Pujuk

"Mak! Ada hantu!" jerit Wani kuat.

"Ni akulah. Boleh pekak telinga dengar suara kau." balas Aqilah. Dia menggosok-gosok telinganya.

Wani memetik suis lampu di ruang tamu. Dia bergegas duduk di sebelah Aqilah. Mata galak memerhatikan rakannya.

"Kau Aqilahkan?"

"Iye." jawab Aqilah dengan nada geram.

"Bila hari lahir aku?"

Aqilah menepuk dahi. Ya Tuhan, bagaimana aku boleh berkawan dengan minah ni? "16 Ogos weh."

"Okey ni Aqilah je yang tahu. Kalau kau boleh jawab baru betul kau Aqilah. Apa nama manja yang mak ayah aku panggil?"

Dada diurut laju. 'Sabar Aqilah, sabar.' Wajah Wani ditenungnya tajam. "Mak ayah kau panggil kau baby. Patutnya tambah perkataan tua kat belakang baru sesuai. Ha orang yang kau suka mula dengan huruf H macam Harry Potter, Hafreez Adam dengan Harith. Betulkan? Jadi, dah boleh berhenti merepek."

Wani menggaru kepala yang tidak gatal. "Hehehe janganlah marah. Lagipun, ni salah kau! Kenapa duduk dalam gelap? Siapa je tak terkejut! Tadi kata nak tidur." bebel Wani.

"Satu lagi, Zariel tahu ke kau tidur rumah aku?" sambung Wani.

Aqilah menggenggam jari-jemari. "Tahu kot." Air mata Aqilah bertakung.

"Eh eh, kau kenapa? Takkan sebab aku tak percaya kau Aqilah, kau nak nangis pula?"

Aqilah tergelak. "Bukanlah ngek! Aku... Aku nak berpisah dengan Zariel."

"Woi! Gila ke?" lantang suara Wani bertanya.

Aqilah terus memeluk Wani. Dia menangis teresak-esak. Air mata berjuraian laju jatuh ke bawah.

"Aku yang suruh dia lepaskan aku." suara tangisan Aqilah semakin kuat.

Wani memukul belakang badan Aqilah. "Kau yang suruh? Weh, dia sayang kau dari tingkatan 2! Dia terlalu sayangkan kau! Ingat senang ke nak jumpa orang yang akan sayang kau macam Zariel sayang kau?"

Aqilah berkerut menahan sakit tetapi kesakitan itu tiada apa kalau nak dibandingkan dengan apa yang dia rasa.
"Aku marah sangat. Terlalu marah. Kau faham tak bila kita risaukan seseorang dan kita nak tengok dia hidup bahagia tapi orang tu salah erti niat kita. Dia anggap macam kita nak punahkan kebahagiaan dia. Aku geram sebab tu aku terlepas cakap."

Air mata dikesat laju. Pelukan dilepas. Wajah Wani ditolehkan supaya melihatnya. "Okey, sekarang ni aku nak buat apa? Kalau dia betul-betul ceraikan aku macam mana?"

"Buat selamba macam badak jelah. Itu yang kau nak."

Lengan Wani ditampar kuat. "Aku tak sengajalah! Macam mana kalau dia betul-betul ceraikan aku?"

Wani menggosok lengan sambil kepala digelengkan. "Kalau kau fikir macam tu maknanya kau tak percaya cinta Zariel pada kau. Mungkin kau anggap kata-kata dan perbuatan Zariel tu sekadar hiasan. Percayalah cakap aku, dia takkan ceraikan kau. Sebab apa tau? Kau dunia dia. Kau segalanya untuk dia. Bumi mengelilingi matahari, macam itulah hidup Zariel yang bergerak mengitari hidup kau."

Aqilah menepuk kedua belah tangan. "Wow, ayat kau yang akhir tu gempak! Asal Harith tak jatuh cinta dengan kata-kata bersemut kau eh?"

"Tak payahlah sebut nama dia."

"Kenapa pula ni? Gaduh juga ke?"

Wani mengeluh. "Aku penat. Aku pun manusia biasa yang tahu erti penat tau weh. Lagipun aku perempuan. Aku asyik terkejarkan dia, kadang-kadang aku rasa aku tak tahu malu. Aku rasa maruah aku dipijak tapi diri sendiri yang buat."

Aqilah menggosok bahu Wani. "Kau tahukan aku tunggu dia habis belajar weh. Lepas dia balik Malaysia, hari-hari aku pergi hospital tempat dia kerja. Hati aku tak pernah buka untuk mana-mana lelaki selain dia. Kau mungkin rasa aku bodoh sebab dia tu crush je tapi aku setia. Tahap setia aku tinggi sangat sampaikan bila ada orang suka aku dan serius, aku rasa aku curang dengan Harith."

"Dia cakap ke yang dia tak suka kau? Dia tak nak kau kacau hidup dia lagi? Muka kau pun dia tak nak tengok? Ada tak?"

"Tak tapi dia tak hiraukan aku. Macam aku tak wujud je. Layan macam nak tak nak je. Dia selalu mengelak bila aku pandang dia."

Aqilah tersenyum. "Dia malulah tu. Kau ada harapanlah. Kenapa nak putus asa ni? Teruskan weh. Kalau dia tak suka kau kacau dia, dah lama dia terus-terang. Ini tak, dia diam je."

"Serius ke?" tanya Wani inginkan kepastian.

"Iye!" balas Aqilah dengan kuat.

"Hehehe. Kalau macam tu, esok sebelum subuh aku dah pergi kacau dia."

Mata Aqilah membulat. Silap-silap ada juga yang kena simbah dengan air panas esok. "Hmm dahlah, aku nak tidur. Esok aku kena hadap hari yang memenatkan. Jadi, aku kena sediakan mental yang kuat."

"Beria. Aku rasa zariel yang akan penat esok." cebik Wani.

Aqilah berlari mendaki tangga lalu terus masuk ke dalam bilik tidur yang disediakan oleh Wani. Dia mengunci pintu lalu bersandar di dinding. Fikirannya melayang memikirkan Zariel Firdaus.

"Kalau aku sedih, aku ada mak, atok, angah, Wani, Azwa dengan Mini tapi... Kalau Zariel sedih, dia nak ngadu kat siapa eh?"

Kepala dihantukkan perlahan beberapa kali pada dinding. "Tolong keluar dari fikiran aku boleh tak? Tolonglah! Kau buat aku keliru sama ada betul atau tak, kau sayang aku."

Aqilah berjalan ke arah katil lalu merebahkan diri. Dia memikirkan Zariel sehingga terlena.

....................................................

Zariel mundar-mandir di hadapan Cafe Eternal Love. Mindanya sedang memproses pelbagai kata maaf untuk diungkapkan kepada Aqilah. Bukan setakat bahasa Melayu sahaja, bahasa dari negara lain turut difikirkan sekali.

"Weh, boleh kau berdiri satu tempat je tak? Jangan jadi macam bapa cacing kepanasan." kritik Irfan.

"Aku nervous. Aqilah datang kerja ke tak hari ni? Dia pergi mana semalam? Benda yang aku paling takut adalah hilang dia."

"Iye, aku tahu tapi pekerja tengok bos diorang macam orang tak betul. Nak kata mabuk pun boleh juga. Rosak imej aku berdiri dekat dengan kau."

Zariel membuat muka. Baru sahaja dia ingin membalas, kelibat Aqilah kelihatan. Kot yang dipakai diperkemaskan lagi.

"Hai."

Aqilah mendongak. Wajah Zariel menyapa pandangannya. "Hai."

"Erm, erm... Ha, Irfan cari kau."

Mata Irfan terbuka luas. 'Aku?' Dia menunjukkan riak wajah tidak puas hati.

"Ada apa?" tanya Aqilah dengan nada mendatar.

"Oh ye, aku lupa yang aku cari kau." Matanya merenung tajam menatap muka Zariel. "Aku nak kau bagi cadangan kek apa yang sedap kat sini."

"Lah minta cadangan je. Asal siap pakai reben ni?"

Zariel berbalas pandangan dengan Irfan. Dia menarik nafas. "Sebab dia ada misi penting iaitu teman aku minta maaf dekat kau."

Aqilah terkedu. Dia menggenggam kedua belah tangan erat.

Zariel memberi isyarat menyuruh Irfan meninggalkan mereka berdua sahaja. "Dasar ulat lupakan daun. Kau suruh aku blah macam tu je eh?"

Pandangan tajam diberikan. "Iye aku nak pergilah ni. Aqilah, jangan maafkan dia. Biar padan muka dia." kata Irfan sebelum berjalan pantas memberi ruang kepada pasangan suami isteri itu untuk berbicara.

"Kita bincang tempat lain. Diorang tengok kita lain macam."

"Okey." Zariel mengikuti langkah Aqilah dari belakang. Mereka masuk ke dalam sebuah restoran yang berhampiran.

"Pasal mama... Aku minta maaf. Itu masalah aku tapi kau terpaksa kongsi beban tu juga."

"Aku nak kau dengan mama berbaik macam dulu tapi... Mama mungkin tak sedia lagi kot." Aqilah cuba menyusun kata sehabis baik.

"Bukan salah kau. Aku tahu niat kau baik. Aku yang salah. Aku minta maaf kata-kata aku terlalu kasar."

Aqilah mengeluarkan cebisan kertas dari beg tangannya. Dia menghulurkan kertas itu kepada Zariel.

Angka yang tertulis di kertas itu ditenung oleh Zariel. "Itu nombor telefon mama yang baru. Aku dapat dari hotel tempat mama menginap sebelum balik ke luar negara. "

Cebisan kertas itu dipegang lalu dikoyak. Terlopong. Wajah tidak beriak Zariel dipandang.

"Aku dah bertahun hidup tanpa seorang mak. Hakikatnya, masa dia ada dengan aku dari kecil, aku tak pernah rasa dia sayang aku. Jadi, dia tak penting dalam hidup aku. Aku ngaku aku emosi bila dia datang balik. Aku terlepas kemarahan tu dekat kau. Marah yang dia tak sayang aku. Geram kenapa dia sanggup sakitkan anak sendiri."

"Tapi kau lain... Kau dunia aku. Kau impian aku. Kau masa depan aku. Aqilah, aku tak nak hilang kau. Aku minta maaf. Tolong jangan tinggalkan aku." Akhirnya, kata-kata itu terlepas dari mulut Zariel. Mata dia berkaca. Dia betul- betul maksudkan apa yang dia cakap.

Jus Epal dicapai lalu diteguk. Wajah Zariel sedikit pun tidak dipandang. "Kau buat aku keliru. Cara kau sayang aku tu meragukan. Kau paksa aku kahwin dengan kau. Kau pecat aku, susahkan pekerja dapur lima, ugut aku dengan kontrak tapi dalam masa yang sama, aku tahu kau tolong aku. Pertemuan dengan pengurus kedai kek tu semua kau yang atur. Kerjasama dengan syarikat Isyraf pun kau mudahkan. Bungkusan makanan yang baru pun kau urus walaupun bajet syarikat dah selesai agih. Kau minta kebenaran dengan pengawal untuk bagi kek secara percuma dekat orang ramai. Aku tak larat nak sebut semua sebab terlalu banyak."

"Aku tak boleh faham kau. Kenapa kau perlu kasar depan aku sedangkan jaga aku senyap-senyap? Terus terang, kau buat aku rasa yang diri aku susah untuk disayangi." sambung Aqilah lagi.

'Aku takut kau tinggalkan aku macam dulu. Terlalu takut. Masa tu aku layan kau baik. Aku jadi Zariel yang ceria, naif dan peramah tapi kau pergi macam tu je. Mungkin kau suka Zariel yang lain jadi aku ubah diri aku.' Kata-kata ini hanya mampu diucapkan dalam hati. Mulutnya terkunci seribu bahasa.

"Aku nak minta izin. Aku nak cuti dua hari. Bagi aku masa dan ruang, boleh?"

Zariel mengangguk perlahan. "Aku izinkan. Apa-apa, bagitahu aku."

"Okey." jawab Aqilah.

...............................................

"Tuan Zariel."

Dua patah perkataan yang keluar dari mulut Amsyar menyentakkan Aqilah yang sedang memasak. Ingin sahaja dia memandang ke belakang namun hati menahan sekerasnya.

"Untuk kitaorang ke? Baiknya tuan!" tanya Ridhwan.

Zariel mengangguk. "Terima kasih." jerit Erina. Amsyar bergegas menyambut huluran plastik sederhana besar dan mengagihkan kepada rakan sekerjanya.

"Erm, Aqilah punya kat Tuan Zariel. Pergilah ambil." kata Jannah.

Membulat mata Aqilah mendengar kata-kata itu. 'Eii dah beli tu bagi jelah. Asal nak kena aku amik kat dia!'

Raudhah mencuit bahu Aqilah. Dia memberi isyarat kepada Aqilah yang Zariel sedang menunggu.

Laju Aqilah bangun kemudian mengambil airnya dari tangan Zariel. Lelaki itu senyum lebar kepadanya. Aqilah hanya menunduk ke bawah dan menyambung kerja yang tergendala tadi.

.............................................

"Diorang dah sampai ke?"

"Belum."

Aqilah mengurut dada. "Penat weh aku lari dari tadi. Dahlah balik rumah senyap-senyap sebab aku tak nak jumpa Zariel. Dia tak tahukan yang kita pergi bercuti empat orang?"

Wani menggaru kepalanya. "Erm, Aqilah... Sebenarnya, Zariel kat belakang kau!"

"Hahaha. Tak lawaklah. Jangan main-main." Aqilah menoleh ke belakang. Kelihatan Zariel sedang bersandar pada bas. Lelaki itu tersengih memandangnya.

Cepat-cepat Aqilah memandang hadapan kembali. "Kau memang dah lama hidup eh?"

"Hehehe. Alaa jangan marah aku. Niat aku baik. Nak tengok korang bercinta sampai syurga je."

"Eii! Aku taknaklah pergi macam ni!"

Wani menahan lengan Aqilah. "Weh, kita dah besar tau. Dah 27 tahun. Janganlah macam budak-budak. Selesaikan elok-elok. Jangan risau, aku dah bagi tips kat dia. Aku dah suruh dia buktikan yang dia sayang kau dengan cara yang normal. Diri dia sendiri."

Aqilah mencebik. "Sebenarnya, aku pun dah buat salah besar dengan kau."

"Apa kau buat? Apa? Kau jangan cakap yang kau ajak...."

"Hehehe haah. Hafeez dalam perjalanan."

"Otak kaulah! Tak lawak weh! Serius! Aku taknak pergi kalau dia pergi!"

"Kau dah 27 tahun tau. Cuba matang sikit. Sampai bila nak lari dari masalah?"

Wani menampar bahu Aqilah kuat. Aqilah membalas balik. Mereka berlawan mata.

"Hai. Gaduh ke? Dari jauh dah nampak muncung korang." tegur Azwa.

"Irfan dengan Aakil buat apa pula kat sini?" Aqilah memandang Wani tajam.

"Apa tanya aku pula? Aku ajak Zariel je."

"Sorry weh. Aku tak bagitahu aku ajak Irfan. Korang tak kisahkan?" celah Azwa.

"Habis Aakil ni?" tanya Wani.

"Aku yang ajak. Habis korang ada partner masing-masing. Nanti aku seorang je." balas Mini membela diri.

"Wah, aku dah nampak macam mana kita berempat boleh kawan baik! Semua sama je." Aqilah menggelengkan kepala.

Semua tergelak mendengar bicara Aqilah. "Sorry lambat." sapa Hafeez.

"Eh, jom gerak. Pemandu bas tu dah tunggu lama." Wani segera berlari masuk ke dalam bas.

Aqilah menjeling. "Jangan macam budak kecil konon."

Irfan dan Azwa mengambil tempat di belakang. Penuh tangan Irfan dengan beg plastik berisi makanan ringan.

Mini mengambil tempat di sebelah tingkap manakala Aakil duduk sebaris dengan gadis itu. Wajah tenang Mini yang bertudung ungu dipandang dengan senyuman. Mereka sama-sama berubah ke arah yang lebih baik.

Hafeez yang baru sahaja ingin duduk di sebelah Zariel dihalau. "Sempit weh kalau dua lelaki duduk sebelah-sebelah."

"Mana ada. Muat je."

"Banyak lagi ruang kat belakang. Pergi duduk dengan Aakil ke."

"Ah kau! Aku nak duduk seorang." bidas Aakil.

Hafeez duduk sebaris dengan Zariel di hadapan Wani. Dia melihat tingkap atau lebih tepat lagi, pantulan gadis itu di cermin.

Aqilah masuk ke dalam bas. Zariel berdehem. Langkah dilajukan tanpa memandang suaminya. Dia duduk di belakang Zariel Firdaus sebaris dengan Wani.

"Duduk seorang ke bang?" Hafeez mengejek.

"Diamlah." Zariel menjeling Hafeez tajam.

"Woi, orang kat depan tu memang nak gaduh dari zaman sekolah sampai tua ke apa?" teriak Irfan dari belakang.

Aqilah, Mini dan Azwa tersengih. Bas itu mula bergerak ke destinasi yang ingin dituju.

Getaran telefon pintar menandakan ada mesej di aplikasi Whatsapp. Wani segera membacanya.

Kumpulan Kejar Sampai Dapat

"Wani, tegurlah Hafrez tu. Dia tengok kau dari tadi." kata Irfan.

"Serius ke? Tak payah tipu!"

"Iye. Aku pun perasan. Tak percaya, kau pandang je depan." sampuk Aakil pula.

Wani mendongak ke hadapan. Walaupun dari sisi belakang, Hafeez tetap kelihatan kacak. Rambutnya yang kemas dan rapi. Kemeja berwarna kuning cair itu amat sesuai dengan tona kulitnya. Tiba-tiba, Hafeez menoleh ke belakang. Pandangan mereka bertemu.

Wani mengigit bibir. Cepat-cepat dia memandang tingkap. Hafeez tersenyum kecil. Gadis itu masih menyukainya. Dia tahu salah dia dan disebabkan itu, dia mengikuti percutian ini untuk mendekatkan jarak antara mereka.

Telefon pintar dicapai. Wani menaip mesej dan dihantar ke dalam Kumpulan Kejar Sampai Dapat.

"Weh aku nak nangis."

"Apehal pula? Bukan patutnya gembira ke?" tanya Aakil.

"Dia tengok akukan tadi? Korang nampakkan? Kenapa dia tengok aku? Janganlah buat aku perasan. Dia suka aku ke? Ahhh, aku macam nak tarik kepala dia lepastu tanya dia nak kahwin dengan aku tak?" balas Wani.

"Sis, maaf ya kalau bilang, itu gelojoh namanya." sindir Irfan.

"Habis tu, kenapa dia tengok kalau dia tak suka aku?"

"Ada je orang tengok dalam diam sebab rasa bersalah atas dosa yang dia buat." Irfan membalas.

"Ha? Siapa?" tanya Aakil.

"Zariel dari tadi tengok Aqilah weh sebab dia dah buat salah hahaha."

Serentak dengan itu, pandangan Aakil dan Wani beralih ke arah Zariel. Mereka dapat melihat dengan jelas Zariel sedang curi-curi pandang Aqilah. Mungkin Aqilah tak perasan kerana sibuk melayan perasaan.

Irfan menelefon Zariel kemudian dimatikan. Zariel memandang ke belakang. Irfan menghantar isyarat supaya membaca chat di Whatsapp.

Riak wajah Zariel berubah. "Nampak sangat ke aku tengok dia?" Zariel menghantar mesej di dalam kumpulan itu.

"Terlalu jelas lagikan nyata. Macam biawak tak cukup tidur." sakat Irfan.

Mata Zariel tajam menatap Irfan. "Rambut kau macam nenas. Ingat buat stail macam tu hensem ke?" Zariel membalas balik.

Wani dan Aakil tergelak kuat. "Mana ada macam nenas!" jerit Irfan. Zariel membuat muka bangga kerana berjaya provok Irfan.

Azwa, Mini, Hafeez dan Aqilah memandang mereka berempat dengan riak wajah yang pelik. "Korang berbual melalui telepati ke apa? Tak dengar suara pun." tanya Mini.

"Tu tak penting. Sekarang ni betul ke tak rambut aku macam nenas?" Irfan membetulkan rambutnya. Mata dia meliar memandang enam orang manusia di hadapannya.

"Mana ada. Makin hensem je." Azwa memberikan jawapan.

"Bidadari saya is the best!" Pipi isterinya dicuit dan digoyang perlahan.

"Uwek." Aakil membuat gaya ingin muntah.

"Mohon yang belum kahwin jangan cemburu. Kepada yang sudah halal tetapi sedang bergaduh, dinasihatkan tidur jelah. Tutup telinga sekali." perli Irfan.

Zariel menjeling Irfan. Kemudian, dia memandang ke arah Aqilah yang sedang melihatnya. Masing-masing hanya diam membatu. Aqilah mengalihkan pandangan ke arah luar tingkap.

Aakil berjalan ke arah pemandu bas. "Pak cik, itu gitar pakcik ke?"

"Taklah. Anak pakcik punya. Nak pinjam, boleh je."

"Okey, terima kasih pakcik." Aakil mengambil gitar tersebut lalu menghulurkannya kepada Zariel.

"Apa kata kita sebagai lelaki budiman, nyanyi satu lagu untuk bunga yang kita sayang dalam bas ni? Berani ke tak?" Aakil merenung Zariel dengan kening diangkat sebelah.

Zariel menyambut huluran gitar itu. Dia mula memetik.

Aku tak tahu apa yang ku rasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu

Aqilah menoleh ke hadapan. Tepat anak matanya bertentang dengan tunak mata Zariel. Mereka berdua seakan mengimbas kembali saat Mi Kari milik Aqilah tertumpah dari tingkat dua mengenai kepala Zariel yang sedang berjalan di tingkat bawah.

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Dia terbayang kembali wajah panik Aqilah yang mengelap mi kari di mukanya. Gadis itu siap melutut memohon maaf. Comel! Detik itu seperti terhenti sendiri. Masih lagi dia ingat apabila jantungnya berdegup sangat kencang saat terpandang Aqilah buat pertama kali.

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Memori dia sentiasa mengekori gadis itu ke mana sahaja berbalam-balam di ingatan. Dia akui dia kelihatan seorang psiko tetapi percayalah, dia tiada niat untuk menakutkan Aqilah. Dia cuma mahu berada sentiasa dekat. Itu sahaja.

Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu ingin dirimu
Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku

Aqilah tinggalkan dia semasa mereka 17 tahun. Sehingga kini, dia masih tidak mengetahui sebabnya. Namun, itu sudah tidak menjadi suatu persoalan yang berat kerana gadis itu sudah menjadi miliknya. Dia tidak akan benarkan Nur Rania Aqilah pergi dari hidupnya buat kali kedua.

Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu

Aku suka kau. Aku sayang kau. Aku cintakan kau. Terlalu cintakan kau. Dari dulu sampai sekarang malah makin bertambah. Alangkah indahnya kalau dia mampu mengungkapkan ini kepada Aqilah.

Tepukan gemuruh diberikan di atas nyanyian merdu Zariel. Aqilah turut menepuk tangan. Perasaan yang disampaikan melalui lagu itu dapat dia rasakan.

"Akhirnya, kau dapat juga nyanyi lagu ni depan Aqilah." kata Wani.

"Haah! Aku ingat lagi part saat ku tahu kau akan pergi jauh. Izinkan aku tuk selalu menantimu. Masa tu kau nangis. Semua orang terkejut. Aku...." bicara Irfan terhenti apabila mulutnya ditutup oleh Azwa.

Mini turut memberi isyarat menyuruh Wani diam. Aqilah tercengang. Lagu ni memang untuk aku dari dulu? Zariel nangis? Apa ni? Tajam matanya menatap Zariel meminta penjelasan.

"Okey, dah sampai." sampuk pemandu bas.

"Yeay! Ayuh kawan-kawan! Aku dah tak sabar!" teriak Irfan lalu segera turun dari bas atau lebih tepat lagi melarikan diri setelah membocorkan rahsia penting.

"Tak acilah. Aku sorang je nyanyi. Main tipu eh." rungut Zariel.

"Sejak bila Zariel pandai merungut ni? Kali pertama aku dengar." balas Mini.

"Hahahaha relaks ah. Aku nak tolong kau je sejukkan hati bini kau. Okey apa suara kau, aku yang lelaki pun cair." Aakil membela diri.

Zariel membuat muka. Aqilah terus turun dari bas apabila namanya menjadi topik perbualan.

"Abang Zariel." panggil Aakil dengan nada meleret.

"Eii geli aku." balas Zariel.





Hai, sorry lambat publish bab baru sebab sis ada exam 😂

Mula dari bab ni, korang akan tahu sebab Aqilah menghilang lepas habis SPM 😉

Jangan lupa vote & comment ~ ❤

Bye ~

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top