BAB 12

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

EJEN Dayang, ejen Ganz dan general Rama sibuk berborak sambil mengorak langkah ke meja mesyuarat. Sebelum serius menghadap Dato' Othman yang sarkistik itu, baik berbual-bual dahulu.

   "Ktup!"

   Bunyi pintu gelongsor terbuka. Masing-masing terperanjat melihat hologram Dato' Othman berkerusi roda di atas meja panel. Sejak bila Dato' Othman datang awal pada mesyuarat ini?

   Ejen Dayang terlebih dahulu bersuara. "Eh? Dato'? Awal Dat..."

   Dato' Othman segera memintas. "Sudah! Lama saya tunggu kau orang! Dekat sepuluh minit! Begini ke jadi ejen yang berjaya?"

   Mereka bertiga mengelilingi meja bulatan itu. Sempat lagi General Rama membetulkan kesalahan Dato' Othman. "Tapi... kita janji mesyuarat pukul 11:00 pagi, kan?"

   Riak muka Dato' Othman berubah serba-salah, namun terus dipamerkan wajah biasa. "Mulai sekarang, mesyuarat bermula pukul 10:50 minit pagi. Baiklah, apa progress kamu semua?"

   Hek ek leh, sudah datang awal, beralah sahajalah. Tidak perlu menegakkan benang yang basah. Mesti balik nanti Dato' Othman balut muka dia dengan lebihan kain kapan.. eh, kain pembalut untuk lindungi malunya.

   "Erm... sebenarnya." Ejen Ganz teragak-agak untuk memberitahu. "Kami belum tahu lagi Profesor itu  di mana ataupun sedang lakukan apa. Si penjahat itu nampaknya bijak menyembunyikan diri."

   "Itu sebab kamu tak buat kerja dengan betul!" Dato' Othman tetap menyalahkan ejen-ejennya. "Kamu ada banyak ciptaan yang canggih, takkan tak boleh detect jejak penjenayah walaupun sedikit?"

   "Ya, saya tahu. Tetapi disebabkan dia menggunakan mesin masa, amat susah kita untuk jejak lokasi penjahat itu. Dia boleh pergi mana-mana sahaja menggunakan mesin masa itu." General Rama menjelaskan satu persatu.

   Yalah, mana tahu Dato' Othman ini korek telinga yang terakhir pada tahun lepas. Kenalah terang satu demi satu.

   Ejen Ganz menambah. "Tapi, kami mengesyaki kecurian Azuarium itu, ada kaitan dengan mesin masanya. Hendak hidupkan mesin masa itu, perlukan banyak tenaga."

   "Maklumat macam ini... boleh pula terima. Jejak dia tidak boleh pula jejaki." Dato' Othman masih belum berpuas hati dengan maklumat yang diterimanya.

   Ejen Ganz menumbuk diri dari belakang, cuba menahan amarah. Ini hologram, jadi tidak syoklah kalau tumbuk hologram sahaja. Lagipun, mana boleh tumbuk pemimpin negara.

  "Dato'..." Bicara General Rama terhenti apabila terlihat isyarat tangan ejen Dayang.

   Ejen Dayang mengujarkan kata setelah tiada sebarang suara kedengaran. "Kami dapati, Profesor Acta merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik. Mempunyai seorang isteri yang sudah meninggal kerana sakit jiwa, dan seorang anak yang mati lemas."

   Iris mata Dato' Othman bergetar mendengar perkataan 'lemas' itu. Macam... pernah dengar. Dato' Othman menyoal. "Kenapa kamu cerita semua ini?"

    "Kami bukan ingin menuduh Dato' tetapi..." Ejen Dayang sengaja memberhentikan ayatnya. Dapat dilihat riak wajah Dato' Othman yang berubah pucat.

   "Dato' ada buat apa-apa ke pada Profesor Acta? Sebab dia mempunyai rekod yang baik, malah rekod sekolahnya, hanya ada sedikit kesalahan. Mungkin... Profesor Acta ada dendam dengan Dato'."

   Dato' Othman menongkat dagu memandang ke luar cermin. Sekali-sekala, jarinya membelek Instagram bagi menghilangkan bosan.

   Tiba-tiba kedengaran suara budak sayup-sayup menangis di luar kereta. "Tak... gulp... boleh, papa! Papa, gulp... tolong!"

   Mata Dato' Othman terbuntang. "Dendam?"

   Pemandu di hadapan memberhentikan kereta, untuk melihat apa yang berlaku di luar.

   Profesor Acta yang melihat kereta itu berhenti, segera menoleh dengan penuh senyuman. Dia menjerit meminta pertolongan. "Dato'!"

   Alamak, sudahlah dia terlambat ke persidangan dengan perdana menteri antarabangsa. Kalau layanankan, pasti akan terlambat.

   Dato' Othman cepat - cepat mengarahkan pembantu peribadinya. "Jalan cepat! Jalan!"

   Teragak-agak pembantu peribadinya membalas. "Tetapi... Dato'..."

   "Tolong saya, Dato'!

   Dato Othman merungut, geram. "Apa saya kisah! Cepat jalan!"

   Pembantu peribadi hanya menurut. "Ba... baik Dato'!"

   "Anak sa..." Profesor Acta hanya terkedu melihat kereta itu melongsor pergi. Air mata mula bergenang pada kelopak mata lelaki itu.

   "Ah, apa kamu merepek ini? Itu hanya seorang penjenayah yang dengkikan pemimpinnya!" Dato' Othman menidakkan tuduhan ejen Dayang. "Lagipun, rambut hitam, hati lain-lain, bukan?"

  "Ya, tapi..."

   Dato' Othman memotong percakapan ejen Dayang. "Sudah! Daripada saya layankan semua ini, baik saya buat kerja lain."

   "Ingat, buat kerja elok-elok, atau saya buang kamu semua dari Cyberaya ini!" Dato Othman memberi amaran terakhir sebelum menamatkan panggilan.

   Mereka bertiga di situ mengeluh kecil tatkala hologram Dato' Othman tidak lagi kelihatan. Susah benar mahu cakap dengan orang tua ini. Patutlah bujang.

   General Rama maju ke topik yang lain. "Jadi, saya dengar... ejen Aliya sudah tambah sesuatu dalam projek Satria."

   "Ya. Dengan perisian tambahan, pasti projek Satria itu akan menjadi lebih jayanya." Ejen Ganz mengenggam penumbuknya pada akhir ayat.

   "Tetapi..." Nada suara ejen Ganz mulai mengendur. "Kalau ada apa-apa jadi, salahkan ejen Dayanglah. Bukan aku."

   Ejen Dayang menggeleng mendengar kata-kata ejen Ganz. Dia pula yang kena.

   "Ya, saya pun ingin mahu bertanya kamu." General Rama mengalihkan pandangannya ke arah ejen Dayang. "Kamu pasti ke, jadikan Ali sebagai pemegang projek Satria itu?"

   "Ya, saya pasti." Ejen Dayang menjawab dengan senyuman. "Lagipun... Ali nampak ada perkembangan bersama ibunya. Jadi, saya tak risau kalau dia jadi ejen Satria kita."

...

    "Eh, bukan akak dah siapkan ke projek IRIS itu?" sapa Bakar saat melangkah masuk ke bilik Aliya. Memang bersepah meja Aliya dibuatnya. Ini bilik ke rumah cik tikus?

   "Memanglah dah siap. Ini..." Aliya mengecilkan matanya, cuba menfokuskan benda di tangan Bakar. "Sekejap, itu bukan burger, kan? Bakar..."

   Melihat Aliya seperti ingin membebel, Bakar segera mengeluarkan satu lagi bungkusan dari belakangnya. "Tahu. Ini burger akak."

   Aliya mengambil bungkusan burger daripada Bakar dengan sengihan. "Ingatkan dah lupa."

  Bakar melabuhkan tempat duduk di atas katil, bersebelahan Labu yang tengah tidur. "Mana boleh lupa. Orang sado-sado mana boleh lupa."

   "Sado ke? Macam gemuk sahaja." Aliya sengaja mengusik adiknya. Namun, mata masih fokus pada skrin komputer.

   Wajah Bakar menjadi cemberut mendengarnya. "Mana ada gemuk. Akaklah yang gemuk."

   "Sekurang-kurangnya akak gemuk mengandung. Awak gemuk apa? Gemuk lemak ke?" Aliya ketawa pada penghujung ayat. Yeah, Aliya satu, Bakar tiada markah!

   "Hek ek leh..." Bakar tidak jadi membalas apabila kedengaran bunyi pintu dibuka. Ejen Dayang menjenguk masuk ke dalam. Mungkin baru lepas mesyuarat.

   "Apa khabar semua?" Ejen Dayang sengaja menegur mesra anak-anak buahnya dalam M.A.T.A.

   "Khabar baik, ejen Dayang," sahut dua beradik itu serentak. Situasi menjawabnya sangat berbeza. Yalah, seorang duduk makan burger manakala seorang lagi duduk menghadap komputer.

   "Saya sahaja mahu ambil tahu projek Satria." Ejen Dayang mendekati Aliya. Kerusi yang Aliya diduduki dipegang. "Jadi, bagaimana perkembangan setakat ini?"

   Aliya menoleh ke belakang. "Setakat ini, elok sahaja. Tetapi, saya ada tambahan sedikit, ikut kesesuaian memandangkan ejen Dayang kata... ini untuk anak saya."

   Ejen Dayang terdiam seketika sebelum mengangguk perlahan. Satu senyuman dipamerkan. "Tak apa, saya percaya kamu. Nanti hantar pada saya apa tambahannya. Saya ada hal nak buat."

   Aliya kembali ke hadapan skrinnya. Mindanya teringatkan sesuatu tidak semena-mena. Segera dia berpusing dan memanggil ejen Dayang yang berura-ura hendak pergi itu.

   "Kenapa, Aliya?" soal Dayang.

   "Boleh... saya jumpa Niki?" Aliya bertanya dengan penuh berharap.

      "Uhuk! Uhuk!" Bakar tersedak mendengar permintaan Aliya. Gila ke kakak dia ini? Niki sudah berada di dalam penjara kot!

   Ejen Dayang mengetap bibir. "Tetapi..."

   "Bolehlah. Saya hendak sangat jumpa dia." Aliya menggenggam tangan dan merayu. Lagipun, dia mahu tunaikan permintaannya yang satu itu.

   Ejen Dayang dan Bakar saling berpandangan. Namun, ejen Dayang memalingkan wajah ke arah Aliya kembali sebab hampir tergelak tengok sekeliling bibir Bakar yang comot dengan sos. Macam budak-budak!

   "Baiklah... kalau itu yang kamu mahukan."

...

   "Ding! Dong!"

   "Selamat datang..."

   Satu senyuman diukirkan Reziana. Rambutnya yang pendek itu dileretkan ke belakang. Misinya masuk ke dalam kedai serbaneka ini bukan untuk membeli barang, tetapi untuk 'menyapa' seseorang.

   "Tit..." Kelihatan ejen Geetha yang juga penjaga kaunter mengimbas kod bar pada setiap barang. Walaupun ejen Geetha seorang ejen, dia juga merupakan penjaga kaunter di kedai seberang jalan.

   Reziana menyeluk sekejap poketnya. Ya, 'barang'nya masih ada di situ. Dia berpura-pura membelek barang, menunggu tiada orang beratur di kaunter lagi.

  'Inilah masanya.' Reziana berdesis di dalam hati. Sebuah produk pencuci muka diambilnya ke kaunter. Bolehlah dia mulakan operasinya memandangkan hanya beberapa orang sahaja di dalam kedai ini.

   Seperti operasi biasa jual beli, Geetha mengimbas bar kod pada produk pencuci muka itu. Geetha mengangkat muka sambil bertanya. "Semuanya sebelas ringgit. Mahu gunakan wang tunai atau kad kredit?"

   "Mahu guna... eh, lipas!" Reziana panik menunjukkan di belakang Geetha.

   "Ah!" Geetha menjerit ketakutan melihat tiga ekor lipas terbang di belakangnya. Siap lompat dari meja kaunter ini. Memang sah ejen!

   "Lipas?" Tiga orang di dalam kedai itu sudah lari tidak tentu arah.

   Ada yang menjerit terlolong macam dikejar hantu! Lipas itu pula syok berterbangan ke sana dan ke sini.

    Hanya seorang budak kecil duduk membaca komik secara curi-curi di bahagian komik. Sekelilingnya kecoh, boleh pula dia duduk relaks di situ.

   "Peluang yang tepat." Reziana menimang batu serembannya secara senyap dan menahan nafas.  Tiga batu seremban itu jatuh ke lantai dan mengeluarkan bau gas yang amat dahsyat.

   "Ngantuknya..."

   "Ultraman... peningnya..."

   "Sakit kepala saya..."

   Geetha berpaling ke belakang dalam keadaan mamai. Patutlah dia macam kenal rupa perempuan itu. "Ka... kamu..."

   "Tidur, ya?" Reziana menerajang wajah Geetha. Serta-merta pemandangan menjadi gelap dan suram.

  
  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top