Kejutan
Aqilah mengetuk pintu. Dia melangkah masuk ke dalam setelah mendapat izin dari Zariel.
"Hai sayang." ucap Zariel dengan ceria. Hilang sedikit penatnya apabila menatap wajah Aqilah.
"Hai... Kenapa Tuan Zariel panggil saya?" Aqilah menekankan panggilan Tuan Zariel. Sayang? Tidak sedar ke yang mereka di tempat kerja? Aqilah menggeleng kepala.
"Nak peluk."
Bulat mata Aqilah mendengar permintaan Zariel. Ini sudah lebih ni! Sudahlah dia dari cafe datang ke sini. Penat pun tak hilang lagi inikan pula mahu melayan kerenah Zariel.
"Tak boleh. Ni tempat cari rezeki bukan rumah."
"Ala bolehlah. Kejap je. Nak recharge tenaga. Mana boleh minta tolong sesiapa lagi, awak seorang je boleh bantu."
Aqilah mengeluh. Kenapalah perangai Zariel sejak kebelakangan ni makin mengada? Lain sangat kalau nak dibandingkan dengan Zariel yang dulu.
Lemah-longlai Aqilah berjalan menghampiri Zariel. Perlahan dia memeluk suaminya erat.
"Dah cukup. Lima saat je."
Zariel mengemaskan pelukan. "Lagi seminit."
"Ah takde. Masa dah tamat." Aqilah meleraikan pelukan.
"Makin garanglah Puan Aqilah ni!" komen Zariel.
Senyum sinis diukir. "Encik Zariel pula makin mengada! Gatal macam ulat bulu."
Melihatkan mata Zariel yang memandang tajam kepadanya, hati Aqilah digeletek rasa lucu. Tawanya cuba ditahan sebaik mungkin.
Kedua belah pipi Zariel ditarik. "Dah pandai nak terasa hati sekarang. Kalau dulu, buat muka badak je eh?"
Zariel yang perasan Aqilah semakin dekat dengan dirinya terus sahaja menarik pinggang gadis itu. Elok sahaja isterinya jatuh ke atas riba.
"Eii apa ni!" Pantas dia menepuk bahu Zariel kuat. Pandangan mata Zariel membuatkan hatinya berdenyut laju. Automatik kepala ditundukkan ke bawah.
"Eh tadi berani. Bila dah duduk atas riba, tahu pula takut." sindir Zariel. Suka dia melihat wajah merah padam di depannya.
"Nur Rania Aqilah paling cantik bila dia malu-malu kucing. Pipi dia yang kemerahan tu membuatkan jantung Zariel Firdaus rasa macam nak...." Segera Aqilah menutup mulut Zariel.
"Abang tahu tak bila abang nampak paling hensem? Bila abang diam je macam ni. Tak payah cakap benda merepek." Kaki segera bangkit dari terus duduk di atas riba suaminya.
Dia melangkah ke arah sofa yang disediakan untuk tetamu lalu melabuhkan punggung. Majalah di atas meja diambil lalu diselak.
"Sebenarnya aku nak ajak kau pergi kilang."
Aqilah mendongak menatap bosnya. "Kenapa? Ada masalah ke?"
"Aku nak bawa kau dengan beberapa orang cef dari dapur lain untuk tengok sendiri koleksi bekas makanan yang baru."
"Oh okey. Lima orang je eh?"
"Yup tapi tunggu sekejap. Aku nak semak beberapa fail lepas tu baru kita pergi."
"Okey bos." Aqilah mengangguk faham. Majalah di tangan kembali dibelek. Baru sahaja beberapa minit, mata dia sudah berair. Betapa bosannya baca majalah tapi pelik macam manalah datin-datin dalam drama tu boleh hadap majalah terlalu lama.
Aqilah menongkat dagu. Helaian demi helaian diselak dengan rentak yang semakin perlahan. Matanya sudah mulai berair. Jika dihitung, mungkin sudah lebih 20 kali dia menguap. Dia tewas dengan kantuknya.
Satu persatu fail ditutup dan disusun rapi di sebelah kiri meja. Badan direnggangkan. Matanya menghala ke arah Aqilah. Bibir mengukir senyuman kecil melihat isterinya yang tidur duduk sambil menongkat dagu. Kerusi ditarik ke belakang lalu dia melangkah ke arah sofa.
Majalah ditarik perlahan-lahan dari tangan Aqilah. Tangan gadis itu juga turut bergerak. Pantas, Zariel menyambut kepala Aqilah lalu membiarkannya jatuh di atas tangannya dan kemudiannya ke permukaan meja.
Dengan berhati-hati dia mendukung isterinya. Aqilah dibaringkan di atas sofa. Kot yang dipakai dibuka lalu diselimutkan ke tubuh gadis itu.
Dia menyambung kerjanya. Jam tangan dikerling sekilas, 3:13 petang. Dia sudah berjanji dengan pengurus kilang pada pukul 4 petang.
Aqilah tersedar dari lena. Mata dibuka perlahan. Kot yang berada di atas badannya dipandang pelik. Melihatkan dirinya berbaring di sofa, dia sudah boleh agak siapa yang mengangkatnya.
"Dah siap ke?" soal Aqilah. Matanya digosok berulang kali.
"Dah. Kau dah sedar. Jom kita pergi sana." balas Zariel.
....................................................
"Ni design baru bekas makanan yang akan cafe kita guna untuk tahun depan. Macam biasa, setiap dapur guna corak dan bentuk yang berbeza. Kalau korang ada yang tak setuju, boleh bagitahu sebab ni hanya cadangan awal sahaja. Saya terima kalau ada idea yang lagi baik."
Qay, Wawa, Ilman, Farah dan Aqilah sibuk membelek sample bekas makanan untuk dapur masing-masing. Wajah mereka menunjukkan kepuasan hati terhadap kualiti dan kreativiti yang pihak kilang keluarkan.
"Saya setuju guna bekas makanan ni untuk dapur satu." kata Qay.
"Saya pun puas hati juga." ucap Farah.
Wawa, Ilman dan Aqilah mengangguk. Mereka tiada apa-apa yang ingin diubah atau ditambah.
"Aqilah, sini sekejap. Korang berempat bolehlah bincang dengan pekerja kat sini kalau nak tahu banyak lagi pasal bekas makanan."
Aqilah memandang Zariel tidak senang. Dia membulatkan mata seakan memberi isyarat kenapa.
Zariel menunjukkan sample bekas makanan yang lain. Aqilah menyambut huluran Zariel. Dia memerhatikan bekas makanan yang baru itu yang tidak menonjolkan imej Cafe Eternal Love.
"Kenapa bekas ni lain dari yang sebelum ni?" soal Aqilah.
"Tu bekas baru untuk cawangan baru. Lepas ni, kita berdua pergi sana."
Aqilah memandang Zariel. "Berdua je?"
Zariel mengangguk.
"Aku ada beberapa hal lagi kena bincang pasal polisi yang baru jadi kau tunggu sini kejap dengan diorang. Okey?"
"Okey."
Dia menapak ke arah rakan sekerjanya yang lain. "Buat apa tu?" Aqilah menegur.
"Tengah susun barang-barang untuk kitar semula. Banyak weh benda kena asingkan. Alang-alang takde kerja ni, kita bolehlah merasa jadi pekerja kilang." balas Qay.
"Nak join!" Aqilah mengambil tempat di longgokan kertas dan plastik. Dia mengasingkan antara kertas dan plastik. Melihatkan longgokan yang besar, dia sedar susah juga jadi pekerja kilang ni. Buat benda yang sama hari-hari dalam kuantiti yang banyak.
Zariel curi-curi tengok Aqilah dari jauh sambil mendengar apa yang dibicarakan oleh pengurus kilang. Dia melihat seorang pekerja lelaki yang agak pelik. Lelaki itu seakan memerhati dan berada berdekatan dengan Aqilah.
Tiba-tiba, pekerja lelaki itu yang sedang menggunakan mesin menolak longgokan besar kertas, kotak dan plastik ke arah Aqilah. Zariel yang mendengar bunyi hentakan kuat pantas berlari ke situ.
"Aqilah!" panggilnya nyaring. Pantas dia mengalihkan satu persatu kotak-kotak yang jatuh menimpa isterinya. Terpancar kerisauan di mata Zariel. Semua yang berada di situ terkedu. Mereka melihat Zariel yang bersungguh mengangkat kertas dan kotak yang berat kerana telah digamkan bersama.
"Bos. Berhenti bos. Aqilah kat situ." Qay dan Ilman menarik Zariel yang jelas panik supaya berhenti.
Zariel segera menoleh ke belakang. Aqilah yang berdiri diam membatu terus ditarik masuk ke dalam pelukannya. Melihatkan wajah suaminya yang lega dirinya tidak cedera, dia semakin sedar. Dia tahu betapa Zariel mencintainya. Walaupun Zariel tidak tunjuk dengan ayat-ayat manis dan hadiah, tingkah lakunya jelas kelihatan.
Qay, Ilman, Farah dan Wawa tergamam. Mereka cuba memproses adegan peluk yang berada di depan mata. Tuan Zariel peluk Aqilah? Apa hubungan diorang? Bagaimana majikan mereka yang dingin seperti ais itu boleh panik begitu sekali?
Aqilah membalas pelukan Zariel. Dia mengusap belakang badan lelaki itu perlahan. "Shh saya okeylah. Jangan risau."
"Kau tak tahu betapa takutnya aku kalau aku terpaksa hilang kau tadi!" Zariel melepaskan pelukan. Dia menatap wajah isterinya tajam.
"Erm, bos... bos peluk Aqilah?" soal Ilman teragak-agak.
"Bos dengan Aqilah bercinta ke?" tanya Wawa pula.
Aqilah menikus ke lantai. Zariel memegang tangan Aqilah. "Dia isteri saya yang sah. Maaf tak bagitahu awal-awal. Aqilah tak sedia lagi."
"Serius? Ya Allah, saya dah agak dah! Patutlah bos asyik panggil Aqilah masuk pejabat." komen Farah.
"Jadi saya minta awak semua tolong gunakan kepakaran bergosip untuk sebarkan yang kami dah kahwin. Jangan risau, hujung bulan ni, saya akan adakan jamuan besar-besaran untuk raikan pernikahan kami."
"Yeay." Masing-masing memaparkan senyuman lebar di wajah.
"Tahniah, selamat pengantin baru... Eh, selamat pengantin lama." ucap Qay.
"Terima kasih. Ha ni semua dah selesai jadi korang boleh balik cafe. Saya dengan Aqilah nak pergi tempat lain."
Qay dan Ilman sudah membuat muka nakal. "Okey faham bos. Kami bagi ruang bos nak dating." usik Ilman.
........................................................
Zariel memimpin tangan Aqilah keluar dari kereta dengan matanya yang ditutup menggunakan sepotong kain berwarna hitam. Matanya tajam memerhatikan setiap langkah gadis itu agar tidak terjatuh.
"Kita nak pergi mana ni? Kenapa saya kena tutup mata?"
"Dah nama pun kejutan. Kalau abang bagitahu dulu tu namanya pengumuman."
Aqilah tergelak kecil. Dia tersenyum. Rasa teruja menyelubungi dadanya. Apalah agaknya kejutan yang mahu diberi oleh Zariel.
"Okey, berhenti tapi jangan tanggalkan kain tu dulu."
"Ala kenapa? Dah tak sabar ni!"
Zariel memusingkan badan Aqilah menghadap sebuah cawangan restoran baru yang akan dibuka pada bulan itu.
"123." hitung Zariel. Dia menanggalkan ikatan kain pada mata Aqilah.
Aqilah ternganga. Cantiknya! Dari luar sahaja, restoran baru itu sudah kelihatan ekslusif dengan hiasannya yang menyerupai istana. Warna cat emas dan putih pada dinding menyerlahkan lagi ukiran-ukiran flora. Jika diperhatikan secara lebih dekat, corak yang diukir sangat halus dan penuh berseni.
"Jom masuk dalam." ajak Zariel.
"Eh kita boleh ke masuk? Pemilik tak marah ke?"
"Nur Rania Aqilah, boleh ke kita masuk dalam?"
Aqilah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pandangan mata Zariel yang serius itu membuatkan dia semakin bingung. "Kenapa tanya saya pula?"
Zariel tersenyum kecil. "Cuba tengok atas. Nama restoran ni apa?"
Automatik kepala Aqilah mendongak ke atas. Mulutnya ternganga luas. Dia terkedu.
'Restoran Seri Aqilah'
Dia mengalihkan pandangan ke arah Zariel. "Serius ke ni?"
"Eh taklah. Main-main je. Ni untuk isteri kedua abang namanya Aqilah juga."
Pantas tangan Aqilah mencubit perut Zariel. "Kalau abang berani ada orang lain memang Aqilah tinggalkan abang terus!"
"Kalaulah Puan Aqilah tahu betapa Encik Zariel cintakan dia mesti Encik Zariel dah dapat pelukan."
Tangan didepakan lalu badan Zariel ditarik ke dalam pelukannya. "Terima kasih abang. Kenapa buat macam ni? Aqilah takde apa nak bagi kat abang."
Belakang badan Aqilah ditepuk perlahan. "I want nothing. I just want to live happily with you for the rest of my life."
Setitik demi setitik air mata jatuh. Empangan cecair yang sudah lama bertakung akhirnya pecah. Teresak-esak Aqilah dalam pelukan Zariel. Kadang-kadang, dia takut. Takut kalau kebahagiaan ni hanya sementara. Takut kalau suatu hari nanti Zariel akan tinggalkan dia. Takut kalau semua ini cuma mimpi indah.
"Eh kenapa nangis pula? Abang salah cakap ke?" Zariel cuba melepaskan pelukan tetapi Aqilah semakin erat memeluknya seperti tidak mahu lepas.
"Kadang-kadang saya terfikir, saya pernah selamatkan dunia ke? Apa jasa saya sehinggakan boleh dapat suami sesempurna awak sebagai hadiah terindah dalam hidup saya?"
Tawa Zariel meletus. Selamatkan dunia? Alahai, kelakarnya isteri aku ni!
"Tak lawaklah!" Aqilah memukul sederhana kuat belakang badan Zariel.
"Siapa cakap kau takde jasa dalan hidup aku? Waktu aku dah putus asa dengan hidup dan langsung tak kisahkan pasal masa depan, jatuh cinta dengan kau bagi aku semangat untuk berubah. Dari seorang pelajar tercorot dalam sekolah sehinggakan dapat 10A+ SPM. Ingat tak masa program mentor mentee yang aku jerit dalam dewan? Aku tak suka bergaul sebab waktu aku kecil, hanya aku seorang je ada kat rumah. Mama dengan papa kerja jadi aku dah terbiasa seorang diri. Siapa sangka aku jerit depan semua orang hanya kerana nak jadi mentor kau.
Kau buatkan aku tahu rasa kisahkan orang lain. Aku hidup dalam dunia aku sendiri di mana tiada yang kisahkan aku dan aku pun tak kisahkan orang lain. Waktu tu wujud satu perasaan risau dalam diri aku. Aku risaukan kau sebab tu aku nak selalu ada dengan kau.
Perubahan paling besar dalam hidup aku bila kau sedarkan aku yang ada orang sayangkan aku. Ingat masa peperiksaan SPM, aku belasah budak yang hina kau? Cikgu suruh papa datang sekolah. Buat pertama kalinya, papa bela aku. Papa kata dia bangga walaupun cara aku salah tapi niat aku betul tolong kau. Bila papa peluk aku baru aku sedar yang dia sayangkan aku. Kau bagi aku rasa kasih sayang yang aku tak pernah rasa dari kecil.
Kau tak tahu betapa bahagianya aku dapat kongsi suka duka hidup dengan kau. Kewujudan kau warnakan hari-hari aku. Betapa bahagianya aku bila kau tersenyum. Tu tandanya aku mampu bahagiakan kau. Ni semua hanya angan-angan tanpa kau. Apa yang aku bagi tak cukup nak balas kegembiraan yang aku rasa disebabkan kau."
Pelukan dileraikan. Aqilah mengesat sisa air matanya. Pantas dia menghadiahkan sebuah ciuman di pipi Zariel.
Zariel terkejut. Jantungnya berdegup dengan sangat laju. Senyuman di bibirnya semakin melebar. "Ni je? Tak cukup."
"Habis tu abang nak apa?"
"Erm, boleh tak kalau abang nak ada Zariel junior?"
Aqilah senyum lalu mengangguk. Dia tersengih. Pada awalnya, dia rancang nak bagitahu pada hari lahir Zariel. Tapi, saat ni, dia sudah tidak boleh tunggu. Esok juga dia akan mengadakan kejutan dan sampaikan berita gembira itu.
Hai ~~ Maaf kalau tak sweet hahahaha sis tak reti lah nak sweet² ni 😂
Agak² kejutan apa yang Aqilah nak buat ni? Dia nak bagitahu apa tu kat Zariel? Mesti dah boleh teka kan 😂
Tunggu bab seterusnya. Oh ye, mungkin tu bab last dan cerita ni akan tamat. Lagi satu bab 😭
Bye ~~ ❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top