Bab5

"Nampaknya dia dah tahu mengenai kita semua"ujur Jin sambil memandang bayangan mereka di bola kristal.Tapi tak apa aku akan bunuh puak korang semua tepat pada masanya. "Kookies hantar bala tentera tambahan untuk bantu mereka bertiga" Jin muncul dibelakang Jungkook yang sedang menikmati biskut Oreo. "Hyung ni,terkejut  Kook.Ialah nanti Kook hantar"balas Jungkook yang sedang mengelap meja kerana air tertumpah.
————————————————
"Kau nak lari ke mana CX"Jimin yang daripada tadi mengejar Chen membuatkan Chen kepenatan lalu bersandar di tepi pokok. "Kau nak apa,aku tak kenal kau pun"Chen melihat makhluk aneh sedang mengerumuni dia dan terpaksa mengeluarkan kuasanya supaya dapat menyelamatkan diri. "Rasakan cas elektrostatik"Chen mampu mengeluarkan pelbagai jenis kilat dan cas.Akhirnya makhluk tersebut tertarik satu sama lain.Chen mengambil kesempatan untuk melarikan diri tapi nasib tidak menyebelahinya kerana tersandung.Jimin hanya mengekori perlahan-lahan daripada belakang kerana dia tidak menerima tempias kuasa Chen. "Tolonglah jangan kacau hidup aku" teriak Chen.Tanpa diduga Jinwoo dan Mino sampai tepat pada masanya. "Dinding api phoniex"Jinwoo selaku ketua puak algebra mengeluarkan kuasanya,manakala Mino datang mengangkat Chen ke kereta.Jinwoo memberi isyarat supaya Mino memecut laju supaya tidak dikejar oleh Jimin.
"Cis!sempat juga kau lari daripada aku"Jimin mengibas bajunya yang sedikit terbakar kerana api tersebut cukup kuat memanaskan badanya.
"Badanya masih lemah lagi.Kita bawa dia ke rumah sewa terlebih dahulu biar dia rehat" arah Jinwoo.Mino akur dengar arahan Jinwoo tanpa melengahkan masa Mino memecut laju supaya mempercepatkan perjalanan ke rumah sewa.
——————
"Yoon aku bosanlah jom main di luar daripada semalam kau tak keluar bilik"Hoon menarik tangan Yoon untuk menemaninya bermain di luar kerana dia keseorangan sepanjang hari tiada siapa menemainya. "Ialah kita main,nak main apa?"Yoon menanya kepada Hoon supaya mencadangkan permainan yang bersesuaian kerana hanya mereka berdua saja di markas. "Kita main catur,aku dah sediakan set catur yang berusia 100 tahun"Yoon cukup lemah bermain catur kerana dia tidak tahu strategi sebenarnya.Mereka duduk dianjung rumah sambil diperhatikan seekor burung yang bertenggek di atas dahan pokok.
"Aku tak sabar merasa daging puak korang"V yang menyamar menjadi burung segera beredar tapi pengetahuan mereka.
...............
"Kai jangan datang dekat"Chanyeol yang sudah dirantai oleh Suga hanya mampu berteriak supaya Kai menyelamatkan diri.
"Kai tak akan tinggalkan Hyung"Kai buntu memikirkan cara menyelamatkan Chanyeol secara tidak langsung satu idea terlintas di benak fikirannya.Kai pernah menggunakan kuasanya tanpa menghilangkan dirinya tapi mampu menghaibkan orang di sekelilingnya. "Hyung tunggu Kai"Kai mula mengeluarkan kuasa yang ada sepenuhnya.Cahaya silau mula menyelimuti tubuhnya,cahaya tersebut terus bergerak dalam satu arah dan menyasarkan sasarannya.Dalam beberapa saat saja rantai tersebut sudah hilang serta musuh-musuhnya.Kai rebah menyembah bumi.Tanpa melengahkan masa Chanyeol segera mendakap tubuh Kai yang terkulai layu kerana tiada tenaga didalam badannya.
<BERSAMBUNG>

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top