Siapa Ikut Aku ?
Azwa, Mini dan Wani pantas berlari mendapatkan Aqilah yang berada di tingkat paling bawah.
"Kau okay tak? Zariel marah kau ke?" Azwa risau dengan keadaan Aqilah yang seakan tergamam.
"Zariel?" tanya Aqilah.
"Iye, nama budak yang mandi mi kari kau tu, Zariel Firdaus. Budak kelas paling belakang. Aku kenal dia pun sebab dia famous wey. Dia tu pendiam giler-giler! Semua orang tak pernah dengar suara dia even cikgu pun!"
"Wey! Wey! Tadi dia cakapkan? Kitaorang nampak dia ada cakap dengan kau! Dia cakap apa dok?" Wani tidak sabar untuk mengetahui apa yang telah dikatakan oleh Zariel.
"Dia cakap yang dia suka aku."
1 saat
2 saat
3 saat
Dan terlepaslah tawa daripada tiga orang sahabat Aqilah.
"Kau jangan lah main-main. Tak lawak dok." kata Mini dengan sisa tawa yang masih keluar dari mulutnya.
"Entah kau ni! Takkan lah budak pendiam tu cakap macam tu!"
Mereka bertiga menyambung ketawa mereka kembali tetapi terus senyap apabila terpandangkan Aqilah yang sedang merenung mereka tajam setajam mata pedang, fuh!
"Serious ke?" tanya Wani.
"Kau tengok muka aku. Ada nampak macam muka penipu ke?" balas Aqilah geram.
"Ada lah sikit-sikit dalam 99%."
Kata-kata Sharrmini itu mengundang satu tamparan kencang daripada Aqilah tepat mengenai bahunya.
"Auch sakitlah! Gurau jelah. Untunglah ada orang suka. Tak macam aku, huhuhu."
"Tapi kan, fuh aku tak boleh percaya yang Aqilah ni berjaya buat dia bercakap. Tak sangka taste si Zariel tu minah tiga suku." Wani pula menyambung.
"Eiiii kurang asam jawa plus keping betul lah kau ni! Bila masa aku tiga suku hah?"
"Siapa je tak kenal kau? Suka cakap kuat-kuat, ketawa mengalahkan keturunan pontianak!"
"Dah-dah, jangan gaduh. Jom makan! Rehat dah nak habis ni." Azwa meleraikan pertikaman mulut mereka sebelum perang dunia ketiga meletus.
"Siapa lambat, dia kena ambil air!" jerit Wani yang terus berlari naik ke tingkat atas.
Mereka bertiga pun terus berlari mengejar Wani tetapi tahu-tahu sahajalah siapa yang kalah. Mestilah insan yang tidak suka berlari.
...................................
Sesudah tamatnya kelas tambahan pada hari itu, pelajar tingkatan dua masing-masing menelefon ibu bapa mereka tetapi bukan Aqilah. Dah menjadi kebiasaan Aqilah pulang dengan berjalan kaki.
"Fuh panasnya hari ni! Nasib rumah aku dekat, kalau jauh memang aku dah panggil skandal aku si Thor tu." bebel Aqilah seorang diri.
Zariel melihat Aqilah berjalan kaki keluar dari sekolah dan terus mengekori gadis itu. Sesekali matanya memandang pada kesan kotoran mi kari pada baju yang dipakai dan kembali melihat Aqilah dengan pandangan penuh makna.
"Haish, balik rumah kena siapkan homework Math! Dahlah tadi aku dimalukan!"
Aqilah tiba-tiba teringat kembali kejadian memalukan di kelas Math selepas rehat tadi.
"Semua dah siap latihan tadi?" tanya Cikgu Azilah.
"Dah."
"Dah cikgu!"
"Nombor tiga tak dapat jawab."
"Belum, tinggal nombor tiga je."
Dan bermacam lagi jawapan yang keluar dari mulut pelajar kelas 2PK1 itu.
"Aini! Tulis jawapan nombor satu lepas tu panggil sesiapa buat nombor dua."
Selesai Aini menulis jawapan nombor satu pada papan putih, dia memanggil nama Hafeez.
Hafeez seorang pelajar yang pintar. Soalan nombor dua itu diselesaikan dengan mudah. Kemudian, tanpa berfikir panjang, dia memanggil nama gadis yang disukainya dari tahun lepas.
"Aqilah."
Buku Hitler yang sedang dibaca Aqilah secara sembunyi-sembunyi terlepas lalu jatuh ke lantai. Bunyi buku yang jatuh membuatkan semua yang ada di dalam kelas itu menoleh ke arah Aqilah. Aqilah membongkokkan badannya ke bawah meja untuk mengambil buku kesayangannya dan tiba-tiba,
'BAMMM!'
Kepala Aqilah terhantuk pada meja semasa hendak bangun. Terdengar bunyi gelak ketawa keluar daripada mulut rakan sekelasnya.
'Eishhh malunya muka aku! Ni semua si Hafeez punya pasal! Hafeez ni memang mangkuk, senduk, periuk, kuali betul lah!' getus Aqilah di dalam hatinya.
"Weh nombor tiga macam mana?"
"Aku pun tak tahu." jawab Sharrmini.
"Aku pun tak dapat jawapan." Wani juga tidak dapat menjawab soalan itu.
Aqilah melihat Azwa dengan harapan yang menggunung setinggi Gunung Everest tetapi hanya mendapat gelengan kepala daripada Azwa.
Kaki Aqilah menghayun secara perlahan menuju ke papan putih. Sempat dia menjeling tajam ke arah Hafeez yang sedang melihatnya.
Hafeez tersenyum apabila mendapat jelingan tajam dari Aqilah. Aik kena jeling pun senyum? Mana tak senyumnya sebab Aqilah tidak pernah perasan akan kewujudan Hafeez di dunia ini, ceh! Jadi, dapat jelingan dari Aqilah pun Hafeez suka.
"Saya tak tahu, cikgu! Saya tak faham pun apa soalan ni nak, serious! Tadi masa saya cuba jawab, air mata saya hampir menitik ke lantai, kepala saya aduhh sakitnya tak tertahan." Aqilah cuba meraih simpati daripada Puan Azilah tetapi apa yang dia dapat hanyalah,
"Hahahaha lawak gila."
"Aqilah poyo dok."
Puan Azilah juga turut terketawa mendengar ayat yang tak berapa simpati itu sebelum berkata,
"Haaa kalau macam tu lah bersungguhnya awak jawab soalan, lagilah saya nak tahu apa jawapan awak."
'What the... wuish jangan mencarut.' Gumam Aqilah di dalam hati.
Tangan Aqilah ligat menulis selaju akalnya mencari idea untuk membentuk sebuah jawapan. Okay, done! Ya, aku perlu tamatkan kesengsaraan ini dan duduk balik.
"Aqilah! Ni teori pythagoras ke teori awak cipta sendiri hasil pembacaan buku Hitler? Saya tak ada ajar buat macam ni. Tula, lain kali saya ajar bagi tumpuan bukannya tidur, pergi tandas, makan, baca buku Sejarah."
'Oh my god, rupa-rupanya aku dah lama kantoi hahaha.
Aqilah berhenti mengingati kejadian tadi. Dia berdiri di hadapan sepohon pokok sederhana besar. Zariel yang sedang berjalan mengekorinya juga turut berhenti.
"Eiii geramnya! Malu tau tak! Satu kelas ketawakan aku! Nasib meja dengan kerusi tak boleh ketawa, kalau tak mesti diorang pun join sekaki."
Aqilah mencekik pokok di hadapannya. Dia menggoncang-goncang badan pohon itu.
"Siapa yang cipta teori pythagoras ni hah? Mehlah sini gaduh dengan aku!"
Zariel yang mendengar pertanyaan Aqilah terus menulis nama pythagoras di atas sehelai kertas sebelum merenyukkannya kemudian dibaling tepat pada kaki Aqilah. Aqilah membaca isi kertas tersebut. Akalnya mula ligat memikirkan sesuatu.
'Pakcik Pythagoras setuju nak gaduh dengan aku ke? Bukan dia dah meninggal ke? Ataupun, ada orang yang ikut aku?'
'Satu'
'Dua'
Tanpa menunggu kiraan tiga, kaki Aqilah pantas berlari pulang. Dia tidak berhenti berfikir siapa yang mengekorinya.
Zariel juga berlari mengikuti Aqilah. Dia ingin mengetahui di mana gadis itu tinggal. Setelah melihat Aqilah masuk ke dalam sebuah rumah, dia tersenyum buat pertama kali dalam tempoh lima tahun.
.............................
"Zariel pergi mana hah? Papa dengan Pakcik Mad penat cari! Papa tinggalkan pesakit papa sebab Zariel tahu tak?" lantang suara Encik Niezal memarahi satu-satunya anak yang dia ada.
Zariel hanya membatukan diri. Dia malas untuk bercakap dengan orang yang membuat mamanya lari entah ke mana.
"Zariel! Dengar tak ni? Kenapa diam? Suka buat papa marah, risau macam ni?"
"Risau? Risaukan Zariel? Kalau papa betul-betul risaukan Zariel, papa takkan buat mama lari!" Tengking Zariel lalu berlari ke tangga dan masuk ke biliknya.
Encik Niezal terduduk. Dia tidak tahu mengapa Zariel menganggap bahawa dia punca semua ini. Puas dia memujuk Zariel untuk berbaik tetapi hati anaknya seakan mati.
"Sabarlah tuan. Satu hari nanti Allah pasti akan tunjukkan jalan keluar."
Encik Niezal menggangguk kecil. Dia berharap satu saat nanti akan tiba masanya untuk rumah ini kembali bercahaya dengan gelak ketawa Zariel.
- Kalau best , vote tau !! ✌✌ -
- Jangan lupa tinggalkan comment ye , jangan takut , sis tak kunyah korang hidup2 -
Sis buat wattpad tahun lepas , pertengahan tahun gitu , sis alone . Hahaha hari2 baca cerita orang sampai dah takde cerita nak baca . Then , tangan sis tiba - tiba rasa gatal nak publish cerita sendiri tu yg terwujudnya kisah Zariel dan Aqilah .
Lepas sis publish cerita ni , sis dapat ramai kawan baru . Kawan ?? Alaaa yang baca , vote dgn komen tu ! Hahaha . Thank youuuu guys .
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top