Cinta

Aqilah merenung tali begnya yang diikat bersama dengan beg Zariel. Dia seakan teringat sesuatu.

Baru sahaja dia ingin meleraikan ikatan tali itu, ada tangan lain yang menindih tangan kanannya. Kepala ditoleh ke sebelah. Pandangan mereka bersatu.

"Kau ingat sepuluh tahun yang lepas? Saat aku cakap yang aku akan ikat kau dengan tali perkahwinan? Aku dah tunaikan."

Aqilah terkedu. Jantungnya mula mengepam laju. Dia mengetap bibir. Cepat-cepat dia leraikan pegangan tangan.

Bibir Zariel mengukir senyum. Segera dia mengangkat begnya dan kepunyaan gadis itu.

Mata Aqilah membulat. "Eh, tak payahlah bawakan. Aku tak suruh pun." Dia memprotes.

Melihatkan Zariel yang tidak memberi reaksi apa-apa, dia pantas mengambil dua gulung khemah. Sekurang-kurangnya, ada juga benda yang dia boleh bawa.

Zariel merampas kedua gulungan khemah itu lalu diletakkan di bahunya.

Pandangan tidak puas hati dihalakan kepada Zariel. "Tak berat ke? Tak apa, biar aku bawa." celah Aqilah.

"Jangan risau, sayang. Lagi berat masa atok suruh abang lari tiga kilometer bawa tiga guni geras dengan dua plastik penuh berisi sayur." Zariel berkata sambil tersenyum sinis. Sengaja mahu mengenakan gadis itu.

Aqilah ternganga saat mendengar panggilan sayang dan abang keluar dari mulut Zariel. Wajahnya merah menahan malu.

"Eii apa abang sayang? Aku risau beg aku jatuh lepas tu ada barang pecah ke apa je!" Aqilah mencebik. Segera dia berlari mengejar langkah Wani yang laju berjalan di hadapan.

"Smooth brader." puji Hafeez.

"Tengoklah siapa yang berbicara." kata Zariel bangga.

"Eleh, habis yang sampai gaduh ni kenapa pulak?"

"Aku yang salah. Tak fikir sebelum cakap."

"Aku pun sama. Habis tu nak buat macam mana eh?"

"Eh mana ada sama. Kau je yang cakap tak fikir." Zariel menyindir.

"Tak guna."

"Hmm, dah lama tak jumpa kau ni, aku perasan yang kau punya kepandaian dah berkuranglah."

"Sejak terperangkap dalam cinta Wani, otak aku pandai subjek bagaimana memikat hati si dia je."

Zariel membuat muka. Pantas, dia berjalan laju menuju ke tapak perkhemahan meninggalkan Hafeez yang sedang berpuitis.

"Woi, tunggulah aku!"

.................................................

"Disebabkan Aqilah pro dalam memasak, penyediaan makanan tengahari diserahkan kepada anda. Yeay, tahniah." Mini menepuk tangannya.

"Oh, pandai kau eh? Takkan aku seorang je. Tolonglah."

Irfan menyiku perut Zariel manakala Aakil mencuit bahagian lengan. Wani berdehem.

"Aku tolong kau."

Aqilah menoleh memandang Zariel. Lelaki itu sedang tersenyum lebar ke arahnya. "Tu... angkat kotak-kotak tu. Elok-elok bawa. Dalam tu ada makanan."

Zariel berlari ke arah kotak yang ditunjukkan oleh Aqilah. Dia dengan gembiranya mengikuti langkah isterinya dari belakang.

"Hmm, dah hilang macho si Zariel tu. Yang ada, Zariel yang terencat akal masa zaman sekolah dulu." kutuk Irfan.

Pap! Kepala Irfan dipukul kuat oleh Azwa. Kan dah kena! Ada ke cakap kawan sendiri terencat akal!

Irfan menggosok kepalanya. Sakit!

"Rindu kan waktu kita sekolah menengah dulu." komen Mini.

"Haah. Aku rindu zaman kepopularan aku dulu." balas Irfan. Dia menyikat rambutnya.

Azwa membuat muka. Dah mula dah.

"Erm, kawan-kawan. Apa kata kita pasang khemah. Popular je tak boleh tidur tenang kalau takde khemah." sindir Wani.

Hafeez tergelak. Perlahan, ketawanya mati apabila semua orang memandangnya pelik.

"Baru aku percaya, cinta itu memang suatu bentuk kuasa. Dia ni tak pernah gelak tapi hari ni, ketawa sebab lawak yang hambar." Aakil menyampuk pula.

Mata Wani membulat. "Lawak hambar?" Mulutnya memuncung. Tangan laju mencapai segulung khemah yang dibawa dari rumah.

"Jom Mini, tolong pasang. Kau tidur dengan aku dan Aqilahkan?"

Mini turut mencangkung di hadapan rakannya. "Haah tapi aku tak reti pasang khemah."

Aakil menghampiri mereka. "Nak aku tolong tak?"

"Ah kau! Tak payah. Lawak aku hambarkan? Jangan kau dekat dengan kawan aku." Wani menahan gelak. Sengaja dia mahu mengenakan Aakil. Mini hanya tersenyum melihat wajah berkerut buah hatinya.

Hafeez segera memasang khemah yang dia beli. Besar sehingga boleh memuatkan lima orang. Lincah gerak-gerinya mendirikan khemah itu. Dari luar sudah boleh agak yang harga khemah itu mahal.

"Weh, asal tak ajak beli khemah gempak macam ni?" Irfan menyoal Hafeez.

"Sebab bukan untuk aku."

Irfan berkerut. "Habis tu, untuk aku ke?"

Hafeez menolak Wani ke arah khemah yang baru dia pasang. "Untuk kau."

Wani terkedu. Matanya asyik memerhatikan Hafeez yang membetulkan khemah asal mereka bertiga. Ingin sahaja dia menjerit mengucapkan terima kasih tetapi dia ingin menguji lelaki itu. Biar Hafeez pula yang mengejarnya.

Hafeez mencuri pandang Wani yang membawa masuk beg ke dalam khemah. Dia tersenyum.

"Cis, ingat sweet ke?" perli Irfan.

"Abang! Bebel je kerja. Tolonglah pasang khemah kita ni. Nak tidur atas tanah ke?" jerit Azwa.

"Iye, sayang."

Aakil dan Mini tergelak melihat reaksi cemas Irfan yang dimarahi oleh Azwa.

.................................................

Zariel berdiri statik di sebelah Aqilah. Dia memerhatikan tingkah gadis itu yang cekap memotong sayur. Mata merenung sekeliling. Pertama kali dia masuk dapur untuk memasak. Teragak-agak mulut mahu bertanya. Lagipun, Aqilah masih marah.

"Buat apa sukarela nak tolong kalau berdiri kat situ je?" tegur Aqilah.

Zariel menggaru kepala yang tidak gatal. "Erm, aku nak minta maaf sekali lagi. Aku tahu kau masih...."

Percakapannya terhenti apabila Aqilah memukulnya dengan sayur kangkung. "Diam. Diam. Diam. Hahaha." Dia tergelak. Mana tidaknya, wajah Zariel yang cuak itu menggelikan hati.

Zariel yang terkejut mendengar tawa Aqilah mula mengukir senyuman.

"Aduh, mata aku masuk habuk sayur kangkung! Tiupkanlah." rengek Zariel.

Aqilah terketawa. Sayur kangkung ada habuk? Dia mendekatkan wajahnya dengan mata Zariel lalu meniup kuat.

"Tu bukan tiup. Macam nak meludah pun ada."

Aqilah tersengih. Padan muka! Siapa suruh mengada!

"Potong lobak tu ye Encik Zariel Firdaus."

"Okey, Puan Zariel Firdaus."

Mulut Aqilah yang mencebik membuatkan Zariel tersengih. Malulah tu!

Aqilah tekun membuat kerja. Matanya mengerling ke arah Zariel. Dia ternganga.

"Zariel! Ya Allah. Kenapa potong besar macam tu? Nanti lambat masak. Dahlah tak cantik."

Kepala digeleng perlahan. "Tengok ni. Ikut cara aku potong. Nipis je."

"Iya, buk guru!"

"Sejak bila cakap Indon pulak ni?"

"Belajar dengan Irfan." Zariel mula memotong seperti yang diajar oleh Aqilah. Malangnya, beberapa hirisan lobak terpelanting kerana terlalu kuat.

"Zariel Firdaus! Berhenti. Jangan potong apa-apa! Buat benda lain."

"Apa?"

"Ha masukkan air dalam kuali tu. Sederhana penuh je."

Zariel segera mengerjakan apa yang disuruh oleh Aqilah.

"Baru aku tahu apa kelemahan kau. Ingatkan kau Encik Sempurna. Rupanya, kau tak boleh masak." Aqilah tersengih. Bahunya bergerak membetulkan tudung yang asyik terbang ke arah muka. Dia meniup agar kain tudung yang dipakai tidak mengacaunya membuat kerja.

Tiba-tiba, Zariel mencabut pin tudungnya di bahu. Kain tudung sebelah kanan itu dipegang lalu dililit ke atas kepala.

Aqilah menoleh ke sebelah. "Jangan gerak." Kepalanya dipegang oleh Zariel. Tudungnya pula dipinkan di bahagian belakang.

"Disebabkan aku serba kekuranganlah, aku perlukan kau untuk sempurnakan aku." bisik Zariel di telinga Aqilah.

"Terima kasih." ucapnya untuk menghilangkan rasa gugup. Gila betul raksasa gemuk ni! Janganlah cakap ayat semanis gula masa orang tengah sibuk. Kalau terpotong jari macam mana?

..................................................

"Kita buat apa kat sini?" soal Hafeez.

"Ha aku dah tanya pemilik tempat ni. Dia kata kat kawasan ni ada aktiviti menarik. Jadi, kita tunggu jelah pekerja dia datang." jawab Irfan.

Seorang lelaki berkemeja putih datang menghampiri mereka berlapan. "Assalammualaikum. Saya Nazmi, pekerja kat sini."

"Waalaikumussalam. Ha saya Irfan, jejaka paling kacak. Itu Zariel, dia tu tak betul sikit. Kadang-kadang dingin macam ais lepas tu, manis macam kurma pula. Sebelah saya ni namanya Aakil. Dia lagi tua tapi perangai macam rakan sebaya. Lagi sorang ni pula, Hafeez. Dia...." Irfan meronta untuk melepaskan diri. Mulutnya ditutup oleh Aakil.

Azwa menunjukkan tanda terbaik. Kalau tidak dihentikan, mahu tertidur di situ mendengar kata alu-aluan Irfan.

"Nazmi dah boleh sambung. Pedulikan si langau ni." celah Wani.

Nazmi hanya tersenyum. "Okey, saya dimaklumkan anda semua datang berpasangan. Jadi, saya akan berikan setiap pasangan satu kertas."

Aakil, Zariel, Irfan dan Hafeez menyambut huluran kertas yang diberikan. Secara automatik, mereka berempat berdiri di sebelah pasangan masing-masing.

Mini dan Azwa teruja membuka lipatan kertas itu manakala Aqilah dan Wani seakan kaku. Mereka hanya memerhatikan gerak-geri Zariel dan Hafeez.

"Anda semua boleh lihat ada satu roda yang diisi dengan tujuh warna berbeza. Urutan warna tidak sama dengan pasangan lain. Saya beri masa 10 saat dari sekarang untuk setiap pasangan menghafal roda warna masing-masing."

Bunyi bising keluar dari mulut mereka berenam. Hanya Hafeez dan Zariel sahaja tersenyum memerhatikan Wani dan Aqilah yang gigih menghafal tujuh warna itu.

"Okey, tamat." Nazmi mengutip semula kertas yang telah diberikan. "Setiap pasangan bermula di warna yang berbeza. Jadi, pasangan mana yang sampai dahulu akan menerima hadiah istimewa dari pihak kami. Bermula dari sekarang!"

Azwa dan Irfan pantas berlari mencari di mana terletaknya petanda berwarna merah manakala Aakil dan Mini tenang berjalan sambil tersenyum memandang satu sama lain.

"Erm, jom cari warna putih?" Hafeez memulakan bicara.

"Jom. Kau jalanlah dulu. Aku ikut." balas Wani.

Mereka berdua turut melangkah meninggalkan Aqilah dan Zariel yang masih lagi tidak berganjak.

Aqilah menarik lengan Zariel. Laju dia berlari ke arah papan tanda yang diikat reben berwarna kuning.

"Warna pertama kuningkan?"

"Tak tahu. Aku tak hafal langsung."

"Eh? Apa je yang kau buat tadi?"

"Tengok kau."

Aqilah membuat muka. "Aku rasa betul warna kuning yang pertama. Memang masuk hutan kot. Jomlah."

Zariel hanya mengikuti langkah Aqilah. Dia tersengih melihat isterinya yang terkumat-kamit cuba mengingati roda warna.

"Kuning. Oren. Merah. Hijau. Biru. Ungu. Coklat. Yeay, aku ingat."

Aqilah mengulangi sekali lagi. "Kuning. Oren. Biru. Ungu. Coklat. Hijau. Merah. Eh, tadi bukan coklat akhir sekali ke?"

Kepala yang tidak gatal digaru. Wajahnya berkerut. "Kuning. Oren. Merah. Putih. Hitam. Hijau. Coklat. Betul ke?"

Zariel tergelak. "Buang merah dengan biru tambah putih dan hitam pula ke?"

"Ah diamlah. Macam mana ni? Aku lupa!"

Bunyi ranting kayu patah mengejutkan Aqilah. Pantas dia menyorok di belakang Zariel sambil menggenggam lengan baju suaminya erat. 

"Aku rasa kita jalan jelah. Nampak warna apa-apa ikut je. Aku takutlah kalau ada ular ke apa kat sini."

Tiba-tiba, Zariel menarik tangan Aqilah supaya melepaskan genggaman pada bajunya.

"Jangan tarik lengan baju aku."

Aqilah terkedu. Matanya membulat merenung Zariel.

Kemudian, tangannya disatukan dengan tangan milik Aqilah. "Buat apa tarik lengan baju kalau boleh pimpin tangan?"

Zariel menarik tangan Aqilah supaya mengikuti langkahnya. "Hati-hati, ada ranting kayu."

Aqilah tersenyum. Zariel sama sahaja seperti dulu. Tidak pernah berhenti menjaganya.

"Aduh!" Dia menjerit saat kaki kiri sudah selamat masuk ke dalam lubang kecil.

"Aqilah! Kan dah kata ada lubang tadi." Zariel segera mencangkung membelek kaki gadis itu. Merah!

"Kau terseliuh sikit ni."

"Sikit je. Tak sakit pun." Aqilah cuba menghalang Zariel dari terus menyentuh kakinya.

Lantas, badan Aqilah dicempung. Dia berjalan laju menuju ke sebuah pondok.

"Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Ada orang tak?"

"Zariel, apa kau buat ni? Turunkan aku."

"Kita cari minyak ke apa lepas tu, baru kita keluar dari sini." balas Zariel.

Tangan menolak pintu pondok itu. Terbuka. Pantas, dia membawa Aqilah masuk ke dalam ingin melihat jika ada orang.

Bam!

Pintu pondok itu tertutup lalu terkunci dari luar. Zariel meletakkan Aqilah perlahan-lahan di atas kerusi lalu cuba membuka pintu. Malangnya, tidak berhasil.

"Tolong! Ada orang tak kat luar? Kitaorang terkurung kat dalam!" jerit Aqilah dengan lantang.

Aqilah mengeluarkan telefon pintarnya. Dia cuba menghubungi Wani tetapi tidak berjaya.

"Weh, takde signal kat sini. Macam mana ni?" rengek Aqilah. Dia sudah takut jika terpaksa bermalam di dalam pondok yang agak usang dan gelap itu.

"Tenang. Kau relaks dulu. Aku yakin diorang akan cari kita nanti."

Aqilah merenung segenap ruang di pondok itu. Matanya tertancap di bahagian bawah kerusi yang Zariel duduk.

"Zariel... Bawah kerusi kau tu apa?" Meleret nada suara Aqilah.

"Ada apa?"

"Macam ada... Mata-mata je. Banyak pula tu."

Zariel segera turun dari kerusi. Dia tunduk melihat ke bahagian yang diperkatakan oleh Aqilah.

"Zariel!" Aqilah bingkas bangun lalu memeluk Zariel dari belakang. Dia takut.

Bibir Zariel menguntum senyuman lebar. "Weh, mata-mata tu ada banyak tau. Bersinar. Aku takut!"

"Arnablah."

"Ha arnab?"

"Haah. Ada dalam lima ekor."

"Serius? Mana?" Aqilah menjerit keterujaan. Dia dengan lajunya menangkap seekor arnab yang berwarna putih lalu dibeleknya.

"Eii comelnya awak!"

Zariel memandang Aqilah. 'Kau lagi comel.' Dia turut tersenyum melihat wajah ceria gadis kesayangannya.

"Ambil kesempatan dalam kesempitan."

"Hah?" berkerut wajah Zariel. Dia cuba memahami apa yang dikatakan oleh Aqilah.

"Senyum macam kerang busuk. Curi pandang orang."

"Eh, tadi ada orang tu peluk kita dari belakang." usik Zariel.

"Eii, Zariel Firdaus!" Aqilah menghalakan arnab yang dipegang ke arah Zariel.

Zariel yang terkejut terus mengundur ke belakang. Aqilah tergelak.

Arnab-arnab yang lain dipindahkan ke atas meja kayu. Dia teruja. Lantas, dibelai seekor demi seekor.

Zariel yang melihat Aqilah tekun bermain bersama arnab mula mencari sesuatu. Dia mahu memberi kejutan buat gadis itu. Lantas, ranting-ranting kayu dikumpul dan dipatahkan menjadi beberapa bahagian yang lebih kecil.

Kayu-kayu yang pendek itu disusun membentuk beberapa perkataan. Zariel tersenyum puas melihat hasil kerjanya.

Bunyi dentuman guruh membuatkan Aqilah terkejut. Dia segera bangun lalu memeluk lengan Zariel.

"Aku takut. Kalau kita terkurung kat sini selamanya macam mana? Asal kau macam tak kisah je?"

Zariel mencuit bahu Aqilah.

"Apa cuit-cuit?"

Dia menunjukkan ke arah perkataan yang dibentuk melalui kayu-kayu kecil.

Aqilah terpempan. Jantungnya berdegup dengan kencang. Matanya tidak berkelip memandang sebaris ayat di lantai kayu itu.

Zariel Firdaus cintakan Nur Rania Aqilah

"Be... Betul ke?"

Zariel mengangguk.

"Kau tak tipu? Tak mainkan perasaan aku? Kalau kau cintakan aku, kenapa kau paksa aku kahwin dengan kau? Kenapa layan aku kasar? Kenapa selalu buli aku?"

Senyuman hambar terukir di bibir. Dia juga berasa kesal. "Aku paksa sebab aku tak nak hilang kau untuk kali kedua. Aqilah, aku hampir gila saat kau menghilang lepas habis peperiksaan SPM. Setiap hari aku cari kau kat rumah. Aku siap pergi rumah saudara-mara kau kat Pontian dulu. Allah tu maha berkuasa. Aku terserempak dengan kau masa aku ada urusan kat Selangor."

Aqilah terkejut. Dia hanya diam menanti bicara Zariel seterusnya.

"Aku gembira tapi dalam masa yang sama, aku marah. Kau ingat saat kita sekolah dulu? Kau ada tanya aku, apa impian aku. Aku cakap impian aku adalah kau. Aku akan ikut mana sahaja kau pergi sebab kau jalan hidup aku. Kau senyum. Kau cakap aku boleh ikut kau tapi kau yang pergi macam tu je. Aku mula fikir yang kau tak suka diri aku. Jadi, aku ubah diri aku. Aku cuba jadi Zariel yang dingin. Aku sanggup tukar jurusan perubatan kepada perniagaan. Semuanya sebab kau." sambung Zariel lagi.

"Jadi, jangan tanya lagi aku betul-betul cintakan kau ke sebab jawapannya ya. Terlalu cintakan kau sampai aku tak boleh buka hati ni untuk orang lain."

Aqilah mengetap bibir. Sungguh dia berasa terharu. Air mata yang jatuh dilap perlahan.

"Nah."

Kepala diangkat melihat Zariel. Seutas gelang yang dihulurkan itu diterima dengan rasa pelik.

"Gelang apa?"

"Kau nampak tak apa yang disangkut kat sekeliling gelang tu?"

Aqilah membelek gelang tersebut. Dia menyentuh serpihan perak yang berjuntai di sekeliling gelang itu membentuk sehelai kertas kecil, beruang, lipas, semangkuk mi dan pondok.

"Kenapa hiasan gelang ni pelik je?"

"Kenangan kita."

"Ha?" Aqilah menggaru kepala tidak faham.

"Mangkuk mi tu pertemuan pertama kita. Kau tumpahkan mi kari kat atas kepala aku."

Aqilah tersengih. "Maaf."

"Beruang tu pula... Kalau kau ingat, ada orang pakai kostum beruang pujuk kau nangis kat taman masa mak nak kahwin lagi. Orang itu aku. Emma Maembong tu aku."

"Seriuslah?" Terjerit Aqilah.

"Lipas tu pula saat kau tuduh aku. Masa tu, aku sedih sangat kau tak percayakan aku."

"Sorry."

"Kertas tu adalah kertas ujian matematik. Itu adalah titik permulaan hidup aku. Masa tu, aku bersyukur aku jatuh cinta dengan kau. Keberanian datang untuk aku tunjuk kat semua orang siapa Zariel Firdaus yang selama ni dihina dan dicaci. Terima kasih sebab izinkan aku cintakan kau dari dulu."

Aqilah tersenyum. "Pondok tu?"

"Kau tak perasan ke ni pondok yang sama masa kau terkurung dalam hutan disebabkan Marhani?"

"Serius ke? Ini pondoknya? Seriuslah?"

Zariel terketawa. "Haah. Ada banyak lagi lubang yang diukir pada gelang ni. Kalau kau sudi, aku nak kita sama-sama hias kenangan kita berdua pada gelang ni. Aku cintakan kau sangat-sangat. Aku takkan paksa kau. Kalau kau dah sedia, pakailah gelang ni. Lari dengan senyuman paling manis dan peluk aku, tau?"

Tangan kanan Aqilah dicapai lalu gelang itu diletakkan di atas telapak tangan.

"Sebenarnya, kita tak terkurung sebab tu aku tak cari jalan keluar."

"Apa kau cakap ni?"

"Irfan! Aakil! Buka pintu!"

Bunyi pintu yang dibuka membuatkan Aqilah mula faham apa yang terjadi selama ini. "Kau tipu aku eh?"

"Sorry. Itu je cara untuk aku luahkan perasaan sebenar aku kat kau."

"Eish, buat takut orang je! Dahlah, cepat keluar." Aqilah menolak tubuh Zariel ke hadapan. Mereka berdua keluar dari pondok itu.

Aakil dan Irfan tersengih memandang satu sama lain.

"Apa jadi? Berjaya ke tak?" soal Wani, laju.

"Zariel!" jerit Aqilah dari belakang.

Semua yang ada di situ memberi perhatian kepada Aqilah. Gelang itu diambil lalu dipakai di tangan sebelah kanan.

Zariel terkedu. Aqilah tersenyum lebar. Pantas, dia berlari memeluk suaminya erat.

"Aku pun cintakan kau juga. Dah lama dah. Dari tingkatan lima."





Hai 😂 Jangan lupa vote dan comment banyak²

Sis tak tahu apa sis merepek dalam bab ni . Sis cuma dah geram tengok Aqilah yang jual mahal hahahah 😂 Itu yang bab ni jadi sesi luahkan perasaan .

Okey tak ? Hahahha sis tak pandai lah nak bersweet sampai semut datang 😂

Bye ~ 🤗

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top