Kantoi
Aqilah menatap Zariel dengan pandangan tajam. Dia menarik nafas kemudian dihembuskan perlahan. Nasiblah lelaki di hadapannya itu sudah sah digelar suami. Kalau tidak, memang habis dia kerjakan.
"Apa pandang-pandang? Abang tahu abang hensem."
Gaya mahu muntah dipamerkan. "Encik Zariel Firdaus sedar tak apa yang encik dah buat?" Kedua belah tangan dicekak ke pinggang.
"Sedar tapi Puan Nur Rania Aqilah sedar tak yang saya nak lindungi isteri saya?"
"Tapi perlu ke encik pecat pekerja yang dah lebih 10 tahun bekerja kat sini?"
Tangan Zariel mencapai salah sebuah fail di atas mejanya. Dia membaca laporan tentang hasil jualan makanan Cafe Eternal Love.
"Wow untung dari dapur lima bertambah lagi bulan ni. Tahniah cef Aqilah. Saya nak bagi ganjaran ni. Nak tak?"
Aqilah merampas fail di tangan Zariel. Dia meletakkan fail itu kembali ke atas meja. Wajah suaminya ditarik supaya menghadapnya.
"Zariel! Saya serius ni. Kenapa buat macam tu? Wanda takde buat salah besar jadi tak payahlah sampai pecat dia. Dia dah lama sangat kerja sini jadi normal kalau dia tak sukakan saya sebab saya dah rampas jawatan sekretari tu dulu dari dia. Lagi pula, dia sebenarnya dah lama sangat sukakan awak. Dia peminat sejati awak. Saya boleh faham kenapa dia jadi macam tu. Mestilah sakit kalau orang yang kita suka layan kita buruk. Dia tak tahu pun kita berdua dah kahwin."
Badan Aqilah diterbalikkan. Kini, gadis itu pula yang bersandarkan meja kerja. Mata mereka berdua bertembung.
"Aku paling tak suka kalau ada orang sakitkan kau walaupun hanya dengan kata-kata. Siapa dia nak hina kau? Kau segalanya bagi aku. Aku akan jaga kau sampailah aku dah tak bernyawa. Dia silap oranglah cari pasal dengan kau. Aku pernah sia-siakan 10 tahun hidup aku tanpa kau. Bila aku dah dapat kau, aku takkan biarkan sesiapa sakitkan kau lagi."
Perasaan terharu menyerbu di hati Aqilah. Pantas suaminya dipeluk erat. "Janganlah marah. Saya tahu abang sayang saya. Abang kan Thor saya. Saya minta maaf eh sebab tak faham apa abang rasa."
Zariel melepaskan pelukan. Dia menyamakan ketinggian dengan Aqilah. Hidung isterinya ditarik sederhana kuat sehingga kemerahan.
"Auch." Aqilah menggosok hidungnya.
"Jangan buat lagi. Aku taknak tengok kau diam je orang hina kau. Aku taknak kau bela orang yang berniat jahat kat kau. Paling penting, aku nak kau panggil nama aku kuat-kuat bila kau hadap situasi macam ni lagi. Faham?"
Aqilah mengangguk faham. Tangan Zariel ditarik lalu digoyangkan perlahan. "Saya tak bersedialah nak bagitahu semua orang. Bagi saya masa sikit lagi eh?"
"Nur Rania Aqilah!" Zariel mendengus perlahan.
"Alaa bolehlah. Zariel? Bolehlah eh?" Aqilah mengerdipkan kelopak matanya ke arah Zariel.
"Hmm tapi kalau jadi lagi benda macam ni, aku tak teragak nak buat pengakuan biar sampai satu dunia tahu kau isteri aku."
Tawa Aqilah meletus. "Iya nanti kita bagitahu satu dunia ye."
Zariel menarik senyum. Marahnya tidak akan kekal lama kalau melibatkan gadis di hadapannya. Aqilahlah racun dan dia juga penawar.
.......................................................
"Jom pergi makan kat restoran yang baru buka tu nak tak?" ajak Elina.
"Ada jual apa je?" tanya Ridhwan.
Elina menatap menu di telefon pintarnya. "Weh ada offer hari ni! Makan lima orang percuma satu. Cukuplah kita berenam."
Raudhah mengambil telefon pintar Elina. "Wuu macam sedap je. Okeylah akak nak ikut."
"Amsyar? Kak Aisyah? Aqilah? Okey tak?" soal Ridhwan meminta kata putus.
"Okey je! Aku pun malas nak masak malam ni." balas Amsyar.
Aisyah mengangguk setuju.
Kini semua mata memandang Aqilah yang sedang asyik menatap telefon pintarnya. Gadis itu mengetuk kepala sendiri berulang kali.
"Kau dah kenapa ketuk kepala sendiri? Mehlah aku ketukkan. Biar terus jadi manusia paling bijak kat dunia." kata Amsyar.
"Erm, Aqilah tak boleh ikut koranglah. Ada hal kat rumah. Maaf tau." Senyuman bersalah diberikan kepada rakan sekerjanya. Bukannya dia ada hal tetapi kata-kata Zariel tadi membuatkan dia terasa ingin berada di samping suaminya 24 jam.
"Okeylah kalau macam tu. Lain kali pastikan kau ikut eh?" kata Raudhah.
"Okey."
"Kitaorang pergi dulu. Bye." Amsyar melambai ke arah Aqilah.
Aqilah menghembus nafas lega. Sekarang dia rasa bodoh. Soalan Zariel tadi terngiang-ngiang di telinganya.
"Aku sakit kepalalah. Ada ubat tak?"
"Haish aku yang cadangkan kata-kata rahsia macam ni tapi aku yang lupa. Eii mesti Zariel asyik beristighfar je sebab dapat istero bengap macam aku. Malunya Ya Allah. Dahlah aku buat muka tak faham apa-apa." Bibir Aqilah memuncung. Sekarang, dia sendiri tak tahu adakah lelaki itu sudah pulang atau menunggunya.
Kaki mengorak langkah ke arah pintu keluar dari cafe. Kelihatan kereta Zariel berada di hadapannya. Segera dia menaiki kereta dan menutup muka dengan beg tangan.
"Cepat jalan nanti ada orang nampak."
Zariel tersenyum lucu. "Kalau kantoi bukan sebab abang tau tapi sebab diri sendiri. Obvious sangat."
"Eii cepat pergi. Janganlah asyik cakap je."
"Kalau abang taknak? Tiba-tiba, rasa nak turunkan tingkaplah. Biar lagi sejuk."
"Muhammad Zariel Firdaus bin Niezal!"
Zariel tergelak. Pantas, dia masukkan gear lalu kereta meluncur laju di atas jalan raya.
"Kita jalan-jalan dululah. Dah solat asarkan tadi?"
"Dah. Kita nak pergi mana?"
"Awak nak pergi mana?"
Aqilah memandang Zariel pelik. "Kenapa bahasakan diri tukar-tukar eh? Kejap abang lepas tu kau aku sekarang awak saya pula."
"Sukahatilah tapi awak tak boleh tukar. Tetap abang je."
Aqilah membuat muka tidak puas hati. Di manakah keadilan buat para isteri kalau begini?
"Jangan risau, perasaan saya kat awak tak pernah berubah malah makin bertambah." sambung Zariel lagi.
Aqilah mengetap bibir. Dia menarik nafas lalu menghembuskannya perlahan. Jantungnya berdegup kencang perlu distabilkan. "Erm.., kita makan aiskrim nak tak? Tiba-tiba, teringinlah nak makan aiskrim. Dah lama tak makan."
"Boleh je. Kat mana?"
"Dekat dengan Dataran Cahaya tu ada orang jual aiskrim. Sedap sangat-sangat!"
Zariel tersengih melihat ekspresi wajah Aqilah. Comel!
..........................................................
Tangan Zariel dicapai dan digenggam erat. Wajah gadis kesayangannya ditatap. Dia tidak boleh menahan diri dari menarik senyum.
Cuaca petang yang redup dan berangin seakan merestui hubungan mereka berdua yang sedang hangat bercinta. Angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup menggugurkan daun-daun kering mengindahkan lagi suasana.
Zariel bahagia. Dia tidak boleh berhenti tersenyum.
"Kenapa dari tadi abang sengih macam kerang busuk je ni?"
"Happy kau pimpin tangan aku. Aku rasa macam aku boleh jalan dengan kau sampai hujung dunia."
Aqilah melepaskan tangannya. "Eh kejap."
"Kenapa?"
"Bukannya kita dah setuju nak rahsiakan hubungan ke? Kalau kita jalan berpegangan tangan terbuka macam ni nanti ada pekerja nampak pula."
"Hari ni balik awal mestilah diorang nak rehat kat rumah. Kalau ada yang nampak pun aku tak kisah."
"Eish tak boleh juga." Aqilah menggelengkan kepala.
"Kau duduk kat bangku sana. Aku pergi beli aiskrim. Mana tahu penjual aiskrim tu pekerja hotel nanti kantoilahkan?" ucap Zariel mahu mengusik Aqilah.
"Iya tak iya jugakan. Okey, saya tunggu Encik Zariel kat sini ye."
Tangan Zariel laju menarik lembut hidung Aqilah. "Okey."
Langkah dilajukan menuju ke tempat aiskrim. Dia memesan dua kon aiskrim; vanila dan coklat.
"Eh Tuan Zariel buat apa kat sini?"
Zariel terkedu. Betapa masinnya mulut dia hari ini. Penjual aiskrim itu benar-benar pekerjanya. Lebih parah lagi, kawan sekerja Aqilah.
"Hai." Amsyar melambai Zariel diikuti dengan Elina dan Ridhwan.
"Hai." jawab Zariel dengan nada yang semakin rendah. Jantungnya berdetak laju seperti tertangkap sedang mencuri.
"Buat apa kat sini?" soal Zariel bagi menutup debaran di hati.
"Oh, abang aiskrim tu nak pergi tandas. Kebetulan kitaorang lalu kat sini jadi dia minta tolong. " balas Amsyar.
"Tuan Zariel jalan-jalan ke?" Elina pula menyoal.
"Haah. Jalan seorang diri je."
"Kalau seorang, kenapa ada dua aiskrim?" Pertanyaan Ridhwan itu seperti menolak Zariel ke dalam lubang yang dikoreknya sendiri.
"Oh sebab saya tak tahu nak perisa apa jadi beli jelah dua-dua." Laju sahaja Zariel menggigit kedua aiskrim.
"Saya gerak dululah ye. Tak elok makan berdiri."
"Okey, bos. Bye." kata Aisyah.
Kaki dihayun pantas mendapatkan Aqilah yang sedang santai duduk di bangku.
"Lamanya. Ramai orang ke?"
"Mestilah lama kalau dah terjumpa pekerja dapur lima."
"Serius ke?" tanya Aqilah dengan suaranya yang lantang.
Aiskrim vanila disumbat ke dalam mulut gadis itu. Kuatnya suara!
"Ye tapi diorang dah balik dah."
"Eii abang dah makan aiskrim Aqilah tadikan?" Dia memandang suaminya tidak puas hati.
"Ala apa salahnya? Kitakan suami isteri."
"Ouh." teriak Amsyar, Ridhwan dan Aisyah. Mereka berlima keluar dari celah pokok. Dari tadi mereka mengikuti Zariel Firdaus kerana tingkah lakunya yang mencurigakan. Tidak sangka ada rahsia besar di sebalik itu.
"Aqilah! Bila? Kat mana? Macam mana kau boleh kahwin dengan Tuan Zariel?" soal Amsyar bertubi-tubi.
"Erm, aku, erm, kita berdua..." Belum sempat Aqilah mahu menerangkan, Elina sudah memotong percakapannya."
"Ha apa kata Tuan Zariel yang terangkan? Betul tak rakan sekalian?" celah Elina.
"Betul tu betul." sahut Aisyah.
Zariel dan Aqilah saling berpandangan. Anggukan kecil diterima dari Aqilah.
"Sebenarnya saya dengan Aqilah dah kenal lama. Kitaorang sama sekolah menengah dan pernah jadi rakan sekelas dua tahun. Aqilah tumpahkan mi kari kat atas kepala saya. Masa tu boleh dikatakan yang saya jatuh cinta pandang pertama dekat dia."
"Romantiknya!" Elina bersorak sambil menepuk tangan.
"Lepas tu?" tanya Aisyah dab Raudah serentak.
"Dia seorang yang pandai dan ceria. Walaupun mulut dia takde insurans tapi dia lurus di sebalik sikap gila-gila. Dia sentiasa ketawa macam pontianak tak kisah macam mana besar masalah yang dia hadap. Saya bertekad nak jadi seorang yang boleh lindungi dan sentiasa di sisi tak kira kecil atau besar dugaan hidup dia. Sejak dari kali pertama saya jumpa dia, takde perempuan lain dah. She is the only one."
"Sweetnya!" Elina dan Aisyah gengam tangan antara satu sama lain.
"Siapa sangka Tuan Zariel berhati batu ni sebenarnya ada gula kapas yang sedang mencair dalam hatinya." usik Amsyar.
"Inilah namanya cinta sejati." komen Raudah.
Ridhwan merapatkan kedudukan dengan Zariel. "Kejap. Kalau bos dah lama sukakan Aqilah, kenapa bos macam jahat je dengan dia? Pecat dia pula tu!"
Semua mata tertumpu ke arah Zariel termasuklah Aqilah. Betul juga, dia tidak pernah tahu pun alasan kenapa lelaki itu dingin pada mulanya.
"Geram sebab dia tinggalkan saya macam tu je. Saje je usik dia. Pasal pecat tu pula, dah memang cita-cita dia nak jadi cef jadi saya tolong tunaikan."
"Oh macam tu." balas Ridhwan.
Aqilah menundukkan kepala. Malunya!
"Disebabkan hubungan kitaorang masih baru, boleh tak semua rahsiakan dulu. Nanti kalau bidadari saya ni dah bersedia, saya sendiri umumkan kat semua pekerja dan In Shaa Allah, ada kenduri sikit."
"Eh mestilah boleh. Kitaorang akan zip mulut ketat-ketat." jawab Amsyar.
Hai ~~~ Sorry sangat² lambat update bab baru ... Sis betul² busy tersangat busy terlalu busy dan segala jenis busy kat bumi ni 😂 Sorry tauuuu ~~ 💚💜💛❤💙 Heheheeee ... ☺
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top