BAB 1

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

"FIUNG!" Bunyi lastik dilepaskan kedengaran di medan latihan akademi itu. Ali mengelak ke tepi dan mengurut dada sekilas apabila bola bom milik Alicia tidak mengenai miliknya.

   Melihatkan Ali yang sedang leka, Rudy mengambil kesempatan mengeluarkan gelang teleknisnya. Gelang itu bergerak laju ke arah Ali namun Ali cepat - cepat menaiki dinding magnet.

   "Woah!" Ali cuba menstabilkan dirinya untuk berdiri di atas dinding magnet. Dia tidak boleh termenung terlalu lama. Baru sahaja hendak tenang, Alicia turut menaiki dinding magnet dari belakang.

   Alicia melepaskan banyak peluru bola ke arahnya. Haih, tenang sekejap, boleh atau tidak? Sudahlah Rudy sibuk ingin mendekatkan tangannya dengan gelang entah apa - apa dia itu. Alicia pula sibuk tembak dia dengan lastik. Ingat dia monyet atau apa?

   Ali berpaling menghadap Alicia lalu mengeluarkan beberapa gasing daripada sisinya. Dia melepaskan kesemua gasing itu. Gasing - gasing itu berpusing pantas, menghentam dinding dan berpantul kembali, sekaligus mengalihkan perhatian Alicia dan Rudy kepadanya.

   "Ergh..." Alicia menembak gasing yang meluru ke arahnya. Akibat tembakan itu, gasing - gasing itu terpantul kembali menghentam dinding malah semakin pantas pula!

   Ali menyeringai melihat salah satu gasingnya menghampiri Rudy. Dia mengaktifkan gasing itu menyebabkan Rudy tertarik ke pusat graviti. Rudy bukanlah seseorang yang mudah dikalahkan... gelang teleknisnya sempat mencengkam kaki Ali.

   Rudy mengawal kaki Ali sambil melawan arus magnet graviti itu kemudian melemparkan Ali ke salah satu dinding. Memang penyeklah pipi Ali dibuatnya. Haih, jatuh maruah betullah!

   "Heh, tak adalah susah mana." Alicia melangkah ke arah Ali untuk mengambil intel di sisi Ali. Dia bergerak dengan berjaga - jaga dengan dua gasing Ali yang masih bergerak memantulkan diri.

   Baru sahaja dia ingin mengambil intel di sisi Ali. Ada satu gasing menghampirinya lalu dia membalasnya dengan satu tembakan. Alicia menyambung kegiatannya, namun Alicia tidak perasan ada satu lagi gasing meluru ke arahnya.

   Pipi Alicia menjadi mangsa hentaman gasing itu. Terus lebam pipi dan jatuh Alicia dibuatnya. Memang dahsyat betul gasing ciptaan Aliya ini!

   "Ergh..." Ali mengawal senyap - senyap gasing itu melalui tangannya. Dia mengawal dua gasing untuk memutuskan gelang kakinya sebelum menarik Alicia ke pusat graviti.

   "Yay, menang!" Ali bersorak gembira. Tiba - tiba pipinya terkena balingan gasing yang sangat kuat. Sebentar tadi kita melihat Ali menjulang kemenangan, kini Ali sudah rebah dengan pipinya yang bengkak.

    "Heh." Rudy terasa bangga sekejap dengan balingan padunya tadi. Boleh masuk acara lontar peluru ini!

    Memandang Ali yang ingin bangun, Rudy cepat - cepat mengeluarkan gelang teleknisnya yang baru dan mencengkamnya di kaki Ali. Ali jatuh semula mencium lantai. Dia melangkah laju dan merampas intel di sisi Ali.

   "Latihan Tamat!" laung Ejen Leon. Serentak dengan itu, medan latihan yang berwarna biru bertukar menjadi asal sekelip mata.

   Setelah gelang teleknis Rudy terbuka, Ali perlahan - lahan bangun lantas mengusap pipinya. Aduh, ini kira kurma ke sebab baling dekat pipi Alicia tadi? Eh, silap. Karma! Celah mana kurma?

   "Wah! Naisu!" Khai bersorak dari atas. "Hebatlah, Ali!"

   Ali terasa malu - malu pula. Padahal bangga melampau di dalam hati. "Hehehe, mana ada..."

   Rudy memintas. "Heh, tak adalah hebat mana pun."

   Ali menjeling ke arah Rudy. Tangannya sibuk mengutip gasingnya. Eh, Rudy ini! Tidak habis - habis cari masalah dengannya. Bukan dia pernah gunting seluar dalam dia pun!

   "Erm." Alicia menyapu kotoran di bahunya tanpa memandang Ali. Dia bergerak menaiki atas, meninggalkan Ali seorang diri di bawah.

   "Ali, cepatlah naik!" Moon menggesa Ali untuk naik ke atas.

   Ali menggantung gasing - gasingnya di sisinya. Dia mendongak ke atas. "Sekejap, nak datanglah ini!" Tanpa melengahkan masa, Ali segera naik ke atas.

   Sementara itu, Ejen Leon dan Ejen Bakar membincangkan tentang prestasi Ali dari atas medan latihan itu.

   "Tengok, tanpa IRIS pun. Ali mampu melawan para musuh." Bakar memuji - muji anak saudaranya.

   "Memang ya." Ejen Leon menilik kembali video latihan Ali, Rudy dan Alicia. Dia menuding ke arah Ali yang rebah setelah dibaling gasing di dalam video itu. "Tetapi dia hampir gagal. Padahal... dah banyak kali buat latihan ini."

   Bakar mengusap leher mendengarnya. Aduh, tegas sangat Ejen Leon ini! Tidak berani pula dia mahu menyampuk. Sempat dia berpaling ke arah Ali yang sedang berbual dengan rakan ejennya.

  "Wah, kemahiran kau dah meningkatlah!" Moon bersuara teruja. "Lepas ini kau bolehlah lawan dengan aku."

   Ali jawab teragak - agak. "Ya, yalah kot..." Keluhan dilepaskan seketika. "Rasa rindu pula dengan IRIS. Aku dah terbiasa ikut arahan IRIS. Jadi, bila lawan tanpa IRIS ini, rasa kekok sikit."

   "Itulah." Khai menurunkan R.O ke bawah selesai sahaja membaiki merosakkannya. "Aku pun rindu nak pakai ATLAS."

   "Erm... kami dah lama nak tanya. Tetapi, takut awak rasa tersinggunglah," ujar Iman.

   "Tanya?" Ali yang sibuk bermain gasing memberhentikan perbuatannya. Gasing yang hampir terjatuh itu disambutnya. "Tanya jelah."

   "Kenapa awak bantu penjahat masa misi menyelamatkan Dato' Othman hari itu?" Ali tersentak mendengar soalan Iman.

   "Tetapi siapa suruh dia ikut si musuh itu?" Tegas Ejen Leon berbicara. Dia berpeluk tubuh memandang rakan setugasnya.

   Ejen Geetha cuba menenangkan Ejen Leon. "Perkara sudah lepas. Lagipun Ali sudah tahu kesalahannya."

   Ejen Karya mengangguk. Dia bermain - main dengan kadnya. "Betul tu. Lagipun, Niki itu sudah berada di dalam penjara. Tiada benda yang perlu diungkitkan lagi."

   Ali mengutip gasingnya yang terjatuh. Berat dia cuba melunaskan kata. "Erm, aku... entahlah."

   "Ali." Bakar memanggil Ali.

   Ali menoleh ke belakang. "Kenapa, uncle?"

   Bakar menuding ke belakangnya. "Mari ikut uncle sekejap."

...

   "Macam mana latihan kau hari ini?" Bakar bertanya sambil memerhatikan anak saudaranya bermain gasing.

   Ali menongkat dagu. "Entahlah. Okey kot?"

   Bakar menjongketkan kening dengan satu senyuman di wajahnya. "Okey kot? Kenapa ada kot?"

   Ali mengeluh. Dia mengambil gasingnya yang sudah berhenti berpusing. "Yalah, dah seminggu saya tanpa IRIS, tapi... macam tak ada hasil. Memanglah saya pandai guna gasing mama, tapi saya susah ah... nak detect orang - orang nak serang saya!"

   "Hahahaha." Bakar tergelak terdengar kata Ali. "Ala, lama - lama biasalah tu. Yang penting, kau terus mencuba."

   Ali akur. "Huh, okay."

   "Ali, Ali, Ali... jawab telefon ini! Hey! Ali, Ali, Ali..." Kelam - kabut Ali mengeluarkan telefonnya yang berdering. Hampir sahaja telefon itu terjatuh namun sempat dia selamatkan. Panggilan daripada Viktor diangkat.

   Telefon itu didekatkan di telinganya. "Hello?"

   Bakar hanya memandang Ali yang sibuk berbual dengan Viktor di sebalik talian. Jus di dalam air kotaknya dihirup sedikit.

   "Alamak..." Ali menepuk dahi, seakan teringatkan sesuatu. "Ha, ha. Nanti aku datang!" Ali terus mematikan panggilan telefon.

  "Kau nak pergi mana ni?" Bakar menyoal tatkala melihat Ali kalut mengemas barangnya.

   Ali menggalas begnya. "Oh, hari ini nak pergi melawat tempat pinggiran. Dah janji dengan Viktor." Ali berpaling ke belakang, memanggil Comot yang sibuk bermain dengan R.O. "Comot, jom!"

   "Meow!" Comot berjalan mendekati tuannya.

   "Pergi dulu, uncle!" ucap Ali sebelum berlari meninggalkan Bakar di bangku itu.

...

   Ali memberhentikan skuternya di hadapan terowong. Sejak ayahnya, Dato Ghazali menambahbaikkan kawasan ini, ramai penduduk pinggiran hidup dengan senang. Malah, dibuat jalan bagi menghubungkan kawasan pinggiran dengan kawasan bandar.

Ali melalui bawah terowong itu. Riuh benar suara - suara di sana. Ali tersenyum melihat ramai kanak - kanak mengejar sesama sendiri dengan seronok.

   Viktor yang sedang membuat silap mata di hadapan kanak - kanak terhenti apabila melihat Ali. Tangannya dilambaikan, menyuruh Ali datang ke mari. "Ali, sini!"

   "Oh." Ali yang perasan akan hal itu, mendekati Viktor.

   "Kenapa kau lambat datang?" soal Viktor.

   "Abang, abang. Buatlah lagi silap mata." Salah seorang kanak - kanak membuat muka comel, umpan supaya Viktor menunjukkan muslihat silap matanya lagi.

   "Okay. Tengok ini." Viktor membuat silap mata jari terputus. Semua budak - budak di situ merasa takjub melihat ibu jari milik Viktor putus.

   Budak lelaki bernama Qezra menggoncangkan riba Viktor. "Abang, abang tak ada silap mata lain ke?"

    Viktor tersengih, senang. "Oh, ada! Ada!"

   Ali mengetap bibir, membuang pandangannya ke arah kawasan pinggiran. Banyak penambahbaikkan sedang diusahakan sendiri. Ali tiba - tiba teringatkan sesuatu.

   "Eh, Viktor. Aku nak pergi dekat sesuatu tempat ini. Sekejap je tau." Ali memberitahu Viktor. Takut - takut Viktor tercarinya pula.

   "Okay," kata Viktor tanpa memandang Ali. Dia sedang leka bermain dengan budak - budak di situ.

   Ali bergerak menuju ke tempat yang dia ingin dilawati. Sampai sahaja di sana, Ali menolak dedaun pintu dan masuk ke dalamnya. Ya, dia sedang berada di gudang Niki.

   Ali yang ingin mengambil alat ganti untuk gasingnya terhenti memandang papan kenyataan. Ada gambar Niki dan mamanya. Satu senyuman dilahirkan melihat gambar itu.

   Alat ganti itu dicari di dalam salah satu kotak tersebut. Kepalanya yang tidak gatal digaru. "Aduh, mana pula gasing lebih ini?"

   Sebuah gasing berfungsi sebagai bom dihulurkan di sisinya. Gasing itulah yang dia sedang cari! Suara itu menegurnya. "Gasing ini ke kamu cari tadi?"

   Ali segera menoleh ke belakang. "Mak Yah?"

  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top