Zariel menoleh ke kiri dan kanan. Jam yang dipakai pada tangan kanan ditatap. Sudah lebih kurang 30 minit dia duduk menunggu di situ tetapi bayangan isterinya langsung tidak kelihatan. Takut juga dia jika terjadi apa-apa kepada Aqilah.
Beberapa orang gadis yang sedang berjoging di taman itu mengerling ke arah Zariel. Mereka tersengih-sengih. Zariel hanya beriak biasa. Dia langsung tidak merasakan apa-apa. Sejak kali pertama dia terpandangkan Aqilah, hatinya sudah bertekad. Hanya Aqilah yang boleh membuatkan denyutan hatinya laju seakan memang tercipta hanya untuk gadis itu sahaja.
Kepala didongak ke atas secara tidak langsung apabila kertas kecil dihulur kepadanya. Wajahnya berkerut melihat seseorang yang memakai kostum beruang sedang berdiri menunggu dia menyambut kertas itu.
Zariel mengambil kertas itu lalu membuka lipatan. Matanya membaca sebaris ayat yang ditulis.
Ikut aku kalau nak tahu isteri kau kat mana.
Badan disandarkan ke kerusi. "Kenapa aku kena ikut cakap kau pula?" tanya Zariel dengan nada tegas.
Sebentuk cincin diberikan kepada Zariel sebelum gerangan yang memakai kostum beruang itu terus sahaja berlari pergi. Zariel menilik cincin itu. Cincin perkahwinan dia dan Aqilah.
Tanpa berlengah lagi, dia mengejar insan yang memakai kostum beruang itu. Akalnya mula berfikir yang bukan-bukan. Takut jika isterinya dalam bahaya. Perasaan risau mula menyelubungi hati. Hanya Allah sahaja tahu betapa bingungnya dia mahu berbuat apa kalau Aqilah tiada. Langkah dilajukan.
Pantas dia menarik lengan milik orang yang berada di dalam kostum beruang misteri itu. Cengkaman dikuatkan.
"Mana Aqilah? Aku takde masa nak main-main dengan kau! Mana isteri aku?" lantang Zariel bertanya.
Melihatkan tiada reaksi dari manusia yang memakai kostum beruang berwarna coklat itu melainkan mahu melepaskan diri, Zariel merengus kasar. Kepala beruang itu dipegangnya lalu ditanggalkan selaju yang boleh.
Perempuan yang menyamar memakai kostum beruang tersebut menggosok kepala perlahan-lahan. Tudung bawal ungu yang sudah senget-benget dibetulkan.
"Abang ni ganas sangatlah. Sakit kepala Aqilah tau!" Gadis itu memandang Zariel tidak puas hati. Niatnya nak bergurau itu mengundang sakit diri sendiri.
Hidung Aqilah ditarik sederhana kuat. Lega terus hatinya. Nasib tiada benda buruk yang berlaku.
Dada Zariel ditumbuk perlahan. Geram! Sudahlah kepalanya tadi ditarik seperti mahu putus, ini giliran hidung pula dihukum. Dia yakin pasti hidungnya merah saat ini.
"Padan muka! Tak kelakar tau. Tahu tak abang risau kalau apa-apa jadi! Jangan buat macam ni lagi!" Zariel memberi amaran. Wajahnya serius dan nada suara tegas.
Aqilah menelan liur. Roman tegang suaminya tidak berani dia tatap.
"Sorry, Aqilah cuma nak bergurau je. Takde niat nak takutkan." pujuk Aqilah lembut. Dia menarik tangan Zariel lalu mengusapnya perlahan.
"Yelah. Kalau buat lagi macam ni, tahulah apa abang buat!" ugut Zariel lagi.
Aqilah melangkah ke arah bangku. Dua buah headphone diambil lalu satu darinya dipakaikan ke atas kepala Zariel.
"Jom main satu game. Namanya whisper challenge."
"Apa benda tu?" soal Zariel sambil matanya melihat wajah Aqilah.
Aqilah mengeluh perlahan. Suaminya hidup di dalam gua ke apa? Tak akan benda yang viral macam ni, dia tidak tahu? Peminat Running Man juga arif tentang permainan ini.
"Abang kena teka Aqilah cakap apa sambil pakai headphone ni. Kita main tiga kali. Siapa yang kalah, dia kena denda. Okey?"
Zariel memandang Aqilah yang juga sedang merenungnya. Kenapa sejak kebelakangan ini perangai isterinya pelik?
"Kuatnya lagu. Lagu apa ni?"
Aqilah menepuk dahi. Lagu pun suami aku tak tahu. Alahai.
"Dengar tak saya cakap apa?" Pandangan penuh teruja dihalakan kepada Zariel.
"Dengar tapi sayup-sayuplah." jawab Zariel.
Bola mata mereka berdua bertemu. "Okey, Aqilah suka Zariel sejak tingkatan lima tanggal 2 Mac."
Wajah Zariel berkerut. "Aqilah suka campak mi kari atas kepala Mark? Siapa Mark?"
Aqilah tergelak kuat. Dia juga tidak tahu siapa gerangan Mark yang dimaksudkan oleh Zariel.
"Bukanlah. Aqilah suka Zariel sejak tingkatan lima tanggal 2 Mac." ulang Aqilah tetapi kali ini dengan lebih perlahan.
"Aqilah suka Zariel sejak tingkatan lima tanggal 2 Mac. Betul?"
"Yeay, betul! Giliran abang pula."
Zariel memandang Aqilah yang memakai headphone. "Zariel lagi pandai masak dari Aqilah."
"Zariel lagi mengidam kari ayam Aqilah?"
Jawapan Aqilah mengundang tawa Zariel. Mengekek dia ketawa.
Aqilah tersenyum lebar. Suaminya jarang begitu. Setiap kali Zariel ketawa terasa dunia ini berhenti berputar.
"Salah. Zariel lagi pandai masak dari Aqilah."
"Zariel lagi pandai masak dari Aqilah. Kan?" soal Aqilah.
Zariel mengangguk.
"Eh mana ada. Saya lagi pandailah." Bibirnya mencebik.
"Iyelah. Aqilah cef yang paling cantik dan cekap di dapur ye." Zariel menggosok kepala Aqilah yang berlapik tudung.
"Hehe okey sambung." Aqilah meletakkan headphone di atas kepala Zariel.
"We gonna have a baby."
"We gonna have a baby." Zariel dengan jelas mengikuti percakapan Aqilah.
Aqilah mengangguk dengan senyuman besar terukir di bibir.
"Ala awak bagitahu ayat jelas sangatlah. Senang je dapat teka." kata Zariel sambil menanggalkan headphone di kepalanya.
Mata Aqilah membulat tunak merenung ke arah Zariel. "I'm so excited because we gonna have a baby." Dia tersenyum manis.
"Betul ke?"
"Yup." Kepala diangguk laju.
"Tipu. Janganlah gurau." Roman wajah Zariel mulai serius. Dia terkedu.
"Tak tipu. Serius." Cecair mula bertakung di tubir mata.
"Betul ke? Kejap, jawab soalan ni. Kau mengandung?" Zariel meminta kepastian. Matanya mulai merah.
Aqilah tergelak. Bahagia. "Ya sayang."
Zariel menghampiri Aqilah. Wajah Aqilah ditarik supaya bertentangan dengannya. "Kita bakal ada anak? Aku jadi ayah? Kau jadi ibu?"
Aqilah menarik Zariel ke dalam pelukannya. Air matanya jatuh menitis apabila mendengar esakan halus dari Zariel.
"Alhamdulillah terima kasih Ya Allah. Terima kasih sayang." Zariel mengucup dahi Aqilah penuh rasa cinta dan bersyukur.
Aqilah mengusap air mata Zariel. "Kali pertama saya tengok abang nangis."
"Ni bukan kali pertama. Aku pernah menangis masa kau pergi tinggalkan aku dulu."
Aqilah tersenyum. "Abang, boleh janji dengan saya yang keluarga kita takkan tinggalkan satu sama lain? Janji yang seorang ayah takkan tinggalkan isteri dan anaknya. Janji?"
Zariel mengangguk. "Janji."
.......................................................
"Ehem. Jauhlah sikit. Tahulah dah halal." perli Irfan. Dia yang mengambil gambar pasangan itu terasa ingin muntah.
"Irfan!" jerit Mini. Dia malu apabila Irfan mengusiknya.
"Ha betul apa kata Irfan tu. Aku rasa lengan Aakil tu mesti dah lebam sebab kau pegang kuat sangat." usik Wani.
Aqilah dan Azwa menghamburkan tawa. Seronok melihat Aakil dan Mini yang sudah halal.
"Dulu dia yang beria kutuk Aakil tua. Aakil suka menyibuk tapi sekarang? Taknak berenggang." Aqilah turut serta mengejek Mini.
"Janganlah salahkan aku. Aakil yang dah masuk perangkap cinta jadi memang tak boleh lepaslah." balas Mini.
Aakil tersenyum mendengar kata isterinya. Dia juga tidak pernah menyangka mereka berdua akan menjalani kehidupan suami isteri dan yang penting, makin dekat kepada Pencipta.
"Uwek." Wani membuat gaya ingin muntah. Segera Hafeez menghampiri suri hatinya.
"Okey tak? Kita pergi hospital?" ajak Hafeez.
Aqilah tersengih. "Dia okey jelah. Dia rasa mual dengan cinta Aakil dan Mini."
"Dahlah tu usik aku. Jomlah bergambar ramai-ramai." bantah Mini.
Aqilah menarik tangan Zariel laju ke tepi pantai lalu berdiri bersebelahan dengan Mini dan Aakil. Azwa dan Irfan turut mengikuti langkah mereka berdua. Hafeez menetapkan kamera. Dia berjalan tenang menghampiri Wani.
Mereka berlapan mengambil gambar sebagai kenangan. Jelas terpancar sinar kebahagiaan setiap pasangan itu.
Aqilah dan Zariel memandang Wani yang sibuk mengukir namanya dan Hafeez di atas pasir. Hafeez pula entah berapa ratus gambar Wani diambil secara rambang.
"Abang janji jangan tinggalkan Aqilah?"
"Eish dari tahun 2014 sampai 2027 dah. Takkan tak percaya lagi ni?"
Aqilah tersengih. "Tak percaya selagi abang tak main satu permainan dengan Aqilah."
"Permainan apa pula ni?"
"Nama permainan ni Love Forever. Satu peraturan je, siapa berhenti mencintai, dia yang kalah."
Zariel terus sahaja memeluk Aqilah dari belakang. "Kau takkan boleh kalahkan aku tapi jangan pernah menyerah cintakan aku."
Aqilah memegang tangan Zariel yang sedang mengusap perutnya. Tujuh bulan sahaja lagi mereka akan bergelar ibu dan ayah.
Terima kasih Ya Allah. Ini semua adalah ketentuan-Mu yang sangat indah. Jika ini mimpi, aku tidak ingin bangun. Jika ini realiti, kau kekalkanlah hubungan kami hingga ke Jannah-Mu. Zariel tersenyum.
Akhirnya cerita ni tamat. Sis nak ucapkan terima kasih kepada yang baca cerita ni dari bab 1 sampai bab 54 ❤️ Kepada yg setia mengetik bintang comel tu , terima kasih ye 🤩 Nah ni untuk yang selalu komen 💞 Terima kasih atas komen yang membina , beri pendapat dan nasihat utk perbaiki cerita ni 🙈
Oh ye , sis tukar nama Harith jadi Hafeez tau sebab ada keajaiban yg jadi hehehee 🤦
Sis doakan korang jumpa orang yg setia macam Zariel , yang sanggup buat apa sahaja untuk korang macam Irfan , yang bimbing korang ke jalan yang diredhai macam Aakil dan yang sempurnakan kelemahan korang macam Hafeez ~~ 💖
Okey , siapa yang nak bab istimewa gituuuuu boleh komen nak . Kalau lebih 20 yang komen nak , sis akan buat special bab 🌸
Sebelum kita berpisah dalam perjalanan kisah hidup Zariel dan Aqilah , apa kata kita sambung jumpa dalam cerita cinta Wafiq dan Eyreen . Sis harap korang support cerita baru sis , Empat Bentuk Cinta🙊 Bye semua ~~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top