BAB 13

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

"DUM!" Bunyi tirai besi diturunkan ke bawah bergema di sekitar kedai itu. Reziana menyapu-nyapu debu di tangannya. Senanglah dia mahu buat kerja, tertutup sedikit!

   Reziana membetulkan topengnya yang senget sedikit. Kalau terbuka, tidurlah menonggenglah bersama yang lain. Haih, memalukan betul!

   Reziana memasuki ke dalam tempat penjaga kaunter. Kalau tidak silap, alat Geetha ada di sini. Tanpa alat itu, dia tidak boleh menyamar dan memasuki ke dalam M.A.T.A.

   "Kalau tak silap, Geetha sorok di sini." Reziana menggumam sendirian. Dia membongkokkan badannya sambil mengusap-usap lantai menggunakan tangannya.

   Usapan Reziana terhenti apabila dia tersentuh bongkah simen yang berlubang sedikit. Dia mengangkat bongkah itu menggunakan tiga jari.

  "Akhirnya." Reziana mengeluarkan alat penembak penambah tenaga milik Geetha. Alat berupa sarung lengan besi itu disarungkan pada bawah pergelangan tangannya.

   "Tak sangka Geetha masih sorokkan di situ walaupun aku dah keluar dari M.A.T.A. Memang dasar anak dara tua yang bodoh." Reziana sempat mengutuk Geetha. Dia keluar daripada kaunter tersebut.

   Satu suara keluar daripada sisi audio topeng ya. "Woi akak, kau dah dapat ke barang apa... apa nama perempuan itu? Gitar?"

    "G. E. E. T. H. A. Dah, aku dah jumpa. Cuma kena cari mana pintu masuk ke akademi M.A.T.A" Reziana merespon kembali dengan suara garaunya. Hal ini disebabkan, dia selalu memakai alat penukar suara dan topeng bersama.

   "Oh, okey. Cepatlah sedikit. Akak suruh buat kerja cepat tapi akak juga yang lambat. Hari tu..." Cepat-cepat Reziana memutuskan panggilan pada sisi topengnya. Mesti Profesor Acta tengah memaki hamun Reziana sekarang.

   "Sekarang... pintu masuk." Reziana meregangkan otot tangannya ke hadapan, bersedia untuk mencari jalan pintas ke akademi.

   Reziana mula mencari di sekitar kedai itu. Sekejap pergi ke tempat majalah. Sesekali dia menolak rak makanan, manalah tahu ada laluan pintas ke bawah.

   Kesian dengan para pelanggan juga ejen Geetha. Dilangkah tubuh mereka begitu sahaja. Kalau mereka tahu jasad mereka dilangkah sesuka hati oleh Reziana, memang dikejar Reziana sampai ke Kutub Selatan.

   Reziana memasuki ke tempat terakhir yang belum dimasukinya, iaitu bilik stor. Ditarik beberapa buku, mencari buku akses ke akademi. Namun, tiada satu pun berguna.

   "Ah!" Reziana menghampiri ke arah Geetha yang pengsan dengan keadaan marah. "Mana kau sorok buku itu? Geram aku!"

   Kalau orang dekat luar, mesti terlompat kerana terperanjat mendengar suara garau bak Tarzan berteriak dari dalam kedai. Kedai sudahlah 'tutup', tiba-tiba terdengar suara orang menjerit pula.

   "Ah, sia-sia sahajalah aku datang ke kedai ini!" Reziana menumbuk dinding di sebelahnya dengan penuh rasa bengang. Dia tidak jumpa barang, dinding pula jadi mangsa.

   "Tak!" Bunyi sesuatu terbuka dari atas. Reziana mengangkat wajahnya ke atas. Dapat dia lihat retakan halus pada dinding, berkedudukan lebih atas.

   Reziana mengeluarkan salah satu batu seremban berwarna biru, lalu memicit batu seremban sehingga rasa benda keras seperti cangkul kecil.

   Cangkuk kecil dalam bungkusan batu seremban itu ditarik keluar, lantas keluar cangkuk diikat bersama tali sebesar guli darinya. Cangkuk itu dibaling tepat mengenai lubang retakan itu.

   "Hrgh..." Reziana menarik dengan kuat, sehingga terdorongnya ke belakang. Itulah, orang rentap sahaja tali itu, bukan tarik seperti acara tarik tali.

   Buku berwarna kuning terjatuh serentak dengan Reziana terjatuh. Reziana rebah itu bukan di atas simen, tetapi terduduk di  atas kaki Geetha. Mesti terasa azab itu di dalam mimpinya.

   "Aduh, kenapalah aku pergi bersungguh-sungguh tarik tadi?" Reziana merungut sambil perlahan-lahan dia cuba bangun.

   Pergerakan matanya terhenti pada buku yang berada di atas lantai itu. Dia mencapai buku itu dan membuka isi buku itu! Sah, ini memang bukunya!

   Reziana meletakkan tangannya pada muka surat yang ditetapkan. Malangnya, terpapar tulisan hologram pada buku itu mengatakan bahawa cap tangan tidak dikenal pasti.

   "Hahaha, lupa. Aku kan dah keluar dari M.A.T.A" Reziana berpusing ke arah ejen Geetha.

   Reziana menggerakkan tangan ejen Geetha pada muka surat buku itu. Seperti yang dijangka, meja kaunter itu bergerak ke belakang, satu lif berbentuk slinder naik ke atas.

   "Bagus!" Reziana mencampakkan buku itu ke tepi.

   Terkenalah buku itu pada perut salah seorang pelanggan yang sedang terbaring. Mesti pelanggan itu tengah bermimpi berkahwin dengan pujaan hati, tiba-tiba sahaja ditumbuk perut oleh bekas kekasih 'crush'nya.

   Reziana melangkah masuk ke dalam slinder lif itu. Ditarik hoodienya ke atas, serta-merta hologram membentuk sekeliling tubuhnya menjadi seperti ejen Geetha.

  Setelah itu, lif itu turun ke bawah, membawa ejen Geetha yang palsu ke Akademi M.A.T.A.

...

   "Meow!" Comot yang sedang mengunyah makanannya terhenti melihat Ali meletakkan sudah menggalas beg di luar dapur.

   Terus Comot cepat-cepat melangkah menuju tuannya. Lain daripada yang lain si Comot ini. Yalah, boleh ikut tuan dia pergi ke sekolah.

   Setelah dua hari bercuti, akhirnya kembali jua ke sekolah. Walaupun terasa mala, terpaksalah gagahkan diri juga untuk melangkah. Huhuhu, apa boleh buat. Hendak menuntut ilmu, bukan? Kenalah berkorban sedikit.

   Ali menjenguk ke bilik Ghazali sebelum ke sekolah. "Ayah, Ali..."

   "Uhuk! Uhuk!" Kelihatan Ghazali terbatuk-batuk di atas lantai. Keadaannya seperti sakit sangat kerana Ghazali memegang dadanya dengan muka yang merah.

   "Ayah!" Ali menuju ke arah Ghazali dengan panik.

   "Uhuk! Uhuk! Ali... Ali pergi sahajalah sekolah. Ayah okey." Ghazali cuba menenangkan anaknya. Nada suaranya juga sangat perlahan. Dia cuba bangun dibantu anaknya.

   Ali melekap tangannya di atas dahi ayahnya sekilas. "Ayah... ayah demamlah."

   Ghazali cuba menafikan. "Tak... ayah okey sahaja. Masih... boleh pergi kerja." Ghazali cuba mencapai beg failnya di atas. Sekali-sekala perbuatannya berselang-seli dengan batuk-batuk.

   Ali makin risau dengan ayahnya. "Tak apa, ayah rehatlah. Hari ini Ali tak pergi sekolah, jaga ayah."

   "Tetapi..." Ghazali tidak sempat bersuara, Ali sudah memotong ayatnya. "Ayah rehatlah. Ali buat air Milo untuk ayah."

   Ghazali menghela nafas, berat, apabila melihat anaknya sudah ke dapur bersama Comot. Namun, lama-kelamaan, satu senyuman mula muncul di wajah Ghazali. Beg pejabatnya juga sudah diletakkan ke tepi.

   Selang beberapa saat, Ali kembali dengan segelas cawan air Milo di tangannya. Dia menyapa Ghazali yang masih berdiri. "Kenapa ayah berdiri lagi? Ayah kan sakit. Kenalah baring."

   Ghazali akur dengan anaknya. Memang dia perlukan rehat pun. Dia menyandarkan tubuhnya pada dinding katil. "Ali... tak payahlah layan ayah macam orang sakit."

   Suara Aliya menyapa di telinganya tidak semena-mena. "Mana ada saya layan awak macam orang sakit! Ini layanan seorang isteri pada suaminya."

   Ghazali terkedu seketika. Lambat-lambat dia mengambil cawan di tangan anaknya. Dia menghirup air Milo suam sedikit. Barulah dia tahu kenapa dia demam hari ini.

   Dia terlalu rindukan isterinya, Aliya.

  "Sedap tak?" Ali bertanya melihat Ghazali selesai menghirup sedikit air Milo buatannya.

   "Meow!" Comot melompat naik ke atas katil. Comot ini... dasar kucing betina mahukan perhatian!

   "Comot, turunlah. Ayah kan sakit." Ali merenung tajam ke arah Comot. Comot pasrah turun daripada katil itu. Mahu duduk sekejap pun tidak boleh.

   Ali pun satu. Main marah sahaja Comot. Kalau dia merajuk tidak mahu makan Whisker, tidakkah susah?

   "Ali, turunkanlah beg sekolah itu." Ghazali menegur Ali yang masih dengan beg sekolahnya. Tidak lenguh bahukah? Oh, lupa... Ali kan tidak pakai buku ke sekolah.

   "Oh..." Ali menoleh ke bahunya. Memang tali beg sekolahnya masih berada di bahunya. "Hehehe... nanti Ali letaklah. Ayah rehatlah dulu. Ali nak tukar baju."

   "Buat susah-susah je, Ali." Ghazali mulai segan dengan kebaikkan anaknya. Tetapi, dia rasa bersyukur dalam masa yang sama.

   "Taklah. Mana ada susah. Ayah rehat, tau." Ali memberi pesanan kepada ayahnya. Dia pun naik ke atas untuk menukar baju.

   Nampaknya, hari ini tidak pergi sekolahlah dan tidak dapat jumpa Aliya. Tetapi tidak mengapa, hari ini Ali akan jaga ayahnya!

...

   Reziana memasuki ke dalam markas Akademi M.A.T.A. Dia tersenyum melihat pemandangan di luar akademi itu. Baru sahaja dia ingin masuk ke dalam, dia dihalangi oleh seorang robot pengimbas.

   Robot itu mengimbas Reziana. "Ejen Rez. Error. Tekno. Error."  Robot itu mengulang perkataan Error berkali-kali sehingga membuatkan Reziana hampir gelabah.

   "Tch! Diamlah!" Reziana menghayunkan kakinya pada kepala robot itu. Maka, melayanglah kepala robot itu bagaikan meteor ke dalam semak.

   Badan robot tanpa kepala itu disorok di dalam semak. Nanti tidak fasal-fasal panik semua orang nampak jasad tidak berkepala depan akademi M.A.T.A.

   Reziana bergerak ke sebelah pintu. Papan skrin dan kata laluan itu dipandang dengan sebuah keluhan. "Alamak, aku lupalah ini akademi lama M.A.T.A. Yalah, akademi baru itu kan meletup."

   Meskipun sudah keluar daripada M.A.T.A, Reziana ada juga ada menyiasat perkembangan M.A.T.A, terutamanya sejak Ali, anak Aliya masuk ke dalam M.A.T.A.

   "Erm..." Reziana yang berura-ura ingin meneka kata laluanya teralih kepada pintu akademi yang tiba-tiba terbuka.

   "Eh! Eh! Eh!" Keluar seorang lelaki bertubuh besar mengejar duit syilingnya yang tergolek. Bersungguh-sungguh dia berlari siap membongkokkan badan lagi!

   Reziana mengerutkan dahi. Dia kenal lelaki ini! "Bakar?"

   Bakar yang baru mendapatkan duit syilingnya memalingkan wajah pada pemanggil namanya. "Oh, ejen Geetha! Baru pukul 8:00 pagi ni. Awal ejen Geetha datang?"

   Ejen Geetha? Otak Reziana memberi maklumat, yang dia sedang menyamar jadi ejen Geetha sekarang. Reziana segera menukar suaranya menjadi suara Geetha.

   Reziana tertawa kecil sebelum menjawab. "Ya, ya. Sengaja datang awal."

   "Oh..." Bakar mengangguk, mengerti. "Kenapa tercegat kat situ? Masuklah."

   Reziana menurut pelawaan Bakar. Memang itu yang dia mahu lakukan sekarang! Peluang keemasan ini!

   Reziana sengaja mengorek rahsia kedatangan Bakar. "Bakar, yang Bakar datang awal ini, kenapa?"

   "Oh, ejen Geetha tak tahu? Sekejap, ya?" Bakar menyuap satay ayam ke dalam mulutnya. Awal-awal pagi sudah sarapan satay ayam. "Sekejap lagi saya nak pergi dekat pusat M.A.T.A."

   Reziana menjadi tertarik dengan penjelasan Bakar. "Eh, kenapa mahu ke pusat M.A.T.A?"

   "Oh, ingat tak penjahat nama Niki itu ? Akak kata nak pergi lawat Niki. Sahabat lama, kan?" Nada suara ejen Bakar sedikit mengendur.

   Barulah Bakar tahu kenapa Aliya tidak memberitahu kegiatannya dahulu. Benarlah sangkaannya. Aliya tidak mahu dia terjebak dengan apa yang wanita itu lakukan.

  "Oh..." Kelihatan satu senyum manis pada wajah 'ejen Geetha'. Dia menimang batu seremban di belakang badannya. "Boleh saya ikut?"

   "Ikut?" Hidung Bakar mengesan bau seperti pencuci baju yang masam-masam. Kepalanya menjadi pening seketika. "Kenapa na..."

   "Senang." Reziana berbisik, sinis. Dia menggolekkan jasad  Bakar ke luar akademi menggunakan kaki dan menyorokkanya di semak, bersama robot yang terputus kepala tadi.

   Mesti Bakar terkejut tatkala bangun nanti. Tengah makan satay ayam, sedar-sedar sahaja, ada penanggal di sebelah.

   Reziana menukar hologramnya menjadi ejen Bakar. Suaranya juga turut ditukar. "Sekarang... kena cari 'kakak' pula."


  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top