Lari!!!
"Kau?"
"Aku nak ikut."
"Untuk apa? Macam mana kau boleh ada kat sini pulak?"
"Aku akan selalu ada... Jaga dan melindungi kau."
"Hafeez! Tolonglah balik... Aku boleh jaga diri sendiri."
"Tapi...." Hafeez sudah hilang kata-kata apabila terpandangkan wajah Aqilah yang merah menahan geram.
"Erm, Hafeez, better kau pergi. Kitaorang ada dengan Aqilah." Wani mencelah untuk menenangkan keadaan.
Panas hati Aqilah. Sudahlah dia ditipu hidup-hidup dengan Isma. Sakit kepalanya berfikir cara untuk memulangkan kembali wang derma dari warga sekolah. Semuanya berjumlah RM50 000. Kemudian, ditambah pula dengan kehadiran Harith yang seolah-olah mahu jadi hero.
'Ahh malaslah nak fikir! Masuk sorang jelah! Lagipun ni masalah aku bukan diorang.' Baru sahaja kaki Aqilah ingin melangkah, sekali lagi dia ditarik dari belakang.
"Kau nak apa lagi hah mangkuk ay....." Lidah Aqilah kelu untuk meneruskan kata. Mulutnya ternganga melihat kehadiran seorang lagi manusia yang sibuk hal dia.
"Hai!" sapa Zariel dengan ceria. Sebenarnya, dari mula dia dapat tahu Aqilah menolong Isma dari bunuh diri, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Kalau betul nak bunuh diri, kenapa kat sekolah? Kenapa pada saat-saat perhimpunan mahu dimulakan? Jadi, Zariel sendiri ingin menyiasat perkara itu untuk Aqilah. Tidak sangka pula, gadis itu sudah mengetahui pembohongan Isma.
"Korang berdua ingat hari ni hari tarik-menarik sedunia ke apa?" Tangan Aqilah memicit-micit dahinya. 'Aduh, pening kepala aku! Tak boleh ke bagi aku jumpa Isma dengan aman dan damai!'
Zariel menanggalkan hoodie yang sedang dipakai. Lantas, hoodie hitam miliknya disarungkan ke tubuh Aqilah.
Kepala Aqilah yang bertudung sudah terlindung. Wajahnya separuh sahaja yang kelihatan.
"Okay, done! Jom!" Zariel segera mencapai tangan Aqilah yang berlapik
Aqilah terkedu. Dia hanya mengikuti langkah Zariel. Hafeez mendengus tidak puas hati tetapi kakinya tetap dihayun masuk ke dalam kelab itu. Mini dan Wani turut mengikuti Aqilah.
Bingit! Itu satu-satunya perkataan yang tepat untuk menggambarkan keadaan di kelab.
Wani menutup kedua telinganya dengan tangan. 'Boleh pekak kalau lama-lama kat sini!'
Aqilah tercari-cari di mana keberadaan Isma. Terlalu ramai manusia yang lalai dengan nikmat tuhan di hadapannya.
Hafeez menelan liur melihat gadis-gadis di situ yang terlalu seksi. Dia tidak menyangka demi Aqilah, dia sanggup menjejakkan kaki di tempat itu.
"Guys, tambahlah lagi! Malam ni, aku yang belanja! Tambah lagi!" jerit seorang gadis seksi di tengah-tengah kerumunan manusia.
"Wuhuuuu!"
Isma meneguk air setan di tangan. Badannya liang-liuk menari mengikut rentak muzik. Affan yang berada di situ memandang Isma dengan lirikan nakal.
"Aqilah, tu Isma!" bisik Zariel di telinga Aqilah.
"Eish, kau ni! Apehal bisik-bisik!"
"Nanti Isma dengar, dia lari pulak."
'Betul jugak tu!' Aqilah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Mereka berlima berjalan laju menghampiri Isma.
"Isma!" Tangan Aqilah mencengkam kuat lengan Isma.
"Sampai hati kau! Kau tak tahu ke hah apa perasaan ada kanser! Ke kau nak rasa ada kanser baru kau insaf!" jerit Aqilah lantang. Ikutkan hatinya yang panas, ingin sahaja dia tampar wajah Isma kemudian dicekik-cekik leher gadis itu dan dipijak hingga lumat!
"Eii! Sakitlah bongok! Lepaslah!" Isma meronta-ronta ingin melepaskan diri dari pegangan Aqilah.
Semakin kuat lengan Isma dicengkamnya. "Kau nak lari mana?"
"Ehem, lepaskan dia! Awek wa tu!" Affan segera menyampuk. Dia sudah lama memerhatikan adegan singkat di depan matanya.
"Pulangkan duit RM50000 dulu baru aku lepaskan kau!"
"Awek cun macam kau tak payahlah bajet alim. Apa kata, lepak sini enjoy dengan kitaorang?" Sejurus berkata, Affan terus menghampiri Aqilah. Bahu Aqilah disentuhnya.
Buk
Buk
Dua tumbukan sekaligus diterima Affan. Pipinya pecah lalu tepi bibir mengalirkan darah.
Hafeez dan Zariel melayangkan penumbuk di pipi Affan. Berani kau sentuh Aqilah!
Affan yang jatuh ke lantai perlahan-lahan bangkit. Bibirnya mengukir senyuman sinis.
"Geng! Diorang ni buat onar dalam kelab ni!" teriak Affan.
Terus sahaja mereka berlima dikelilingi dengan sekumpulan lelaki dan perempuan.
"Tunggu apa lagi! Belasah ah!" Affan memberi arahan.
Zariel menolak Aqilah ke tepi. Lantas, dia berlawan dengan lima orang lelaki sekaligus. Hafeez pula sibuk berbalas tumbukan dengan Affan.
Mini dan Wani turut menarik rambut tiga orang perempuan yang tika itu ingin mencabut tudung mereka.
Aqilah dan Isma, masing-masing berebut dompet milik Isma.
'Tak dapat RM50000 pun takpe janji baki tu aku punya!' desis hati Aqilah.
"Woi! Siapa yang buat kecoh ni!" Kelihatan beberapa orang lelaki berbadan tegap sedang memegang kayu.
Zariel yang perasan akan kehadiran lelaki-lelaki itu terus sahaja menarik tangan Aqilah keluar dari situ.
Hafeez kelam-kabut mencari Aqilah. 'Haa jumpa!' Tanpa berlengah lagi, dia pantas menarik tangan seorang gadis dan berlari menyelamatkan diri.
Mini pula hanya mengikuti langkah lelaki yang sedang membawanya keluar. Dia sendiri tidak tahu siapa gerangan lelaki itu kerana suasana kelab yang gelap dan huru-hara.
Aqilah berlari sambil mata memandang belakang badan Zariel yang sedang menggenggam erat tangannya. Nasib baik berlapik!
"Woi! Berhenti!" jerit dua orang lelaki yang sedang mengikuti langkah Zariel dan Aqilah.
Zariel segera berhenti dan menarik Aqilah bersembunyi di belakang sebuah kedai. Mereka berada di dalam kedudukan yang sangat rapat hinggakan masing-masing boleh mendengar degupan jantung satu sama lain.
Mungkin jantung Aqilah berdetak laju disebabkan mereka berlari menyelamatkan diri tetapi tidak bagi Zariel. Posisinya yang sangat rapat dengan Aqilah menambahkan lagi degupan jantungnya.
Aqilah yang perasan kedudukan mereka terlalu rapat terus menolak Zariel menjauhinya.
"Apa kau ni!"
"Shhhh, nanti diorang dengar."
"Diorang dah blahlah. Dah, aku nak balik."
"Jom, saya teman!"
"Takyah!"
"Kalau awak taknak, saya bagitahu mak awak yang awak pergi kelab."
"What? Eish... yela! Puas hati?"
Zariel tersenyum puas.
.....................................
"Aqilah... Kau okey?"
"Hah? Aqilah?"
Terus sahaja Hafeez memandang gadis yang dia selamatkan di kelab.
"Kau?" jerit Hafeez, terkejut.
"Aqilah? Hahahaha itulah! Lain kali jangan main tarik je!" kata Wani sambil tergelak.
"Habis Aqilah mana?"
"Mesti ah dengan Zariel! Aduh, kau ni!"
"Aku nak baliklah!" Hafeez segera melangkah ingin pulang. 'Eii geramnya!'
"Aku nak ikut! Please!" jerit Wani.
"Tak payah!"
"Kau tak kesian ke kat aku? Aku dahlah perempuan! Kalau aku diapa-apakan? Aku kena culik ke? Huaaaaaa!" Wani meraung menangis untuk menagih simpati Hafeez.
Hafeez mengetap bibir. "Cepatlah! Kau lambat, aku tinggalkan kau!"
.....................................
"Lepaslah! Kau siapa nak tarik-tarik tangan orang ni?" bentak Mini.
"Orang dah selamatkan dia... Tak ucap terima kasih pun. Kena marah adalah."
"Yelah, terima kasih!"
"Kenapa datang kat tempat macam tu? Tak sesuai dengan awak."
"Habis dengan awak sesuai ke? Dahlah Islam! Bukan berdosa ke?" pedas Mini menyindir lelaki Melayu di hadapannya.
"Errrr... Saya... Saya...."
"Dah, tak payah explain. Saya taknak tahu!"
"Saya hantar awak balik?"
"Saya boleh balik sendiri." Sejurus berkata, Mini terus berlalu pergi.
Semasa Mini ingin menaiki teksi, seseorang telah menolaknya. Kemudian, dia turut mengikuti Mini masuk ke dalam.
"Awak lagi?"
"What? Saya cuma nak hantar awak balik je."
Mini mendengus geram. 'Lantak kaulah!'
Sesampainya di hadapan rumah Mini, lelaki itu terus menahan gadis itu keluar.
"Nama awak siapa? Saya Aakil!"
"So?" Mini terus meninggalkan lelaki misteri itu.
"Gila!" Hanya sepatah perkataan yang boleh dikatakan setelah bertemu Aakil.
.....................................
Gambar Aqilah bertemu Isma di kelab ditatapnya dengan penuh senyuman sinis.
"Habislah kau! Hahaha our game start now! Nia, kau tunggu nasib kau!"
-Sweet ke tidak? Sis bagi tiga sekaligus! Vote & komen ye 😄-
Hai ~ Sis nak ucapkan selamat hari raya semua !! 💞 Sis nak minta maaf kalau ada tersilap cakap sampai korang rasa nak tikam sis hidup-hidup hahaha 😂
Maafkanlah sis ye kalau sis lambat update , tak balas komen korang atau terkomen kasar ke apa ke 😣
Thanks utk 10k views 💕💕 terbaik ah korang selalu support cerita yang tak gempak sangat ni 😚
Haaa ! Terima kasih kpd yang mengundi cerita ni ! Disebabkan korang , cerita ni menang best teen fiction ! Yeahhh 😍
Bye !! 🤗 Selamat hari raya sekali lagi ! Salam kosong - kosong 😆 Mari kita makan banyak - banyak sampai bulatttt 😱
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top