BAB 16

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

"MARI aku perkenalkan diri aku." Ejen Reziana duduk di atas laci bertentangan dengan katil diduduki Aliya. "Aku dan kau kerja sambilan sebagai nurse di hospital M.A.T.A. Aku berada dalam teras Kombat."

   "Kau..." Aliya meneruskan katanya tanpa teragak-agak. "Ejen Ana."

   Meletus tawa kejam daripada Reziana. "HAHAHA, tidak sangka kau masih kenal dengan aku? Ingatkan... masih belum kenal." Kemudian Reziana meneruskan gelaknya. Rasanya dia pun terlepas dari Hospital Mental juga.

   Aliya merenung hairan Reziana. Sudah kenapa perempuan ini. Dia cuma sebut nama perempuan itu sahaja, terus Reziana tertawa terbahak-bahak seperti sekumpulan monyet di hutan.

   Kelakuan Reziana seperti orang gila terhenti apabila belakang kepalanya dipukul oleh Acta. Satu ngauman kesakitan terpacul keluar daripada bibir Reziana. Itulah, sakan sangat gelak.

   Reziana berpaling laju ke tepi. "Kau kenapa?"

   "Aku nak pastikan sahaja kau gila ke tak. Itu fasal aku pukul kepala kau." Acta menjawab dengan selamba. Tidak takut hendak dipukul kembali lelaki ini.

   "Aku datang dari masa lepas, Ana. Macam mana aku nak lupa nama kau." Aliya menjelaskan. Itulah, lama sangat hidup dekat dunia ini sampai jadi bodoh Reziana.

   "Ehem! Sudah! Semua ini terjadi sebab kau! Sebab kaulah... aku keluar dari M.A.T.A." Reziana terus menyalahkan Aliya. Jarinya ditunding tepat ke arah Aliya.

   Aliya membulatkan matanya. "Apa maksud kau... sebab aku? Bukan ke kau keluar dari M.A.T.A sebab cedera parah yang kau alami?"

   Reziana berdecit kerana tersentap. Dia segera memegang kakinya tanpa sebab sebelum mengalihkan dengan pantas.

   "Ya, memang aku keluar dari M.A.T.A. Dan aku keluar itu berpunca dari kau. Kaulah punca atas apa yang terjadi pada aku!" Reziana tidak putus-putus meletakkan beban kesalahan ke atas bahu Aliya.

   "Aku dulu seorang pahlawan terhebat dalam M.A.T.A. Pahlawan kombat orang katakan."

   Salah seorang ejen Inviso menyapa Reziana. "Wah, ejen Ana kita! Aku dengar kau kalahkan lima belas robot semalam? Fuuh, gempak! Gempak!"

   Reziana tersengih, bangga. Hidungnya ditepis. "Heh, biasalah. Aku kan ejen paling hebat dalam M.A.T.A."

   "Puji-pujian selalu aku dapat. Sampaikan ke mana-mana aku pergi, nama aku menjadi sebutan. Tetapi... sejak kau datang..."

   "Eleh... setakat lawan lima belas robot, apalah sangat." Ejen Tekno di atas sofa akademi itu seperti melekehkan usaha Reziana.

   Reziana tidak berpuas hati, segera membalas. "Ha? Apa maksud kau, Que? Ke... kau jealous dengan aku?"

   "Erm, tiada masa aku mahu cemburu dengan kau." Que menyambung mengilat kukunya tanpa memandang Reziana. "Semalam, ada ejen baru direkuit masuk. Dia tewaskan dua puluh robot seorang diri. Guna alat sendiri pula."

   Mendengar kata-kata itu, membuatkan Reziana tergamam. Beberapa ejen lain mendekati ejen perempuan Tekno itu untuk mendapat maklumat lanjut.

  "Wah, yakah?"

   "Macam mana hebatnya ejen baru itu?"

   "Oh, macam ini..."

   Reziana segera meninggalkan tempat itu dengan kaki yang sengaja dihentakkan. Siapa ejen baru itu?

   "Pertama kali bertemu kau, memang aku benci sangat dengan orang yang mendahului aku. Tetapi, aku terima sahaja untuk berkawan dengan kau untuk tumpang populariti kau."

   "Memang seronok berkawan dengan kau, kau baik. Dapatlah juga rasa nama aku naik semula." Nada suara Reziana bergetar. "Teta... pi, sejak misi y... yang hampir korbankan aku..."

   "Kita kena masuk ke dalam!"

   Reziana membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Persekitaran diperhati sekeliling. Otaknya mengenal pasti di mananya sekarang. Geng Komeng itu sudah ditangkapkah?

   Kedengaran suara Ejen Dayang daripada timbunan tanah bangunan itu. Kaki Reziana tidak boleh bergerak kerana dihempap bongkah kayu.

   "Sabar, Aliya kita kena rangka startegi dahulu, baru kita boleh masuk ke dalam. Kalau tidak, dengan kita-kita sekali akan dihempap bangunan."

   "Tit."

   "Tit."

   Mata Reziana terbeliak besar. Itu... bunyi bom, bukan? Jangan kata... tolonglah! Dia mahu terselamat. Matanya menangkap batu seremban di hadapan matanya. Mungkin tercampak masa dia terjatuh tadi.

   Tangannya terketar-ketar cuba mengambil baru seremban itu. Dalam masa yang sama, berharap para ejen di luar akan membantunya.

   Lagi merumitkan keadaan, suara ejen Aliya dan ketua teras yang lain berselang-seli dengan bunyi bom di belakang timbunan batunya.

   "Aliya, cuba kesan mana jalan menuju masuk ke dalam," suara Ejen Zinn.

   "Tit."

   "Tit."

   "Ergh..." Reziana menghembuskan nafas putus asa. Bagaimana dia mahu bergerak kalau kakinya ditimbus batu konkrit.

   "Tak, saya tak jumpa jalan masuk!"

   Reziana membulatkan matanya.

   Jangka bom masa mula berdetik pantas. "Tit. Tit. Tit. Tit. Tit."

   Nafas Reziana mula tidak stabil. Berkeluh-kesah setiap helaan nafasnya sebelum bunyi bom di dalam bangunan itu.

   "Kaki aku hancur sebab kau. Kau gagal cari di mana jalan masuk. Mujur ada adik aku betulkan buatkan kaki robot untuk aku."  Reziana memandang penuh dendam pada riak wajah Aliya yang berubah.

   "Maaf..." Itulah kata pertama yang keluar daripada mulut Aliya. Sayu sahaja nadanya. "Maafkan aku, Ana sebab tak dapat cari jalan keluar. Maafkan aku..."

   "Maaf tak diterima! Aku takkan terima maaf kau walaupun kau melutut depan aku! Aku tak akan maafkan kau sampai bila-bila!" Reziana menengking Aliya sampai terdiri Reziana.

   "Kruuuk..." Perut Aliya tiba-tiba berkeroncong. Mungkin lapar kerana tidak makan daripada semalam. Yalah, Aliya kan pengsan.

   Aliya mengeluh perlahan. Terpaksalah dia merayu pada masa-masa begini. "Walaupun kau tak nak maafkan aku, boleh hulurkan aku sedikit makanan? Aku rasa..."

   "Diam!" Reziana memintas dengan nada suara yang lantang. "Aku akan biarkan kau menyesal. Ataupun... aku akan hapuskan kau dan juga anak kau."

   Air muka Aliya menjadi pucat tatkala Reziana menunjukkan ke arah perutnya. Aliya berkata dengan penuh tegas. "Jadi, aku takkan biarkan."

   "Begitu, ya?" Reziana menyeringai ke arah Aliya. Adiknya yang sibuk bermain game sambil berdiri ditepuk bahunya. "Mari, kita keluar daripada bilik stor kau ini."

   Aliya terkedu. Rupa-rupanya dia berada di dalam bilik stor selama ini?

   "Yalah." Profesor Acta menutup telefonnya dengan terpaksa. Tidak lama mana pun muka masamnya, sesaat kemudian, senyuman mula terbit di bibirnya. "Tak sabar aku nak hapuskan Dato' Othman itu."

   Sempat Reziana berpusing ke belakang. Reziana mengeluarkan IRIS daripada poketnya. "Aku pinjam sekejap, ya? Aliya..."

   Melihat pintu yang hampir ditutup, Aliya meronta-ronta dia atas katil, meminta untuk bebas. "Ana! Lepaskan aku dan pulangkan IRIS balik! Kau tak boleh hapuskan Dato' Othman!"

   Mendengar laungan Aliya, Reziana tersenyum sinis. "Bye, bekas rakan seejen." Pintu bilik stor itu ditutup rapat, juga dikunci dari luar.

   Sekaligus membiarkan Aliya terbaring di atas katil dengan diterangi sedikit biasan cahaya matahari melalui tingkap.

   "Ana, tunggu!"

   "Ana!"

...

   Satu gigitan pada Nugget itu diambil. Nampak sahaja tuannya macam tengah makan, tetapi dalam kepala otak dia tengah fikirkan sesuatu. Esoklah hari yang ditunggu-tunggu!

   'Esok hari jadi mama," bisik hati Ali. Rasa tidak sabar untuk menyambutnya. Dalam fikiran Ali, sedang memproses hadiah apa yang patut diberikan kepada Aliya.

  "Ali!" Satu tepukan menyapa bahu Ali menyebabkan lamunan Ali menjadi mati.

   Terhinjut bahu Ali disebabkan sergahan itu. Dia menoleh ke arah Viktor di sebelahnya. "Kau kenapa, Viktor?"

   "Oh, aku panggil kau, kau buat tak dengar. Aku kata, aku nak ambil makanan lagi dekat kantin, tau." Viktor mengangkat sedikit sebiji pinggan yang kosong.

   Ali mengangguk. "Oh, okey. Pergilah."

  "Kau asyik termenung saja. Demam ke apa?" Viktor yang berura-ura pergi, bertanya. Manalah tahu demam berjangkit ke. Tidak pun, demam cinta. Ehek!

   "Taklah. Mana ada aku demam. Hehehe.... aku okeylah. Mungkin fikir fasal sambungan game anak Ditektif Jebat tu." Ali menukar topik lain, tidak mahu Viktor terus mengeksyakinya.

   "Yalah, kan! Walaupun release dia lusa, fuuh... aura dia melonjak naik. Rasa nak main sekarang juga." Viktor bersemangat bercerita tentang game yang akan keluar beberapa hari lagi. Walaupun Viktor kaki game, dia pandai, tau!

   Viktor seperti nampak sesuatu di belakang Ali, segera meminta diri. "Eh, hai Alicia! Aku nak pergi ambil makanan dululah."

   Melihat Viktor yang berlalu pergi, Ali mengerutkan dahi. Eh, Alicia? Jangan beritahu dia, Alicia ada di belakang dia. Perlahan-lahan dia memalingkan wajahnya ke belakang.

   Benarlah sangkaannya! Alicia sedang berpeluk tubuh di belakangnya hanya merenung tajam dirinya.

   "Wargh!" Ali punya terkejut sampai terjatuh dari bangku kerusi kantin. Nasib sempat menahan tangan dari jatuh ke belakang. Nanti keluar ilmu waktu sebelum rehat nanti.

   "Meow!" Comot yang tidur di kerusi bertentang naik ke atas meja dengan laju. Kurang ajar betul. Siapa kacau mimpinya bertemu kucing jantan dari Korea ini?

   "Alicia?" Ali cuba bangun daripada gayanya tidak senonoh. Boleh pula jatuh depan perempuan. Lagi-lagi perempuan tomboi macam Alicia.

   "General kata kau tak boleh datang akademi hari ni." Alicia menyampaikan secara terus pesanan General. Tiada bertapis langsung!

   "Eh, kenapa pula?" Ali menyoal, tidak puas hati.

   Alicia menjongketkan bahu. "Entah, mana aku tahu."

   "Kau kan anak General." Ali masih tidak berpuas hati dengan maklumat yang diterimanya.

   "Anak General pun, bukan sampai aku tahu seluar dalam General warna apa." Alicia memberikan jawapan penuh sarkistik. "Dahlah, dari layan budak pendek macam kau, baik aku pergi makan."

   Ali memerhati Alicia yang berlalu pergi dengan pandangan geram. Sempat dia menggumam sendiri. "Mana ada aku pendek..."

   "Aik? Dah pergi dah?" Viktor yang sampai dengan sepinggan Nugget. Pinggan penuh makanan itu diletakkan di atas meja.

   "Dah kenapa kerusi ini terjarak macam ni?" Viktor mendekatkan kerusi kepada meja semula. Sudah mencapai satu meter punya jarak. Menjaga SOP betul.

   "Oh, tadi aku terjatuh tadi. Itu sebab tersenget kerusi." Ali menjelaskan. Dia mengambil tempat di sebelah Viktor lalu mencapai Nugget.

   Comot sudah tertidur kembali di atas meja. Hendak sambung mimpinyalah itu.

   "Kau rasa cikgu datang tak hari ni? Tak nampak muka cikgu pun." Ali memulakan perbualan. Kalau tiada, baguslah. Tidak payah belajar Matematik hari ini.

   Tetapi mustahillah cikgu Matematik akan sakit. Kalau banjir melanda sekalipun mesti cikgu saut baju renang dan buat renangan katak.

   Viktor menelan sisa Nugget di dalam mulutnya. "Entahlah. Tak nampak pun cikgu Ziah hari ini. Harap-harap tak datanglah."

   "Itulah." Ali mengambil satu lagi Nugget. Dia kemudian hanyut dengan kunyahan Nugget itu.

    "General kata kau tak boleh datang akademi hari ini."

   Tetapi, kenapa?

  

  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top