Hari Sukan 2

"Peserta kategori A, 400×2m sila bersedia. Thaneswary, Puteri, Rania Aqilah dan Siew Lin." Kedengaran pengacara majlis memanggil peserta acara lari 400×2m.

Kali ni, giliran Aqilah pula ternganga luas! Aku ke? Aku?

Wani sudah terketawa terbahak-bahak. Aqilah seakan mahu menangis. Dia lari  100m pun seperti mahu tercabut nyawa inikan pula 400×2m.

"Weh tak kelakar. Serius tak lawak." Muka Aqilah sudah mahu menangis. Tolonglah sesiapa bawa dia lari dari dunia ini. Kenapa dunia amat kejam!

Zariel juga terkejut. Setahunya, Aqilah tidak suka berlari. Terus sahaja langkah diatur ke arah Aqilah yang seakan mahu pengsan bercakap dengan Cikgu Lee.

Siapa yang tak kenal Cikgu Lee? Guru yang paling garang di sekolah itu.

"Tak boleh! Kamu dah tulis nama! Kamu dah gila ke? Ingat ni benda main-main! Kamu cakap kamu tak tulis nama kamu! Habis kamu ingat saya takde kerja tulis nama kamu?" marah Cikgu Lee.

"Tapi cikgu, dia memang tak tahu apa-apa. Saya yang tulis nama dia."

Pernyataan Zariel itu membuatkan Aqilah mendongak memandangnya dengan mata berair.

"Dahlah. Berhenti buat semua ni untuk aku. Aku tak bodoh nak percaya kali kedua." Zariel merenung Aqilah. Apa yang dia boleh buat untuk tolong gadis itu.

"Aku dah cermin muka aku tapi aku tak nampak apa-apa. Aku tutup mata." sambung Aqilah sambil tersenyum kecil.

Zariel turut senyum melihat senyuman Aqilah yang seakan pasrah.

Langkah diatur ke tempat peserta acara itu berkumpul. Hatinya seakan sudah tiada.

"Awak dah boleh standby tau. Saya rasa habis satu pusingan je, nafas saya dah habis. Sambut saya tau. Cakap dengan mak dan angah, saya sayang diorang. Haa lepas tu, saya ada sorok duit dalam buku novel tajuknya Kisah Aku dan Si Pemandu Grab. Ni wasiat saya tau." Aqilah berkata kepada dua orang pelajar perempuan persatuan bulan sabit merah.

Pelajar-pelajar itu berpandangan satu sama lain dan mengangkat bahu. Apa gadis di hadapannya merepek pun mereka tidak tahu.

Aqilah memandang peserta yang lain. Ketiga-tiga pelajar itu berkaki panjang. Terpancar aura kesukanan pada mereka. Aqilah melihat kedua kaki miliknya pula. Pendek!

Mereka bertiga mula menanggalkan kasut. Aqilah mengikut sahaja tingkah laku pesaingnya. 'Kenapa kena tanggal kasut? Kalau terpijak lipas kat padang macam mana? Eh ada lipas ke kat padang?'

Kemudian, pelajar-pelajar itu mula melakukan renggangan badan. Aqilah mula mengikuti pergerakan Thaneswary yang merenggangkan pinggangnya pula.

'Prak!'

Bunyi tulang Aqilah. Aqilah tersengih apabila Siew Lin, Puteri dan Thaneswary memandangnya sinis.

Zariel melihat Aqilah dari jauh. Siapa yang tulis nama Aqilah eh! Hafeez ke? Tapi, tak mungkin. Hafeez kata nak bersaing secara sihat.

Tiba-tiba, matanya tertancap pada kostum monyet yang sedang berjalan tak tentu hala di tengah panas. Pantas, kakinya dihayun menuju ke arah 'monyet manusia' itu.

"Hanissyazwani, pinjam sekejap kostum monyet ni."

"Serius? Serius ke Zariel? Betul eh?"

"Ye... Be...."

Wani dengan bangganya terus menanggalkan kostum monyet yang dipakainya dan menyerahkan kepada Zariel. Senyuman lebar terukir di bibir.

"Eh tapi kau nak buat apa?" tanya Wani sambil melihat Zariel yang tergesa-gesa memakai kostum itu.

"Nanti aku pulang balik." Sejurus itu, Zariel terus berlari ke arah Aqilah.

"Eh, mana boleh pulang balik! Ala tak aci lah macam ni!" rengek Wani.

Hafeez menggelengkan kepala apabila melihat Wani merengek. 'Ada je minah ni! Zariel nak buat apa dengan benda tu?'

Tiupan wisel menandakan acara paling genting dimulakan. Kelihatan Siew Lin, Thaneswary dan Puteri bersungguh-sungguh bersaing satu sama lain. Namun, mata para penonton semuanya tertumpu kepada seorang pelajar perempuan yang sudah berlari termengah-mengah walaupun baru 30 saat.

"Siapa weh budak tu? Dah tahu tak boleh berlari sibuk nak masuk apehal?" kata seorang pelajar perempuan kepada rakannya.

"Kan! Dia suka weh benda macam ni. Tarik perhatian orang. Nanti orang cakap-cakap pasal dia. Biar dia jadi popularlah gitu. Kau percaya ah cakap aku, kejap lagi mesti dia pura-pura pengsan pulak." balasnya dengan senyuman puas.

'Padan muka kau! Bukan kau je, kawan-kawan kau pun kena! Siapa suruh asyik tolong kau je!'

Memang dialah gerangan yang menukarkan acara Azwa dan menulis nama Aqilah, Mini dan Wani.

Senyuman kepuasan terus luntur apabila memandang seseorang yang sedang berlari bersama Aqilah dari tepi padang.

"Aqilah! Hai!" lambai seseorang yang sedang memakai kostum monyet.

"Hai! Eh... Ma... Huh... Mana Wani?" tanya Aqilah tercungap-cungap.

"Oh, saya pinjam dengan dia. Cepat-cepat! Laju lagi."

"Dah tak boleh dah... Dah rasa nak mati!"

"Hahahahaha lari je! Tak payah tengok orang lain. Pandang saya je!"

"Jap! Kau... Kau siapa weh?"

"Tekalah."

"Eleh... Huh... Zariel lah kan?"

"Kenapa awak rasa saya Zariel?"

"Sebab Zariel je... yang nak buat benda macam ni. Orang... Orang lain mana ada."

"Yup! Tadi saya ada nampak orang jual ais kepal Milo."

"Serius ke? Wuhuu! Nak pergi beli!"

Zariel tergelak melihat Aqilah yang semakin bersemangat selepas membayangkan ais kepal Milo.

"Lagi satu pusingan setengah je."

"Eh aku tak mati lagi?"

"Bayangkan awak kena kejar anjing."

"Tak... Taktik tu takkan berjaya."

"Bayangkan ada raja segala lipas tengah kejar awak."

"Eii kau gila ke? Mana?" Aqilah sempat memandang belakang.

Para penonton yang mendengar Aqilah menjerit itu terketawa. Mereka sudah tidak kisah lagi siapa yang akan menang. Drama pendek di hadapan mereka lagi seronok untuk ditonton.

"Bayangkanlah! Dia panggil geng dia. Makin banyak yang keluar dari tanah. Ada yang tak puas hati sebab awak lari makin laju jadi diorang terbang!"

"What? Mak! Tolong!" Aqilah terus memecut ke hadapan memotong Siew Lin pada saat-saat akhir. Wisel ditiupkan sebagai tanda sudah selesai acara 4×200m tetapi Aqilah masih lagi berlari ke hadapan.

"Stop!  Dah tamat dah."

Aqilah terjelupuk jatuh di hadapan Zariel. Jantungnya seakan mahu pecah. Dia masih lagi melihat ke belakang mana tahu raja segala lipas tu muncul.

"Nah! RM5 bak sini!" kata Irfan sambil menghulurkan secawan ais kepal Milo kepada Zariel.

Zariel pula memberikan ais kepal itu kepada Aqilah. Aqilah dengan rakus menyedut ais kepal Milo percuma. Dia betul-betul terasa mahu mati. Itu larian paling laju sepanjang 17 tahun hidup di dunia.

Zariel menanggalkan kostum monyet di tubuhnya lalu membaringkan diri di atas padang. Dahinya berpeluh seakan baru lepas mandi.

Aqilah tersenyum kesian pada Zariel. Zariel yang perasan akan senyuman Aqilah itu tersenyum balik.

"Acara sukaneka akan dimulakan sebentar lagi. Nama yang saya sebut, sila ke astaka untuk bersedia. Acara lari ikat kaki berpasangan bersama penjaga akan bermula. Encik Syamsul dan Wan Hakim, Cikgu Hanisah dan Qamilia, Aakil Naufal dan Sharrmini serta Encik Tan dan Shu Qi."

Kini, giliran Sharrmini pula tersembur dengan air cendol yang sedang diminumnya. Aqilah, Azwa dan Wani ketawa terbahak-bahak.

"Aakil? Abang Aakil ke?" tanya Aqilah.

"Abang? Abang? Abang Aakil ke?" Zariel mengulangi ayat Aqilah beberapa kali.

Aqilah menjeling Zariel. 'Sibuk je!'

"Serius ah! Laju Aakil buat kerja!" puji Irfan teruja.

"Korang kenal Aakil jugak?" soal Wani, Azwa dan Aqilah serentak.

Zariel hanya diam. Dia memandang seorang budak perempuan yang dari tadi memandang ke arah mereka.

"Mesti ah kenal! Kitaorang semua ahli kelab KSD!"

"Kelab apa tu? Macam seronok je!" Wani bertanya.

"Kelab Kejar Sam...." Zariel terus menutup mulut Irfan. 'Ada ke patut dia nak bagitahu benda macam ni!'

Zariel membulatkan matanya memandang Irfan. Irfan mengangguk laju.

"Haa Kelab Kejar Sampai Penat." sambung Irfan lagi.

"Eh, bukan KSD ke tadi?" tanya Wani.

"Tengok tu! Mini dengan Aakil! Dah nak mula!"

"Mana? Mana?" Aqilah, Wani dan Azwa masing-masing memanjangkan leher ingin melihat Mini.

Irfan menghembus nafas lega apabila tiga gadis itu sudah berhenti mengesyakinya.

.............................................

"Eish kau ni! Apa kau buat kat sini? Macam mana boleh masuk?" soal Mini bertalu-talu.  Geram sahaja melihat wajah lelaki itu!

"Akukan penjaga kau seumur hidup memanglah boleh masuk."

"Seumur hiduplah sangat." Mini membuat muka menyampah.

"Kedua peserta setiap kumpulan dikehendaki mengikat sebelah sahaja kaki menggunakan tali yang diberi oleh sukarelawan kami."

"Kau ikatlah." arah Mini. Dia tiada keinginan langsung untuk menang.

Aakil mencangkung lalu mengikat tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar kaki kiri Mini dan kaki kanannya.

Sesekali dia menolak sedikit kaki Mini ke hadapan. Mini hanya mendengus perlahan.
Dia mengipas wajahnya yang berpeluh. Panas! Matahari memancarkan cahaya secara langsung.

"Panas ke kak?"

"Taklah, sejuk gila bang. Macam kat dalam peti beku."

Aakil kembali mencangkung meleraikan balik ikatan di kaki mereka. Dia menukar kedudukan di sebelah kanan Mini lalu mengikat kembali ikatan.

Mini berhenti mengipas diri sendiri apabila cahaya matahari tidak lagi mengenai dirinya. Dia tersenyum kecil.

"Sakit tak? Ketat tak? Takde rasa sakitkan?"

"Ada tapi bukan kat kaki lah. Kat hati."

"Kalau sakit hati, cinta aku boleh jadi penawar."

Mini menjelirkan lidah. Bahang tidak lagi terasa tetapi jantungnya berdegup kencang.

Sepanjang berjalan, Aakil akan menyokong dirinya dari terjatuh. Tidak seperti pasangan lain yang tiada kerjasama.

.............................................

"Weh asal kau ada kat sini? Cikgu percaya pulak kau penjaga Mini?" soal Irfan pelik.

"Mak ayah kitaorang kan kawan baik. Aku jadilah wakil jemputan mak dia." jawab Aakil tersengih bangga.

"Kaulah ahli kelab yang paling cemerlang! Laju buat kerja. Kalau nak harap si Zariel tu, sanggup berpeluh-peluh tapi tak dapat hasil pun buat apa." Irfan menyindir Zariel.

"Siapa kata tak dapat hasil?" Sengaja Aqilah bertanya.

"Awak dah suka saya ke?" Pertanyaan Zariel itu mengundang tumpuan semua orang.

"Kau rasa?" Aqilah menjungkitkan keningnya.

"Serius awak dah suka saya ke? Serius? Tak tipu?" Mata Zariel yang bersinar-sinar itu mengundang ketawa Aqilah.

Lantas, Aqilah memijak kaki Zariel.

"Auch!" Zariel terhinjut-hinjut.

"Padan muka!" Aqilah senyum lebar. Dia terketawa. Zariel seperti terpukau dengan kelakuan Aqilah itu.

"Eleh takdelah sakit mana pun." Zariel mengusik.

"Nak kena lagi ke?"

"Mestilah nak kalau saya sakit boleh buat awak tersenyum macam tadi!"

Aqilah terdiam. Jantungnya berdetak kencang.

"Haish bila kawan dah angau, kita ditinggalkan." sindir Azwa.

"Takpe, sayakan ada." balas Irfan.

"Hmm aku nak baliklah. Malas nak sekolah dah."

Kata-kata Azwa mengundang tawa semua kecuali Irfan. Wani pula sibuk merenung Harith dari jauh yang sedang melihat ke arah mereka. 'Kesian Harith.'

Zariel masih lagi memerhatikan seorang pelajar perempuan yang melihat mereka semua senyap-senyap. 'Siapa budak tu? Apa motif dia?'


Hai ~ Jangan lupa vote & comment ye guys.

Lepas ni, Zariel dengan Aqilah ada perkhemahan. Siapa excited ?? Angkat tangan ! Hehehe 😂

Bye bye 👋 Jumpa lagi ~

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top