Zariel VS Hafeez

"Hari ni last saya ajar awak." ujar Cikgu Azilah kepada pelajar kelas 2PK1.

"Alaaa... kenapa cikgu? Habis siapa nak ajar kitaorang. Lagi sebulan je nak exam PT3." Asyikin merintih kesedihan.

"Tak nampak ke perut cikgu ni dah nak meletup? Kalau cikgu terberanak, siapa nak tanggung? Awak bukan reti nak sambut baby pun." balas Cikgu Azilah geram.

"Alaaa... cikgu ni! Nak gurau-gurau pun tak boleh." protes Iman manja.

"Saya nak minta maaf kalau ada terlukakan hati korang semua. Doakan saya dengan baby selamat." Lirih nada suara cikgu Azilah.

"Okey, cikgu."

"Cikgu takde buat salah pun kat saya."

"Harap baby comel macam saya."

"Aqilah, Asyikin dengan Hui Min, saya doakan korang dapat A. Sorry kalau cikgu banyak marah korang."

"Takdelah, saya tak amik hati pun." balas Asyikin lantas tersenyum.

"Saya akan cuba dapatkan A. Terima kasih ajar saya, cikgu." kata Hui Min pula.

"Saya pun minta maaf, cikgu... sebab saya makan karipap dengan keropok waktu cikgu ajar. Haa... saya ada makan burger jugak! Saya baca buku Sejarah senyap-senyap. Itu jela kot. Hihihi." luah Aqilah sejujur-jujurnya.

Kata-kata Aqilah mengundang ketawa Cikgu Azilah dan satu kelas. Hafeez memandang Aqilah sambil tersenyum.

"Iye, saya maafkan. Dapatkan A nanti saya belanja."

Mereka bertiga mengangguk kepada Cikgu Azilah sambil bibir mengukirkan senyuman ikhlas.

.......................................

Kring
Kring
Kring

"Weh, rehat nak pergi mana? Kita kan puasa." tanya Wani sambil tangannya ligat mengemas barang.

"Pergi library. Aku nak baca buku dongeng Permaisuri dan Bapa Gajah." jawab Aqilah.

"Eiiii teruk gila nama buku tu! Memang tak arh aku nak baca buku macam tu." Azwa mengutuk buku yang diminati oleh Aqilah.

"Aku pun. Baca buku merepek je. Jomlah pergi library. Dah siap kemaskan?" sampuk Mini.

"Eh, hang tak pergi kantin? Kitaorang puasa sunat."

"Tak. Aku pun puasa jugak. Saja nak rasa puasa tu macam mana."

"Fuyooo! Hebat ah Mini! Aku harap kau masuk Islam nanti." Wani berkata dengan selamba.

Aqilah dan Azwa pula membesarkan mata kepada Wani. Suka cakap tak bertapis!

Mini hanya tersenyum mendengar harapan murni Wani. Dia sedar bahawa agama rakan baiknya mudah dan tiada unsur negatif. Suatu hati nanti, harapnya hati dia akan terbuka.

......................................

"Weh, Aqilah... tengok tu!" bisik Wani perlahan di telinga Aqilah.

"Eiii, geli telinga aku. Tengok apa?"

"Tu... Zariel kat meja depan kita. Dia tengah tengok kau."

Aqilah mengangkat kepalanya untuk melihat Zariel yang berada di meja hadapan. Terkedu dia apabila anak matanya bertembung dengan anak mata milik Zariel. Kemudian , Zariel menongkat dagu pula sambil memandang Aqilah. Muka Aqilah membahang. Rasa malu menyerbu di wajahnya.

'Apa?' Aqilah memberikan isyarat mata kepada Zariel.

Zariel hanya tersenyum kecil sambil matanya tidak berhenti menatap wajah Aqilah.

"Stress betul lah! Aku tak boleh fokus."

"Comel pulak aku tengok Zariel ni. Walaupun rambut serabai dengan cermin mata plus baju tak gosok tapi nampak cute." Wani memuji kecomelan Zariel.

"Kau amik jelah mamat tu." balas Aqilah geram. Ada ke patut puji Zariel tu. Huh.

"Perhatian! Semua pelajar tingkatan tiga diminta berkumpul di legaran sekarang. Ulang suara! Semua pelajar tingkatan tiga diminta berkumpul di legaran sekarang."

"Weh dah kemas buku dongeng kau ni. Penuh satu meja." Mini menyindir Aqilah yang masih tidak berhenti membaca buku.

"Ye, nak kemaslah ni."

"Takpe, saya kemaskan." sampuk Zariel. Zariel terus menyusun buku dongeng yang diambil Aqilah di rak buku.

Aqilah berjalan mendekati Zariel. "Boleh tak, kau berhenti ikut aku? Tengok aku? Tolong aku? Rimas tau tak! Rimas!" kata Aqilah bengang sebelum keluar dari perpustakaan.

'Sorry, dear! Jawapannya, tak boleh.'

.....................................

"Selamat sejahtera, semua. Cikgu suruh semua berkumpul sebab nak bagitahu, mulai esok kelas Math akan ada perubahan sikit. Ada dua orang cikgu perempuan kita yang bercuti jadi kita kekurangan cikgu yang ajar tingakatan tiga." terang Cikgu Zaf.

"Cikgu Azilah dengan...?" tanya Iman.

"Cikgu Azilah dengan Cikgu Nufa. Cikgu Nufa terjatuh then dia mengalami keguguran. Kalau boleh, korang doakanlah keselamatan diorang." sambung Cikgu Husna.

"Kesiannya, Cikgu Nufa!"

"Gugur? Tu anak pertama dia kan?"

"Dahlah lagi sebulan je nak PT3."

Suara bising pelajar tingkatan tiga mula memenuhi legaran itu.

"Okay semua, tolong tutup mulut! Jadi Cikgu Zaf nak buat program mentor mentee. Yang ni bukan semua terlibat, hanya pelajar yang ada potensi tapi keputusan tak okey sangat. Maybe diorang ni lebih selesa belajar dengan kawan sebaya."

"Mentor ada lima belas orang. Setiap mentor ada tiga orang murid. Nanti Cikgu Husna panggil nama mentor, yang kena sebut tu keluar ke depan."

Cikgu Husna pun memanggil satu-persatu nama pelajar yang cemerlang dalam subjek Matematik.

"Yan Zhe. Jia Yu. Yew Bong. Lip Hen. Shu Qi. Suet Chee. Hafeez. Syahmie. Iman. Qayyum. Faris. Ke Xin. Hui Zi. Monisha. Ezra."

"Setiap mentor pilih tiga orang mentee masing-masing. Senarai pelajar yang jadi mentee ada tampal kat kertas tepi dinding belakang sana. Korang pilih lepas tu datang depan sebut nama mentee korang." arah Cikgu Zaf.

Hafeez melihat nama-nama pelajar di senarai. Tiba-tiba mata Hafeez tertancap pada satu nama yang telah lama menghuni hatinya. Nur Rania Aqilah!

Dia memilih Aqilah, Hui Min dan Adam. Ketiga-tiga nama ini sekelas dengannya.

"Kau pilih nama siapa, Feez?" tanya Syahmie.

"Nama buah hati akulah, Rania Aqilah."

Zariel yang duduk berhampiran dengan dinding mula berasa panas. Bukan panas badan tetapi hatinya panas. Bulat mata Zariel mendengar bait-bait kata yang keluar dari mulut Hafeez. 'Tak boleh jadi ni! Aqilah tu aku punya!'

Hafeez mentor keempat yang selesai memilih mentee selepas Yan Zhe, Yew Bong dan Iman. Hafeez tampil ke hadapan dan menyebut nama mentee pilihannya.

"Hui Min."

"Adam."

"Aqilah."

Aqilah memang sudah mengagak namanya akan tersenarai menjadi mentee. 'Eii apehal Hafeez ni? Aku nak mentor perempuanlah!'

"Cikgu! Saya tak setuju!" Zariel menjerit dari belakang sambil berdiri tegak.

Semua orang yang berada di legaran terkejut mendengar jeritan itu. Serentak dengan itu, semua kepala mula pusing ke belakang untuk mencari dari mana datangnya suara lantang tersebut.

"Eh, dia ada suaralah!"

"Aku ingat dia tak reti bercakap!"

"Dia tak bisu dok!"

"Woi, Zariel! Kau dah pehal jerit-jerit! Gila ke apa?" soal Irfan." Dahlah duduk sebelah aku lepastu buat hal. Jatuh air muka aku!" sambung Irfan lagi.

"Zariel, kenapa pulak tak setuju ni? Jarang awak nak keluarkan suara ni tiba-tiba jerit pulak tu." tanya Cikgu Zaf.

Zariel melangkah menuju ke hadapan. "Saya nak jadi mentor." Dia berkata dengan suara mendatar tetapi tetap boleh didengari semua yang berada di situ.

"Hahahaha kelakar gila! Dia buat lawak ke apa nak jadi mentor?"

"Dia tak sedar diri dia tu bongok ke?"

"Dia bukan tak lulus semua subjek ke? Ada hati nak jadi mentor. Lawak apakah ini!"

"Zariel... please jangan buat hal." pujuk Cikgu Husna.

"Saya tetap nak jadi mentor! Saya nak Aqilah jadi mentee saya!" teriak Zariel.

"Uhukhukhuk uhukhukuhuk!" Aqilah terbatuk-batuk mendengar permintaan Zariel. 'Aduh, aku dahlah puasa! Nak air!'

Sejurus itu, pelajar tingakatan tiga mulai bising kerana berasa teruja dengan drama yang dihidangkan kepada mereka.

Mini yang berada di belakang Aqilah menepuk belakang badan Aqilah perlahan beberapa kali. Azwa dan Wani sudah ketawa berdekah-dekah dengan reaksi Aqilah.

"Kau ni dah tak betul ke? Aku yang pilih Aqilah dulu!" bangkang Hafeez laju.

"Aku tetap nak Aqilah. Aku tak kira!"

Cikgu Zaf memberhentikan pertikaman mulut antara Zariel dan Hafeez sebelum menjadi lebih parah.

"Cikgu Zaf, sini kejap!" panggil Cikgu Husna lembut.

"Cikgu Husna... ni bukan masanya untuk kita berdating. Nanti abang Zaf balik, abang bawa Husna jalan-jalan ye." ujar Cikgu Zaf.

"Wuuuuuuuuuuu!"

"Phewit!"

"Cikgu Zaf! Saya bukan nak ajak cikgu dating! Cepatlah sini!"

Cikgu Husna membisikkan sesuatu kepada Cikgu Zaf. Mula-mula wajah Cikgu Zaf berkerut kemudian mengangguk sambil tersenyum.

"Pandainya bakal ibu kepada anak-anak saya ni!"

"Cikgu Zaf! Saya taknak kahwin dengan cikgu."

"Terlalu awal untuk dinda berkata sebegitu kepada kakanda."

"Eiii! Cepatlah bagitahu Zariel!"

Cikgu Zaf menurut sahaja permintaan kekasih hatinya.

"Dah-dahlah tu. Nanti juling pulak mata korang. Zariel, awak boleh jadi mentor Aqilah kalau awak dapat 100% dalam test Matematik esok."

"Cikgu Zaf! Tak adil lah macam ni. Walaupun saya tahu yang Zariel tak boleh dapat 100% tapi saya yang pilih Aqilah dulu!"

"Hmmm... okeylah macam ni. Cikgu buat dua set. Siapa yang dapat markah tinggi, orang tu jadi mentor Aqilah." Cikgu Husna menyampuk bagi meleraikan pertikaian itu.

"Zariel! Sediakan baldi besar nak tadah air mata kekalahan kau!"

Zariel hanya memandang Hafeez dengan senyuman sinis. Aqilah pula hanya tergamam dengan situasi yang terjadi di hadapannya.

'Lelaki selalu je susahkan hidup aku!' rungut Aqilah di dalam hati.

Cikgu Husna mula tersenyum senang. Esok dia akan mengetahui tahap kemampuan Zariel yang sebenar.

.........................................

"Eiii stress betul lah!" bebel Aqilah ketika melangkah masuk ke dalam rumah.

"Woi! Kau ni tak belajar ke? Masuk rumah beri salam bukannya stress!" sindir Azihah.

"Bisinglah kau ni. Mana mak? Biasenye pukul enam mak dah balik dah."

"Asal kau balik lambat? Mak ada kat atas tengah berbual dengan sape entah."

"Aku ada kelas tambahan. Pukul dua sampai enam. Dua subjek tau tak! Eh jap... biasenye mak kalau call sesape depan kita. Asal tiba-tiba dalam bilik?"

"Manalah aku tahu. Pergi ah mandi! Bau bacin."

Aqilah terus berlari mendapatkan adiknya kemudian dia memeluk Azihah untuk berkongsi bau 'bacin'nya.

"Kurang asam punya akak!" marah Azihah setelah Aqilah meleraikan pelukan.

Aqilah mendaki tangga naik ke biliknya. 'Erm... nak pergi tengok mak dululah. Aqilah mendekatkan telinganya di pintu bilik Puan Haslinda. 'Mak dah habis call ke belum eh?' Tiba-tiba, Aqilah terdengar ibunya menyebut perkataan abang. 'Abang? Aku salah dengar kot.'

Aqilah masuk ke bilik tidurnya. Dia terus membaringkan badan di atas katil.

"Penatnya hari ni! Otak penat, hati pun sakit! Apa masalah dua ekor tu? Zariel versus Hafeez, agak-agak siapa menang eh? Mestilah... Hafeez!"





- Vote + komen = sis happy 😄 -

Hai !! Kita jumpa lagi !! Sorry lambat update , sis busy sangat2 . Idea banyak bila diorang dah besar sebenarnya , tu yg masa diorang kecik lagi ni , idea sis meghepek meghaban 😂😂😂 . Yang sudi komen tu , thank youu 💕 . Makin ramai kawan sis kat wattpad .

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top