Kem 3

Amaran ; bab ini paling panjang. Jangan bosan ye 😂

Peraturan untuk aktiviti night walk pada malam itu adalah seorang peserta dari setiap kumpulan akan dilepaskan secara berseorangan. Tiada sebarang sumber cahaya dibenarkan dibawa bersama. Peserta hanya perlu mencari jalan keluar berpandukan pada tali yang diikat pada pokok.

Kelainan dalam aktiviti malam ini berbanding dengan night walk dalam perkhemahan sebelumnya yang pernah disertai oleh Aqilah ialah mereka perlu berkumpul dalam kumpulan sebelum sampai di penghujung jalan.

Aqilah melepaskan keluhan. Dia peserta terakhir. Apalah nasib menjadi orang akhir dalam kumpulan masuk ke dalam hutan. Hanya kerana dia tingkatan lima dan tua setahun dari ahli kumpulannya yang lain, dia perlu mencari mereka semua. Kemudian barulah berjalan bersama untuk sampai ke destinasi akhir.

'Kenapalah fesi tukar kumpulan! Kan bagus guna kumpulan tadi je!' kutuk Aqilah di dalam hati.

"Saya peserta terakhir di dalam kumpulan empat perlu mengumpulkan empat ahli yang lain dan sampai ke dewan."

"Okey, jalan!" arah Tuan Zul.

"Bismillahirrahmanirrahim." ucap Aqilah sebelum melangkah masuk ke dalam hutan. Apa yang dapat dilihatnya hanyalah kegelapan malam. Tali di tangan digenggam erat seperti tidak mahu lepas. Hati tidak henti-henti membaca ayat Qursi.

Setelah lama berjalan, dia langsung tidak menjumpai ahlinya yang kedua. Pelajar perempuan yang bernama Marhani itu langsung tidak kelihatan. Padahal dia tidak pernah melepaskan tali di tangan. Dia sesat ke?

Hati mula berasa resah. Akal ligat memikirkan perkara negatif. Perasaannya bercampur-baur. Mata tidak henti memandang sekeliling mana tahu ada hantu ke apa. Kepala digeleng sekuat hati. Jangan fikir bukan-bukan!

Tiba-tiba, tali yang dari tadi menjadi panduannya terputus. Dia meraba-raba sekeliling. Langsung tidak ada tali. Perlahan-lahan, Aqilah mencangkung.  Tangannya tercari-cari tali seterusnya tetapi tiada.

Air mata mula menitis jatuh ke bawah. Ya Allah, ujian apa kali ini. Bantulah aku, Ya Allah!

"Aqilah!" teriak seseorang.

Aqilah yang mendengar teriakan perempuan itu terdiam. Dia mengetap bibir. Hantu ke? Dia berfikir sejenak. Oh ye! Kata laluan kumpulan empat!

"Ba... Batu api?" Menggigil Aqilah menuturkan dua perkataan yang dibina sesama ahli kumpulannya. Ini semua idea dari Marhani, penghuluwati itu.

"Ais batu!" jerit suara itu. Itu adalah balasan kepada kata laluan kumpulannya.

Aqilah bangkit secara perlahan. Air mata dilap laju menggunakan lengan hoodie. Dia berjalan lambat-lambat ke arah suara itu. Tidak tahu mengapa hatinya tidak berasa sedap. Perasaannya tidak enak. Tetapi itu sahaja jalan yang ada.

Aqilah berhenti. Dia sudah keliru mana datangnya teriakan itu.

"Batu api!" suara itu menjerit lagi.

Apabila mendengarkan jeritan itu, dia berjalan lagi. Lama-kelamaan, suara itu semakin jelas dan kedengaran sebiji seperti suara Marhani.

Aqilah tersenyum lega. Dia menghayunkan kaki lebih laju lagi. Akhirnya, dia menjumpai ahli yang kedua.

Pondok kecik di hadapannya ditatap lama. Kenapa Marhani berada di dalam situ?

"Marhani?" tanya Aqilah dalam keadaan ketakutan.

"Aku tak jumpa tali tadi. Lepas tu, aku ingat pondok ni tempat akhir. Aku masuklah. Lepas tu, aku terkurung. Tolong buka weh!"

Aqilah tercari-cari kunci di tombol atau apa-apa alat untuk buka pintu pondok itu tetapi dia tidak menjumpai apa-apa.

"Macam mana nak buka?"

"Aku terkunci dari dalam jadi mesti kunci ada kat sekitar situ."

"Okey sekejap." Aqilah meraba-raba daun-daun kering di hadapan pintu. Kemudian, dia mengangkat satu-persatu pasu di sekitar situ. Matanya tertancap pada bakul-bakul kecil di tepi pondok. Laju sahaja tangan mencari di bahagian bakul itu. Jumpa!

Aqilah segera memulas tombol pada pintu pondok itu menggunakan kunci di bawah bakul. Sejurus sahaja dia membuka pintu, Marhani menariknya masuk dan menolak Aqilah jatuh terduduk di atas lantai pondok.

Marhani pantas mengunci Aqilah dari luar. 'Padan muka! Siapa suruh bodoh sangat! Hahaha!'

Dia meninggalkan Aqilah dengan perasaan senang hati. Air liur ditepek-tepek ke muka agar kelihatan seperti sedang menangis. Ini hanyalah lakonan agar ahli kumpulan yang lain percaya bahawa Aqilah tidak mencarinya. Aqilah hilang!

..............................................

"Zariel! Kira jumlah peserta yang ada sekarang!" tegas suara Tuan Haikal memberi arahan.

"20 orang tuan!"

"Aktiviti malam ini dibatalkan. Tali terputus tengah hutan. Ada kawan kau orang dari kumpulan empat sesat. Jadi semua balik dewan dan tunggu arahan seterusnya. Semua beratur dan Zariel, kau belakang sekali. Pastikan semua takde yang tertinggal."

Zariel mengangguk.

"Siapa nama yang sesat tu?" tanya Tuan Haikal.

"Rania Aqilah, over!" balas suatu suara melalui walkie-talkie.

Zariel mengurut dada. Jantungnya hampir luruh mendengarkan nama itu. Dia tidak tahu apa yang dia rasakan sekarang. Marhani! Pasti angkara gadis itu!

Sebaik sahaja, Tuan Haikal dan peserta yang lain berjalan balik ke dewan, Zariel sekuat hati berlari masuk ke dalam hutan. Dia mengikuti sahaja ke mana tali yang diikat oleh fesi itu membawanya.

Sayup-sayup suara fesi sedang berbual lalu Zariel menghentikan larian serta-merta. Dia tidak mahu fesi-fesi itu menyedari kehadirannya di situ.

'Kat situ tali terputus! Jadi ni titik permulaan Aqilah menghilangkan diri. Pertama sekali, kiri ke kanan? Ya Allah, tolong aku!

Zariel mengikut firasat hati lalu menuju ke arah sebelah kanan. Pada mulanya dia berjalan perlahan dan berhati-hati agar tidak menghasilkan sebarang bunyi. Kemudian, setelah agak jauh berjalan, dia terus sahaja berlari.

"Aaaaaa! Aduh! Sakitnya!" Aqilah menendang pintu pondok itu.

Anak telinga Zariel terdengar bunyi pintu bergegar. Dia berjalan pantas mencari suara itu.

Aqilah terdengar derap langkah mendekati pondok tempatnya terkurung. Langkah itu terhenti di sisinya.

"Fesi?" soal Aqilah teragak-agak.

"Aqilah?" respon Zariel. 

"Zariel?" Air mata Aqilah menitis jatuh ke bawah.

"Akulah ni."

"Be... Betul ke?"

"Iye." Zariel mengeluh lega. Dia membaca ayat Al-Quran secara rawak agar Aqilah mempercayainya.

"Aku takut!" Aqilah menggigil ketakutan.

"Kenapa awak dalam ni?"

"Ada orang gila tolak aku lepas tu kurung aku!"

"Marhani?"

"Eh mana kau tahu?"

Zariel ketap bibir. Tangan digenggam bentuk penumbuk.

"Zariel?"

"Ke tepi. Saya nak cuba tendang pintu ni."

"Ha? Eh jangan. Keras dok. Sakit!"

"Nur Rania Aqilah, ke tepi."

Zariel cuba untuk merobohkan pintu pondok tersebut tetapi tidak berhasil. Pondok itu bukanlah tempat lama atau sudah reput. Ianya baru dibina dan ada tujuan. Jadi, kayu-kayunya kukuh dan teguh.

"Kan dah cakap tadi. Kuatkan pondok ni?"

"Tendang pintu bukan idea yang bagus."

"Hmm."

"Kenapa suara awak macam penat? Penat tendang pintu?"

"Haah... Tak bolehlah duduk diam je. Aku takut. Nasib kau dengar bunyi aku tendang. Kalau tak, mungkin takde yang perasan pun aku hilang."

"Saya ada dan pasti akan cari awak."

"Zariel, terima... Terima kasih untuk semuanya. Tadi aku takut sangat. Sekarang, dah tak takut sebab kau ada."

Zariel tersenyum. "Awak ngantuk?"

"Sikit."

"Tidurlah."

"Tapi...."

"Saya takkan tinggalkan awak. Saya kat sini."

"Sunyi je kat dalam ni. Saya takut."

Zariel mula berzikir. Suaranya sederhana perlahan agar tidak mengundang apa-apa bahaya datang.

Aqilah berasa tenang. Lama-lama, dia tertidur.

.............................................

Aqilah tersedar dari lena. Dia terjerit kecil apabila melihat wajah Cikgu Husna dan Cikgu Zuraiha di sekelilingnya.

"Aqilah okey?" Cikgu Husna mengusap dahi Aqilah.

"O... Okey. Saya kat mana? Bukan kat pondok?"

"Semalam, fesi cari lepas tu jumpa Aqilah terkunci dalam pondok kat tengah hutan."

"Zariel?"

"Zariel dan yang lain ada aktiviti sekarang ni. Untungnya Aqilah! Zariel dukung Aqilah bawa balik ke khemah tau."

"Hah? Betul ke? Dia okey tak?"

"Betul! Dia nak jaga Aqilah tapi cikgu tak bagi. Ada ke patut nak jaga anak dara orang. Aqilah tidur nyenyak sangatlah tu sampai tak sedar. Aqilah dikecualikan dari aktiviti pagi ni."

Aqilah mengangguk faham. Serius, Zariel dah makin tak betul! Dia mengalami gegaran otak ke sebab mangkuk mi kari?

"Macam mana Aqilah boleh terkunci?" soal Cikgu Zuraiha.

"Salah Aqilah. Tali terputus. Aqilah yang gatal pergi cari jalan lain sampai terkunci dalam pondok."

Aqilah menahan perasaan. Ikutkan hati memang dia mahu menceritakan kejahatan Marhani tetapi tidak boleh. Dia tiada bukti. Lagi pula, dia tidak tahu apa yang diceritakan Marhani kepada fesi dan cikgu.

"Kenapalah Aqilah buat macam tu! Bahaya tau! Nanti tengahari, Aqilah kena tolong cikgu masak. Zariel dengan Aqilah didenda tak boleh sertai aktiviti tengahari. Kau orang kena sediakan makanan tengahari."

"Kenapa Zariel kena denda?"

"Dia lari masuk dalam hutan sesuka hati dia. Elok-elok, seorang je hilang terus jadi dua orang. Teruk juga dia kena marah malam tadi. Dia dahlah penghulu." terang Cikgu Zuraiha.

'Gila punya Zariel!' getus hati Aqilah.

...........................................

"Lama lagi ke nak sampai check point lima ni?" Azwa bertanya kepada Qi Chao yang sedang memegang peta.

"Sekejap eh. Kalau ikut peta, kita akan jumpa sungai dulu baru tempat mula-mula berkumpul."

"Wah sungai!" teriak Diana, pelajar tingkatan empat yang teruja.

"Shh...." Syahmie meletakkan jari telunjuk di bibir sebagai tanda menyuruh ahli kumpulannya senyap. Bunyi air!

Syahmie memulakan langkahnya mencari anak sungai seperti di dalam peta. Ahli kumpulan yang lain turut mengikuti jejak Syahmie.

Azwa tersenyum. Sepanjang aktiviti jungle trekking, Syahmie menjaganya dengan baik. Tangannya yang terluka kerana duri itu dipandang. Syahmie mengoyakkan secarik seluarnya lalu membalut tangan Azwa.

Irfan yang berjalan di belakang Azwa mendengus perlahan. Dia dan Syahmie seperti gagak dengan merak. Syahmie hensem, dia hodoh. Syahmie tinggi, dia pendek. Syahmie atlet, dia tukang sorak. Syahmie pandai dan dia hanyalah biasa-biasa sahaja.

Memanglah Azwa tidak akan memandangnya langsung. Apatah lagi Syahmie turut menyukai Azwa. Bukannya dia tidak dengar tadi perbualan mereka berdua.

"Terima kasih tau. Kau siap koyak seluar kau semata-mata nak balut luka kat tangan aku. Sepanjang kita kat sini, kau selalu jaga aku."

"Takde apalah sebab macam orang kata cinta itu buta. Kalau dah suka orang tu, kita akan buat apa sahaja."

"Kau suka aku ke?" tanya Azwa.

"Aku suka kau. Kau yang tegas. Kau yang garang. Kau yang pandai. Cantik! Terus-terang. Takde simpan-simpan."

"Aku... Aku pun suka kau!"

"Tahu...."

"Macam mana tahu?"

"Nampak dari mata kau. Ada cahaya gitu!"

"Kau ni! Malulah aku!"

Pertama kali dia melihat Azwa ketawa dengan bahagianya bila bercakap dengan lelaki lain. Sama sekali berbeza setiap kali Azwa bersamanya.

Memang sakit! Tetapi, kalau dah sayang, tak kiralah dengan siapa, asalkan dia bahagia, kau pun akan rasa benda yang sama. Macam tipu tetapi itulah hakikatnya.

"Tu sungai! Kita dah sampai! Kita kumpulan pertama sampai!" jerit Qi Chao.

"Cepat! Cergas! Ikut jalan sungai ni! Hati-hati. Ada banyak batu tajam!" tegas suara Tuan Faris memberi peringatan.

Syahmie menunggu Azwa. Saat Azwa hampir sahaja tergelincir, dia memaut lengan Azwa agar tidak jatuh. Azwa tersenyum.

"Tak payah tunggu kawan. Ingat tak aku cakap kumpulan pertama sampai ada kelebihan? Hanya ada seorang je setiap kumpulan yang dapat anugerah Pengakap Terbaik. Tahu kan apa guna benda tu? Markah koko banyak. Senang masuk universiti."

Syahmie berhenti tiba-tiba. Azwa mengangkat kepala melihat Syahmie. Terus sahaja lengan Azwa dilepaskan. Azwa yang dalam keadaan tidak bersedia terjatuh ke dalam sungai. Nasib sungai itu tidak dalam. Hanya separas pusat.

Langkah dilajukan. Dia harap Azwa faham. Dia anak orang miskin bukan seperti Azwa yang dalam kalangan keluarga berada. Jadi, dia perlu mendapat anugerah itu.

Semua ahli kumpulan satu berlari apabila mendengarkan ucapan dari Tuan Faris. Hanya seorang sahaja berada di sisi Azwa saat itu.

Gadis itu menahan tangis. Kakinya terluka terkena batu tajam akibat perbuatan Syahmie tadi.

Irfan menghampiri Azwa. Dia memapah gadis itu berdiri.

"Kenapa kau tak pergi?"

"Sebab kau lagi penting dari segalanya. Kisah apa aku benda tu!"

Azwa menangis.

"Janganlah nangis. Muka kau terus jadi nenek. Mana bidadari aku?"

"Pergilah! Benda tu pentinglah! Bodoh ke?"

"Aku memang bodoh sebab tu aku tak sekelas dengan kau."

"Aku tak main-main!"

"Aku pun!"

Azwa menoleh ke arah Irfan. Irfan tersenyum memandangnya. Pandangan mata Irfan ikhlas. Lelaki itu betul-betul maksudkan segala apa yang diucapkan.

"Jalan perlahan-lahan. Kau boleh!"

Azwa tersenyum kecil.

"Bukan teruk pun jadi orang terakhir sampai. Lagipun, terima kasih."

"Untuk?"

"Terima kasih jalan sampai akhir dengan aku. Good job!"

Peserta dari kumpulan lain yang berlari itu tidak dihiraukan. Azwa menahan sebak. Dia berasa lega. Irfan membuatkannya rasa tiada apa yang buruk pun berlaku. Lelaki itu ada dengannya. Sama-sama jadi peserta yang sampai paling lambat. Sungguh! Dia rasa terharu!

.........................................

Irfan dan Zariel memandang Azwa dan Aqilah yang tertidur dalam bas. Perkhemahan itu sudah tamat. Dua hari satu malam itu memang agak huru-hara tetapi berakhir dengan indah.

Irfan tersengih-sengih. Begitu juga dengan Zariel. Aqilah sudah tidak melayannya dengan buruk. Siap masakkan sup ayam lagi sebab risau Zariel demam.

Hafeez memerhatikan Zariel dan Aqilah sepanjang perkhemahan itu. Dia sedar yang dia sudah tiada harapan lagi. Dia tidak akan mengejar Aqilah. Biarlah perasaan itu dia pendam dalam-dalam dengan harapan akan hilang suatu hari nanti.

Syahmie geram. Geram dengan sikap pentingkan dirinya sendiri. Dia terpaksa. Dia tahu dia pengecut tidak seperti Irfan yang berani dan bebas berbuat apa sahaja.

Marhani memejam mata rapat. Hatinya sakit. Zariel! Lelaki itu selalu merosakkan rancangannya! Menjadi penghalang tiap kali dia ingin mencelakakan Aqilah. Dia tidak kisah memalukan diri sendiri untuk melihat penderitaan Aqilah. 'Kau tunggu nasib kau, Nia!'







Hai ~ Vote + comment ye 😂

Amacam ? Bab ni panjang sangat lebih 2000 pp tau 😂 Sebab sis nak cepat besarkan si Aqilah dengan Zariel ...

Ramai yang tak sabo kan 😂

Okay , bye ~ 🤗

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top