4 Sains !
"Pelajar 4 Sains dah boleh pergi kelas baru awak kat tingkat tiga tau, blok belah kiri."
"Okey, cikgu!"
"Yes!"
"Jom! Cepat-cepat! Aku nak duduk bawah kipas!" kata Aqilah dengan nada separa menjerit.
"Jom! Aku taknak duduk belakang sangat!" Azwa terus berdiri sambil tangannya ligat mengemas barang.
"Weh! Tunggulah aku!" jerit Wani. Kedua tangannya penuh dengan buku teks yang baru sahaja pelajar 4 Sains terima pagi tadi.
"Haah! Aku pun tak masukkan buku lagi! Cepatnya kau orang kemas!" bebel Mini yang sedang mengikat buku teksnya.
"Argh, takpelah, aku dengan Aqilah jagakan tempat kau orang berdua!"
"Bagus juga idea kau tu hehehe aku malaslah nak lari. Haa pergi! Pergi cepat! Siap kau orang kalau tak dapat duduk bawah kipas!" bebel Wani.
"Amboi! Sesedap asam pedas mak aku je kau nak arah-arah aku eh?" Aqilah memandang Wani sambil tangannya mencekak pinggang.
"Dah, jom! Sambung gaduh malam nanti!" Azwa menarik lengan Aqilah lalu mereka berdua berlari dengan beg besar ke arah kelas baru.
Zariel yang melihat Aqilah sedang berlari ke kelas segera menghampiri Cikgu Nabit. "Cikgu, saya dah boleh masuk 4 Sains sekarang?"
"Boleh boleh boleh! Haaa kan comel bercakap macam ni! Bukannya diam je!" kata Cikgu Nabit sambil menarik kedua pipi Zariel.
Zariel risau sekiranya Aqilah jatuh tangga atau tersadung sehingga cedera lalu dia berlari mendapatkan gadis itu.
"Haish budak ni! Aku baru puji dah dia buat perangai balik. Main pergi macam tu je. Apa salahnya cakap cikgu, saya pergi dulu ye. Susah sangat ke? Dasar kulit lupakan kucing betul! Aku tau yang uruskan pertukaran kelas dia!"
"Hah? Apa Cikgu Nabit? Kulit lupakan kucing? Kacang lupakan kulitlah!" Cikgu Zuraiha tersengih mendengar peribahasa baru yang dicipta rakan sejawatannya.
"Hehehe Zu salah dengarlah tu. Saya cakap kacang lupakan kulitlah! Erm..., eh dah pukul 10 lebih, saya ada kelas. Pergi dulu ye!" ujar Cikgu Nabit dan segera berlalu dari situ.
"Comelnya Cikgu Nabit ni!" bicara Cikgu Zuraiha seorang diri sambil bibir mengukir senyuman lebar.
.....................................
"Pffft, hahaha penat aku lari! Ini yang aku dapat?" Aqilah memandang kerusi dan meja yang tersusun rapi di belakang kelas.
"Kan! Aku ingat dah siap susun meja dengan kerusi rupanya....."
Pelajar lelaki pantas berlari mendapatkan kerusi dan meja masing-masing. Aqilah dan Azwa yang baru sahaja ingin mengambil tempat tergamam. Mereka hanya berdiri statik memerhatikan tingkah laku rakan sekelas. Ada juga pelajar perempuan yang tidak mahu mengalah berhimpit-himpit dan berebut meja dengan pelajar lelaki.
Zariel dan Hafeez berbalas pandangan. Masing-masing merenung tajam. Tangan mereka terlekap kemas di atas sebuah meja.
"Lepaskan tangan kau! Ni meja Aqilah!" Harith berkata dalam nada yang keras.
Zariel hanya melihat Hafeez sinis. Tangannya semakin kuat mencengkam tepi meja itu. Dia tidak akan sesekali mengalah dengan saingannya.
"Alaaa! Semput aku naik tangga dengan beg berat ni! Last-last, tak dapat duduk!" rungut Wani dengan nafasnya yang tersekat-sekat.
"Jomlah letak beg kat sini, kita cari meja dengan kerusi kat tingkat bawah." kata Mini. Pasrah sahajalah, mahu buat bagaimana lagi.
"Ayuh kawan-kawan! Kita pergi tingkat bawah!" jerit Aqilah, bersemangat.
"Nak join!" celah Syahmie.
Aqilah tersengih lalu kepalanya ditundukkan ke bawah. 'Kuat sangat ke aku cakap tadi?'
Hafeez tersenyum melihat tingkah gadis itu. 'Comelnya!' desis hati Hafeez.
.................................
"Ada meja dengan kerusi lebih tak?" Mereka berempat bertanya dari satu kelas ke kelas yang lain.
"Tingkat dua takdelah yang lebih. Pergi tingkat satulah!" cadang Aqilah.
"Jomlah...."
"Ada meja dengan kerusi lebih tak?" tanya Mini kepada kelas 4 Sastera 4, kelas terakhir di tingkatan empat sekolah itu.
"Takde! Amboi-amboi sedap je eh nak minta kelas orang!" kata Irfan yang sedang menikmati makanannya. Dia sedikit pun tidak memandang ke arah gerangan yang sedang bertanyakan soalan itu.
"Pergh, mulut dia! Habis yang kat belakang tu apa? Takde orang duduk pun!" bebel Aqilah.
Azwa memandang Irfan, geram! Dia melangkah masuk ke dalam kelas 4 Sastera 4 lalu menghampiri Irfan.
"Betul ke takde? Habis yang kat belakang tu? Takde orang duduk pun!"
"Enggak ada sih. Udah dibilang..., eh! My angel! Siapa yang berani cakap takde meja kerusi lebih ni hah? Kau orang ni kenapa tipu ni!"
"Kaulah yang cakap!" jerit seisi kelas 4 Sastera 4.
"Tak baik tau fitnah aku... Hehehe, ada je kat belakang tu! Sini abang Irfan tunjukkan ye."
"Abang? Eww!" Wani yang mendengarnya hendak termuntah. Aqilah dan Mini sudah tergelak.
"Nak empat meja dengan kerusi eh? Hah yang ni baik ni kualitinya! Diperbuat daripada kayu yang mahal!" Irfan bersungguh-sungguh memilih meja dan kerusi yang elok untuk gadis yang dia suka.
"Macam mana kau tahu? Kau yang buat meja ni ke? Hahaha." Azwa ketawa mendengar kata-kata Irfan.
Irfan terkebil-kebil melihat Azwa sebelum tersengih. 'Dia ketawa sebab aku? Wuhuu!'
"Aku tolong angkatkan sampai kelas kau tau!" kata Irfan lalu segera menolong Azwa membawa meja dan kerusinya.
"Untunglah ada orang suka!" kata Mini dengan reaksi cemburu.
Aqilah, Wani dan Mini yang baru sahaja sampai di hadapan tangga dengan kerusi di atas meja terus berhenti.
Pelajar tingkatan tiga membanjiri laluan tangga. Mereka ingin pergi ke makmal Sains.
"Nak saya tolong ke kak? Hahaha eh malaslah pulak!"
"Fuh sado siaa akak-akak! Takde yang nak tolong ke? Hahaha."
"Ni mesti main rembat je kerusi dengan meja kelas lain ni!"
Kedengaran suara-suara pelajar yang lalu di situ mengejek mereka bertiga. Kepala Aqilah tunduk ke bawah. 'Malunya!'
Wani dan Mini terus mengangkat meja dan kerusi ke tingkat atas.
"Weh! Tunggu aku!" jerit Aqilah.
Dia segera menaiki tangga sambil berusaha membawa naik meja dan kerusinya. Tiba-tiba, dia terpijak kainnya sendiri. Dia tersilap langkah dan badannya tidak stabil. Aqilah terus menutup mata menunggu detik untuk jatuh.
'Eh tak jatuh pun!' Perlahan-lahan, dia membuka mata.
Tangan kiri Zariel sedang melingkari pinggangnya manakala tangan kanan dan kaki sedang menahan meja dan kerusi daripada jatuh menghempap Aqilah.
Terbeliak mata Aqilah merenung anak mata Zariel yang sedang melihatnya. 'Wow! Hebatnya! Macam mana dia boleh cool sangat ni?'
Zariel perlahan-lahan menegakkan badan Aqilah dan segera menahan meja serta kerusi itu.
"Awak okay?" tanya Zariel.
"Ooo... Okey!"
"Lain kali, suruh je saya angkatkan untuk awak."
"Eh, kenapa pulak?"
"I'm your superhero! Maybe..., your Thor?"
Zariel terus mengangkat meja dan kerusi Aqilah ke kelas. Aqilah terkedu. Wajahnya merah padam kerana malu. 'Macam mana dia tahu aku suka Thor?'
..................................
"Semua dah ada kerusi dengan meja masing-masingkan?" Cikgu Nabit bertanya sambil memerhatikan setiap pelajar di kelas 4 Sains.
"Dah, cikgu!"
Tok
Tok
Tok
Zariel mengetuk pintu kelas 4 Sains lalu melangkah masuk.
"Oh ye, cikgu lupa nak kenalkan kawan baru awak! Ni Zariel Firdaus! Dia akan masuk kelas ni!"
Aqilah ternganga. Wani yang berada di sebelah Aqilah sudah tergelak. Azwa dan Mini sibuk memanggil Aqilah dari belakang.
"Cikgu! Diakan bodoh! Macam mana boleh masuk kelas Sains?" tanya Hafeez dengan nada yang kuat.
"Eh apa cakap macam tu! Mana ada yang pandai bodoh ni. Bezanya malas dengan rajin je. Sepanjang kau orang cuti, Zariel sibuk belajar dan cikgu dah uji dia dengan soalan SPM sebenar tau! Dia boleh jawab!"
Zariel memandang Hafeez dengan senyuman sinis. Kemudian, matanya beralih kepada Aqilah yang sudah menghantukkan kepala di atas meja.
"Awak boleh duduk sebelah Asyraf. Sebelah dia kosong."
Zariel menapak ke tempat duduknya. Dia melangkah menghampiri Aqilah. Segera tangannya memegang kepala Aqilah supaya gadis itu berhenti menyakiti diri sendiri walaupun tidaklah kuat mana. Kemudian, dia terus duduk di sebelah Asyraf.
"Wuu!" jerit pelajar kelas 4 Sains.
Aqilah tergamam. 'Kenapa semua ni jadi kat aku!'
- Vote dengan komen tau!! 😄 -
Hai ~ Sis tengok komen makin sikitlah hahaha sedihnyaa 😭 Apa - apa pun , thanks support cerita ni ! Dah 5k ! Hahaha cepatnya , sis happy ~~ 😆 sis tertype panjanglah bab ni hehehe . Harap korang bertabahlah ye baca . Idea sis mencurah - curah 😅
Siapa suka Thor jugak ? Angkat tangan tinggi -tinggi !! Kalau bukan , boleh share korang suka hero apa dalam Avenger ! 😍😉
Selamat berpuasa semua ! Belum terlambat lagikan nak ucap hahaha 😶
Okay , bye readers !! 😚😚
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top