BAB 8 : Alamak

Papp bumm bumm. Bunyi paluan kompang memeriahkan majlis pada hari ini. Ya. Majlis perkahwinanku. Aku tak sangka Capik menjadi suami aku walaupun persiapan agak rushing. Aku memandang Capik yang berada di sebelah ku duduk di pelaminan yang serba indah ini.

"Hannah, abang sayangkan Hannah sangat-sangat, terima kasih kerana sudi menerima abang sebagai suri hati di hati Hannah" ujar Capik kepada aku sambil mengusap jariku lantas mencium dahiku dengan telus. Aku berasa malu dicium di depan khalayak ramai, di depan jemputan semua. Aku hanya mampu tersenyum dengannya.

Aku melihat sekeliling ku. Begitu ramai orang yang datang ke majlis perkahwinan kami. Turut hadir kawan-kawan kami dari kolej Delta. And of course my bestfriend Ella pun hadir dengan pasangannya. Ella menyedari aku memandangnya dan aku melambaikan tangan ke arah nya.

Aku melihat tangan ku dalam genggaman Capik. Aku tak sangka yang aku akan duduk di atas pelamin ini dengan Capik. Hari bahagia kami.

"Jom sayang, kita turun jumpa kawan abang. Dia dah lama nak jumpa Hannah"

Aku mengikuti langkah Capik dengan berhati-hati sebab dress aku ni ala-ala princess. So kembang sangat lah. Aku memaut lengan Capik sambil berjalan ke arah seseorang yang tengah membelakangi kami. Aku sedikit bingung, siapa kawan Capik yang nak sangat jumpa aku ni. Yang aku tahu, Haiqal je lah kawan Capik, tapi aku dah nampak Haiqal tadi dengan pasangannya juga. Aku berasa berdebar. Semakin dekat aku dengan lelaki tersebut, semakin aku rasa debaran itu semakin laju. Sesampai nya kami disitu, lelaki itu memalingkan tubuhnya ke arah kami seraya aku terkejut melihatnya.

"Hannah,ni kawan abang, Daniel, dia nak sangat jumpa Hannah. Sebenarnya, Daniel lah suami Hannah" ujar Capik dengan muka yang selamba.

What the hell??? Aku rasa semua ini tak betul. Kenapa Daniel yang jadi suami aku sedangkan aku duduk di pelamin dengan Capik. Aku melihat Daniel dengan Capik silih berganti, mereka mengetawakan diriku seolah-olah aku hanya mainan bagi mereka. Aku berlari masuk ke rumah. Sewaktu aku berlari meninggalkan Capik dan Daniel, aku melihat semua tetamu turut mentertawakan ku dan menghadiahkan senyuman yang sinis kepada aku.

Aku tersembam kerana terlanggar badan seseorang. Aku mendongak dan aku tidak sangka itu Daniel. 

"You'll be mine forever Hannah, no one can have you" ujar Daniel seraya peluk aku dan mendekatkan wajah nya ke wajah ku seperti ingin mencumbu diriku. Wajahnya semakin dekat dengan ku, aku hanya mampu menutup mata.

Tok tok tok !

Ketukan di pintu menyelamatkan aku dari mimpi tersbut.

'Huh, nasib baik cuma mimpi'

Aku mendengar mama mengetuk pintu sambil memanggil aku untuk makan malam. Aku baru teringat usai aku balik ke rumah. Aku naik terus ke bilik dan terus menghempaskan badan ke katil tanpa menukar baju yang aku pakai tadi. Seraya itu aku tertidur. Aku menyahut panggilan mama dan mengatakan ingin mandi dahulu sebelum turun makan.

Aku segera mengambil tuala dan menuju ke bilik mandi. Aku mengingat kembali mimpi pelik yang ku alami tadi. 'Pelik nya mimpi tadi, ni mesti gara-gara terjumpa Daniel tadi kat mall. Hebat betul penangan kau Daniel' 

******

Aku mengenakan baju tidur paras lutut yang berwarna pink dan membiarkan rambut ku yang melepasi bahu dibiarkan lepas.

Aku turun ke tingkat bawah dan terus ke dapur untuk melihat makanan yang disediakan. Aku melihat mama dan papa tengah menikmati makan malam di meja makan. Aku terus duduk di meja makan sambil menyenduk nasi ke dalam pinggan. 'Wah, asam pedas ikan pari, sedap nya' getus ku dalam hati sambil menyenduk sedikit ke pinggan ku. Mama menegur ku, "Hannah, pelan-pelan sikit, tak luak pun makanan tu. Banyak lagi tu". Aku seraya menyengih dan terus menjamu selera.

Aku lihat mama sudah usai mencuci tangan. Papa tiba-tiba menegur ku, "Hannah, tadi mama bagitahu papa kamu keluar. Hannah keluar dengan sape?"

Sebenarnya, sebelum aku keluar tadi, aku sempat bagitahu mama melalui whatsapp. Tapi aku tidak beritahu yang aku keluar dengan Capik.

"Hannah keluar dengan Syafiq tadi. Budak kuliah Hannah" aku menjawab seraya menyuapkan nasi ke dalam mulut.

"Ooo, Syafiq tu pakwe baru Hannah ke? Sebab selama ni, papa tak penah tengok pun Hannah keluar dengan lelaki lain selain Daniel" ujar papa dengan selamba.

Aku hampir tersedak apabila papa bertanya seperti itu. Dah la mulut aku penuh masa tu. Aku meneguk air kosong di gelas.

"Eh, papa ni. Dia just kawan Hannah je. Lagipun kitorang partner dalam group assignment. Tu je. Mengarut je nak jadi pakwe Syafiq tu. Memang tak la. Pasal Daniel tu pulak, Hannah dah lama dah putus dengan dia."

Ujar aku dengan nada yang perlahan. Papa seraya menggangguk dengan apa yang aku katakan. Mama dan papa tidak tahu yang aku telah putus dengan Daniel selepas Daniel mula praktikal di sebuah syarikat. Aku rahsiakan semua itu daripada mereka. Mama dan papa juga sedia maklum yang Daniel merupakan teman lelaki ku pada semester awal di kolej dan aku selalu menceritakan hal Daniel dengan mereka. Tapi bila dah putus hubungan, aku tidak memberitahu kepada mereka kerana tidak mahu mereka risau.

"Laa yeke, Mama ingat kamu keluar dengan Daniel. Tak cerita pun kat mama yang kamu dah putus. Takpelah, dah takde jodoh kan." Ujar mama kepada seperi ada nada kecewa yang diselitkan. Aku tahu mama kecewa sebab Mama amat menyenangi kehadiran Daniel. Daniel selalu datang ke rumah jumpa mama dan papa dan melayani mereka dengan baik sebab tu mereka suka sangat dengan Daniel.

Sekian lama ku memendam rasa, rasa hati yang terluka. Aku lantas menceritakan kenapa aku boleh putus hubungan dengan Daniel. Mama dan papa terkejut dengan apa yang aku katakan. Mungkin mereka tidak menyangka Daniel boleh lukakan hati ku sebegitu rupa. 'Husband material lah konon' getus ku dalam hati. Tapi sebenarnya hampehhhhh! Aku mula sakit hati bila teringat akan peristiwa tersebut. Daripada aku terus sakit hati teringat hal itu, baik aku terus makan.

Usai aku makan, aku minta diri dekat mama dan papa dan terus naik ke bilik. Aku masuk ke bilik dan mencapai telefon ku untuk melihat mesej-mesej yang masuk. Aku melihat group whatsapp dan baru teringat nak buat assignment Dr Harlina bagi. 'Please Hannah, stop procrastinating'. Aku bukanlah jenis yang suka menangguhkan kerja tapi disebabkan Daniel tak guna tu aku jadi teringat kembali peristiwa lama. "I should let loose of myself. Baik aku kacau orang. Hmmm, sape eh nak kacau" ujarku sambil scroll contact number dekat telefon. "Capik? Perlu ke aku kacau dia skrg?"

Aku melihat jam di telefon ku yang tertera pukul 8.40 malam. "Haa, awal lagi, boleh aku kacau Capik.

"Apa aku nak cakap eh, hmmm, hmmmm, haaaa! Aku ada idea, baik aku borak pasal assignment Dr Harlina tu"

Sejurus selepas itu, aku menelefon Capik. Tuut tuut tuutt. Capik tidak menjawab. Aku cuba menelefonnya sekali lagi. Tuut tuut tuut. Juga tidak berjawab. "Aie, dah kenapa tak jawab". Aku cuba untuk menelefon lagi, barulah Capik menjawab panggilan aku.

"Hello, mimpi apa call aku malam2, rindu ke?"

"Isy, buang masa nak rindu pasal kau, ni haa, aku nak bincang pasal assignment Dr Harlina".

'Rindu?' Getus ku dalam hati.

"Eh, kan dah bincang haritu, masa kita keluar kat mcD haritu kan dh bagi tugas, alaa kau ni, alasan je, aku tahu kau rindu aku. Rindu sangat eh, meh video call dengan aku" Capik memutuskan panggilan tersebut tanpa sempat aku menbalas. Seraya itu Capik menelefon ku melalui video call whatsapp dan aku terus menjawab nya.

"Hai Hannah ! Comel nya dia pakai baju pink" aku melihat Capik di skrin telefon ku dan mencebik ke arahnya. Ketika itu aku lihat Capik hanya berbaju melayu. 'Ooo, mungkin baru lepas solat isyak, patut lambat jawab panggilan aku'

"Memang aku comel pun" aku berkata sambil buat muka comel di skrin.

"Aduh, Hannah. Jangan buat camtu please. Makin aku sakit tahu"

Aku mengerutkan dahiku tanda tidak memahami.

"Buat lagi muka comel camtu, tahu tak aku sakit, sakit menahan perasaan cinta yang semakin membuak" ujae Capik sambil menyengih menampakkan baris gigi nya yang tersusun.

"Gatal ! Nak cia cia cia lah tu. Tak menusuk ke hati aku pun. Tak menjadi. Haha" aku mentertawakan Capik.

Perbualan kami bertukar serius apabila berbincang berkenaan assignment. Aku duduk di meja belajar ku sambil memasang earphone seraya meletakkan telefon ku di meja. Aku biarkan telefon ku menegak kerana aku masih ber-video call dengan Capik, sambil-sambil tu kami sama-sama buat assignment. 'Sweet tak? Sweeeett sangatttt'

Jam menginjak pukul 11 tepat. Aku meminta diri untuk tidur kerana aku berasa mengantuk sangat. Capik pun kulihat banyak kali menguap dan aku terus memutuskan panggilan tersebut. Kami berjanji akan berbincang lagi esok lepas kuliah.Tinggal sikit lagi, siap lah assignment tu.

Aku merebahkan badan ku di katil dan memperlahan kan aircond. Segera aku menyelimut kan badan. Aku membiarkan bilik ku di terangi dengan lampu tidur yang malap sebab aku tak suka dengan kegelapan. Aku terlupa nak cerita dekat Capik akan perihal mimpi tadi. 'Esok lah aku cerita'. Aku menutup mata ku dan terus dibuai mimpi indah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top