BAB 9: Capik buat hal lagi
Aku ke kolej lebih awal daripada biasa. Aku duduk di bahagian tengah sebab lebih strategik bagiku. Ella menyapa aku, "awal kau datang hari ni, takde angin takde ribut, dah insaf ke cik oii?"
"Isy, kau ni, aku datang awal salah, lambat salah, suka hati aku lah nak datang bila, this is Hannah okay" ujar ku dengan angkuh. Ella mengambil tempat sebelah ku dan lantas menegurku.
"Wei, aku nampak muka kau lain macam hari ni, ada apa-apa jadi ke semalam?"
Aku mengerutkan kening ku dan melihat wajah ku di kamera telefon aku. Aku membelek-belek muka aku di telefon.
"Ape benda kau ni, muka aku macam ni je, takde yang berubah pun" aku melihat Ella dengan wajah yang kebingungan.
"Tak tak, muka kau nampak berseri hari ni." Ujar Ella sambil menilik wajah ku..
"Mengarut je kau, habis tu selama ni aku buruk la??? dah lah malas aku nak layan kau".
Ella mencebik dan kembali fokus ke arah telefon nya. Sebenarnya ada sebab kenapa aku pergi ke kelas hari ini.
Semalam lepas buat assignment dan video call dengan Capik aku terus tertidur.
Aku bermimpi pasal Capik. Pelik kan? Dah la mimpi ngeri pasal Daniel sebelum tu. Kali ini mimpi pasal Capik pula.
*******
*Mimpi Semalam*
Aku mimpi Capik selamatkan aku dari anjing-anjing yang kejar aku dalam mimpi. Sambil berlari Capik menggenggam tangan ku dengan erat. Apabila anjing-anjing tu sudah jauh ditinggalkan, pantas kami duduk di bawah pokok berdekatan dengan tasik dengan nafas yang tercungap-cungap. Aku masih trauma dengan hal itu seraya menangis sambil mengelap air mata ku yang mengalir dengan pantas. Capik menenangkan aku dengan membawa ku ke dalam dakapannya sambil mengusap belakang tubuh ku dengan lembut.
"Sayang, jangan lah nangis, I'm always here for you. Walau apa pun terjadi, abang akan sentiasa lindungi sayangku Hannah ni" ujar Capik seraya menghadiahkan satu kucupan yang ikhlas di dahi ku.
Aku cuba bertenang lantas aku meleraikan pelukan itu dan menatap matanya dengan penuh perasaan. Capik menghadiahkan aku satu senyuman yang amat manis seraya mengusap pipi ku yang merah dek kerana menangis. Capik mendekatkan wajahnya kepada ku lantas aku menutup mata ku menerima satu lagi kucupan dari Syafiq Rykarl a.k.a Capik. Wajah nya makin mendekat. Hatiku makin berdebar.
Deringan dari telefon memeranjatkan aku dari mimpi. 'Aisy, alarm phone ni, kacau daun lah' marahku dalam hati. Kan bagus kalau mimpi aku sambung balik. Ni kalau aku tidur balik, agak-agak bersambung tak mimpi tu. 'Hihi, gatal nye kau ni Hannah'
Aku lihat jam di telefon. Baik aku mandi dan bersiap. Ni kalau tidur balik, confirm terlepas kuliah awal pagi ni.
******
Usai habis kuliah. Aku keluar dari bilik kuliah. Ella meminta diri lebih awal kerana teman lelakinya mengajaknya tengok wayang. Aku seraya mengangguk, malas nak tanya dengan lebih lanjut berkenaan siapakah teman lelaki Ella. Aku sudah cukup masak dengan perangai Ella. 'Ni entah pakwe ke berapa dah. Ella, Ella. Yang penting kau bahagia' getus ku dalam hati.
"Hannah!"
Bahu ku terhenjut sedikit kerana disergah tiba-tiba oleh seseorang. Aku membalikkan tubuh ku untuk mengetahui siapakah gerangan yang menyergah aku. Pandangan ku hanya tertancap ke arah dadanya yang bidang kerana tubuh ku hanya berjarak dua jengkal dari tubuhnya. Aku sempat terhidu wangian yang bersifat maskulin di tubuhnya yang hanya mengenakan kemeja putih dan seluar slack hitam. 'Kus semangat, nasib baik tak terpeluk tadi.'
Aku terpaksa mendongak ke atas kerana ketinggiannya yang menghalang diriku untuk mengetahui siapa gerangan jejaka maskulin berkemeja putih ini.
"Capik???" Aku terjerit kecil lalu menolak tubuh nya menjauhi diriku. Namun Capik pantas mengesan kelakuan ku. Capik berjaya menghalang ku dengan menggenggam tangan ku dalam genggaman tangannya yang kasar. Aku mendongak melihat Capik yang merenung ku tajam sambil mendekatkan wajah nya ke arah ku seraya berbisik di telingaku.
"Kenapa? Takut ke?"
"Err, err" aku tergagap sendiri. Tak tahu nak cakap apa.
"Hannah.." bisiknya lembut di telinga ku.
'Please, jangan buat drama dekat sini. Apa aku nak buat ni' getus ku dalam hati lalu terbit satu idea yang bernas. Pantas aku menarik tangan ku yang berada dalam genggamannya, lalu mengepalkannnya lantas menumbuk perut nya.
"Aduhhh!" Capik mengaduh kesakitan. Lantas aku menjauhkan jarak antara kami.
"Padan muka dengan perangai gatal kau tu !" Aku memarahi nya sambil bercekak pinggang.
"Okay, sory, sory, aku minta maaf aku salah. Aku saja nak kena kan kau. Jangan lah serius sangat Hannah, aku gurau je pun"
Aku menjeling ke arah nya sambil berpeluh tubuh dengan lagak seperti merajuk.
"Aku minta maaf wei, tak sengaja nak takutkan kau"
"Sory naik lori lah ! Tak padan muka hensem tapi perangai gatal !"
"Laa, dah kau mengelamun depan bilik kuliah, sebab tu aku nak kena kan kau" ucapnya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aku merenung nya tajam. Rambut yang diikat kemas pagi tadi aku biar lepas. Pantas aku mengeluh. 'Nasib baik tak ada orang tadi, kalau tak malu lah aku jadi bahan gosip satu kampus'.
"Aku lapar. Nak makan". Aku pantas ke cafe meninggalkan kelibat Capik yang terkebil-kebil. Perut ku memulas meminta untuk diisi.
"Hannah! Tunggu lah aku !" Aku mendegar Capik menjerit nama ku.
'Malas nak layan'. Habis rosak mood sebab Capik !
*Capik dengan perangai gatal nya berpisah tiada 😜*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top