Anything For You ~

"Yeay hari ni Nia tadika!"

"Nur Rania Aqilah, anak mak. Belajar rajin-rajin tau."

"Aip aip captain!"

Puan Haslinda terketawa kecil. "Mak kejut abah hantarkan Nia tau!"

Puan Haslinda berjalan masuk ke bilik tidurnya. Dia melihat suaminya, Encik Zaki sedang tidur lena tanpa menjalankan tanggungjawab terhadap Pencipta.

"Abang, bangunlah. Hantarkan Nia pergi sekolah. Linda tak laratlah."

"Apa kau ni! Pagi-pagi dah memekak. Bisinglah!" jawab Encik Zaki kasar.

"Linda nak minta tolong abang hantarkan Nia pergi tadika."

"Eiiii diamlah setan! Aku nak tidur pun tak senanglah!" tengking Encik Zaki.

"Tapi Linda tak larat. Linda kan dalam pantang lagi, baru je dua hari."

Encik Zaki bangkit dari tempat tidur lalu menolak Puan Haslinda sehingga jatuh ke atas lantai. Puan Haslinda meringis kesakitan. 'Ya Allah, sakitnya!' Air mata mula bertakung.

"Aku tak kisahlah kau dalam pantang ke apa! Tu anak kau bukan anak aku!" herdik Encik Zaki lalu menyambung kembali tidurnya yang terganggu.

Terkedu Puan Haslinda mendengar dua baris ayat yang diungkapkan. Teganya hati sang suami mengucapkan kata-kata itu. Tenaga, darah dan kesakitan... semuanya dikorbankan semasa hendak melahirkan zuriat buat suaminya tetapi apa yang dia dapat hanyalah luka... luka yang perit semakin mencengkam hatinya.

Puan Haslinda bangun perlahan-lahan. Air matanya yang gugur ke pipi lantas disapu laju. Dia tidak mahu Nia mengetahui kesakitan yang dia rasakan. Biarlah dia tangung sendirian.

"Nia, mak hantarkan Nia pergi tadika tau."

"Abah ?"

"Jom! Nanti lambat!" Puan Haslinda malas mahu menjawab pertanyaan Aqilah. Hatinya semakin lama semakin sakit menahan perit yang tak tertanggung.

Puan Haslinda memandang Nurul Azihah Syahirah yang sedang lena tidur di dalam buaian.

'Maafkan mama sayang. Mama tak mampu nak bagi anak-anak mama hidup senang.' Kata Puan Haslinda di dalam hatinya. Bukan dia tidak mahu bekerja tetapi suaminya melarang keras.

Puan Haslinda menghantar Nia ke tadika menaiki basikal. Puas dia mencari kunci kereta suaminya namun tetap jugak tidak dia temukan. Ingin sahaja hatinya bertanya tetapi dia takut terkena tempias amarah suaminya.

Sepanjang perjalanan, hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa azab menanggung kesakitan. Digagahkan diri mengayuh basikal perlahan-lahan sambil mengetap bibir untuk mendapatkan kekuatan. Tambah-tambah lagi dia melahirkan Azihah secara pembedahan. Kayuhan demi kayuhan itu ditemani dengan air mata yang laju mengalir.

'Sakitnya Ya Allah. Sakit sangat. Kuatkan aku... Kurangkan sakit aku, Ya Allah, paling tak pun lepas Aqilah pergi tadika. Kalau lepas tu, nak sakit balik, aku redha, Ya Allah.

"Mak! Mak teremenung apa?"

"Mak!"

Panggilan Aqilah menyedarkannya daripada lamunan itu.

"Eh, Aqilah dah balik? Tak perasan."

"Eh taklah, Aqilah baru nak pergi sekolah ni."

Satu cubitan dihadiahkan kepada Aqilah sehingga dia terjerit kecil.

"Sakitlah, mak!... Mak fikir apa hah?"

"Takde apa lah."

"Mak, Aqilah nak pergi kedai, beli barang nak hias papan kenyataan tau."

"Ada duit ke tak tu?"

"Ada lah. Aqilah baru je jadi jutawan."

"Malaslah nak layan." Puan Haslinda mencebik.

...................................

Dari tadi Aqilah termenung memikirkan apa yang hendak dia hias. Matanya sudah nak tertutup. Bakul sampahnya juga penuh dengan ronyokkan kertas idea yang tak menjadi.

"Pergh dah pukul 11:30 malam dah. Semua orang mesti dah study gila-gila untuk exam akhir tahun. Aku je kat sini yang tak habis-habis dengan papan kenyataan!"

Lama-kelamaan, mata milik Aqilah tidak lagi menyebelahi tuannya. Akhirnya, dia tertidur dengan kepala beralaskan meja belajar.

............................................

Keesokkan harinya,

"Zariel! Bangun! Berani awak eh tidur dalam kelas saya!" jerit Cikgu Asmunah lantang. Guru itu memang terkenal dengan sifat 'singa betinanya'.

Terbuka luas mata Zariel apabila mendengar jeritan guru bahasa Melayunya itu.

"Awak buat apa malam tadi? Jaga anak 40 orang ke?"

Zariel hanya berdiam diri sambil berdiri di tempatnya.

"Jawablah saya tanya ni! Awak memang taknak cakap ke apa? Ingat hebat sangat, cikgu tanya, taknak jawab?"

Zariel berdiri kaku. Dia tidak ada niat sedikit pun ingin bersuara.

"Geramnya aku! Kau pergi berdiri kat luar kelas sekarang! Azim dengan Faiq, pergi ambil dua baldi, isi air. Korang bagi pada si Zariel ni. Tangan kanan pegang satu, tangan kiri pegang satu. Lepas tu, berdiri satu kaki je. Aku nak tengok jugak, dia rela kena denda macam tu ke ataupun mintak maaf kat aku."

Zariel berdiri di luar kelas sambil kedua belah tangannya menahan berat air di dalam baldi. Kaki kirinya dilipatkan ke belakang. Minta maaf? Memang langsung tidak terlintas di hatinya malah dia tidak menyesal langsung tertidur di dalam kelas akibat kepenatan pada hari semalam. Kerana apa? Kerana Aqilah, dia sanggup!

'Aqilah dah dapat ke belum eh sampul dengan plastik tu?' Zariel tertanya-tanya di dalam hati.

Harap Aqilah suka. Dia teringat apa yang dia lakukan pada hari semalam.

Usai tamat sesi persekolahan, Zariel mengikuti Aqilah pulang. Dia mesti memastikan gadis itu selamat sampai ke rumah.

Selepas itu, Zariel patah balik ke sekolah. Dia curi-curi masuk ke dalam kawasan sekolah. Zariel mendaki tangga sehingga ke tingkat paling atas. Bermula dengan kelas paling hujung di tingkat tersebut, dia melakar hiasan pada papan kenyataan di kertas. Satu-persatu kelas di setiap tingkat dia masuk hanya untuk melukis hiasan pada papan kenyataan. Dia melakukan ini semua untuk memastikan ideanya yang bakal diberikan kepada Aqilah adalah yang paling hebat dan tidak sama dengan kelas-kelas lain.

Hampir satu jam setengah juga, barulah aktiviti 'haram' Zariel selesai.

"Pakcik Mad, singgah kedai alat tulis."

"Oh mak kau singgah kedai hari semalam, kedai tutup!" latah pakcik Mad. Mana tak terkejut, dia dapat mendengar suara Zariel lagi pada hari ini.

"Zariel nak beli apa?"

Zariel hanya membiarkan soalan itu berlalu seperti angin kencang. Malas dia hendak berkata lagi. Cukuplah dia terpaksa mengeluarkan suaranya tadi.

Sesampainya di rumah, dia terus berlari masuk ke bilik. Semuanya harus disiapkan hari ini juga. Pertandingan menghias papan kenyataan ini akan ditutup pada hari Rabu. Hari ini hari Isnin. Dia tidak mahu Aqilah tertekan. Aqilah pasti ingin belajar untuk persediaan peperiksaan akhir tahun.

Zariel membuat origami berbentuk bunga raya yang bersaiz sederhana daripada kertas warna. Agak banyak kertas yang dia bazirkan untuk mendapatkan sepuluh kuntum origami bunga raya yang sempurna. Setelah siap, Zariel kemudiannya melukis gambar keenam-enam orang Perdana Menteri. Mana boleh cetak! Tak original lah.

Dia mengibas kedua belah tangannya yang agak letih dan tidak berasa akibat melakukan kerja tanpa henti. Dia tidak boleh berhenti! Semuanya untuk Aqilah. Zariel membuat Menara Berkembar Petronas menggunakan botol dan di cat dengan cantik.

'Macam tak cukup je untuk kelas Aqilah menang! Kena tambah lagi ni.'

Zariel melipat lebih kurang tiga puluh keping kertas berbentuk love bersaiz kecil. Dia melukis dan mewarnakan bendera Malaysia pada setiap love tersebut. Setelah puas dengan hasil kerjanya, dia melihat jam pada dinding.

'Pukul 3:48 pagi. Baik aku tidur, nanti kalau tak bangun, susah! Macam mana nak bagi pada Aqilah.'

Bunyi loceng bermulanya waktu rehat menyedarkan Zariel kembali kepada realiti. Dia perlu membelikan karipap untuk Aqilah.

Selepas waktu rehat tamat, Aqilah dan kawan-kawannya masuk ke kelas. Dia terkejut melihat satu keping sampul coklat dan plastik merah yang agak besar di bawah mejanya. Aqilah membuka sampul tersebut, di dalamnya terdapat enam keping kertas dengan lukisan kesemua Perdana Menteri.

"Cantik gila! Kau kata takde idea! Ni apa ni?" kata Wani yang teruja lalu merampas lukisan tersebut daripada Aqilah.

"Bukan aku yang buat lah. Kau ingat aku kreatif macam ni ke? Eii siapa yang buat ni? Terharu dok aku!"

"Wey tu dalam plastik tu apa pulak?" tanya Wani.

"Fuyyoooo! Menara Berkembar Petronas? Jadi weh! Macam real. Bendera mini love? Siap ada bendera lagi. Comelnya!"

"Bunga raya ni kemas je dia lipat! Weh memang menang weh kelas kita. Aku berani jamin lah! Kalau tak menang, kau boleh kerat jari aku!"

"Betul eh? Yes! Dapat jugak aku kerat jari kau yang asyik mencuri pemadam aku!"

"Terambil okay. Tak sengaja." Wani menayangkan sengihnya.

"Tapi kan, siapa yang bagi ni? Aku betul-betul terharu. Macam nak cium-cium je."

"Woi! Kalau lelaki?"

"Haah an. Hahaha. Takdenye aku ada peminat yang super baik macam ni."

'Siapa kau? Kau orang yang sama ke?  Yang ikut aku hari tu? Yang belikan karipap?'












- Best ? Vote dgn komenlah . Penat tau sis memerah idea 40 hari 40 malam . Hihihi -

Sebenarnya sis malas nak update bab baru hihihi tapi semalam tak tahulah .. ada lapan orang add cerita ni dalam reading list diorang . Diorang berlapan tu dah berjanji ke apa ? Hahaha .. jadi sis pun tiba - tiba terbaik hati lah update bab baru .

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top