Berapa suhu awak?

"Weh... korang! Pengetua nak berucap weh." kata Azwa. Dia menoleh ke belakang. Mini sedang mengajar Wani manakala Aqilah sudah hanyut di dalam alam mimpi.

Pantas Wani mendongak melihat pengetua. Kepalanya ditepuk kuat oleh Mini.

"Tengok sini! Aku tengah ajar persamaan ni jadi sila fokus."

"Yelah aku tengok. Haish baru je angkat kepala dah kena ketuk. Dahlah Addmath ni bosan."

"Masa perhimpunanlah, korang nak belajar Addmath. Tu lagi sorang, sedap dia je tidur kat sini."

"Kita kena manfaatkan masa yang ada." Tersengih Wani.

"Oi jangan bising. Tutup buku tu!" Pengawas lelaki yang memakai tag nama Ikhwan menegur Wani, Azwa dan Mini.

"Haaa ni apa ni tidur masa perhimpunan. Kejut dia. Pengetua nak berucap tu." sambungnya lagi.

"Qilah... Qilah bangun. Pengetua nak bagi ucapan weh." Kejut Azwa.

"Hari ni khamislah. Bagi aku tidur kejap."

"Bangun!" sergah Ikhwan.

"Eh mak pengetua... jangan kacau aku tidur!" latah Aqilah kuat.

Semua mata memandang ke arahnya. Ramai yang tergelak. Mana tidaknya, dalam suasana yang senyap dan sudah bersedia menadah telinga mendengar ucapan, ada yang melatah.

Zariel tersenyum kecil. 'Apa-apa je dia ni.'

"Kalau dah sayang orang tu, apa yang dia buat semua nampak comel." Irfan mencelah.

"Asal kau kat sini?"

"Alaa... Tumpang kejaplah kat kelas kau. Aku nak tengok Azwa."

Zariel tidak membalas apa-apa. 'Lantaklah janji tak kacau Aqilah.'

Pengetua pura-pura tidak mendengar Aqilah melatah lalu memulakan bicaranya.

"Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Saya tahu kehadiran saya ini tidak menyenangkan telinga pelajar-pelajar tetapi silalah memaniskan muka anda ye. Berdirinya saya di sini adalah untuk meminta maaf."

"Maaf?"

"Kat siapa weh?"

"Aku ke? Hari tu aku ada hias kereta pengetua dengan bunga raya tau. Lepas tu, pengetua suruh aku tolong Uncle Bala tanam pokok. Itulah denda aku lagi."

Keadaan di perhimpunan semakin bising dengan suara para pelajar itu.

"Dah dah. Shhh bagi saya yang cakap. Dahlah jumpa sekali seminggu je. Dapat jumpa hari ni kiranya beruntung tau."

Pelajar-pelajar sekolah itu masing-masing membuat muka menyampah.

"Saya nak minta maaf kepada pelajar yang bernama Nur Rania Aqilah dari kelas 4 Sains."

Pelajar yang mengenali Aqilah mula memberi tumpuan terhadapnya. Aqilah mengangkat kepalanya. Mata dia dan Encik Nasir bertembung.

Aqilah menundukkan kepalanya kembali. Perasaannya bercampur-baur. Dia sendiri tidak tahu apa yang berada di dalam hatinya.

Kejadian semalam di mana dia dimarahi oleh pengetua berlegar-legar di fikiran dan bayangan ditatap dengan pandangan benci oleh orang sekeliling. Dia turut mengingati saat dibaling telur dan tepung.

"Aqilah, cikgu minta maaf sebab marah dan percaya bulat-bulat gambar yang tersebar tu. Cikgu betul-betul minta maaf. Aqilah tak salah ye. Dia jadi mangsa penipuan. Jadi, pelajar sekalian tolong berhenti tuduh dia yang bukan-bukan.

Saya tahu yang dia turut dibaling dengan telur dan tepung semalam. Saya harap tingkah laku buruk macam tu tak berlaku lagi dan saya takkan teragak-agak nak ambil tindakan jika berulang lagi.

Sebagai pengetua, saya boleh minta maaf pada pelajar. Apa salahnya pelajar sendiri minta maaf sesama pelajar. Minta maaf pada Aqilah."

"Aqilah, aku minta maaf."

"Aqilah, sorry."

Aqilah berasa sangat terharu. Dia menahan sebak. Rakan sekolah yang berpusu-pusu meminta maaf kepadanya menyebabkan dia menitiskan air mata yang dari tadi ditahan.

"Asal kau nangis weh?" tanya Mini. Wani dan Azwa menggosok-gosok bahu Aqilah.

"Entah, hahaha tak tahu kenapa rasa nak nangis." Aqilah terketawa. Dia mengesat air matanya.

Mata Aqilah mencari-cari keberadaan Zariel. Mereka saling menatap antara satu sama lain.

"Terima kasih." Mulut Aqilah menuturkan ucapan itu tanpa suara. Anehnya, Zariel mengangguk lalu tersenyum manis. Mereka berdua seolah-olah berkomunikasi secara senyap.

Di sebalik kegembiraan Aqilah, ada terselit rasa tidak puas hati dan amarah seorang pelajar perempuan. 'Lain kali, aku yang akan menang game ni.'

................................................

"Kerja peribahasa yang cikgu bagi hari tu dah siap ke? Duduk dalam kumpulan dulu." kata cikgu Zuraiha.

Zariel mengikuti pergerakan kumpulan tiga. Dia duduk di berhampiran dengan Aqilah.

"Zariel! Zariel!"

"Oii Zariel! Sini!"

Zariel hanya buat tidak dengar panggilan rakan sekumpulannya. Dia asyik melihat Aqilah yang sedang sibuk membelek senarai peribahasa.

"Kita pergi sana jelah." kata Aini. Ahli kumpulan yang lain hanya menurut lalu duduk dengan Zariel. Mereka memandang pelajar paling senyap itu dengan perasaan tidak puas hati.

"Guys, ayam tambatan ni apa?" tanya Suet Chee.

"Hah apa? I dengar jambatan!" celah Yew Bong tiba-tiba.

"Ouh! I know! Like chicken on the bridge!" balas Monisha pula.

Aqilah ketawa terbahak-bahak mendengar kerenah rakan sekumpulannya. 'Aduh mana datang ayam kat atas jambatan pulak ni!'

Zariel tergelak. Ketawa Aqilah seperti orang tidak siuman itu membuatkannya ingin ketawa sekali. Pelajar 4 Sains terus memandang Zariel.

"Weh dia ketawalah!"

"Haah dia ketawa! Comel pulak aku tengok!"

Zariel terus berhenti ketawa apabila semua mata memandangnya. Aqilah terkejut. Dia menolah ke belakang melihat Zariel. Wajah Zariel merah padam apabila Aqilah merenungnya.

"Kan comel Zariel ketawa. Ketawalah lagi. Cikgu nak dengar." Cikgu Zuraiha tersenyum.

...........................................

"Awak buat apa?"

"Eish, jangan kacau!"

"Soalan apa tu?"

"Fizik. Dah pergi."

"Nak saya ajar?"

"Taknak!"

"Cikgu Azrul dah nak masuk dah. Sekarang masa dia."

"Jadi, tolonglah diam. Tak boleh fokus."

"Nanti cikgu panggil awak, padan muka."
Zariel acah-acah ingin pergi dari situ.

"Zariel... Yelah. Soalan ni." Aqilah memanggil Zariel. Lemah sahaja suaranya. Terpaksa!

Zariel tersenyum kecil.

"Mana?"

"Soalan ni. Tinggal satu je."

Zariel menatap wajah Aqilah yang berada di hadapannya.

"Berapa banyak tenaga yang diperlukan untuk menukar keadaan ais pada suhu air 0 degree?" Aqilah membaca soalan itu dengan suara perlahan.

'Aduh, kenapa dia tak cakap apa-apa ni!' Jantung Aqilah berdebar tiba-tiba. Aku nampak macam bodoh sangat ke sebab tak tahu soalan ni.

"Berapa suhu asal awak? Berapa banyak tenaga yang perlu untuk buat awak cair dengan saya?"

"Hah?.... Apa... Apa kau merepek ni?" Muka Aqilah terasa panas. Darahnya mengalir laju.

"Hahahahhaha gurau jelah. Okey, tengok saya buat."



-vote dengan komen jangan lupa! Nanti sis merajuk tak tahu ehhh hahahhaha 😂-

Haiiiii ! Korang kan baik , comel pulak tu!

Followlah nursolehahamri tau ! 😊🤙🏼

Santai kan bab ni ? Hahahahah sis malas dah nak bagi Aqilah stress . Nanti dia bunuh diri pulak 🤣

Bagi Zariel rehat dulu. Kesian dia penat asyik tolong Aqilah jee 😂

Okay, byee ~ 👋👋

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top