BAB 10
AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.
"TAP! Tap! Tap!" Bunyi papan kekunci ditekan beberapa kali. Beberapa saat bunyi itu berulang sampai kalau didengar kembali, pasti boleh dibuat lagu.
Aliya berhenti menaip. Sebaliknya dia menekan sesuatu di dalam skrin menggunakan tetikus. Keluar satu garis dan pemberitahuan mengatakan proses Overide sedang dimuat naik.
"Wah!" Aliya menarik nafas lega. Akhirnya! Sudah siap segala tugasannya. Dia memegang perutnya lalu bersorak riang. "Ali, kita dah berjaya!"
Aliya tersenyum sebelum memandang kembali skrin komputer riba. Baru empat belas peratus. Lambat lagi. Jangan sampai sembilan puluh sembilan peratus kemudian kosong balik sudahlah. Menangis di penjuru dinding nanti.
Teringat fasal Ali, cip yang diberikan Ali tidak semena-mena terngiang di mindanya. Aliya mencari di bawah kertas-kertas yang bersepah. Kepalanya yang dialas tudung digaru. "Aduh, mana pula cip itu?"
Kebetulan Aliya tersiku plastik kecil berisi cip itu. Cip itu terjatuh ke bawah dan menghasilkan bunyi kecil yang menarik perhatian Aliya.
Cip itu mesti marah dan merajuk. Dia duduk dekat sebelah siku Aliya pun, Aliya tidak nampak.
"Oh, terjatuh rupanya." Aliya terpaksa turun dari kerus dan duduk untuk mengambilnya. Yalah, dia sedang mengandung, bukan? Penyek Ali nanti.
Aliya membuka plastik kecil itu. Dia menyeluk jarinya untuk mengambil cip tersebut. "Hrm... peliknya. Tak pernah aku tengok cip besar macam ini."
Kenapa Aliya pelik? Yalah, cip itu sebesar kuku dia kot! Selalunya cip-cip ini biasanya kecil sahaja. Sedang Aliya menilik cip itu, dia mendapati ada satu garis lubang di sisi cip itu.
"Lubang apa ini?" Aliya bertanya kepada diri sendiri. Tanpa sedar, dia telah menekan dengan kuat pada permukaan cip itu sehingga keluar sesuatu dari lubang itu.
"Lah... pendrive rupanya," tutur Aliya, sendirian. Tetapi bijak juga dirinya. Gunakan pemacu pen yang kelihatan seperti cip.
"Sekejap..." Aliya seperti perasan sesuatu. "Kalau ini pendrive. Mesti ada sesuatu dalam ini."
Sementara projek Overide sedang dimuat naik dalam data IRIS, baik dia periksa apa terkandung dalam pemacu pen ini. Aliya mencapai tabletnya yang terletak bersebelahan komputer.
Tabletnya dihidupkan. Selesai memasukkan kata laluan, Aliya membuka aplikasi fail. Pemacu pen itu dicucuk pada lubang sisi tablet tersebut.
Muncul satu garisan muat naik di skrin tablet milik Aliya. Selang beberapa saat, satu video telah dimainkan.
"Eh... alamak. Dah mula." Aliya di dalam video itu bersuara panik. Latar belakang bilik Aliya sama macam biliknya dahulu. "Hai, Aliya dari masa lalu. Saya, awak dari masa depan."
"Kalau awak dah tengok video ini, saya dapat agak yang awak dah siapkan projek Overide, bukan?" Aliya menduga dirinya sendiri sambil tersenyum nakal. "Hehehe, padahal saya ialah awak. Mestilah saya tahu."
Aliya di dalam video itu mula menerangkan. "Macam awak tahu, Overide digunakan untuk membantu pengguna IRIS menjadi lebih super ejen. Tetapi, Overide hanya boleh mengawal satu mesin pada satu masa. Nanti awak buat eksperimen nanti, awak tahulah."
Aliya mendekati kamera. "Tapi saya bagi amaran, jangan pernah sesekali berlawan... kalau tidak, kita sama-sama akan kehilangan Ali."
Aliya meneguk air liur mendengar pesanan dari masa hadapannya. Perutnya diusap lembut. Mama akan lindungi, Ali.
Aliya memberitahu pesanan terakhir. "Tetapi, awak jangan lupa jumpa Niki, tau!"
Aliya tersentak. Niki... nama itu. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu. Dia ada di sini jugakah?
"Okeylah, bye saya dari masa lalu!" Video itu serta-merta tamat.
Kedengaran bunyi pintu dibuka. Aliya cepat-cepat menyimpan tabletnya di belakang. Nasib tidak dicampak, mahu menangis nanti.
"Ting!" Audio komputer mengeluarkan suara, menandakan projek Overide sudah selesai dimuat naik. Aliya segera ke tempat duduknya.
"Alhamdulillah..." Aliya tersenyum, riang. Akhirnya, projek Overide sudah tersedia di dalam IRIS!
"Kenapa?" Ejen Dayang mendekati Aliya. "Projek Overide sudah siap?"
Aliya mengangguk, laju. "Ya" IRIS dalam bentuk normal iaitu dalam bentuk bulat ditunjuk. "Rasanya mod Overide sudah siap digunakan."
"Tahniah, Aliya. Saya memang sudah agak awak memang ejen yang terhebat." Ejen Dayang memuji Aliya.
"Mari, kita pergi makan. Kesian saya tengok kamu buat kerja. Sudahlah mengandung," ajak Ejen Dayang. Lagipun Aliya sudah berusaha keras, elok bagi ganjaran untuknya.
"Sudah-susah sahaja ejen Dayang tetapi saya on je!" Aliya menerima pelawaan itu. Iklan puding roti yang dibayang semalam sudah bermain dalam kepalanya.
"Baguslah kalau macam itu. Tapi, sebelum kita pergi makan... saya hendak minta tolong sesuatu." Ejen Dayang berhenti sebentar sebelum menyambung. "Saya nak kamu tambah sesuatu dalam projek saya. Projek Satria."
Aliya menoleh ke arah Ejen Dayang dengan riak bingung. "Projek... Satria?"
...
Satu gigitan diambil pada roti puding itu. Puding itu mula mencair di dalam mulut si pemakan. Setiap kunyahannya menambahkan rasa sedap pada si perasa. Aduh, rasa lapar pula!
"Erm... sedapnya! Mama beli dekat mana?" soal Ali, teruja setelah menghabiskan sekeping roti puding tadi. Ali ini pun, kongsilah dekat penulis dan pembaca sedikit. Lapar ini.
Habis sahaja mengunyah, barulah Aliya menjawab. "Oh... tadi mama pergi restoran dengan ejen Dayang. Rasa mengidam mahu makan roti puding. Sebab kamu kot."
"Eh? Saya pula." Ali tercengang apabila dirinya dipersalahkan. Nak buat macam mana, Ali? Redha sahajalah. Huhuhu...
Aliya tertawa kecil melihat muka cemberut anaknya. "Hehehe... mama bergurau je."
"Mama. Mama dah siap ke Overide mood tu?" Ali menyoal, teruja. Sebenarnya, tadi dia tercuri-curi dengar perbualan antara ejen Geetha dan Bakar.
"Dah." Aliya menyuap roti puding ke dalam mulutnya. Sampai kembung pipinya kerana masukkan terlalu banyak. Dia bertanya sambil mengunyah. "Macam mana Ali tahu?"
"Oh..." Ali terkedu seketika. Macam mana nak jawab ini?
Aliya tersenyum nakal memandang Ali. "Ali curi-curi dengar, ya?"
"Err... Ali... Ali..." Tergagap-gagap Ali cuba menerangkan.
Aliya tertawa kecil melihat muka Ali. "Hahaha, mama gurau saja." IRIS dari dalam poket dikeluarkan. Aliya menyarung baju santai sahaja, bukan baju ejen.
"Tapi... Overide ini masih baru lagi. Tidak tahulah kalau sudah sedia untuk digunakan," jelas Aliya. Aliya beralih topik. "Papa tak marah ke kamu asyik datang ke sini?"
Ali menjadi pelik mendengar gelaran Ghazali. Eh, bukan ayah ke? Lambat-lambat Ali menjawab. "Ayah tu asyik kerja sahaja. Jarang ada waktu free. Balik pun malam. Rasanya... tak kot. Dia pun tak tahu saya ejen."
Aliya menjadi tersentuh hati mendengar luahan anaknya. Haih... kena nasihat sikit suaminya itu! Hahaha, kuasa isteri sudah berkuat kuasa! Hati-hati Ghazali di masa lalu itu!
"Ha, saya ada satu cadangan! Apa kata kita jalankan eksperimen IRIS sekarang?" Ali memberi cadangan dengan air muka yang sangat teruja.
Aliya menelan sisa roti puding di dalam mulutnya. Dia masih kabur dengan rancangan Ali. "Eksperimen? Apa maksud Ali?"
Ali menjelaskan selok-belok rancangannya. "Macam ini. Mungkin saya boleh hubungkan IRIS Atlas dengan IRIS mama." IRIS Atlas diseluk keluar dari poketnya. "Mana tahu... akan jadi warna biru balik ke skrin dia?"
Dia sudah tengok. Memang tiada kerosakan. Tetapi tatkala berhubung dengan IRIS milik Aliya. IRIS Atlas akan memaparkan skrin hologram berwarna merah. Dia sendiri hairan.
"Jadi... mana kamu nak jalankan eksperimen kamu tu?" tanya Aliya. Puding roti kedua terakhir disuakan ke dalam mulut.
"Hrm..." Ali menyepetkan matanya sambil memandang ke arah sekeliling. Pandangan matanya terhenti ke arah menara latihan intel di hadapannya.
Ali memetik jari. "Aha!"
"Hrm?" Aliya memandang Ali dengan ingin tahu. "Apa?"
"Kan ada sepuluh robot keliling menara intel itu?" Ali menunjukkan ke arah menara intel di hadapannya. Wajah Aliya ditoleh. "Bolehlah suruh robot-robot itu serang saya. Saya boleh lawan mereka dengan pakai IRIS Atlas."
"Hrm, mama tak pastilah, Ali." Aliya menelan roti puding itu. Dia memandang anaknya, risau. "Ali pasti ke?"
"Ya. Bolehlah saya tahu... kenapa Atlas ini jadi warna merah." Ali cuba meyakinkan emaknya.
Melihat wajah comel anaknya, Aliya terpaksa mengalah. Haih... redha sahajalah. "Mama kena minta izin dulu dengan ejen Geetha untuk guna menara intel ini. Sekejap."
Aliya menghisap jarinya yang comot dengan cecair puding. Dia pun mengelap sedikit pada tisu. Tabletnya diambil dan dibuka kotak mesej dengan Geetha.
Ali bermain dengan gasingnya sementara menunggu emaknya bermesej dengan ejen Geetha. Jangan bergosip sudahlah. Nanti tidak fasal-fasal mereput Ali dengan gasingnya.
Ejen Geetha
Baiklah, saya berikan kamu kebenaran.
Terima kasih, ejen Geetha. 😆 (emoji sengih sambil pejam mata)
Aliya mengalihkan pandangannya ke arah Ali. "Ejen Geetha nampaknya berikan kebenaran."
"Cun!" Ali berteriak keriangan.
Aliya menekan butang khas pada IRIS. IRIS mula disarung pada wajah Aliya. Aliya menyoal, tidak sedap hati. "Kamu boleh ke lawan dengan 10 robot?"
"Mestilah. Kan hari itu saya lawan dengan lapan robot dengan guna gasing saja. Setakat sepuluh robot itu biasalah." Ali membalas dengan nada berlagak. Berlagak ya, kau? Kau tengok nanti.
Aliya tersengih kecil mendengar bicara anaknya. "Baiklah kalau macam tu. Mama percaya."
"Pergilah naik ke atas menara. Biar mama buat robot itu." Aliya mengarah anaknya untuk naik ke atas seraya memandang tabletnya. Satu fail dibuka dan terpapar maklumat tentang menara intel itu.
Ali dengan teruja memanjat tangga ke puncak menara Intel. Sampai di atas, Ali memakai IRIS Atlas. Ya, dan IRIS Atlas masih lagi berwarna merah. Cuma bezanya Ali tidak kesakitan ketika kali pertama pakai.
Aliya menetapkan angka sebanyak sepuluh buah robot. Dia mengeluh seketika sebelum melaungkan ayat. "Baiklah, Ali. Sedia?"
Ali yang larit memandang sekeliling dengan 'cermin mata (sebelah)' baharunya, cepat-cepat menjawab. "Dah!"
"Okey..."
"Meow..." Comot dan Labu mendekati Aliya. Mungkin sudah puas bergurau-senda antara satu sama lain.
"Tiga." Aliya mula mengira.
"Dua." Comot mengalih pandangan ke atas menara Intel. Apa yang tuan dia mahu buat itu?
Ali dalam posisi bersedia. "Satu."
...
"Uhuk! Uhuk!" Ghazali di tempat kerja sudah terbatuk beberapa kali kerana tersedak kopi. Itulah... sebelum minum, baca dahulu 'Bismikallahumma ahya wa amut.' Sekejap. Itu doa tidur.
Ghazali meletak perlahan cawannya ke tepi. Dia mengeluh sambil memerhati kembali kertas-kertas kerja. Bosan juga sebenarnya menghadap kerja hampir dua puluh empat jam.
"Awak jangan sibuk sangat dengan kerja. Nanti kesian anak kita nanti. Tak dapat luangkan masa dengan papa dia selalu."
Tangannya terketar-ketar, secara automatik Ghazali berhenti menaip. Suara Aliya berbisik lembut di telinganya, seakan - akan Aliya berada di sini walaupun sudah pergi ke alam sana.
Ghazali menekup muka. Dibiarkan air matanya mengalir telus di pipinya. Terhinjut-hinjut bahunya cuba berkata. "Abang minta maaf, Aliya."
...
"Kosong."
Sepuluh silinder tegak mula naik ke atas sekeliling menara Intel itu. Terbuka pintu setiap sepuluh silinder tersebut. Setiap dari dalam silinder itu ada sepuluh robot yang dalam mod mati.
"Tap." Aliya menekan butang hidup pada skrin tabletnya.
Skrin pada bahagian kepala robot itu berubah menjadi warna biru cahaya. Robot itu keluar daripada sel masing-masing dan menghala tembakan mereka ke arah Ali yang berada di puncak menara Intel.
"Hiargh!" Ali memijak muka salah satu robot di situ, membuatkan robot itu jatuh ke belakang. Dia mendarat ke bawah dan menghayunkan gasing ke robot di sebelahnya.
Sama macam kawan dia tadi, terus rebah ke tanah. Bezanya kepala dia terputus daripada jasadnya.
Robot yang jatuh disepak Ali bangun semula daripada baring. Dia memegang bahu Ali yang sibuk berlawan dengan robot yang lain. Mesti mahu tegur Ali. Kenapa pergi tendang muka dia, buat malu sahaja pada kawan-kawannya.
Seperti sudah terlatih, Ali menghayunkan tangannya ke belakang. Tali itu melilit tangan robot tersebut. Sebuah gasing berpusing laju menuju ke leher robot itu.
Tidak membuang masa, Ali mencampakkan satu gasing ke arah robot di hadapannya. Leher robot itu terkena hentakan gasing itu. Robot itu memegang lehernya lalu jatuh ke belakang.
Aliya mengusap dagunya memandang setiap tingkap Ali. "Oh... boleh tahan."
"Meow..." Labu mengiau, setuju.
Ali menstabilkan nafas seketika. Memang susah jika sebelah pandangan normal dan sebelah pandangan beraroma merah semata-mata.
"Ten. Ten. Ten." IRIS Atlas memberi amaran kepada Ali. Ada sesuatu di belakang Ali!
"Ergh!" Ali secara spontan menggunakan kasut roketnya untuk melompat ke belakang, melepasi robot itu. Namun, entah mana salah Ali apabila dia tersalah kaki semasa mendarat.
"Argh!" Ali meraung kesakitan. Rasa macam ada renjatan elektrik pada kakinya. Kakinya tidak boleh bergerak!
"Meow." Comot menjadi cemas. Kenapa Ali tidak bergerak? Mengira butir pasirkah?
"Ala... masa-masa inilah nak cramp." Ali merengek sendirian. Dia mendongak secara perlahan ke hadapan. Kini ada lima robot sedang menghala penembak ke arahnya.
"Piu!"
Aliya terbangun dari duduknya. "Tidak, Ali!"
Ali yang terpejam mata membuka mata setelah tersedar tiada apa-apa yang berlaku. Apa yang sudah terjadi? Kenapa tepinya terasa panas?
Kelopak mata Ali bergerak-gerak sebelum ianya terbuka. Ali ternganga melihat lantai itu menjadi warna hitam legam. IRIS Atlasnya juga mengeluarkan pergerakan-pergerakan spontan.
Ali memandang semula ke hadapan. Alangkah terkejutnya budak itu melihat skrin monitor robot itu bertukar menjadi putih, bukan lagi biru.
"Takkanlah mama..." Ali menoleh ke belakang. Kelihatan IRIS milik Aliya bertukar menjadi warna putih. Malah Aliya mengangkat tangan separas dada, seperti mengawal sesuatu. "... Guna Overide?"
Robot yang dikawal Aliya itu memusing ke belakang dengan pantas. Kepala dua robot yang lain ditembak tepat. Yes, headshot!
Tinggal tiga robot lagi di situ, termasuk robot yang dikawal Aliya. Dua robot menyedari robot yang dimanipulasi Aliya pelik semacam, lalu menyerang kawannya itu.
Robot berskrin putih itu melompat melepasi salah satu robot kawannya. Robot itu naik ke tengkuk kawannya dan menarik tangan kawannya untuk menembak robot yang lain.
Robot yang tengkuknya dililit cuba melepaskan diri. Dia tidak punya cara lain, tetapi menembak robot yang berpaut pada tengkuknya. Namun, ia salah pencaturan. Robot yang Aliya kawal terlebih dahulu menembaknya.
Perlawanan dihentikan apabila Comot sengaja menekan butang mati pada skrin tabletnya.
"Huh... huh..." Bersungguh-sungguh Aliya menarik dan menghembus nafasnya. Warna IRISnya juga berubah seperti biasa iaitu warna biru.
'Nampaknya... itulah Overide Mood,' getus Aliya di dalam hati. Tangannya dilihat seketika sebelum memandang ke arah anaknya kembali.
"Wah! Hebatlah mama punya Overide mood! Memang cunlah! Patutlah masa tu..." Ali berhenti bersuara tatkala tubuhnya didakap Aliya. "Mama..."
Aliya mengujarkan kata, perlahan. "Mama syukur Ali selamat." Tubuh anaknya masih lagi dipeluk.
Ali terkedu apabila dirinya dipeluk. Tangannya teragak-agak untuk memegang belakang ibunya. Namun, lama-kelamaan, Ali membalas kembali pelukan itu.
🥽🥽🥽🥽🥽🥽🥽🥽🥽
Tak boleh move onlah dengan animasi pendek Ejen Ali: Misi Juang itu. Huhuhu, sebak tengok.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top