Kahwin
"Aisyah! Apa jadi ni?" soal Raudah separa menjerit.
"Tak tahu. Selama ni okey je. Kenapa boleh jadi macam ni pula." ngadu Aisyah.
"Yummy cakap apa?" celah Aqilah.
"Yummy suruh kita ambil semua kek kita yang ada kat kedai dia. Yummy nak batalkan kontrak bulanan mulai bulan ni."
"Aduh macam mana ni? Kalau Tuan Zariel tahu pasal ni, kita semua kena pecat." kata Elina.
"Apa-apa pun, kita balik dululah. Sekarang dah pukul 6 dah. Kita dah boleh balik. Esok, kita bincang." arah Raudah.
"Hah? Esok macam dah lambat je. Tak boleh ke hari ni kita...." Kata-kata Aqilah mati. Mereka semua hanya mengambil beg masing-masing dan keluar dari dapur meninggalkan Aisyah dan Aqilah.
"Kak Aisyah? Okey ke tak?"
"Tak... Akak tahu diorang nak letakkan salah tu kat akak. Akak yang selama ni uruskan kontrak dengan Yummy. Kontrak Yummy tu pun akak yang tandatangani wakil cafe ni dulu." Air mata mula bergenang di tubir mata milik Aisyah.
Aqilah yang melihat keadaan wanita di hadapannya mula berasa tidak senang. Dia tidak tahu mahu berbuat apa.
A breath of relief
And I realised
No we are not promised tomorrow
So I'm going to love you
Like I'm going to lose you
Aisyah menjawab panggilan dari pengasuh anaknya.
Aqilah tertanya-tanya dari riak wajah Aisyah yang berkerut seribu. Dia mula rasa susah hati. Macam-macam masalah datang sejak dia dipindahkan ke dapur lima.
Aisyah menghempas telefon pintarnya sedikit kuat di atas meja. Kedua tangan meraup muka. Serabut!
"Kenapa kak? Akak okey?"
"Akak tak tahu nak buat apa! Akak macam nak gila. Bekas suami akak.... Dia... Dia nak hak penjagaan Iskandar."
Iskandar? Aqilah berkerut. Oh mungkin Iskandar tu nama anak Kak Aisyah.
"Kalau kita semua kena pecat, akak takde kerja. Kalau dia tuntut hak penjagaan anak macam mana?" Air mata jatuh menitis ke pipi. Aisyah tersedu-sedan.
"Erm, akak, saya cuba cakap dengan Tuan Zariel. Mana tahu dia boleh tolong."
"Akak rasa Tuan Zariel macam berdendam dengan kita semua. Macam ada yang tak kena. Jadi dia takkan tolong kita."
Aqilah mula berasa longlai. Dia baru terfikir! Kata-kata Zariel tadi seakan memberi satu petunjuk.
"Saya taknak tengok satu kontrak pun terlepas dari cafe ni terutamanya dapur lima."
Jadi, maksudnya, Zariel tahu apa yang jadi! Zariel tahu yang Yummy nak tarik balik kontrak tu! Sebab tu dia dah bagi amaran dulu!
Aqilah mencapai beg tangannya lalu berlari selaju yang boleh menuju ke arah lif. Dia meluru masuk ke dalam lif lalu menekan tingkat paling atas. Dia mahu bersemuka dengan lelaki itu.
"Eh! Aqilah, nak pergi mana?" Natasya memberhentikan Aqilah.
"Zariel... Zariel mana?" tanya Aqilah, tercungap-cungap.
"Ouh Tuan Zariel baru je balik. Dia kata ada hal."
"Dia balik hotel lagi tak?"
"Tak. Dia kata dia terus balik rumah."
"Alaa! Macam mana ni?"
"Tapi dia baru je dalam lima minit yang lepas balik. Mungkin kat tempat letak kereta lagi."
"Thank you so much! Serius! Natasya is the best! Hehehe." Aqilah mencuit bahu Natasya. Dia mengumpulkan segenap tenaga dan memulakan misi mencari Zariel Firdaus di kawasan parkir.
Mata melilau ke seluruh kawasan parkir. Besarnya! Mana nak jumpa ni! Sudahlah sunyi je!
Tiba-tiba, mata Aqilah tertancap pada sosok dua individu yang sedang leka berbual. Agak serius perbualan Zariel dan seorang lelaki yang tidak Aqilah kenali.
Langkah dihayun perlahan. Niat di hati untuk menunggu Zariel terbantut apabila telinganya mendengar nama Aisyah dan Iskandar disebut-sebut dalam perbualan itu. Dia segera bersembunyi di belakang sebuah kereta.
'Aku macam tengah berlakon Mission Impossible' getus hati Aqilah. Dia tersengih.
"Dah. Aku dah bagitahu si Aisyah tu yang aku nak hak penjagaan Iskandar. Aku dah selesaikan kerja aku."
"Apa reaksi dia?"
"Dia ketakutanlah apa lagi. Takut sangat aku ambil hak penjagaan anak kesayangan dia tu."
Zariel tersenyum lega. Rancangannya untuk Aqilah sudah bermula. Harapnya berjayalah.
"Zariel Firdaus!"
Mata Zariel membulat. Dia cuba untuk beriak biasa. Wajahnya dibekukan seperti selalu.
"Kau tak rasa ke kau dah melampau? Kau tahu tak Iskandar tu segalanya untuk Kak Aisyah? Apa masalah kau eh? Gila ke? Kalau kau nak balas dendam kat aku, buat kat aku je! Tak payah libatkan orang lain!" jerit Aqilah sekuat hati.
"Pandai. Aku memang nak balas dendam kat kau. Orang sekeliling kau cuma mangsa dendam aku. At the end, kaulah punca diorang sengsara." sinis Zariel menjawab.
"Okey... Bagitahu apa yang aku patut buat untuk kau hentikan semua ni! Jangan libatkan semua orang. Aku akan ganti semuanya.
"Kahwin dengan aku."
Sebaris ayat yang keluar dari mulut Zariel itu membuatkan Aqilah tercengang.
"Kau ni dah gila ke?" lantang suara Aqilah bertanya.
"Bergantung pada kau, sama ada kau berjaya ke tak selamatkan hak penjagaan Iskandar. Jangan lupa kontrak Yummy tu."
Aqilah tanpa berlengah lagi segera pergi dari situ. Dia boleh jadi gila kalau terus-menerus melihat wajah Zariel yang menyakitkan hati!
"Awek ke tu? Cantiklah! Makin marah, makin aum!" komen Iqbal, bekas suami Aisyah. Dia berasa seronok menonton drama tidak berbayar di hadapannya.
"Kau ambil duit kau. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Ni semua salah kau."
"Relakslah. Perempuan ni kalau marah sekejap je. Macam kerak nasi, rendam air lembutlah. Yang penting, kau bagi dia duit lepas tu cakap ayat manis dah cukup dah. Okeylah, aku blah. Thank you!"
'Masalahnya, Aqilah bukan perempuan macam tu. Dia lain.' Zariel mengeluh.
Nombor seseorang didail laju. "Aku nak jumpa kau."
..................................................
"Aqilah dengar perbualan kau dengan Iqbal?" Irfan terkejut.
Zariel mengangguk.
"Kau ni otak letak mana weh? Kenapa jumpa kat parkir? Takde tempat lain ke?"
"Aku tak bodoh macam tu. Iqbal tu yang tiba-tiba datang jumpa aku masa nak balik. Aku dah ready nak balik awal sebab aku pasti Aqilah datang rumah aku. Dah hancur dah semua."
"Aqilah marah ke? Dia mengamuk?"
"Hmm." Zariel mengurut-urut kepalanya. Stress!
"Aku tak pernah nampak kau tertekan macam ni. Selalunya semua berjalan lancar je dalam hidup seorang Zariel Firdaus. Seronok jugaklah tengok kau macam ni."
Zariel mengetuk kuat kepala Irfan. Bukannya membantu, mengejek adalah.
"Sakitlah! Gurau pun tak boleh. Aqilah seorang je boleh buat kau macam ni. Jadi apa plan kau?"
"Benda pun dah jadi macam ni. Jadi, aku takkan tukar rancangan aku cuma cepatkan je bila Aqilah boleh jadi milik aku."
"Seriuslah bro? Kau tak rasa kau macam tengah buat dia tertekan? Dia mungkin akan benci kau tau."
"Dia dah benci aku dah pun."
"Salah kaulah. Cuba jadi macam aku. Terus luah je perasaan dah dapat kahwin dengan Azwa." Irfan berasa bangga. Saat dia berkahwin dengan Azwa adalah detik paling bahagia dalam hidupnya.
"Keadaan kita tak sama. Aku tak tahu pun kenapa Aqilah pergi macam tu je dulu. Mungkin dia memang tak suka aku. Tapi tu dulu. Sekarang dah lain. Dia suka ke tak suka ke, dia hak aku."
"Woi janganlah seram sangat! Kau jangan buat bukan-bukan kat anak orang!" Irfan cuak mendengar ayat Zariel. Meremang bulu romanya.
........................................
Aqilah memperagakan dirinya di hadapan pintu kedai kek Yummy. Skirt yang dipakai dipusing-pusing ala-ala puteri raja. Pada hari cuti yang indah ini, tidak sepatutnya dia berada di situ. Tempatnya adalah di atas katil sambil berbaring malas untuk meraikan kejayaan tidak perlu menghadap Zariel.
Dia merenung wajahnya sendiri. Rasa berdebar menguasai diri. Ini kali pertama dia menjalankan urusan jual beli berskala besar yang melibatkan puluh ribu. Perasaannya tidak tentu hala.
"Aqilah relaks. Kau boleh buat! Kalau kau dapat kontrak ni, kau tak payah kahwin dengan Zariel! Kak Aisyah pun dapat hak penjagaan Iskandar."
Dia berasa seperti ada yang memerhatikan dirinya. Pantas kepala ditoleh ke sebelah kiri dan kanan. Tiada sesiapa! Huh, nasib baik.
Isyraf tersenyum. Gadis yang berdiri di hadapan kedai kek itu menarik perhatiannya.
Aqilah melangkah masuk ke dalam kedai kek Yummy yang mewah. Dia terus sahaja meluru ke arah penjaga kaunter.
"Saya, Nur Rania Aqilah dari Cafe Eternal Love. Boleh tak saya nak jumpa dengan Encik Muaz, pemilik kedai kek ni?" tanya Aqilah selembut yang boleh.
"Minta maaf ye. Tak boleh sebab awak takde buat appointment. Boleh bagi kad nama tak? Nanti saya akan telefon awak kalau Encik Muaz nak jumpa."
'Bila aku pergi je, mesti dia buang kad nama aku. Macamlah aku tak tahu.'
"Ala bolehlah. Sekejap je! Kita kan dah lama kerjasama dari dulu. Takkanlah jumpa sekejap tak boleh."
"Minta maaf ye. Memang tak boleh."
"Awak nak cuba rasa kek dari cafe saya tak? Saya belanja! Saya jamin sedap!"
"Takpelah, kalau sedap takkanlah kontrak nak kena tarik."
Aqilah tersengih. Cis! Terkena aku!
"Cik... Cik balik dulu ye. Nanti saya bagitahu kalau Encik Muaz nak jumpa."
"Tapi...."
"Cik, kalau cik taknak pergi, jangan salahkan saya kalau pengawal yang heret cik keluar."
"Okey, okey! Saya pergi. Nah, kad saya. Terima kasih." Aqilah segera melangkah keluar dari kedai itu.
Matanya ternampak beberapa orang pekerja mengangkat banyak kotak besar masuk ke dalam kedai kek Yummy. Apa lagi, Aqilah bersembunyi di celah-celah pekerja itu dan masuk kembali ke dalam kedai.
Anak matanya bersinar apabila terlihat nama Encik Muaz di sebuah pintu. Baru sahaja dia ingin melangkah masuk ke dalam bilik itu, lengannya ditarik.
"Kan saya dah kata tak boleh jumpa Encik Muaz! Cik tak faham bahasa ke?" marah gadis di kaunter tadi.
"Dia datang dengan saya." beritahu seseorang.
Aqilah menoleh ke belakang. Eh, aku kenal dia ke?
"Oh Encik Isyraf! Saya minta maaf. Saya akan bagitahu Encik Muaz kedatangan encik."
"No worries. Uruskan hal dia dulu. Selepas dia, baru saya."
"Okey Encik Isyraf."
Aqilah melihat gadis itu memasuki bilik Encik Muaz. Beberapa saat kemudian, gadis itu mengizinkan Aqilah berjumpa dengan Encik Muaz.
"Erm, terima kasih tau." Aqilah tersengih seperti kerang busuk. Hensemnya! Anak teruna siapalah ni.
Isyraf senyum sebagai tanda membalas sengihan gadis itu. 'Cute!'
Hi guys~
Apa benda Zariel buat ni? Hahahaha siapa boleh baca fikiran Zariel? Apa yang Zariel nak buat lagi lepas ni?
Nak tahu? Haa vote & comment banyak-banyak tau hehe 😂
Jom follow acc Nrabelle . Dia ada cerita yang gempak jadi jomlah baca! Tajuknya Ku Tinggalkan Cinta dan Kaina Ratu.
Support sesama kita~ Yeayy 🙈🙉
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top