelum memandang tajam ke arah Ali yang pendek sedikit darinya.
"Awak tahu apa kesalahan yang awak buat?" Gadis di hadapannya masih memandang garang ke arahnya.
"Erk, saya ambil buku ini saja." Ali panik menjawab. Siap letak balik buku ke tempat asal.
"Serius saya kata, ikut saya." Gadis itu bersuara memberi arahan, mengajak Ali pergi ke tempat lain.
"Tapi, boleh tak saya nak bagi buku ini dekat kawan saya dulu?" Ali meminta keizinan. Tangannya sudah berura-ura ingin mengambil buku itu.
"Tak boleh! Cepat." Pengawas berkaca mata itu mengherdik Ali. Akak ini... bagilah 'can' sikit dekat Ali itu. Kesian dia. Sudahlah pendek.
"Yalah." Ali hanya menurut. Namun, dalam hati, berjuta-juta patah perkataan dia rungutkan.
Tiba di belakang rak yang tersorok, ada seorang lelaki tanpa kaca mata duduk bersandar di dinding. Rambutnya hitam dan segala rupanya seperti.
"Khai?"
"Ali!" Belum sempat Khai menyeru nama Ali, bunyi 'shh' yang kuat datang dari gadis pengawas itu.
Khai menyebut nama Ali dengan memperlahankan sedikit suaranya. "Ali, datang pun kau."
"Eh, kau sekolah dekat sini juga ke, Khai?" Ali menghampiri Khai dengan teruja. Yalah, rakan seejen sekolah dekat sini, mestilah dia punya hiper itu lain macam.
"Ya. Tapi aku kelas tingkat atas kelas kau, jadi tak selalu terserempak sangat. Oh, ya. Belakang kau itu Roza." Khai memperkenalkan gadis berkaca mata itu.
Ali berpusing ke arah Roza dengan muka yang terkejut amat. "Hah, Roza!"
"Shh! Ya, aku ini Roza." Roza menurunkan jari dari bibirnya. Lenguh dia main angkat-angkat jari begini.
"Kau pasti ke ini Roza? Kenapa muka dia ayu semacam?"
"Dia memang macam itu. Dalam M.A.T.A, sombong gila. Bila masuk sekolah terus jadi gadis wanita terakhir."
Urat-urat hijau menampakkan diri di dahi Roza. Dua orang manusia ini... berbual macam dia tiada di sini! Kurang asam betul!
"Kalau kita..."
Roza melastik getah ke dahi Khai dan Ali. Serta-mereka dua budak lelaki itu memegang dahi masing-masing. Itulah... jangan main-main dengan penembak handal, siapa lagi kalau bukan Roza!
"Eh, Ali. Kita orang datang sini sebab nak beritahu kau sesuatu." Khai terus terang tujuan asal mereka berjumpa Ali sambil memegang dahinya yang merah. "Ejen Aliya, maksud aku... mak kau. Diculik."
Mata Ali membulat besar. "Ha!"
Komik Ditektif Jebat, isu keempat belas diletakkan di tepi. Viktor memusing kepala ke kiri dan ke kanan. Tergaru sekejap kepalanya. Eh, mana pula si Ali anak Ghazali ini pergi?
Air muka Ali berubah resah. "Habis tu, macam mana? Sekarang waktu sekolah, kalau pergi... nanti kira ponteng pula. Aduuuh."
"Yang itu, kau tak perlu risau. Akan ada orang uruskan." Roza mengangkat tiga jarinya. Dia menurunkan satu persatu jarinya.
Ketika Roza menurunkan ibu jarinya, bunyi loceng berdering panjang sebanyak tiga kali.
"Kring! Kring! Kring!"
Comot yang tidur di bawah meja di mana Viktor berada tersedar akibat bunyi loceng itu. Kucing itu meregangkan ototnya sebelum keluar dari bawah meja itu.
Kedengaran satu suara menyapa dari corong pembesar suara. "Diminta para pelajar untuk segera ke padang untuk latihan kebakaran. Diulang. Diminta para pelajar untuk segera ke padang untuk latihan kebakaran."
Salah seorang pelajar berbadan gempal dalam perpustakaan itu mengangkat tangan, macamlah si pengumuman suara itu dapat melihat. "Tapi, tak terbakar pun."
Nada suara si pengumum menjadi bengang. "Pergi sahajalah. Nanti aku bakar sekolah ini karang."
"Dah settle. Jom. Ikut sini." Khai mencapai buku berwarna kuning di salah satu susuan buku di rak. Keluar cap tapak tangan di halaman pertama.
"Kejap, kejap. Aku nak ambil Comot." Ali meminta diri mengambil Comot. Dia kena sentiasa kekalkan prinsip ini, di mana ada Ali... di situ ada Comot!
Comot yang duduk di atas kerusi itu ditarik ke dada Ali. Terkejut kucing itu, tiba-tiba kena tarik.
"Bangun, Comot. Mama kena culik," beritahu Ali kepada kucing itu. Dia segera melarikan diri kepada Khai dan Roza saat ternampak Viktor di pintu masuk.
"Eh, mana Ali?" Viktor yang perasan ketiadaan Ali menyoal. Matanya meliar mencari kelibat Ali di sekitar perpustakaan.
"Dia pergi tandaslah tu." Alicia menjawab bagi pihak Ali. Dia sebenarnya nampak Ali melarikan diri... tetapi kenapa?
Lagi-lagi, dengan pengumuman yang secara tiba-tiba itu, pasti ada sebab di sebalik pengumuman tadi.
"Baiklah, murid-murid. Beratur!" Guru ganti memberikan arahan untuk mereka beratur.
Sekali dengan akak pengurus perpustakaan beratur. Mungkin gerun dengan amaran hendak dibakar sekolah oleh si pengumum tadi.
Alicia mengetap bibir. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Alicia yang berada di barisan belakang lantas berlari masuk ke dalam perpustakaan.
"Aku dah agak." Ayat itu yang pertama keluar dari bibir Alicia ketika berada di belakang rak tersorok itu. Melihat pintu lif slinder itu seakan ingin ditutup, Alicia melompat masuk ke dalam.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top