BAB 11

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

"ADUH!" Khai mengaduh kesakitan apabila buku lalinya dilanggar seseorang. Kelihatan robot R.O di tepi kakinya mengundurkan diri dan memandang Khai.

   "Eh. Hahaha, macam manalah kau boleh langgar aku?" Khai mengalihkan robot R.O ke hadapan. Ianya untuk memudahkan robotnya berjalan dengan senang.

   Jangan kau pergi langgar dinding sudahlah. Tidak fasal-fasal Khai kena tambah perisian cermin mata untuk robot R.O.

  "Haa..." Moon meregangkan otot-ototnya sambil mengeluh, keras. "Peliknya hari ini. Sepatutnya tengah hari macam ni, ada kelas... tapi Ejen Leon batalkan pula."

  "Eleh, padahal... kau suka, kan?" Khai mengusik dengan kening yang dinaikkan.

   Kenal sangat Moon ini. Tengok sahaja macam murung kelas dibatalkan... tetapi dalam hati, sudah melonjak-lonjak keriangan!

   "Hehehe... gembira dengan sedih dalam masa yang sama." Moon menaikkan jari telunjuk dan jari tengahnnya. Eleh, padahal gembira paling utama.

   Iman tertawa kecil melihat teletah Moon. "Tapi, tak hairanlah. Kan kes Profesor Acta masih hangat sekarang."

   Khai menambah. "Yalah. Lagi susah sebab M.A.T.A tak dapat satu pun maklumat fasal Profesor tu. Memang pening ketua-ketua teras jawabnya."

  Moon mengusap dagunya, cuba berlagak seperti seorang detektif profesional. "Hrm... susah juga itu. Eh, cakap fasal Profesor Acta... mana Ali, ya? Selalu sangat tak datang misi sejak..."

  "Kan ejen Aliya ada datang. Lagipun ejen Aliya... arwah mak dia. Mesti Ali luangkan masa lebih banyak dengan mak dia," jelas Khai. Dalam hati, dia turut simpan rasa simpati pada Ali. Sudahlah kehilangan ibu pada waktu kecil lagi.

   "Sekejap..." Iman mencuit bahu Moon, memberi isyarat pada bangku bulatan, di hadapan pintu masuk Akademi M.A.T.A. "Itu bukan Ali, ke?"

   "Eh?" Khai menoleh ke kanannya. "Oh, memang Alilah. Ejen Aliya pun ada sekali."

   "Ali! Ejen Aliya!" Moon sudah berlari ke arah mereka berdua tanpa dipinta.

   "Hey, Moon! Tunggulah!" Melihat Moon terlebih dahulu pergi ke arah dua beranak itu, Khai terpaksa ikut sekali.

   "Eh?" Iman terpinga-pinga apabila dia ditinggalkan seorang diri di koridor itu. Mahu tidak mahu, dia melangkah mengejar mereka ke tempat Aliya.

   "Erm..." Ali menggumam keriangan. Sedap sangat roti canai pesanan dari Mamak Maju ini! Disebabkan Aliya (atau Ali di dalam rahim ibunya) mengidam roti canai, dia pun sertai sekaki.

   "Ali!"

   "Uhuk! Uhuk!"

   Tersedak Ali dibuatnya! Yalah, orang baru hendak telan makanan, disergah sebegitu rupa. Cepat-cepat Khai menepuk belakang Ali dengan separa kuat.

   Setelah berjaya menelan makanan itu di laluan trakea yang betul, Ali menjeling ke arah Moon. "Kau ini, Moon. Bagilah salam dulu."

   "Eh, hehehe... sorry. Assalamualaikum. Eh, kucing itu dah mesra dengan kaulah!" Moon mengalih topiknya ke arah Labu yang menggesel pada kaki Iman. Pandai budak ini tukar tajuk perbualan.

   "Oh..." Aliya memperkenalkan kucing kesayanganya. "Itu Labu. Dia kucing ejen tau."

   Khai membetulkan spek matanya yang hampir terjatuh. "Woah, kucing ejen! Sama macam Comotlah?"

   "Meow?" Comot yang menjilat bulunya mengiau apabila dipanggil. Kenapa namanya disebut-sebut? Mahu belanja Whisker ke?

   "Lebih kurang macam itulah." Aliya mengiyakan.

   "Saya dengar ejen Aliya mengandung." Kata-kata Moon dipintas Ali.

   "Eh? Macam mana kau tahu mama aku mengandung?" Ali menyoal, hairan.

   "Heh, macam kau tak kenal budak ini. Suka dengar orang cakap senyap-senyap." Khai memutarkan bola matanya memandang Moon. Tengok itu. Sempat lagi 'minah' ini tersengih-sengih.

   "Erm..." Ali mengangguk dengan pandangan menoya. Ya, memang kenal sangat!

   "Ejen Aliya, boleh tak saya nak tahu ejen Aliya mengandung berapa bulan?" Iman bertanya seraya mengangkat Labu ke pangkuannya.

   Aliya secara automatik memegang perutnya. "Erm, rasanya dalam... satu... dua... dah nak masuk sebulanlah juga."

   "Wah, maknanya Ali dalam rahim tu tengah usia sebulanlah?" Mata Moon bersinar teruja. Sempat didekatkan dengan perut Aliya. "Ali, kalau kau dah besar nanti... kau jangan lupa belanja aku makanan, tau."

   "Ish, kau ini." Khai menggeleng melihat perangai Moon. Tetapi dia juga turut memesan pada Ali dalam kandungan Aliya. "Itulah Ali... nanti bila besar belanja aku juga kau."

   "Kau orang ini... aku ada dekat sini jugalah!" Ali memandang mereka berdua dengan pandangan menyampah. Sengaja mahu menyakat dialah itu!

   "Eh, Ali. Gurau sahajalah. Jangan merajuk!" Khai  merangkul leher Ali. Disebabkan Ali tengah duduk, terpaksalah dia membongkokkan badannya sedikit.

   Aliya tersenyum kecil memandang kawan-kawan anaknya. Nampaknya, dia tidak risau lagi. Anaknya di dalam rahim ini akan membesar dan punya ramai kawan.

   "Ejen Aliya pakai IRIS... maksudnya ejen Aliya boleh Overide macam Unolah!" Soalan Moon menyedarkan Aliya dari lamunannya. "Wah, mesti gempak kalau  kawal benda lain, lepas tu... kalahkan Profesor tu!"

   Aliya mengerutkan dahi, seakan menangkap sesuatu. "Siapa... Uno?"

   Ali segera mengalihkan perhatian Aliya. "Eh, betul! Semalam mama aku kawal robot, kalahkan lima robot yang lain!"

   "Woah..." Khai, Iman dan Moon sudah terlopong. Nasib tidak termasuk lalat, kalau tidak mesti guru teras berasa hairan melihat tiga manusia duduk terbatuk di atas lantai.

   "Cuba ejen Aliya buat 'demo' sedikit. Bolehlah..." Moon membuat muka comel, cuba membodek Aliya.

   "Errr... saya pun nak tengok juga." Iman meluahkan hasratnya sambil menggaru pipi.

   "Eh, boleh saja." Aliya memakai IRIS. Serta-merta terbentuk hologram berwarna biru di hadapan matanya. Satu pemberitahuan diterima Aliya, iaitu Overide diaktifkan.

   Lampu ditutup di ruang utama akademi ditutup! Kedengaran nyaring suara perempuan-perempuan menjerit. Aliya yang rasa bingit dengan suara 'perempuan' itu segera menghidupkan lampu semula.

   "Aaaa!" Khai dan Ali menjerit nyaring sambil berpelukan. Sedar sahaja lampu sudah dihidupkan, Ali dan Khai berhenti berteriak dan meleraikan pelukan.

   Moon pun apa lagi? 'Bantai' gelaklah jawabnya! "Hahahaha, kau orang boleh masuk operalah! Mesti ternganga para peserta tengok kau menjerit kalah penyanyi opera."

   Iman juga turut ketawa kecil. Mungkin dalam minda Iman, dia terbayang Khai dan Ali berpakaian ala tradisi opera dan melontarkan suara di atas pentas.

  "Hahahaha, bagus juga tu." Tidak disangka, Aliya turut mempersetujui Moon. Yeah, geng perempuan mesti menang!

   "Mama..."

   "Kau orang ni..."

   Terletus tawa dari tiga perempuan itu. Seronok nampak mengusik dua lelaki itu. Nanti keluar muncung itik, susahlah!

   Sementara itu, tanpa disedari sesiapa, Alicia memandang mereka dari jauh. Bukan dengan pandangan biasa namun dengan pandangan sayu.

   General Rama yang ingin bertemu ketua teras, terserempak dengan Alicia. Lantas, dia menyapa Alicia. "Alicia, kenapa duduk sini?"

   General Rama mengalihkan pandangan ke kirinya. Itu Aliya dan beberapa kawan anak angkatnya. Dia menoleh ke arah Alicia. "Kenapa kamu tak sert..."

    "Mama..."

   General Rama terkelu di situ. Ya, walaupun Alicia nampak selalu biasa sahaja, dia masih lagi manusia biasa yang mempunyai perasaan.

   Tambahan pula, Alicia tidak pernah melihat wajah ibu bapanya secara dekat. Cuma melihat pada gambar yang ditunjuk olehnya.

   Pasti... Alicia sekarang rindukan ibu dan bapanya.

   "Alicia." General Rama memegang bahu Alicia.

   Alicia tersentak tatkala bahunya disentuh. Terus ditoleh ke tepinya. Oh... papa rupanya. "Eh, papa? Kenapa papa dekat sini?"

   "Papa nak jumpa ketua teras. Ada hal katanya," ujar General Rama. "Kalau kamu nak tegur mereka, tegurlah."

   Alicia berdiam sejenak sebelum menggeleng perlahan. "Saya ada hal, papa. Lain kalilah saya nak tegur mereka." Alicia berpaling ke koridor semula. "Pergi dulu."

   General Rama mengeluh melihat bayang-bayang Alicia sedikit demi sedikit melangkah, pergi. Sempat dikerlih ke arah Ali dan yang lain sebelum berlalu pergi.

     "Ejen Aliya, nanti ejen Aliya akan balik, ke?" tanya Iman.

   Ali tersentak mendengar pertanyaan itu. Termasuk Aliya juga. Riak muka Ali bertukar menjadi sayu.

   "Mestilah ejen Aliya kena balik. Ini kan bukan masa dia." Khai menjawab bagi pihak Aliya.

   Aliya perlahan - lahan membalas. "Rasanya... lepas tewaskan Profesor Acta, saya akan balik. Lagipun macam..." Aliya menghentikan ayatnya, mungkin masih belum tahu nama Khai.

   "Khai." Iman menyambung ayat Aliya.

   Aliya segera meneruskan bicaranya. "Lagipun macam Khai kata, memang saya kena balik. Sebab ini bukan ruangan masa saya."

   "Oh..." Ali sudah menunduk, sedih. Ini yang dia belum bersedia lagi. Untuk kehilangan mamanya buat kali kedua.

...

   "HAHAHAHA!" Profesor Acta sudah tergelak terbahak-bahak di hadapan alat ciptaannya yang berubah alat pengesan suhu. "Akhirnya, ciptaan fotokopi aku berjaya juga."

   "Aduh!" Profesor Acta memegang kepalanya yang terasa diketuk dari belakang. Alat ciptaannya juga sudah diambil.

   "Yang kau gelak-gelak macam monyet sawan dekat hutan ini kenapa? Monyet nampak kau gelak pun tak mahu mengaku keturunan." Reziana menilik alat di di tangannya. "Kenapa rupa dia macam alat pengesan suhu masa wabak Covid-19 ni?"

   Profesor Acta menoleh ke belakang. "Ala, kau.  Banyak songeh pula. 'Bak' balik kalau tak nak."

   "Eh, mana boleh." Reziana melarikan alat itu ke belakang. "Lagipun, aku duduk dekat rahim mak dulu, kan? Hormat aku sikit. Kau duduk lambat."

   Profesor Acta memandang Reziana dengan pandangan menyampah. Dia main pangkat adik-beradik pula...

   "Erm. Tenaga sudah isi, kan?" Reziana menyoal, meminta kepastian.

   "Ya, dah isi. Oh..." Profesor Acta mencampakkan sarung tangan kepada Reziana. "Itu alat hubungan dia. Yang itu pula." Kasut di sebelah meja kecil itu ditunjuk. "Kasut dia."

   Reziana kelam-kabut mengambil. "Heh, dasar tak ikhlas. Sekejap... kenapa kau tak hias sikit? Warna merah jambu ke. Ini warna putih dengan kelabu sahaja. Bosanlah."

   Profesor Acta memusingkan bola matanya. "Diamlah. Cepatlah uji."

   Reziana menyarung sarung tangannya tanpa ba tak soal. Ditekan satu butang pada pemegang mesin fotokopi itu. Muncul garisan biru di sekeliling mesin itu yang bergerak secara rawak.

   "Erm..." Reziana menghalakan mesin itu ke arah televisyen yang sedang menyiarkan siaran drama K-drama.

   Sebuah garisan cahaya halus muncul dari muncul mesin itu. Selang beberapa saat, muncul perkataan 'sudah dimuat turun' pada skrin alat itu.

   "Baiklah... kita cuba." Sarung tangan Reziana juga sudah bergaris biru cahaya. Reziana menepuk tangan dan secara automatik muncul satu hologram.

   Hologram memaparkan dari fotokopi satu hingga ke fotokopi kesembilan. Reziana menekan fotokopi yang pertama. Tidak semena-mena, keluar hologram siaran K-drama dari televisyennya.

   "Hahaha, berjayalah!" Reziana bersorak teruja. "Akhirnya... ada juga ciptaan berguna yang kau berjaya buat."

   Riak Profesor Acta berubah menoya. Habis itu... ciptaan mesin masanya itu apa?

   "Eh, kenapa televisyen itu tak hidup?" Reziana menuding ke arah skrin televisyen yang sudah menjadi gelap.

   "Oh, itu sebab fungsinya sudah beralih ke mesin fotokopi ini. Macam dalam video game, kau boleh buang balik fungsi dia." Profesor Acta bangun. Dia menekan satu lagi butang berwarna biru di bawah suisi hidup.

   Satu cahaya berwarna merah dikeluarkan ke arah televisyen itu. Beberapa saat kemudian, televisyen itu menyala semula, memaparkan wajah para pelakon Korea yang kacak.

   "Oh, hahaha! Bagus! Macam inilah kita mahukan!" teriak Reziana, teruja. Seronoknya! Selepas ini boleh dia mengopikan alatan-alatan M.A.T.A!

   "Jadi, aku dah siapkan. Apa rancangan seterusnya?" Profesor Acta bertanya, tidak bertapis. Mungkin tidak sabar mahu selamatkan anaknya.

   "Sabar..." Satu senyuman sinis terukir pada wajah Reziana. "Kita culik Aliya dulu."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top